Anda di halaman 1dari 2

5.

0 KESIMPULAN
Bab ini akan membincangkan dan merumuskan hasil dapatan kajian yang telah
dijalankan bagi kajian yang telah ditetapkan oleh pengkaji sebelum ini. Antaranya ialah
kesimpulan kajian, cadangan daripada responden, cadangan daripada kumpulan pengkaji dan
kesimpulan. Di samping itu juga, pengkaji juga menyarankan beberapa cadangan dan harapan
yang boleh dilaksanakan oleh pengkaji lain pada masa akan datang.

5.2.1 CADANGAN DAN HARAPAN DARI RESPONDEN

Cadangan daripada responden yang kami lakukan ialah diharapkan kajian sebegini
masih terus dikaji supaya generasi akan datang dapat mengetahui apa yang berlaku di negara
kita. Oleh itu, mereka boleh membuat rujukan daripada kajian yang kita lakukan serta
memberikan manfaat kepada mereka. Selain itu, mereka bercadang jika keadaan Covid-19
sudah pulih dan berharap pengkaji dapat turun ke kajian lapangan sama ada melakukan kerja
lapangan yang lain.Seterusnya ialah jika kes masih belum turun mereka cadangkan supaya
kerajaan dapat memperketatkan lagi SOP kepada negara kita supaya kita dapat melawan kes
ini supaya rakyat mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Tetapi kita sebagai pelajar mesti akur
dengan arahan yang telah diberikan, dengan ini berharap kes makin turun dan banyak sektor
yang lain boleh dibuka seperti ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya.

Seterusnya, harapan responden berharap kes harian Covid-19 akan turun dan kita
boleh hidup seperti biasa dan berharap sangat dapat kembali ke sekolah dan belajar seperti
biasa kerana belajar secara atas talian memberikan kebaikan dan keburukan dan berasa sangat
sedih kerana tidak dapat bertemu dengan guru dan rakan-rakan. Seterusnya diharapkan
negara kita beransur pulih seperti sedia kala . Seterusnya diharapkan rakyat Malaysia
menjaga SOP kerana kita masih belum menang dan pasti kita akan menang melawan wabak
ini dan diharapkan pelajar terus kuat dari segi mental, emosi dan fizikal kerana pasti ada
hikmah semua ini berlaku dan jangan sesekali kita mengalah dan terus maju ke hadapan dan
membanggakan kedua ibubapa yang susah payah untuk kita dengan keadaan ekonomi
sekarang.Walaupun banyak dugaan belajar secara atas talian ini seperti keadaan di rumah,
persekitaran dan sebagainya pasti akan membuatkan kita lebih semangat dan cekal untuk
tempuh semua ini. Selanjutnya jika kes ini masih berterusan diharpkan kerajaan memberikan
perkhidmatan internet kepada semua pelajar bagi memastikan pelajar dan mengikuti kelas
yang di jalankan di atas talian dan dapat fokus ketika guru sedang mengajar. Tidak dapat
dinafikan melalui kaedah pembelajaran atas talian banyak manfaat yang boleh didapati.
Pengajaran atas talian membolehkan proses pembelajaran yang dilaksanakan tanpa mengira
jarak dan bilangan ahli yang melayarinya (Mohd Idham, 2020). Selain itu,diharpkan apapun
cabaran yang dicetuskan oleh PKP dan Covid-19, tidak akan melunturkan semangat para
pelajar untuk meneruskan sesi pembelajaran melalui amalan norma baharu dalam sektor
pendidikan negara.

Anda mungkin juga menyukai