Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN WAKIL PELAJAR

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


(baca basmallah dan selawat nabi)
Sejambak kasih titipan khas buat Pengerusi Majlis,
Yang berusaha Encik Abdu Salam bin Arajah,
Penolong Kanan Tingkatan Enam, Maktab Sabah

Yang Berusaha Puan Dzuhana binti Ngadi,


Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar,
Pusat Tingkatan Enam Maktab Sabah,

Yang Berusaha Puan Junaidah binti Ruslan,


Guru Penasihat Majlis Perwakilan Pelajar Maktab Sabah merangkap pengarah
program

Yang Berusaha, barisan ketua unit, pensyarah-pensyarah.


Barisan kepimpinan MPP sesi 2021/2022,
Barisan kepimpinan MPP sesi 2022/2023,
Serta semua warga SCC yang dikasihi sekalian.
Jutaan terima kasih dan rakaman penghargaan ini saya tujukan khas kepada
pihak pengurusan majlis, kerana memberi kepercayaan dan peluang kepada
saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis ‘keramat’ ini yang
dianjurkan khususnya juga untuk barisan MPP sesi 2021/2022 yang bakal
menyerahkan kepercayaan yang disanjung kepada barisan MPP sesi 2022/2023

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan


penghargaan kepada Saudara Mohamad Nazeem bin Jamaldin atas segala
bakti dan usaha gigih dalam memperjuangkan kepimpinannya di SCC. Kita
dapat melihat bagaimana Saudara Nazeem dan barisan MPP di bawah
bimbingannya berusaha begitu keras untuk memastikan perjalanan aktiviti dan
majlis bawah anjuran sekolah ini dapat berjalan dengan lancar dan baik.

(SUMBANGAN NAZEEM)

1. Pelancaran Program ‘Niat Baik, Hasil Baik’


2. Program Prihatin Asnaf
3. Program Maktab Sabah Prihatin
4. Majlis Persaraan Encik Juhari Ajamain
5. Majlis Persaraan DSP Datuk Dr. Pengetua
6. Majlis Apresiasi HEM & Penyerahan Tugas 2021
7. Karnival E-KOKUM SCC anjuran MPP
(UCAPAN SALUTE UTK EXAM SEM 3)
Kepada barisan MPP sesi 2022/2023 yang akan dilaksanakan di bawah
kepimpinan saya, semoga anda dapat memberi sepenuh kepercayaan kepada
saya. Dengan beralihnya fasa pandemic ini kepada fasa endemic, InsyaAllah
kita dapat melaksanakan lebih banyak aktiviti dan membuat kolaborasi dengan
sekolah lain. Sessungguhnya, saya sedar bahawa akan terdapat banyak
cabaran yang bakal ditempuhi sepanjang kepimpinan saya di SCC, sama ada
dari segi kekurangan yang terdapat daripada diri saya sendiri ataupun
kerjasama daripada barisan MPP dan juga semua pelajar. Oleh itu, saya
berharap agar kita semua sama2 dapat memberi kerjasama agar program atau
aktiviti dapat dilaksanakan dengan lancar.

Akhirulkalam, saya tidak akan bercakap dengan lebih panjang lagi. Sebelum
saya menyerahkan majlis ini kepada Tuan Pengerusi Majlis, saya selaku wakil
pelajar sekalian ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan
jutaan terima kasih kepada barisan-barisan MPP 2021/2022 atas jasa dan
pengorbananmu untuk sekolah kita yang tercinta. Terima kasih sekali lagi
kepada semua pelajar kerana memilih saya untuk memikul tanggungjawab ini
demi melestarikan. Saya menyedari amanah yang sedang dipikul ini sudah
tentu berat, namun ia adalah tanggungjawab yang wajib dilaksanakan untuk
kemajuan
Dirunduk hanyalah padi
        Diendang sigadis desa;
Yang baik hanyalah budi,
        Dikenang hanyalah jasa.
Budi bahasa tak jual beli,
,      Orang berbudi kita berbahasa;
Pekerti mulia pakaian diri,
       Orang memberi kita merasa
Sedikit tanda ingat, banyak tanda ada, kasih kepada yang sudi, meminta
kepada yang ada dan bertanya kepada yang tahu.
Sekian, waillahitaufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai