Anda di halaman 1dari 2

v Domain Kognitif

Domain kognitif pembelajaran muzik adalah adalah bersandarkan kepada Taksonomi Bloom. Ia berkaitan dengan aktiviti muzikal yang melibatkan pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Sebagai contoh menamakan notnot yang terdapat pada baluk ataupun memahami fungsi triad dalam pembentukan harmoni. Yang nyata aktiviti-aktiviti tersebut akan menjana pemikiran yang kreatif dan kritis yang membolehkan peningkatan darjah keintelektualan pelajar. v Domain Afektif

Domain afektif pembelajaran muzik pula berkaitan dengan kesedaran diri, perasaan, minat, sikap dan usaha pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran muzik. Di antara contoh aktiviti muzikal yang melibatkan domain afektif adalah seperti pelajar memberi tumpuan dan respon terhadap muzik yang didengar. Justeru domain afektif dalam pembelajaran muzik adalah berkaitan dengan peningkatan usaha dan sikap pelajar terhadap muzik. v Domain Psikomotor

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, para psikologi biasanya tidak menitik beratkan domain pembelajaran psikomotor. Namun begitu ianya merupakan domain yang utama dalam proses pengajaran pembelajaran muzik. Domain psikomotor ini melibatkan pergerakaan fizikal anggota badan dan kemahiran muzikal pelajar dalam pembelajaran muzik. Sebagai contoh postur badan ketika menyanyi sambil duduk atau pun berdiri. Lagi satu contoh aktiviti yang melibatkan domain psikomotor membuat gerakan mengikut tempo. Berdasarkan contoh aktiviti muzikal tadi dapatlah kita fahami mengapa domain psikomotor begitu penting dalam pembelajaran muzik. Kemahiran psikomotor sebenarnya memandu pelajar untuk membuat keputusan yang tepat dalam masa yang singkat. Ianya bukan sahaja melibatkan daya tahan otot-otot tersebut semasa melakukan aktiviti-aktiviti muzik tetapi turut menguji sejauh mana minda pelajar mampu mengawal otot-otot pergerakan kepada tahap yang dikehendaki. Oleh itu domain ini berbeza daripada domain kognitif daripada aspek menilai tahap intelek pelajar.

v Domain Estetika

Domain estetika berkait rapat dengan bagaimana pelajar memperolehi pengalaman estetik dan menghargai nilai-nilai kesenian serta nilai-nilai murni yang terdapat dalam aktiviti muzikal di bilik darjah. Pengalaman estetik turut melibatkan intelek dan emosi pelajar. Sebagai contoh kepuasan seorang pelajar menyanyikan lagu Kain Songket dengan penuh lemah gemalai di hadapan para penonton dan kepuasan penonton yang menyaksikan persembahan tersebut. Justeru kualiti nyanyian pelajar dan tahap tumpuan yang deberikan oleh penonton yang mempunyai kaitan dengan pengalaman estatik Keupayaan dan bakat ini boleh dikembangkan melalui interaksi dengan persekitaran dan pendidikan yang berkualiti.Walaupun individu memiliki keupayaan dan bakat tetapi tidak semua keupayaan dilihat dengan jelas.Pendidikan memainkan peranan penting dalam memperkembangkan potensi pelajar. Insan yang seimbang dan harmonis bermaksud insan yang memiliki dan menghayati ilmu pengetahuan,berakhlak mulia , mempunyai kepercayaan dan keyakinan yang teguh kepada tuhan,mempunyai fikiran dan jiwa yang tenteram , tubuh badan yang sihat dan cergas serta dapat bekerjasama dengan orang lain. Pendidikan Muzik memberi ruang itu seterusnya telah memberi satu input dalam diri individu untuk berfikir ssecara rasional terhadap apa yang dilakukan dan mencungkil bakat murid.Ini kerana Muzik bukan hanya sekadar menyanyi ,tetapi masih menggunakan pengetahuan dan juga teknik-teknik dalam nyayian sertakan dengan cara untuk mengawal emosi ketika sedang menyanyi dan membuat gerakan.Jelaslah di sini ,bahawa Pendidikan Muzik membentuk seterunya melahirkan individu yang seimbang dari segi JERI.

Seorang guru seharusnya sedar bahawa apa yang perlu mereka bina dalam diri para pelajar bukan semata-mata ilmu, pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu bidang malahan nilai, pekerti mulia, jati diri sebuah negara bertamadun dan keupayaan mental, fizikal, spiritual dan sosial. Menurut Shimon Peres, Perdana Menteri Israel, pendidikan moden hendaklah mengajar murid-murid tiga perkara iaitu pembelajaran berterusan; bekerja dengan orang yang berbeza-beza tetapi boleh hidup; dan membangun serta menyumbang dalam keadaan yang serba berubah (Jamil Adimin, 2006). Sekiranya inilah yang dituntut oleh pendidikan moden, profesion keguruan nyata jauh lebih luas daripada sekadar memenuhi objektif, matlamat dan kandungan kurikulum kebangsaan seperti yang tercatat dalam Ministry of Education Malaysia (1982).

Anda mungkin juga menyukai