Anda di halaman 1dari 14

Apa itu Skype?

Skype adalah sebuah perisian komunikasi percuma yang membolehkan pengguna membuat panggilan, menghantar mesej secara segera dan melakukan panggilan video dalam talian. Ia merupakan satu perkhidmatan yang terbaik dalam talian suara melalui internet dan telah dicipta pada tahun 2003 oleh Hy Niklas Zennstrom dan Janus Friis tetapi kemudian telah dimiliki oleh microsoft khususnya dalam tahun 2011. Skype mempunyai lebih 663 000 000 pengguna berdaftar setakat september 2011 meletakkan ia berada pada kedudukan teratas sama dengan Facebook dan Twitter. Jika dibandingkan software serupa, Skype memiliki kualiti IP yang lebih baik. Selain untuk panggilan, Skype juga dapat digunakan untuk berbual (chatting), kirim SMS, persidangan, pemindahan maklumat, panggilan suara hingga Call Forward.

Ciri-ciri utama Skype Pengguna berdaftar Skype dikenalpasti melalui nama Skype yang unik, yang disenaraikan atau didaftarkan didalam direktori Skype. Skype akan membenarkan pengguna mendaftar dan berkomunikasi diantara satu sama lain melalui pesanan ringkasan (instant messaging) atau perbualan suara (voice chat). Perbualan suara membolehkan pengguna berdaftar dengan Skype berbual di antara satu sama lain dengan menggunakan kaedah audio cdec. Manakala perbualan melalui teks pula membolehkan sekumpulan pengguna yang berdaftar dengan Skype berbual diantara satu sama lain di dalam kelompok atau kumpulan pada satu masa dengan menggunakan aplikasi emosi (emoticons), menyimpan rekod perbualan dan melakukan edit kepada perbualan teks yang lepas (secara offline). Penggunaan skype juga boleh berkongsi fail diantara satu sama lain walaupun mereka berada pada jarak beribu batu jauhnya. Meraka boleh berkongsi semua jenis fail seperti data sulit, fail pejabat dan juga gambar dengan pemindahan ini dijamin akan keselamatannya.

Pada Januari, 2006 Skype telah memperkenalkan perbualan koferansi secara video di antara dua pengguna yang melibatkan pengguna platform Windows dan Mac OS X. Manakala Skype 2.0 untuk Linux pula telah diperkenalkan pada 13 Mac 2008, juga mempunyai ciri-ciri yang menyokong perbualan konferansi secara video. Versi 5 beta 1 untuk Windows, telah digunakan di pasaran bermula pada 13 Mei 2010, yang menawarkan perbualan konferensi video sehingga lima orang pengguna dalam satu-satu masa. Melalui panggilan video ini, satu kebolehan skype dimana pemanggil bukan sahaja boleh membuat panggilan, tetapi mereka berpeluang untuk melihat orang yang menjawab panggilan. Penggunaan Skype video ini, sangat penting dalam pendidikan terutamanya apabila ia melibatkan pendidikan jarak jauh, guru atau pelajar yang tidak dapat menghadiri sesi pembelajaran dan pengajaran di sekolah, contohnya pelajar sakit dan berada di hospital. Skype untuk Windows, bermula dengan versi terbaharu 3.6.0.216, sesuai untuk kualiti dan ciri-ciri Video Berkualiti Tinggi seperti skrin penuh atau bentuk skrin di dalam skrin, sama seperti sistem konferensi video tahap pertengahan. Audio Skype dapat menampung perbualan secara audio sehingga 25 orang, termasuk hos. Nombor atas talian atau SkypeIn, adalah perkhidmatan yang membenarkan pengguna Skype untuk menerima panggilan melalui komputer pengguna, dari talian telefon tetap (fix line) pengguna yang berdaftar dengan Skype. Tetapi perkhidmatan ini hanya terdapat di negara-negara seperti Australia, Belgium, Brazil, Chile, Colombia, Denmark, Republik Dominican, Estonia, Finland, Perancis, German, Hong Kong, Hungary, Ireland, Itali, Jepun, Mexico, New Zealand, Poland, Romania, Afrika Selatan, Korea Selatan, Switzerland, Turki, Belanda, England dan Amerika Syarikat. Pengguna Skype boleh memiliki nombor telepon tempatan di negara berkenaan, dan kadar panggilan adalah sama dengan kadar panggilan talian tetap di negara tersebut. Walau bagaimanapun, Skype tidak mempunyai keupayaan untuk membuat panggilan kecemasan, misalnya 911 di Amerika Syarikat dan Kanada atau 999 di Great Britain. Ini kerana Federal Communications Commission Amerika Syarikat (FCC) telah menolak, atas tujuan seksyen 255, Akta Telekomunikasi, bahawa Skype bukanlah pembekal Voip Suara. Skype WiFi pula membenarkan pengguna berdaftar untuk membayar per minit untuk menggunakan Internet di tempat-tempat pusat perniagaan tanpa wayar menggunakan Kredit Skype. Di samping itu juga dengan adanya panggilan percuma sesama pengguna skype dengan telefon mudah alih amat menyenangkan serta mesra pengguna dan

menjimatkan kos panggilan. Sehingga Mei 2010, senarai Skype yang menggunakan talian tanpa wayar ini berjumlah lebih daripada 100 rangkaian.

Ciri-ciri aplikasi Web Skype Toolbar boleh mengenalpasti telepon dan nombor Skype, dan didapati hanya untuk Internet Explorer dan Mozilla Firefox untuk Window. Nombor di dalam laman web berkenaan akan digantikan dengan ikon yang boleh di-klik untuk menghubungi nombor menggunakan Skype atau klik kanan untuk memberikan lebih banyak pilihan, contohnya menambahkan nombor ke dalam senarai Skype. Toolbar Skype akan mengesan nombor telepon secara automatik. Fail log akan diwujudkan di dalam senarai kenalan pengguna, dan akan disimpan untuk pengguna yang sah mempunyai kenalan ini sahaja. Di dalam Window, Skype boleh digunakan secara terus dari USB flash drive, tanpa memuat-turun di dalam komputer hos. Manakala di dalam Mac OX X, muat-turun aplikasi Skype ke dalam komputer hos adalah tidak perlu.

Apa yang diperlukan untuk menggunakan Skype di dalam Komputer Pengguna perlu bersedia untuk memuat-turun perisian Skype melalui alamat website http://www.skype.com, untuk membuat akaun secara percuma. Untuk sesi perbualan, pengguna perlu ada mikropon, manakala untuk berinteraksi secara video, pengguna mesti ada kemudahan webcam. Dua hala untuk menjayakan program Skype kepada pengguna dari komputer atau telepon dengan perisian Skype. Memulakan dari komputer adalah cara yang paling senang iaitu hanya memerlukan mesin yang mampu menjayakan program Skype sambungan Internet dan pembesar suara. Selepas berjaya memuat-turun Skype, pengguna boleh membuka akaun peribadi yang boleh dibuat secara percuma. Menggunakan akaun yang telah dibuat, pengguna bolehlah berinteraksi secara teks atau membuat panggilan ke pengguna Skype yang lain, menerusi mikropon yang biasanya telah dipasang di dalam komputer riba.

Berikut adalah beberapa langkah yang perlu dilakukan untuk menggunakan skype : 1. Buka skype dan log masuk. Klik di sini untuk sign in.

2. Tujukan tetikus kita pada menu navigasi pada pilihan "GET SKYPE", kita perlu memilih berdasarkan O.S (Operating System) yang sedang kita gunakan misalnya kita menggunakan komputer atau notebook dengan O.S (windows XP/Vista/Seven 7/Windows 8). Oleh itu kita memilih windows.

2. Kemudian klik "Download Skype".

3. Setelah kita klik pautan tersebut, ia akan memuat turun secara automatik.

4. Setelah proses memuat turun selesai, kita boleh membuka apa yang telah kita muat turun tadi.

6. Proses memasang skype seperti berikut:

Pada contoh gambar di atas klik butang "Saya setuju-berikutnya".

Proses memuat turun dilakukan dan tunggu hingga selesai (jangan matikan akses internet).

Jika proses install sudah selesai, maka secara automatik skype run muncul pada desktop anda (kalau tidak run secara automatik, kita boleh membuka secara manual). Akhirnya kita telah memuat turun skype.

Cara menguji mikropon dan pembesar suara anda bekerja dengan baik atau tidak. 1. Klik Echo/Sound Test Service

2. Lalu klik butang pembesar suara yang berwarna kuning

3. Kemudian klik pada bahagian Pembesar Suara, dan cuba bercakap di depan mikropon skype. Dalam masa yang sama cuba perhatikan tanda mikropon ada atau tidak.

Permasalahan: Jika suara mikropon tidak dikesan, cuba pilih combo box yang ada di samping tulisan mainkan, kemungkinan anda menggunakan lebih dari satu soundcard pada komputer anda, oleh itu anda perlu memilih dan sesuaikan dengan soundcard yang sedang aktif.

Faedah/Kebaikan Menggunakan Skype 1. Mudah untuk digunakan. Penciptaan telah membuatkan komunikasi lebih mesra pengguna dalam pelbagai

bidang seperti pendidikan, hiburan, pelancongan dan perniagaan. Skype juga mudah untuk dipasang sendiri oleh pengguna. Mudah berhubung dengan orang lain di menggunakan komputer dan telefon bimbit. 2. Panggilan Video. Skype mempunyai keupayaan untuk membuat panggilan video. Dengan

menggunakan skype pemanggil dan penerima panggilan boleh melihat antara satu sama lain. Skype alat yang sangat penting bagi individu yang mempunyai dua tugas di tempat yang berbeza. Misalnya mengadakan mesyuarat, pengajaran guru dan sebagainya. 3. Pemindahan Maklumat. Pengguna Skype boleh berkongsi fail atau maklumat dengan mudah melalui akaun

masing-masing. Ia menyokong jenis fail seperti data sulit, data pejabat dan gambar. Pemindahan juga boleh digunakan menggunakan keselamatan relatif. 4. Kos murah

Panggilan percuma di mana pengguna tidak perlu risau untuk menggunakan Skype

dalam jangka masa yang panjang.

Kepentingan Skype dalam Pendidikan Berikut adalah kepentingan skype sebagai alat dalam pendidikan: Skype merupakan penggunaan komunikasi yang mudah dan murah dan diguna pakai

di seluruh dunia. Skype membolehkan meningkatkan penglibatan dan kefahaman pelajar dalam pelbagai aktiviti. Membantu pelajar memahami perbezaan budaya dan belajar tentang sejarah serta

norma-norma sosial. Hal ini dengan menggunakan skype, pelajar boleh berhubung dengan individu dari pelbagai latarbelakang budaya. Sesuai bagi pelajar yang ingin atau sedang mendalami bahasa baru. Skype boleh

menghubungkan mereka dengan penutur asal bahasa yang dipelajari dan membolehkan pelajar mendalami bahasa baru. Pembelajaran akan menjadi lebih sahih, berinspirasi dan menarik apabila melampaui

batas bilik darjah. Skype menawarkan cara mudah untuk pelajar dan pengajar untuk melibatkan diri

dalam komunikasi segerak.

Aplikasi Skype dalam bilik darjah Dengan menyediakan satu cara yang mudah dan murah untuk berkomunikasi dengan orang lain di serata dunia, skype menawarkan pelbagai aktiviti yang boleh meningkatkan keterlibatan dan kefahaman pelajar. Interaksi dengan pelajar daripada negara lain akan membantu pelajar untuk memahami perbezaan budaya, mempelajari sejarah dan norma-norma sosial serta mengasah kemahiran bahasa asing. Pembelajaran akan menjadi lebih autentik kerana ia menjangkau ke luar bilik darjah dan kebolehan untuk berbual melalui telefon atau video dengan seseorang dari negara lain menjadikan pengalaman pembelajaran lebih menarik. Alat yang murah dan mudah diperoleh seperti skype juga menggalakkan kakitangan fakulti dan pelajar untuk mencuba teknik-teknik baharu bagi

memudahkan penglibatan. Bagi pendidikan jarak jauh, skype menawarkan cara yang mudah untuk pelajar dan pengajar yang berlainan untuk mengambil bahagian dalam komunikasi segerak (Educause 2007). Skype boleh digunakan oleh para guru di dalam kelas untuk proses pengajaran dan pembelajaran untuk mengawal kelas. Ini penting terutamanya apabila seseorang guru berada di luar sekolah untuk urusan-urusan tertentu. Melalui skype,guru masih berpeluang atau boleh mengadakan kelas melalui skype misalnya daripada hotelnya. Komunikasi interaktif ini menyediakan hubungan audio dan visual dan memberi manfaat kepada pelajarpelajar yang mengikuti kursus secara jarak jauh kerana guru boleh mendengar dan melihat pelajarnya secara serentak walaupun di lokasi lain, di samping penggunaan bahasa isyarat badan bagi menambahkan lagi keberkesanan komunikasi. Sebagai medium komunikasi yang interaktif, skype menyediakan pelbagai faedah kepada pengguna. Easton (1983), menyatakan kelebihan sidang video kepada pelajar sebagai menjimatkan masa kepada semua peserta, menjimatkan kos dari segi tambang dan penginapan, menambahkan kesan komunikasi kerana semua yang hadir mendapat maklumat yang sama, lebih ramai peserta dapat dilibatkan tanpa mengira status kekananan(seniority), memudahkan penjadualan dari segi masa dan tempat bagi penceramah atau pakar yang dijemput. Melalui Skype juga,seorang guru boleh menjemput pakar dalam satu-satu bidang untuk ditemubual tanpa perlunya tetamu tersebut berada di dalam kelas. Ini membolehkan pelajar-pelajar berinteraksi dengan penceramah secara langsung. Contohnya, guru dalam sastera boleh menjemput penyajak atau penyair untuk karya-karya tertentu bercakap secara terus dengan pelajar. Melalui skype, pelajar berpeluang menyaksikan dan mendengar penyajak bersajak secara langsung membolehkan pelajar lebih menghayati sesuatu karya. Skype turut memberi manfaat kepada guru-guru kerana mereka berpeluang untuk menjemput ahli panel terdiri daripada guru-guru lain daripada tempat yang berlainan untuk terlibat sama dalam perbincangan dengan kelasnya. Ini memberi manfaat kepada guru mahupun pelajarnya kerana boleh mendengar pelbagai pendapat dan idea yang pelbagai tentang topik yang dibincangkan. Cadangan serta idea-idea yang diberikan semasa perbincangan juga boleh dibahaskan bersama-sama pelajar. Melalui penggunaan skype ini, para pelajar mahupun guru berpeluang bertanya terus atau meminta pandangan ahli panel atau guru-guru lain tadi tentang sesuatu isu yang dibincangkan.

Skype juga boleh dimanfaatkan oleh guru-guru terutama semasa terlibat dengan lawatan lapangan. Contohnya, lawatan ke tempat-tempat bersejarah serta muzium. Guru boleh memanfaatkan skype agar boleh berhubung dengan ahli arkeologi untuk memberi penerangan serta maklumat tentang apa yang dilihat atau dilakukan oleh pelajar-pelajar tersebut. Berbekalkan pengetahuan dan maklumat yang ada, para pelajar akan lebih faham dan jelas tentang apa yang sedang berlaku di dalam kelas. Malah para pelajar turut berpeluang bertanya terus soalan-soalan yang dirasakan perlu kepada ahli arkeologi tersebut sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan. Kemudahan video dan audio ini membuka ruang dan peluang yang lebih besar kepada pelajar mahupun guru untuk mendapat maklumat-maklumat daripada pakar dari luar tanpa perlu berada bersama-sama di lokasi yang sama. Sidang video membolehkan perhubungan antara pelajar dengan pakar di lokasi geografi yang berlainan berlaku di samping dapat menyokong penggunaan media seperti papan kapur, dokumen bercetak dan video (Shaffe bin Mohd Daud, 2005). Skype turut membantu pelajar-pelajar yang tidak dapat hadir ke sekolah untuk turut serta dalam perbincangan kelas pada hari tersebut. Pelajar yang tidak dapat hadir kelas kerana masalah kesihatan ataupun terlibat dengan aktiviti luar sekolah masih boleh mengikuti pembelajaran melalui sambungan skype. Keadaan ini sedikit sebanyak membantu pelajar agar tidak ketinggalan dalam pembelajaran di sekolah walaupun tidak dapat hadir ke kelas. Guru-guru terlibat turut boleh berhubung dengan pelajar terbabit melalui panggilan video sekiranya pelajar tersebut ingin bertanyakan soalan ataupun guru tersebut ingin memberi penjelasan lanjut tentang isi pembelajaran pada hari tersebut walaupun keduaduanya tidak berapa di lokasi yang sama.

Latihan bahasa, padankan pelajar dengan sukarelawan daripada negara lain untuk berbual. Kerja kumpulan-pelajar boleh berhubung antara satu sama lain di luar kelas untuk bekerjasama untuk satu projek. Waktu pejabat-anjurkan pertemuan dengan pelajar atau sesi bantuan dari pejabat atau rumah anda. Kerjasama-kongsi projek pengumpulan data dengan pelajar dari tempat lain.

Persembahan-tayangkan persembahan,sketsa atau persembahan pelajar kepada penilai yang pakar. Secara kesimpulannya, teknologi pendidikan sangat berguna sebagai alat untuk merevolusikan pembelajaran, memperkayakan kurikulum, memperkembangkan teknologi, menstrukturkan organisasi sekolah agar lebih berkesan, melahirkan hubungan yang lebih erat antara sekolah dan masyarakat serta meningkatkan penguasaan pelajar.

3 TIPS SKYPE UNTUK GURU

Bayangkan menghubungkan dengan kelas lain di seluruh dunia tanpa pernah meninggalkan batasan sekolah seperti tiada bentuk realiti, tiada kos untuk ibu bapa atau sekolah dan tiada bersusah-payah ke lawatan lapangan. Skype telah mencipta satu komponen pendidikan yang dipanggil Skype di dalam kelas yang membolehkan guru-guru berhubung dengan pendidik lain di seluruh dunia dalam persekitaran maya. Dengan lebih daripada 28,000 pendidik menyertai sejak Mei 2012, perkhidmatan ini percuma menawarkan pelbagai projek kerjasama dan hubungan budaya. Fikirkan ia sebagai satu program sahabat pena untuk abad ke-21. County, Florida). (Lauren M. Bronson, Elementary School Teacher, Hillsborough

1. Projek: Meneliti Perbezaan Budaya Skype di dalam kelas mempunyai satu forum di mana guru-guru boleh mengepos idea projek untuk orang lain untuk menyertai sebagai peserta. Dalam satu contoh, seorang guru sekolah tinggi di Norway mencatatkan satu projek yang bertajuk "Menggambarkan bagaimana Perbezaan Budaya dan Sistem Nilai berbeza boleh Kesan Komunikasi," yang memberikan pelajar peluang untuk menangani bangsa yang berbeza. halangan dalam komunikasi di kalangan

Setelah pelajar mendapat tanggapan bahawa remaja di negara-negara lain adalah sama seperti diri mereka sendiri, ia boleh membuka kefahaman yang baru dan penghargaan terhadap orang-orang yang latar belakang yang berbeza.

2. Projek: Perbandingan cuaca di seluruh Globe Dalam satu projek, guru gred pertama di Chicago cuba untuk menyambung dengan kelaskelas yang lain untuk membandingkan keadaan cuaca selama dua minggu. Para pelajar dapat belajar tentang keadaan cuaca di negara-negara yang berbeza dan langkah berjagajaga tentang cuaca yang berkaitan dengan pelajar-pelajar. Pelajar yang mengalami salji lebat di Chicago boleh berkomunikasi melalui Skype dengan anak-anak muda di Costa Rica yang serentak mengalami hujan lebat dan suhu panas.

3. Projek: Pembelajaran Bahasa Dicipta oleh seorang guru di Argentina, "Projek Perkongsian - Bahasa Inggeris dan Sepanyol" menerima sokongan dari pendidik AS dari New York ke Wisconsin yang ingin untuk memberi pelajar mereka peluang untuk mengamalkan bahasa asing. Apa cara yang lebih baik untuk mengamalkan sebutan yang betul berbanding dengan penutur asli umur yang sama?

Skype di dalam kelas juga membolehkan guru-guru untuk menyambung dengan pendidik lain untuk membincangkan kurikulum, berkongsi idea atau mendapatkan nasihat. Di samping itu, ramai guru menghantar permintaan untuk penceramah jemputan yang relevan kepada subjek mereka. Seorang guru sekolah tinggi di Amerika Syarikat meminta penceramah tetamu yang boleh berkongsi pengetahuan yang berkaitan dengan industri filem untuk kelas filem yang maju. Dalam satu lagi posting, seorang guru kanak-kanak autistik bertanya pendidik lain untuk berkongsi buku-buku kegemaran klasik mereka semasa cerita.

Dengan kira-kira 1,900 projek disediakan untuk pelajar berusia 3-18, guru mungkin untuk mencari sumber bernilai menembusi melalui Skype di dalam kelas, sama ada ia berkaitan dengan matematik, pendidikan jasmani, seni, bahasa, membaca, menulis, sains, kajian sosial atauteknologi. Terdapat juga pilihan untuk mewujudkan projek dari awal dan menjemput orang lain untuk menyertai

Dengan penyelidikan yang menunjukkan bahawa tangan-aktiviti boleh meningkatkan pembelajaran, guru-guru yang menggabungkan teknologi seperti Skype di dalam kelas ke dalam pelajaran mereka boleh bersedia untuk melihat prestasi yang lebih baik di kalangan pelajar mereka.

Anda mungkin juga menyukai