Anda di halaman 1dari 1

Dialog Alam Sekitar.

Zaki : Hai Raju! Selamat petang.


Raju : Selamat petang. Awak dari mana Zaki?
Zaki : Saya baru pulang dari memancing ikan. Tetapi seekor ikan pun
saya tidak dapat.
Raju : Oh, mengapakah begitu?
Zaki : Saya rasa banyak ikan yang mati. Ikan-ikan di dalam sungai
tersebut tidak dapat hidup kerana persekitarannya yang sudah tercemar.
Air di sungai itu juga sudah keruh.
Raju : Pada pendapat awak, mengapakah hal ini boleh terjadi?
Zaki : Saya lihat, banyak sampah sarap yang dibuang di sungai itu. Ini
menyebabkan air sungai tidak dapat mengalir dengan baik dan menjadi
semakin kotor.
Raju : Benar kata awak Zaki. Kilang berdekatan dengan sungai itu juga
melepaskan sisa buangannya sesuka hati ke dalam sungai. Ini
memburukkan lagi keadaan di sungai itu yang telah pun tercemar.
Zaki : Saya rasa kita perlu melakukan sesuatu sebelum sungai itu
tercemar dengan lebih teruk lagi.
Raju : Apa yang boleh kita lakukan Zaki?
Zaki : Kita boleh usulkan kepada ketua kampung supaya mengadakan
ceramah bagi memberikan kesedaran kepada penduduk kampung
tentang kepentingan menjaga alam sekitar.
Raju : Bagus juga cadangan awak ni Zaki. Mari kita ke rumah ketua
kampung.
Zaki : Mari.

Anda mungkin juga menyukai