Anda di halaman 1dari 8

Jumlah yang SETUJU untuk hadir ke Majlis Mesyuarat PIBG SK KJ 1 :

127 orang bersetuju.


Usul
Zulkarnain Ahmad.
SS5C/1E

1. Saya ingin tahu sama ada pihak sekolah mempunyai manual piawai bagi
mengajar / mendidik murid-murid tahun 1 dari segi peraturan sekolah, etika,
cara duduk yang betul, cara bertutur yang betul. Cara menyapa / memberi
hormat kepada guru yang betul dan sebagainya. Mungkin saya terlepas
pandang atau kurang pengetahuan mengenai aktiviti sekolah ke atas muridmurid tahun 1 tetapi saya tidak nampak murid-murid tahun 1 ini didedahkan
atau diajar tentang perkara-perkara yang saya bangkitkan.
2. Saya ingin tahu sama ada pihak sekolah atau PIBG mempunyai rancangan
jangka pendek, pertengahan dan panjang bagi meningkatkan prestasi
pencapaian UPSR sekolah dan juga akademik murid secara keselruhannya.
Mohon

jasa

baik

pihak

sekolah

dan

PIBG

dapat

membentangkan

perancangan ini semasa AGM.


3. Saya memohon agar pihak sekolah dengan bantuan PIBG dan pihak lain agar
dapat dapat menganjurkan sesi bengkel / pembentangan kertas kerja di SKKJ
(1) bagi setiap penggal persekolahan di dalam menangani senario
pembelajaran semasa. Sebagai contoh, pembentangan kertas kerja bagi
memudahkan pemahaman subjek sains Tahun 5, peningkatan minat murid di
dalam mebaca buku dan sebagainya.
4. Saya memohon agar PIBG/sekolah dapat mengadakan mesyuarat AGM pada
setiap awal tahun lebih awal lagi, mungkin seawal bulan pertama
persekolahan. Ini adalah bagi memudahkan PIBG baharu berfungsi dengan
lebih efektif lagi dan sewal mungkin lebih-lebih lagi bagi membantu muridmurid tahun 6.
5. Saya memohon agar pihak sekolah dan PIBG dapat menggembling tenaga
bagi mmbuat satu sesi ilmiah bagi mendapatkan strategi yang mantap bagi

meningkatkan prestasi murid tahun 6 di dalam UPSR. Saya memohon agar


dibuat satu kajian ilmiah tentang keberkesanan strategi Latih Tubi yang
sekian lama telah diamalkan oleh pihak sekolah dan mungkin sekolah-sekolah
lain. Adakah strategi latih tubi ini sahaja merupakan strategi yang paling
berkesan atau ianya strategi yang paling mudah untuk dilaksanakan dan telah
diterima pakai oleh kebanyakan sekolah. Adakah terdapat fakta spesifik yang
kukuh yangmenunjukkan keberkesanan strategi latih tubi ini sehingga ianya
dijalankan setiap tahun tanpa terdapat perubahan format atau pendekatan
yang significant.
6. Saya perhatikan saban tahun, apabila aktiviti sukan atau kokurikulum
dijalankan di SKKJ (1), tidak terdapat jadual yang teratur ataupun jadual untuk
aktiviti pada hari tersebut. Mungkin saya terlepas pandang di sini. Tetapi
pemerhatian saya ini juga adalah berdasarkan kepada hasil yang ditunjukkan
oleh murid yang menyertai aktiviti koko/sukan tersebut. Sebagai contoh, jika
aktivti pengakap, adakah murid diajar untuk melakukan perkara-perkara yang
asas seperti mengikat tali, mendirikan khemah, menyalakan unggun api dan
bagi aktiviti sukan pula seperti badminton, adakah murid diajar untuk
memegang reket/bulu tangkis dengan betul, cara melakukan servis yang
betul, berapa ketinggian jaring dan sebagainya. Mungkin guru berkenaan atau
ketua koko dapat menyediakan silibus/piawaian kepada setiap aktiviti agar
ianya dapat dimanfaatkan oleh murid.Mohon pihak SKKJ 1 dapat memberikan
perhatian kepada perkara ini agar aktiviti koko/sukan lebih bermakna dan
efektif kepada murid dan bukan sekadar menghadirkan diri.
7. Saya ingin tahu sama ada PIBG atau SKKJ 1 ada mempunyai satu sistem
pemantauan seperti buku rekod, audit atau sebagainya bagi mengetahui
keadaan dan kedudukan peralatan, barangan sumbangan PIBG kepada SKKJ
1 seperti sistem komputer, bagibar coarding buku sekolah, sistem PA dan
sebagainya.
8. Pada pemerhatian saya dan pergaulan bersama dengan guru-guru SKKJ 1,
kemungkinan terdapat guru yang mempunyai masalah peribadi/sikap.
Masalah mereka ini jika tidak ditangani berkemungkinan besar akan
ditupahkan kepada anak murid semasa guru tersebut sedang mengajar. Saya
memohon kepada PIBG dan guru-guru agar dapat mengenal pasti guru yang
sebegini dan memoho kepada PPD atau JPS agar mereka ini diberikan

kaunseling atau kursus yang dapat membetulkan kembali sikap atau diri
mereka.
9. Saya berharap agar pihak SKKJ 1 dapat menyediakan jadual tempak.kerja
bagi pekerja-pekerja Labourer Indon di SKKJ 1. Dengan adanya jadual yang
sistematik, SKKJ 1 dapat memanfaatkan sepenuhnya kewujudan mereka dan
meningkatkan produksi mereka. Dengan kata lain, persekitaran SKKJ 1 akan
lebih bersih, kemas dan ceria.
10. Saya juga berharap agar pihak SKKJ 1 dapat menggandakan jadual rondaan
bagi pengawal melakukan rondaan di kawan SKKJ 1. Ini dapat mengelakkan
daripada pengawal ini tertidur kerana tidak tahu apa yang perlu mereka
lakukan. Contohnya membantu melicinkan laluan kenderaan semasa murid
datang dan balik dari sekolah, rondaan ke semua pintu pagar yang terdapat di
SKKJ 1 dan sebagainya.
11. Saya berharap agar guru-guru dapat mengingtakan murid-murid lebih lebih
lagi jurid tahap satu agar mereka lebih berakhlak mulia dengan menggunakan
bahasa da budaya yang positif/baik seperti meninggalkan pertuturan bodoh,
itu pun tak tahu, penakot, bahlol, pengecut dan sebagainya. Saya fikir, jika
sikap mereka dapat diperbatulkan pada peringkat rendah lagi, Insya Allah,
apaabila mereka meningkat usia, mereka akan terbiasa dengan pertuturan
yang baik.
12. Saya memohon kepada guru-guru agar menggunakan bahasa/pendekatan
yang positif kepada murid-murid, lebih-lebih lagi kepada tahap 1 semasa
mendidik contohnya kalau kamu tidak diam, cikgu tak bagi kamu duduk,
kalau kamu nakal, kamu berdiri atas kerusi, dan sebagainya. Mungkin guruguru boleh menggunakan bahasa yang lebih positif bagi menggantikan yang
negatif kerana terdapat kajian yang mengatakan bahawa pertuturan yang
negatif inilah yang menyebabkan murid-murid melakukan perkara yang
negatif. Ini boleh saya ibaratkan speerti mendidik anak-anak kita sendiri
apabila kita ingin mereka melakukan sesuatu seperti solat, bangun awal, pergi
ke kedai membeli barang dan sebagainya.
13. Saya memohon agar PIBG dan guru-guru SKJJ 1 mempertimbangkan untuk
memulakan program persediaan UPSR bermula dari tahun 4 dan 5.
Kemungkinan mereka yang berada di klas yang terakhir boleh memulakannya
dahulu.
14. Saya berharap agar pihak SKKJ 1 dapat menangani masalah 3M pada
peringkat seawal tahun 1. Saya tidak mengatakn pihak SKKJ 1 tidak

melakukan sesuatu tetapi saya berharap agar pihak sekolah memberikan


penekanan yang sepenuhnya terhdapat penguasaan kemahiran 3M muridmurid. Ini adalah kerana, jika murid tidak dapat menguasai kemahiran 3M,
mereka tidak akan dapat mebaca buku, melakukan kerja yang diberikan
seterusnyajauh tertinggal. Ini adalah kerana, JLKN mengesan ada pelatih
PLKN dalam kumpulan ketiga siri 7/2010 mempunyai masalah untuk menulis,
membaca dan menigira (3M). Selepas kajian dibuat, didapati bahawa ada
lebih 1,000 daripada 11,000 pelatih sesi terbabit berhadapan dengan masalah
buta huruf. ( Berita Harian 2011/09/12). Selesaikan perkara asas, Insya Allah,
yang lain akan menjadi lebih mudah.
15. Kita semua mengetahu bahawa pihak kerajaan ada mewujudkan sekolah
kluster bagi menggilap mereka yang berpotensi dan pintar. Tetapi adakah kita
dapati bahawa kerajaan mewujudkan sekolah khas bagi mengatasi masalah
murid yang tercicir? Mungkin setakat mewujudkan kelas tambahan atau kelas
removed. Saya berharap agar SKKJ 1 dapat mengambil inisiatif ini bagi
menangani masalah murid yang tercicir mungkin bermula dari peringkat 3M
dan seterusnya kepada murid-murid yang berada di kelas yang terakhir setiap
tahun. Dalam keghairahan murid-murid SKKJ 1 mengejar status sekolah
berprestij, mohon ingat juga kepada murid yang lemah.
16. Saya memohon agar pihak PIBG dan SKKJ 1 dapat mengadakan program
bagi mengajar murid-murid bertutur dengan penuh keyakinan dan mengajar
menggunakan ayat dengan betul lebih-lebih lagi dikhalayak ramai. Mungkin
satu program berdiri di hadapan bilik darjah dan mmberikan sedikit
penerangan mengenai perkara asas seperti melintas jalan raya denga cara
yang betu, menjawap penggila telefon dengan cara yang betul dan
sebagainya. Program ini mungkin mengambil masa selama 5 minit saha tetapi
ianya berterusan sepanjang tahun.
17. Saya memohon agar pihak SKKJ 1 dapat menggalakkan murid untuk
mengambil bahagian dalam aktiviti di dalam bilik darjah dan sesi soal jawab.
Hilangkan rasa gementar dan kutukan kawan seperti bodoh, itupun tak tahu,
ha..ha.. itupun tak tahu. ha..haa... tak tahu tapi angkat tangan juga dan
sebagainya. Budaya seperti ini memang terlalu serius diperingkat nasional
dan lebih menular di dalam budaya kita. Angkat tangan dahulu walaupun tidak
mengetahui jawapannya dan galakkan murid menjawab soalan walaupun
salah dengan memberikan kata-kata motivasi.

18. Mohon pihak SKKJ 1 dapat menggunakan platform koko/unit beruniformbagi


menangi masalah disiplin. Bayangkan sekirang kesemua murid diwajibkan
untuk menyertai unit beruniform, dan mereka semua diajar beridisiplin entu
masalah akan dapat diselesaikan dan dikurangkan ke tahap yang lbih minima,
Insya Allah.
19. Saya ingin

mencadangkan

supaya

pihdak

PIBG

membuat

sedikit

pembaharuan kepada format AJK yang sedia ada iaitu dengan melantik AJK
kecil bagi setiap biro di dalam AJK induk PIBG. Perlantikan ini dilakukan
semasa mesyuarat AGM itu sendiri. Jika perlantikan ini dilakukan selepas
AGM, kemungkinan besar ianya akan berakhir dengan kekcewaan. Dengan
jumlah AJK PIBG yang lebih ini diharapkan agar PIBG dapat membantu SKKJ
1 dengan lebih gigh lagi dan aktiviti PIBG dan SKKJ 1 akan dapat dijalankan
dengan lebih licin, mudah, sendang dan kerap, Insya Allah.
20. Saya ingin menawarkan diri saya sebagai pembuat kertas kerja dan
menjayakan program-program yang saya usulkan seperti di atas sekiranya
diperluakan oleh piha PIBG dan SKJJ 1, Insya Allah.
Zailan Bin Abd Aziz
1. Beg sekolah terlalu berat sehingga sakit tulang belakang. Tolong senaraikan
buku yang perlu dibawa untuk hari berkenaan supaya murid tidak perlu
membawa semua buku.
2. Sediakan bumbung untuk berlindung dari panas dan hujan ke pagar keluar
dan masuk sekolah.
3. Kesesakan lalulintas perlu diatasi dengan melaksanakan jalan sehala.
Shamsul Zahari
1. Tempat menjemput murid harus berada di lokasi lain.
Siti Fatimah Amirtham Binti Abdullah
1. Saya berharappihak sekolah menghubungi saya seandainya anak saya Mohd
Syafiq Bin Aslam Khan tidak hadir ke sekolah. (016-3062940)
2. Saya mencadangkan pihak sekolah boleh membuat kelas tamabahan supaya
murid-murid boleh mengulangkaji dengan lebih baik.
Saiful Rizal Ishak
1. Memohon agar pihak sekolah memberikan no telefon bimbit guru-guru yang
mengajar anak-anak ddi dalam kelas kepada ibu bapa atau penjaga suapay
ibu bapa penjaga dapat bertanyakan perkembangan anak-anak mereka di
sekolah dari masa ke semasa.

Nabeel Faisal
1. Kesesakan lalulintas yang semakin terut ketika mengambil dan menghantar
murid dari sekolah perlu diambil tindakan segera
2. Lebih prihatin terhadap murid yang mempunyai masalah dan penyakit.
Zudiana binti Zulkafli.
1. Buku pembelajaran kem bestari solat tidak perlu ditukar setiap tahun,
Wan Alisyah Ismail
1. Kelas tambahan berbayar pada sabtu/ahad/malam dan siang.
2. Kelas tambahan / kem motivasi agama diadakan berkala.
Mohd Noor Hamizi Bin Abd Hadi
1. Waktu rehat dipohon untuk mendahulukan SK 1 tahap 1 sebelum Sk 2.
2. Pengawasan yang ketat ketika balik di tangga tahap 1 memandangkan murid
darjah 3 akan bertolak-tolak dengan murid darjah 2.
Siti Aminah Makmon
1. Masalah kebersihan tandas perlu diutamakan dan memastikan tidak terputus
bekalan air.
Hassan Bin Othman
1. Menetap dan menyelaras arah laluan jalan diluar kawasan sekolah yang
keadaannya semakin bertambah teruk.
Nurhazilawani.
1. penggunaa pintu pagar belakang pada waktu pagi hendaklah dibenarkan
kepada murid-murid bagi mengelakkan kesesakan yang amat ketera pada
waktu pagi.
Mohd Hazrin Bin Abg Hamid
1. cadangan diadakan kelab/program saintis muda untuk mengetengahkan bakat
murid-murid dalam bidang sei reka dan sais teknologi.
2. Program public speaking untuk meberikan keyakinan kepada muridmuriduntuk bercakap dihadapan orang ramai.
Nur Emilia Othman
1. Pintu utama berdekatan dengan bangunan kelas dibuka untuk droop off
annak-anak pada waktu pagi dan waktu balik kerana pintu dekat dengan sri
nobel sesak teruk waktu pagi.
Afandi Kasiman.
1. Kantin berasingan daripada Sk Kelana Jaya 2
2. Kawasan berpagar kecuali kawasan umum daripada SK KJ 2

RM Bakri Bin Abd Rahman


1. Keseragaman / kesefahaman/ kesepakatan dengan Sek Agama murid-murid.
S. Kanagaratnam.
1. puas hati anak saya terima disiplin dan ajaran yang sangat baik
2. terima kasih kepada pihak sekolah.
Mohd Firus Zaulkafli.
1. Yuran PIBG yang lebih seorang anak.
2. Resit bagi setiap pembayaran yang dibuat perlu ada memandangkan telah
berlaku sebelum ini di mana sebelum ini pembayaran telah di buat tetapi cikgu
menafikan dan ibu bapa perlu membuat pembayaran semula.
Norazman Arifin
1. Jalan utama di jalan SKKJ 1 untuk waktu yang terhad waktu pagi 6.30 pagi
sehingga 8.00 pagi waktu tengahari 12.00-2.00 petang. Kesesakan berpunca
daripada sistem satu sesi persekolahan.
Mohamad Anuwa.
1. Laluan berbumbung untuk murid yang keluar dan masuk ke sekolah.
2. Memohon supaya pengawal keselamatan sekolah memastikan laluan sehala
dipatuhi oleh ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka.
Safwan Bin Mahmood.
1. Bekerjasama dengan sekolah Seri Nobel dan KJ 2 untuk memastikan jalan
masuk ke sekolah adalah satu hala. Sk Nobel Seharusnya keluar ke arah lain
agar tidak mengganggu aliran masuk utama sekolah SK KJ 1 untuk
mengelakkan kesesakan.
2. Menyediakan tempat berteduh dikawasan pintu masuk utama sekolah SK KJ
1 untuk mengelakkan anak-anak terkena hujan.
Rusyhdah Abd Latif.
1. Pertingkat kebersihan sekolah. Contohnya saya daoati bahawa nyamuk
kerana terlalu banyak sampah di dalam longkang yang tidak dibuang dan najis
kucing.
2. Gantikan lampu koridor sekolah yang telah rosak. Kebanyakkan murid pagi
perlu meletakkan beg mereka di dalam kelas. Terutamanya ditanggan, ianya
gelap dan merbahaya kepada murid.
3. Laluan di pintu pra sekolah. Tolonglah ambil perhatian. Laluan tersebut adalah
amat tidak sesuai kalau tidak diselenggarakan dan diperindahkan.
Abdul Rais.

1. Taklimat kepada pengawal keselamatan agar tidak tidur semasa bertugas dan
sentiasa memantau agar murid tidak keluar masuk sesuka hati.
2. Kebersihan tandas perlu dipertingkatkan dengan kekerapan

jadual

pembersihan ditambah. Taklinat tentang kepentingan kebersihan tandas


kepada murid-murid.
Kamal Bashah.
1. Cadangan diadakan gotong royong mencuci kelas-kelas terutamanya lantai
serta tandas sekolah.
Badru Zaima Yusof.
1. Jaga keselamatan murid-murid dengan lebih ketat.
2. Polis bantuan bagi mengelakkan kesesakan lalulintas.
Ahmad Sophian Zubir.
1. Perlua mencari jalan penyelesaian dalam mengaatasi masalah kesesakan
pada waktu pagi.
Lim Soon Yoke.
1. Mengadakan kelas tambahan terutamanya kepada murid tahun 6.
Che Aziz
1. Asingkan SK KJ 1 dengan Sk KJ 2 bagi mengelakkan kesesakan (2 sesi)
Azali Aminuddin Mohd Saad.
1. Laluan trafik ke sekolah di mana sekolah sri nobel blok jalan serta
menggunakan parking di jalan berhampiran sekolah SKKJ 1 & 2.
Zudiana Zulkafli
1. Buku pembelajaran kem bestari solat tidak patut ditukar pada setiap tahun.
Saharuddin Abdullah
1. Milo ais di sekolah (kantin) mahal. Ais banyak daripada air milo. Cadang agar
kurangkan ais dan lebihkan air.
Zamama Begum Abu Baker.
1. Pihak sekolah dapat menajga persekitaran sekolah terutamnya kawasan luar
sekolah agar sentiasa bersih.
2. Memperbaiki mutu pemblajaran mata pelajaran bahasa inggeris.

Anda mungkin juga menyukai