Anda di halaman 1dari 7

SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PEMBUBARAN JAWATANKUASA

PERWAKILAN PELAJAR SESI 2016/2017 INSTITUT PENDIDIKAN


GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK, BANDAR ENSTEK, NILAI
Tarikh: 15.8.2016
Masa: 8.00 A.M
Tempat: DEWAN KULIAH

1. Taklimat Tuan-tuan dan puan-puan


kpd Anda diminta untuk memenuhkan kerusi di ruangan
Hadirin hadapan terlebih dahulu bagi melancarkan lagi majlis kita
(L) pada petang ini

Hadirin juga diminta untuk matikan telefon bimbit atau


meletakkannya di dalam mod senyap agar tidak
mengganggu kelancaran majlis kita pada petang ini.

CUE PERARAKAN MASUK VIP


2 ANN Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat masuk ke dalam
(L) dewan.

CUE NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN LAGU NEGERI


SEMBILAN
3 CUE BACAAN IKRAR

ANN Hadirin sekalian ,


(L)
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan saudara
MOHD IKRAM HAKIMI BIN AZIZAN untuk mengetuai
bacaan ikrar.

Majlis mempersilakan.

CUE SELESAI BACAAN IKRAR


(P) Terima kasih diucapkan kepada saudara MOHD IKRAM
atas bacaan ikrar itu tadi.

4 Ucapan Bismillahirrahmanirrahim..
alu-aluan
ANN 1. Yang Berbahagia Dr. Mohamad Nor bin Mohamad
(P) Taib Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik
2. Yang Berusaha Dr. Tajul Ariffin bin Yang Hussain
Timbalan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik

1
3. Yang Berusaha Ustaz Zaimuddin Bin Hj Hussin,
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus
Pendidikan Teknik
4. Ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit, para
pensyarah
5. Seterusnya, siswa siswi pendidik yang dikasihi
sekalian IPG Kampus Pendidikan Teknik

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam Satu


Malaysia. Selamat datang ke majlis PERHIMPUNAN
BULANAN & PEMBUBARAN JAWATANKUASA
PERWAKILAN PELAJAR IPG KAMPUS PENDIDIKAN
TEKNIK SESI 2016/2017

CUE BACAAN DOA


4 ANN Hadirin sekalian,
(P)
Lebat kemiri pohonnya rendah
Dahan terikat tali perkasa
Sepuluh jari kita menadah
Mohon berkat yang Maha Esa

Supaya majlis beroleh berkat, bersama-samalah kita


mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh saudara
BARA’A BIN WAN DAUD

Dipersilakan……..

CUE SELESAI DOA


5 ANN Amin amin ya rabbal alamin..
(P)
Terima kasih Saudara BARA’A diatas bacaan doa itu tadi.

CUE UCAPAN YDP JPP


6 ANN
(L) Duduk sekawan gadis jelita,
Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.

2
Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput saudara MOHD
ASSRI BIN SHAMSUDDIN, Yang Dipertua Jawatankuasa
Perwakilan Pelajar IPG Kampus Pendidikan Teknik sesi
2016/2017 bagi menyampaikan ucapan.

Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

(L) Terima kasih diucapkan kepada saudara MOHD ASSRI di


atas ucapan sebentar tadi.

CUE UCAPAN KJ HEP


7 ANN Seterusnya, majlis menjemput USTAZ ZAIMMUDDIN BIN
(L) HJ HUSIN, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus
Pendidikan Teknik untuk menyampaikan ucapan.

Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada USTAZ ZAIMMUDDIN di


atas ucapan sebentar tadi.

PENYAMPAIAN PINGAT

(L) Untuk pengetahuan hadirin sekalian, pada hari sabtu yang


lepas bersamaan dengan 7 januari 2017, telah
berlangsungnya pertandingan silat olahraga di Universiti
Tenaga Nasional UNITEN. Oleh itu kelab silat IPG Teknik
telah menghantar satu pasukan buat julung kalinya untuk
menyertai acara tersebut dan pasukan kita telah berjaya
beroleh 5 emas, 1 perak dan 3 gangsa serta anugerah
pesilat perempuan terbaik. Oleh itu, dijemput Dr.Mohamad
Nor bin Mohamad Taib diiringi oleh Ustz. Zaimuddin bin Hj.
Husin untuk menyampaikan hadiah bagi para pemenang.

3
Bagi pemenang pingat emas, kategori
Kelas A perempuan disandang oleh Sharifah Norumi
Umairah Bt Syed Jamalluddin
Kelas B Perempuan dimenangi oleh Aida Rasyidah Azman
Kelas C perempuan disandang oleh Aina Sakinah Bt Yusof
Kelas F perempuan dimenangi oleh Nik Nur Wardatul
Jannah Bt Mahadi
Kelas bebas perempuan disandang oleh Siti Radziah Bt
Zainal Mokhtar

Bagi pemenang pingat perak kategori


Kelas E perempuan dimenangi oleh Munirah Binti
Kamaruddin

Seterusnya, bagi pemenang pingat gangsa kategori


Kelas A lelaki disandang oleh Ahmad Fadhil Bin Awin
Kelas B lelaki dimenangi oleh Mohd. Faqih Izzan Bin
Hamilin
Kelas C lelaki disandang oleh Muhammad Akmal Bin
Hazman

Bagi pemenang saguhati kategori


Kelas D lelaki dimenenagi oleh Mohd. Syafiq bin Abdul Aziz
Kelas E lelaki disandang oleh Mohd. Ikram Hakimi bin
Azizan

4
Untuk pengetahuan hadirin, seorang pesilat IPG kita telah
dianugerahkan sebagai pesilat perempuan terbaik. Oleh itu
dijemput,saudari Aida Rasyidah Azman untuk menerima
anugerah. Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Dr. Mohamad Nor atas


kesudian beliau menyampaikan pingat sebentar tadi

VIDEO SILAT
Majlis diteruskan lagi dengan tayangan video sorotan
pertandingan silat yang telahpun berlangsung.

Marilah sama-sama kita saksikan

CUE PELANCARAN BULETIN JPP


10 ANN Majlis diteruskan lagi dengan tayangan video gimik
(P) pelancaran BULETIN Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
IPG Kampus Pendidikan Teknik edisi yang ke-2.

Oleh itu, marilah sama-sama kita saksikan.

CUE PENYERAHAN BULETIN


11 ANN Majlis kita pada petang ini diteruskan lagi dengan sesi
(P) penyerahan BULETIN.

Oleh itu majlis menjemput saudara MOHD ASSRI BIN


SHAMSUDDIN untuk menyerahkan BULETIN kepada DR
MOHAMAD NOR BIN MOHAMAD TAIB, Pengarah IPG
Kampus Pendidikan Teknik.

Majlis mempersilakan

CUE PENYERAHAN DAN PENERIMAAN CORDLESS MIC


12 ANN
(L) Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cordless mic
oleh MOHD ASSRI BIN SHAMSUDDIN kepada DR
MOHAMAD NOR BIN MOHAMAD TAIB untuk disampaikan
kepada ENCIK PALAKRISNAN A/L RAJAMANIKAM

5
sebagai pemegang amanah. Dijemput EN PALAN untuk ke
pentas.

Untuk pengetahuan hadirin sekalian, cordless mic ini


adalah sumbangan daripada pihak JPP sesi 2016/2017
untuk kegunaan pihak IPG Kampus Pendidikan Teknik

CUE PERASMIAN PEMBUBARAN JPP


13 ANN
(P)
Majlis mengucapkan terima kasih kepada EN PALAN atas
kesudian beliau menerima cordless mic sebentar tadi.

Kini tibalah masa untuk majlis kemuncak kita pada petang ini
iaitu MAJLIS PEMBUBARAN Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar IPG Kampus Pendidikan Teknik sesi 2016/2017.

Setelah setahun memberikan khidmat bakti kepada IPG, kini


tibalah masa untuk menyerahkan mandat kepada pucuk
pimpinan yang baharu.

Oleh itu, diminta DR MOHAMAD NOR BIN MOHAMAD TAIB


untuk terus berada di atas pentas bagi menerima fail
daripada saudara MOHD ASSRI seterusnya mengumumkan
pembubaran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus
Pendidikan Teknik sesi 2016/2017.

Majlis mempersilakan..

(L) Terima kasih diucapkan kepada DR MOHAMAD NOR di atas


kesudian menyempurnakan pembubaran JPP IPG KPT sesi
2016/2017

CUE TAYANGAN MULTIMEDIA


14 ANN
(L) Majlis diteruskan lagi dengan tayangan sepintas lalu aktiviti-
aktiviti yang telah dijalankan oleh Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar IPG Kampus Pendidikan Teknik sepanjang tahun
2016.

Marilah sama-sama kita saksikan.

6
CUE UCAPAN TIMBALAN PENGARAH
15 ANN
(L) Sudilah tuan jalan berlapan,
Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Seterusnya, dijemput DR MOHAMAD NOR BIN MOHAMAD


TAIB, Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik untuk
menyampaikan ucapan.

Majlis mempersilakan..

Terima kasih diucapkan kepada DR MOHAMAD NOR di


atas ucapan itu tadi.

CUE NYANYIAN LAGU IPGM


16 ANN Dengan berakhirnya ucapan sebentar tadi. Maka
berakhirlah sudah majlis kita pada petang ini.

Sebelum mengakhiri majlis, hadirin dipersilakan untuk


berdiri bagi sama-sama menyanyikan lagu IPGM.

CUE PENGUMUMAN PERARAKAN KELUAR VIP


17 ANN Mengumumkan perarakan keluar tetamu kehormat.

Perhatian kepada semua siswa pendidik, anda diminta


untuk tunggu di dalam dewan kerana sebentar lagi akan
diadakan taklimat kerja kursus dan taklimat kolej kediaman.

Anda mungkin juga menyukai