Anda di halaman 1dari 14

700503025152

HBAE 1203 PERKEMBANGAN


SENI KANAK - KANAK

1.0 Pengenalan
Istilah "teknologi maklumat" muncul pada sekitar dekad 1970 - an. Pada abad
ke-20, banyak industri bertumbuh dengan pesat dalam membangunkan sektor elektronik,
sektor pengkomputeran, dan juga bidang-bidang teknologi yang lain. Pada ketika itu,
terdapat banyak penyelidikan telah dilakukan bagi membiayai inovasi serta
permbaharuan dalam bidang jentera dan pengkomputan.Komputer komersil yang pertama
ialah UNIVAC I yang direka bentuk oleh J. Presper Eckert dan John Mauchly untuk Biro
Banci Amerika Syarikat. Pada akhir dekad 1970-an, penciptaan mikrokomputer dan
diikuti oleh penciptaan komputer peribadi IBM pada tahun 1981.
Sejak itu, empat generasi komputer telah berkembang, dengan setiap generasi
melambangkan satu langkah yang dicirikan oleh perkakasan yang semakin kecil dan dan
mempunyai pelbagai fungsi.Pada ketika itu, generasi pertama menggunakan tiub vakum,
manakala generasi-generasi kedua dan ketiga masing-masing menggunakan transistor dan
litar bersepadu. Generasi keempat, iaitu generasi terkini, menggunakan sistem-sistem
yang lebih rumit seperti penyepaduan skal sangat besar (VLSI).
2.0 Definisi Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (Ict)
Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT (Information and Communication
Technology) merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang
lingkup tajuknya sangat luas. Ia boleh berkenaan denagan segala aspek dalam pengurusan
dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudahnya adalah penggunaan komputer
dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat,
dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran,
penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan
teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk
pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas.

700503025152

HBAE 1203 PERKEMBANGAN


SENI KANAK - KANAK

Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja
tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan
sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.
Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat.
a) Pertama teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk
suntingan dengan menggunakan teknologi. Contoh,dengan menggunakan komputer ia
boleh merekod bunyi,imej dan sebagai pengesan gerakkan.
b) Kedua, adalah untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.
c) Ketiga, digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi
maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada
sumber kepada penerima.
3.0 Fungsi-Fungsi Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
Teknologi ini wujud sebagai satu perantaraan untuk mengedarkan pelbagai jenis
maklumat untuk tujuan yang berlainan. Contohnya bagi pendidikan, pengiklanan,
pemberitahuan, telekomunikasi dan sebagainya untuk memperoleh maklumat,
menyimpan maklumat, mengambil semula maklumat, memproses maklumat dan
menyebarkan maklumat.Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dapat membantu
pengurus pendidikan dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan
dan selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasinya.
Hakikatnya ICT sangat membantu dan menolong mereka (pentadbir sekolah)
untuk berfungsi dengan lebih cekap, berkesan, mudah, cepat dan membuat keputusan
yang baik yang melibatkan maklumat, proses dan kerja seperti pendaftaran pelajar,

700503025152

HBAE 1203 PERKEMBANGAN


SENI KANAK - KANAK

pelbagai rekod, kawalan inventori, jadual waktu, opsyen guru, bilangan waktu mengajar,
hal yang berkaitan peperiksaan, pembelian stok dan sebagainya.
Ini bersesuaian dengan pendapat Laudon dan Laudon ( 1997 ) yang menyatakan
sistem maklumat dan komunikasi adalah komponen-komponen yang bersepadu yang
mengumpul dan menyimpan maklumat bagi membantu organisasi membuat keputusan,
merancang, mengawal dan menganalis.Guru-guru juga boleh memperolehi maklumat
daripada pelbagai sumber melalui ICT untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran (PdP)
dan tahu menggunakan teknologi komunikasi seperti CD Rom, cakera padat, video,
komputer, komputer bimbit, dan perisian-perisian aplikasi komputer seperti e-mail,
pengkalan data, pemprosesan perkataan, hamparan eletronik, internet, perisian
persembahan dan lain-lainnya.Menurut Stair dan Reynolds ( 1999 ), tujuan utama sistem
maklumat dan komunikasi adalah untuk membantu organisasi mencapai matlamatmatlamatnya dengan membekalkan pengurus-pengurus dengan insight ke atas operasi
organisasi supaya mereka dapat mengawal, mengelola dan merancang dengan lebih
berkesan dan lebih cekap.
Pendidikan jarak jauh dibolehkan dengan wujudnya rangkaian pendidikan yang
lengkap. Tren semasa semakin menampakkan masa depan pengajaran dengan cara jarak
jauh tetapi ini tidak bermakna pendidikan konvensional perlu dihapuskan sama sekali.
Sesetengah daripadanya perlu dikekalkan bagi membolehkan pelajar membelajari
kemahiran tertentu yang tidak boleh diperolehi melalui teknologi maklumat. Contohnya
cara persembahan menggunakan komputer amat berbeza dengan cara konvensional.
Namun kita tidak harus bergantung sepenuhnya kepada komputer dan melahirkan
golongan yang tidak mampu berinteraksi tanpa komputer.
Pada masa kini, semakin banyak bahan-bahan ditukarkan kepada bit-bit dalam
komputer. Penukaran ini akan mencetuskan perubahan yang besar dalam penggunaan
ruang di bandar. Misalnya penduduk bandar tidak perlu berada di sesuatu lokasi tetapi
dapat merasai situasi tersebut melalui internet. Kes yang sama berlaku terhadap
perpustakaan, apabila lebih banyak teks ditukarkan dalam bentuk bit. Pelajar atau
penduduk tidak perlu sampai ke perpustakaan untuk mendapatkan bahan rujukan
3

700503025152

HBAE 1203 PERKEMBANGAN


SENI KANAK - KANAK

tersebut.Perdagangan elektronik ditakrifkan sebagai penggunaan telekomunikasi atau


rangkaian yang luas untuk melaksanakan pemindahan kewangan.

Dengan berkembangnya perkhidmatan sedemikian pada masa depan, pengguna


tidak perlu melangkah keluar dari rumah untuk membeli-belah. Di samping itu, mereka
boleh membeli-belah 24 jam sehari tanpa gangguan kesesakan, cuaca dan jurujual yang
membosankan. Selain itu, lokasi juga tidak menjadi masalah kerana perkhidmatan yang
dibekalkan akan menjamin pembelian tersebut dijalankan dengan senang. Halangan yang
wujud cumalah kos penghantaran yang mahal bagi lokasi yang jauh.
Dengan adanya rangkaian teknologi maklumat juga membolehkan aktiviti
perbankan dan pasaran dijalankan. Ini akan memberi pengaruh yang besar ke atas guna
tanah kawasan perdagangan pusat. Aktiviti tersebut sentiasa berkait dengan kesesakan di
lokasi perletakan bank atau bursa saham. Namun dengan adanya rangkaian maklumat
yang membolehkan aktiviti tersebut dijalankan dengan selamat maka penduduk bandar
dengan sukarela akan memilih rangkaian tersebut berbanding dengan cara konvensional
yang tidak berkesan serta membazirkan masa dan tenaga.
4.0 Peranan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
Di dalam dunia yang bertambah maju ini, teknologi maklumat telah menjadi
sebahagian daripada kehidupan kita. Ia juga memainkan peranan yang penting di dalam
kerja-kerja seharian kita. Sejak telefon diciptakan, manusia telah menyaksikan
kemunculan pelbagai ciptaan-ciptaan saintifik yang lebih canggih seperti radio,
televisyen, komputer, video dan sistem faksimili.Misalnya bagi komputer dapat memberi,
menyimpan dokumen-dokumen atau data-data yang diingini. Dengan ada kelebihan ini,
ia dapat membantu manusia dalam bekerja yang lebih pantas dan sempurna dalam
mengendalikan penyimpanan data-data yang penting.
Media massa juga memainkan peranan penting dalam membuka minda kita supaya
kita tidak lagi ketinggalan seperti katak yang berada di bawah tempurung. Melalui
4

700503025152

HBAE 1203 PERKEMBANGAN


SENI KANAK - KANAK

televisyen, kita dibawa ke sistem video yang begitu canggih. Sistem ini berupaya
merakamkan peristiwa-peristiwa yang menarik serta dapat dimainkan semula ke
televisyen dalam bentuk video kaset ataupun cakera padat. Satu pencapaian besar dalam
teknologi komunikasi mungkin adalah dengan terciptanya telefon bimbit.
Ia dapat menghubungkan dua nadi suria yang dapat dicapai walaupun berkilometer
jauhnya. Manusia telah memanfaatkan kaedah ini untuk saling berhubungan sesama
sendiri dengan keselesaan membawanya ke mana sahaja mereka berada.Tambahan pula,
bagi sistem faksimili bukan sahaja menjimatkan waktu dan tenaga, bahkan maklumat
akan tersiar melalui hitam putih yang akan memudahkan kerja bagi penerimanya.Namun
begitu, setiap yang sempurna pasti ada kecacatannya.
Teknologi maklumat juga menimbulkan masalah sosial yang tidak diingini. Kita
boleh melihat banyak jenayah yang dilaporkan di akhbar-akhbar.Rancangan-rancangan
yang disiarkan melalui media elektronik seperti televisyen mahupun radio masih
mempunyai banyak ruang untuk diperbaiki. Memandangkan kehidupan kita banyak
dipengaruhi oleh teknologi maklumat, kemungkinan besar kita juga akan terikut-ikut
dengan gejala-gejala negatif yang begitu berleluasa.
5.0 Komponen Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

700503025152

HBAE 1203 PERKEMBANGAN


SENI KANAK - KANAK

Contoh Peralatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

6.0 Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Pada Masa Kini


Dalam zaman yang serba moden ini, istilah teknologi maklumat telah diperluas
untuk merangkumi pelbagai aspek pengkomputeran dan teknologi. Ahli-ahi profesional
melakukan pelbagai tugas yang berbeza-beza dari segi pemasangan perisian penggunaan
6

700503025152

HBAE 1203 PERKEMBANGAN


SENI KANAK - KANAK

teknologi serta perekaan bentuk rangkaian komputer dan juga pangkalan data
maklumat.Kini, tugas yang dilakukan oleh mereka melalui teknologi maklumat adalah
seperti yang berikut. Iaitu termasuklah pengurusan data, pengurusan sistem, perangkaian
komputer, perekaan bentuk perisian, perekaan bentuk sistem pangkalan data serta sistem
maklumat pengurusan (MIS)

7.0 Kebaikan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi ( ICT )


1.

Memudahkan Kerja Seharian


Teknologi telah berjaya memudahkan pelbagai kerja seharian kita. Mesin basuh

kain, mesin basuh pinggan dan peti ais telah meringankan kerja di rumah dan hampir
setiap rumah di Malaysia kini telah memiliki sekurang-kurangnya mesin basuh kain dan
peti ais. Para suri rumah tidak perlu lagi membasuh kain dengan menggunakan tangan.
Teknologi bukan sahaja telah membantu kerja-kerja di rumah menjadi semakin mudah
malah di pejabat juga. Penggunaan mesin fotostat misalnya telah memudahkan pekerja
untuk membuat salinan sesuatu dokumen . Disamping itu penggunaan applikasi seperti
Microsoft Word telah memudahkan pekerja dipejabat untuk membuat laporan, menaip
surat dan sebagainya. Ianya jauh berbeza dengan penggunaan mesin taip yang terpaksa
menaip balik seluruh dokumen jika terdapat sebarang kesilapan.
2.

Menjimatkan Masa
Perkembangan teknologi juga telah dapat menjimatkan masa. Perkembangan pesat

teknologi pengangkutan telah menjimatkan masa perjalananan dari satu destinasi ke


destinasi yang lain. Penggunaan LRT dan komuter menjadi pilihan warga kota untuk
pergi dan balik dari kerja. Ianya bukan sahaja menjimatkan masa malah menjimatkan duit
kerana penggunaan banyak minyak petrol di dalam keadaan jalan yang sesak dan
sekaligus dapat mengurangkan tekanan kepada mereka yang memandu. Teknologi juga
telah banyak membantu petani dalam mempercepatkan proses pembajakan tanah. Jika
dahulu tanah dibajak dengan menggunakan cangkul dan bajak besi, ianya memerlukan

700503025152

HBAE 1203 PERKEMBANGAN


SENI KANAK - KANAK

banyak tenaga manusia dan memakan masa yang lama. Penggunaan alat pembajak seperti
traktor telah banyak menjimatkan masa para petani.

3.

Kemudahan komunikasi
Kecanggihan teknologi masa kini telah memberi banyak kemudahan komunikasi

kepada seluruh masyarakat di dunia. Ianya amat mudah, hanya perlu menggunakan
telefon, laman media sosial, Skype, Yahoo Messenger, Email dan sebagainya. Penyaluran
maklumat dapat disalurkan dengan pantas ke seluruh dunia. Jika dahulu, suratkhabar,
telefon dan televisyen merupakan antara media massa yang paling penting dalam
menyalurkan maklumat. Kini dengan perkembagan teknologi dalam komunikasi telah
mempelbagaikan saluran untuk menyampaikan maklumat dan ianya juga lebih pantas.
Kemudahan komukasi ini banyak membantu kita untuk berhubungan dengan masyarakat
di seluruh pelusuk dunia di samping memudahkan kaum keluarga untuk berhubung
sesama mereka.
4.

Teknologi perubatan membantu mengawal/mengubat penyakit


Perkembangan teknologi perubatan telah banyak membantu menyelamatkan

manusia. Penggunaan incubators telah banyak membantu bayi yang lahir tidak cukup
bulan untuk terus hidup. Begitu juga dengan penggunaan kimoterapi, ianya telah banyak
membantu sesetengah pesakit kanser dalam mengubati penyakit mereka. Walaupun tidak
semua pesakit kanser boleh pulih dengan sesi kimoterapi tetapi ianya memberi sedikit
harapan kepada pesakit untuk terus hidup. Perkembangan teknologi pengimejan juga
telah membantu dalam mengenalpasti pelbagai jenis penyakit dengan lebih cepat dan
mudah. Ianya sekaligus membantu untuk kenalpasti rawatan yang diperlukan. Teknologi
ini telah banyak membantu pengamal perubatan.
8

700503025152

5.

HBAE 1203 PERKEMBANGAN


SENI KANAK - KANAK

Meningkatkan pengeluaran
Teknologi telah banyak membantu para peniaga dalam meningkatkan pengeluaran.

Penggunaan pelbagai jenis mesin dan peralatan telah berjaya meningkatkan pengeluaran
dan mengurangkan penggunaan tenaga buruh, contohnya penggunaan mesin dalam
penyediaan makanan, pembuatan kereta dan sebagainya. Penggunaan mesian dan
peralatan ini mampu mengurangkan kebarangkalian dalam kerosakan sesuatu produk
yang dihasilkan.
8.0 Keburukan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi ( ICT )
1.

Jenayah
Perkembangan teknologi juga boleh membawa keburukan terutamanya jenayah

siber, ianya seperti kecurian maklumat, penipuan, penyebaran virus, penggodam ,


pengubahsuaian ke atas program dan sebagainya. Jenayah Siber amat berleluasa sekarang
ini dan ianya sukar untuk dibendung. Kecanggihan teknologi telah disalahgunakan oleh
pihak-pihak yang tertentu bagi mengaut keuntungan dengan cara yang mudah. Di
samping itu, teknologi juga telah memudahkan penjenayah untuk melakukan jenayah
contohnya dengan penggunaan alat bagi mengesan laptop di dalam kereta dan juga alat
untuk membuka pintu kereta. Alat-alat ini banyak digunakan oleh penjenayah.
2.

Kurang Pergaulan
Pelbagai jenis gadget dan permainan secara online telah menyebabkan kurangnya

pergaulan dikalangan remaja dan kanak-kanak. Sekiranya ianya berlarutan untuk jangka
masa yang agak lama, ianya boleh mengurangkan kemahiran bersosial dan tidak
mempunyai keyakinan diri ketika bergaul dengan masyarakat sekeliling. Ini jelas
memberi kesan yang negatif kepada individu tersebut. Perkembangan teknologi juga
boleh melonggarkan perhubungan dalam sesebuah keluarga. Ianya terjadi apabila
masing-masing sibuk dengan telefon atau gadget masing-masing tanpa berkomunikasi
antara satu sama lain. Sekiranya kita lihat masyarakat di luar sana, terdapat ramai
keluarga yang datang menjamu selera, duduk dalam satu meja tetapi masing-masing
sibuk dengan alat komukasi masing-masing. Inilah yang berlaku pada masa kini.
9

700503025152

3.

HBAE 1203 PERKEMBANGAN


SENI KANAK - KANAK

Mengancam Nyawa Manusia


Teknologi nuklear boleh mengancam nyawa manusia. Tidak dinafikan teknologi

nuklear banyak memberi kebaikan kepada manusia, di samping kebaikan, ianya juga
boleh memberi keburukan kepada manusia. Tragedi di Chernobyl yang berlaku pada
1986 di Ukraine merupakan antara tragedi nuklear yang paling teruk berlaku.
Tragedi ini telah mengorbankan banyak nyawa manusia dan kesan radiasi telah menular
ke 3 negara iaitu Belarus, Ukraine dan Russia. Kesan radiasi ini juga telah memberi
impak yang buruk kepada manusia di mana manusia boleh mendapat penyakit kanser dan
penyakit-penyakit lain dalam jangka masa panjang.
4.

Menjejaskan Kesihatan
Pada masa kini terdapat banyak makanan dalam tin yang boleh terus dimakan.

Pernahkah kita terfikir, adakah makanan dalam tin selamat untuk dimakan? Apakah
bahan yang digunakan bagi memastikan ianya tahan lama? Penggunaan bahan kimia
dalam pemprosesan dan teknologi makanan seperti sulfur dioksida, asid benzoik da asid
sorbik boleh menyebabkan penyakit seperti kanser dan sesak nafas. Disamping itu juga,
kenderaan yang terlampau banyak di kota raya juga boleh menjejaskan kesihatan
manusia akibat daripada pelepasan asap dari kenderaan.

9.0 Peranan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pengajaran Dan


Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan
kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana guru dapat membuat
persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran. Melalui cara ini guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan
dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar
secara berkesan. Melalui penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar maka proses
pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya
10

700503025152

HBAE 1203 PERKEMBANGAN


SENI KANAK - KANAK

menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video, visual dan mereka hanya perlu
mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih
mudah, ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan
persembahan menarik serta mudah untuk di fahami.
Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses
pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan
melalui ICT.

Di samping itu kesan penggunaan ICT ialah dapat menjadikan proses pengajaran
dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan. Dengan adanya ICT guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan
pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan
dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan
yang terdapat dalam ICT. Melalui penggunaan alat ICT guru dapat menerangkan kepada
pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek. Contohnya
penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini
mengenai dunia pendidikan.
11

700503025152

HBAE 1203 PERKEMBANGAN


SENI KANAK - KANAK

Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan


maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu
menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti pembelajaran.
Melalui cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana
maklumat-maklumat dapat terus di akses kedalam sistem.Penggunaan ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran amat penting kerana ia dapat meningkatkan kemahiran guru
dan pelajar. Melalui penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar
akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan bahan mengenai ICT seperti komputer,
LCD, CD, pendrive, hardware, software, internet dan sebagainya.
Semua benda yang berkenaan dengan ICT mempunyai berbagai fungsi dan
kegunaannya yang tersendiri dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran
disekolah. Hal ini kerana melalui penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
guru dan pelajar akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu
dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan, memproses dan
merekod setiap maklumat yang diperolehi. Kemahiran dalam menggunakan ICT ini
mampu memberi nilai tambah kepada guru agar dapat menggunakannya untuk
menyampaikan ilmu kepada pelajar agar ianya mudah untuk di fahami.
Di samping itu guru juga dapat menambahkan pengetahuan mengenai sistem
ICT melalui pengalaman yang diperolehi semasa menjalankan proses pengajaran
tersebut. Ini kerana semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan
saling berinteraksi tentang apa yang dipelajari serta bertukar pendapat mengenai
keberkesanan menggunakan sistem ICT ini disamping memberi cadangan bagi
meningkatkan lagi kualiti penyampaian. Melalui cara ini guru dan pelajar akan berusaha
lagi menambahkan pengetahuan mengenai teknologi ICT ini. Dalam era dunia tanpa
sempadan ini guru dan pelajar perlu menggunakan setiap teknologi yang ada agar tidak
ketinggalan khususnya di dalam bidang pendidikan yang banyak menggunakan ICT
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengetahuan yang mendalam mengenai
ICT amat penting bagi guru agar ianya dapat di aplikasikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaranbagi memudahkan lagi pemahaman murid.
12

700503025152

HBAE 1203 PERKEMBANGAN


SENI KANAK - KANAK

Selain itu manfaat yang diperolehi kesan daripada penggunaan ICT dalam
proses pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang
sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan. Di dalam sesebuah kelas tidak
semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang diajar
oleh guru. Justeru itu melalui penggunaan ICT murid-murid dapat memahami apa yang
diajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik
serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan ICT tersebut.
Contohnya melalui pengunaan alat seperti powerpoint, grafik, audio, video dan
sebagainya maka murid-murid akan lebih memahami setiap apa yang di ajar kerana di
beri gambaran dan persembahan dan persembahan yang lebih mudah untuk difahami
berbanding dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk pengkuliahan.
Melalui cara ini setiap masalah yang timbul dapat segera dimaklumkan oleh pelajar
kepada guru kerana mereka mudah bertindak balas terhadap sistem yang diajar
menggunakan ICT.
Kesimpulannya, teknologi maklumat memainkan peranan yang penting dalam
menjamin kehidupan yang lebih selesa. Namun begitu, kita harus memanfaatkan
pengetahuan kita untuk tujuan yang positif. Ini adalah untuk memastikan bahawa
masyarakat Singapura dapat membangun dengan fikiran yang inovatif, kreatif dan berhati
mulia.

( Lebih Kurang 2820 patah perkataan )

13

700503025152

14

HBAE 1203 PERKEMBANGAN


SENI KANAK - KANAK

Anda mungkin juga menyukai