Anda di halaman 1dari 6

PEMBENTUKAN LANDSKAP DI KAWASAN TROPIKA LEMBAP

LULUHAWA

Konsep
Luluhawa bermaksud proses pemecahan, pereputan, dan penyepaian batuan di sesuatu tempat secara insitu oleh agen-
agen atmosfera seperti hujan, perubahan suhu, pancaran cahaya matahari, angin, ketiadaan litupan tumbuh-tumbuhan,
tindakan haiwan termasuk manusia, bentuk muka bumi dan cerun.

Jenis luluhawa
3 jenis luluhawa konsep Jenis dan proses
1. Luluhawa Luluhawa Fizikal 1. Pengelupasan
fizika / mekanika. bermaksud pemecahan • Pengelupasan berlaku akibat perubahan suhu yang berulang.
batuan secara fizikal • Cthnya kawasan gurun, pada waktu siang suhunya panas (400c)
oleh agen-agen sehingga menyebabkan lapisan luar batuan lebih cepat panas dan
luluhawa spt mengembang.
perbezaan suhu yang • Sementara itu,pada waktu malam suhunya menurun sehingga 20C
besar, kekeringan dan dan menyebabkan lapisan luar batuan kehilangan haba dengan lebih
kelembapan, cepat dan menguncup.
perubahan tekanan dan • Proses yang berulang ini menyebabkan berlakunya tegangan
ibun . Luluhawa sehingga menyebabkan bahagian luar retak dan pecah lapisan demi
fizikal berlaku secara lapisan.
insitu tanpa
menukarkan sifat-sifat 2. Penyepaian berbutir
kimianya. • Ia berlaku akibat perubahan suhu harian yang besar yang berlaku
terhadap batuan yang mengandung berbagai unsur mineral.
• Cthnya, batuan granit yang mengandungi mineral kuartza, feldsfar
dan mika.
• Mineral ini akan menyerap kuantiti haba yang berlainan dan
mengembang dengan kadar yang berlainan.
• Proses ini akan menyebabkan butiran mineral ini longgar dan
akhirnya berpisah dari batuan asal butiran demi butiran.

3. Penyepaian bongkah
• Penyepaian bongkah berlaku apabila rekahan wujud pada batuan
disebabkan oleh tekanan semasa pembentukan gunung atau
pengecutan ketika penyejukan magma.
• Ia lebih berkesan apabila berlaku perbezaan suhu yang besar dan
berulang yang menyebabkan proses pengembangan dan pengecutan
semakin giat sehingga membesarkan rekahan dan akhirnya pecah
dalam bentuk bongkah yang besar

4. Pelepasan tekanan
• Pelepasan tekanan bermaksud pengurangan tekanan kepada batuan.
• Batuan yang berada di bawah permukaan bumi berada dalam
tekanan tinggi akibat beban yang dikenakan ke atasnya.
• Apabila batuan lapisan atas mengalami hakisan secara perlahan-
lahan, ia akan menyebabkan lapisan batuan bawah terdedah dan
mengembang keranan tekanan berkurangan.
• Pelepasan tekanan ini menyebabkan lapisan atas rekah dan
mengalami retakan dan seterusnya pemecahan.
• Keadaan ini juga berlaku apabila gelinciran atau gunung berapi
yang menyebabkan batuan dari lapisan bawah bumi naik ke atas
permukaan bumi.

5. Tindakan ibun(fros)
• Luluhawa fizikal berlaku di kawasan pergunugan tanah tinggi dan
juga di kawasan sederhana dunia yang mengalami kejatuhan suhu
di bawah takat beku.

6. Penghabluran garam
• Penghabluran garam merujuk kepada proses pemecahan batuan
akibat pembentukan hablur garam di dalam rekahan dan rongga
permukaan batuan.
• Kadar sejatan yang tinggi terutama di kawasan gurun menarik
garam galian dari dalam bumi naik ke permukaan.
• Apabila garam galian dalam bentuk larutan ini naik ke permukaan
bumi dan memasuki rekahan lalu menyebabkan air tersejat ke udara
dan meninggalkan garam galian dalam rekahan tersebut.
• Proses ini berterusan menyebabkan garam galian itu bertambah
besar dan ia wujud kuasa tegangan dan tekanan ke atas dinding
rekahan sehingga menyebabkan rekahan menjadi semakin luas,
dalam dan akhirnya pecah bersepai.
• Proses ini aktif di kawasan gurun panas yang mempunyai aliran air
bawah tanah seperti di Dataran Tinggi Colorado, Arizona, Amerika
Syarikat.

7. Basah kering batuan


• Proses ini sering berlaku di Malaysia berikutan iklimnya yang
panas dan lembap sepanjang tahun.

2. Luluhawa Luluhawa kimia 1. Larutan


kimia bermaksud proses - Pelbagai mineral boleh larut dalam air dan ia bergantung kepada
pereputan dan banyaknya air yang masuk dalam batuan tersebut.
penyepaian batuan - Misalnya, batuan yang mengandungi unsur seperti Natrium klorida
secara insitu yang (garam), gipsum dan batu kapur mudah terlarut dan meninggalkan
melibatkan agen batuan asal dalam keadaan berongga, rapuh dan mudah pecah.
atmosfera iaitu hujan - Cthnya, kawasan batu kapur, proses larutan ini akan menghasilkan
dan apabila bertindak lubang-lubang bulat di dalam batuan asal yang desebut
balas dengan air hujan, HONEYCOMB.
ia akan berubah
kandungan kimianya. 2. Pengoksidaan
Luluhawa kimia sering • Oksigen akan bertindak balas pada batuan yang mengandungi
berlaku di kawasan mineral besi atau ferus .
tropika yang lembap • Tindak balas ini akan menghsilkan oksida besi dan batuan yang
dan panas. mengandungi mineral ini mudah hancur dan lemah.

3. Pengkarbonan
• Air hujan menyerap karbon dioksida lalu menjadi asid karbonik.
• Asid karbonik akan bertindak balas dengan batu kapur lalu
melarutkan mineral yang mengandungi sodium, potasium, kalsium
dan magnesium.
• Proses ini menghasilkan pandang darat karst seperti gua, stalagmit,
stalaktit, lubang layang-layang dan sungai bawah tanah.
• Cthnya, Gua Niah, Gua Mulu di Sarawak, kepulauan Papua New
Guinea.

4. Penghidratan
• Proses ini melibatkan pertambahan molekul air dalam batuan.
• Batuan menyerap air, mengembang dan mengalami tegangan serta
berubah unsur kimia.
• Cthnya, batuan besi hematit merah yang kering berubah menjadi
batuan besi limonit kuning.

5. hirolisis
• Apabila air hujan bertindak balas dengan batuan, batuan tersebut
akan menyerap dan mengalami perubahan kimia.
• Biasanya pereputan batuan melibatkan batuan berunsur felspar dan
mika.
• Cthnya, batuan granit yang mengandungi felspar apabila terurai, ia
akan menghasilkan sisa mineral lempung seperti kaolin (tanah liat
putih).
• Proses ini akan menukarkan seluruh mineral batuan kepada bentuk
baru yang berlainan sama sekali dengan sifat mineral asalnya.

3. Luluhawa Konsep luluhawa 1. Tindakan asid Bakteria


organik/biologi biologi ialah merujuk • Akar pokok yang menyerap air dan mengeluarkan asid organik
kepada tindakan yang boleh mereputkan batuan.
tumbuhan, haiwan, • Cthnya, lumut dan kulat.
mikroorganisma dan • Pereputan akar, sisa dahan dan daun akan menghasilkan asid
manusia sama ada humik.
secara fizikal atau • Haiwan seperti teritip yang mengeluarkan sejenis asid akan
kimia yang dapat bertindak dengan batuan di pinggir pantai.
memecah dan
menguraikan batuan. 2. Akar tumbuhan
Ia dibahagikan kepada • Akar yang menjalar ke dalam rekahan, membesar dan
3 jenis iaitu tindakan menghasilkan tekanan yang kuat akan merekahkan lagi batuan.
asid Bakteria, akar • Haiwan seperti arnab, biawak, cacing tanah dan tikus menggali
tumbuhan dan aktiviti lubang dalam tanah menolong menguraikan tanah tersebut.
manusia.
3. Aktiviti manusia
• Penebangan pokok, aktiviti pembalakan, perlombongan, pembinaan
jalan raya dan sebagainya akan memecahkan batuan secara
mekanikal.
• Aktiviti menyiram air, menyembur racun, membubuh baja kimia
dan sebagainya menggalakkan lagi proses luluhawa kimia berlaku.
Faktor-faktor yang mempengaruhi luluhawa
1. Kekerasan batuan
2. Warna batuan
3. Rekahan batuan
4. Iklim
5. Kejerapan air
6. Bentuk muka bumi
7. Biotik
8. Tumbuh-tumbuhan
9. Tindakan manusia
10. Masa
Bil Faktor-faktor Huraian
1 Kekerasan batuan • Kekerasan batuan adalah berbeza mengikut jenis kerana ia bergantung kepada
kendungan galian, bahan pengikat dan darjah kepekatan batuan tersebut.
• Kebanyakan batu Igneus misalnya granit, diorit dan gabro adalah keras.
• Batu mendak misalnya lebih lembut walaupun kebanyakan batu ini terdiri
daripada bahan yang keras.

2 Warna batuan • Batuan yang terdiri daripada pelbagai jenis galian dan ia juga adalah berbeza
warnanya.
• Galian yang gelap lebih cepat menyerap haba berbanding dengan galian yang
berwarna cerah.
• Contohnya, basalt dan gabro yang berwarna gelap akan lebih cepat panas dan
mewujudkan ketegangan yang kuat serta mudah terluluhawa berbanding batu
kapur yang berwarna cerah.

3 Rekahan batuan • Rekahan merupakan garisan kelemahan dan membenarkan udara dan air
memasukinya lalu mempercepatkan proses luluhawa.
• Contohnya, air hujan yang mengandungi asid lemah akan memusatkan
tindakan di sepanjang rekahan dan akbat tekanan yang kuat akan menyebabkan
batuan menjadi retak dan hancur lalu membentuk batu runtuh di kaki gunung.
• Cthnya, Runtuhan di Bukit Antarabangsa pada tahun Dicember 2008.

4 Iklim • Suhu tahunan yang sekata iaitu 270C akan menggalakkan proses luluhawa
kimia.
• Mengikut Hukum Van Hoff, bagi setiap peningkatan 100C, kadar tindak balas
kimia terhadap batuan turut meningkat sebanyak 2 hingga 3 kali ganda.
• Oleh itu, batuan seperti granit akan terluluhawa melalui proses hidrolisis bagi
membentuk tanah liat yang lembut.

5 Kejerapan air • Ia merujuk kepada jenis batuan sama ada menyerap air atau tidak.
• Contoh batu yang mudah menyerap air ialah batu kapur lebih mudah
terluluhawa berbanding dengan batuan yang lambat menyerap air.

6 Bentuk muka bumi • Kawasan cerun bukit yang mengadap pancaran cahaya matahari misalnya akan
menerima bahangan yang lebih berbanding cerun bukit yang terlindung
daripada cahaya matahari.
• Di kawasan tanah tinggi yang bercerun curam akan menggalakkan bahan
terluluhawa jatuh ke bawah dan mendedahkan permukaan baru untuk tindakan
luluhawa seterusnya.
7 Biotik • Tindakan haiwan yang menorek lubang untuk perlindungan atau mancari
makanan akan melonggar dan meronggakan batuan.
• Selain itu, bakteria yang mengeluarkan asid humik akan membantu dalam
proses penguraian batuan secara kimia.
• Begitu juga organisma laut di pinggir pantai akan membebaskan bahan kimia
yang akan bertindak terhadap batuan kalkarias sehingga menyebabkan batuan
tersebut terluluhawa.

8 Tumbuh-tumbuhan • Tindakan akar pokok yang masuk ke celah-celah rekahan dan membesar akan
memecahkan batuan tersebut secara mekanika.
• Mangikut P. Birot (1966) akar pokok yang mempunyai saiz kelebaran 10cm
dan panjang 1 meter berupaya mengangkat beban seberat 40 tan metrik.
• Selain itu, lumut dan kulampair yang hidup di kawasan batuan lembab akan
menghasilkan asid organan dan asid humik yang mampu mereputkan batuan.

9 Tindakan manusia • Aktiviti penyahutanan melalui pembalakan, pembakaran hutan untuk


pertanian, perlombongan dan pembinaan membantu mendedahkan batuan
kepada luluhawa mekanika.

10 Masa • Semakin lama sesuatu batuan itu terdedah semakin jelas pengaruh
luluhawanya.
• Batuan keras seperti granit akan mengalami proses luluhawa dalam tempoh
yang lebih lama untuk pecah berbanding dengan batuan batu kapur.

Pengaruh luluhawa terhadap manusia


Kesan Pengaruh terhadap Huraian
Aktiviti manusia
Positif Pertanian Bahan yang terluluhawa akan membentuk pelbagai jenis tanah. Tanih yang terhasil
akibat pereputan tumbuhan sangat subur untuk pertanian.

Pelancongan Pandangan darat karst akibat luluhawa kawasan batu kapur menghasilkan bentuk bumi
seperti gua, stalagmit, stalaktit, tiang kalsit dan sebagainya akan menjadi tarikan
pelancong. Cthnya, gua Niah, Gua Mulu.

Perindustrian Tanih liat putih / kaolin / lempung sesuai untuk industri bahan tembikar, membuat pasu
dan ubin.

Perlombongan Struktur batuan yang lemah akan memudahkan kegiatan perlombongan.

Negatif pergerakan jisim Kawasan cerun yang terluluhawa, berkemungkinan mengalami pergerakan jisim yang
boleh membahayakan kawasan petempatan, penguna jalan raya dan lain2.
kehilangan mineral Batuan terluluhawa mengalami proses larut resap yang tinggi dan menyebabkan
sebahagian mineral tersingkir atau hilang dari tanih.
ketidaksuburan Oksida besi dan aluminium yang kurang larut akan menyebabkan tanih laterit menjadi
tanih kurang subur dan ia memerlukan baja kimia untuk menjalankan kegiatan pertanian.

Anda mungkin juga menyukai