Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PENGARAH

MALAM ANUGERAH ZA’BA (MAZ)


SESI 2021/2022
KOLEJ KEDIAMAN KETUJUH (ZA’BA)
UNIVERSITI MALAYA

Terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Yang saya muliakan,


(Nama VVIP)

Yang Dihormati,
Barisan Pengurusan Kolej Kediaman Ketujuh (Za’ba),

Saudari Atmin Soraya Musa,


Presiden, Jawatankuasa Tindakan Kolej, Kolej Kediaman Ketujuh (Za’ba)

Barisan Jawatankuasa Tindakan Kolej Sesi 2021/2022,

Barisan Ahli Jawatankuasa Malam Anugerah Za’ba Sesi 2021/2022.

Serta hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.

Pertama sekali, bersyukur kita kepada Allah SWT kerana memberi kita kesempatan untuk
bersama-sama berkumpul pada majlis yang berprestij ini yang dinamakan Malam Anugerah
Za’ba yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Tindakan Kolej (JTK) Kolej Kediaman Ketujuh
(Za’ba). Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para hadirin
sekalian kerana sudi meluangkan masa untuk hadir pada malam ini. Majlis ini tidak akan
dapat direalisasikan tanpa kehadiran para hadirin sekalian. Terima kasih sekali lagi saya
ucapkan.

Para hadirin sekalian,


Pelbagai persembahan menarik yang kami sajikan pada malam ini. Diharapkan para hadirin
sekalian dapat berhibur dengan majlis kita, di samping menikmati makan malam yang telah
disediakan.
Saya mewakili Ahli Jawatankuasa Malam Anugerah Za’ba Sesi 2021/2022 berharap agar
majlis ini dapat memberi manfaat kepada semua pelajar dan tetamu yang hadir pada hari ini.
Semoga majlis ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama kita dan matlamat program ini
dapat dicapai.
Akhir kata, saya mahu mengambil kesempatan sekali lagi untuk mengucapkan terima kasih
kepada para hadirin yang sudi hadir dan meluangkan masa ke majlis Malam Anugerah
Za’ba Sesi 2021/2022.

Itu sahaja daripada saya,


Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai