Anda di halaman 1dari 1

KENYATAAN MEDIA

PROGRAM DERMA DARAH MEGA DAN PAMERAN KESIHATAN DENGAN


KERJASAMA HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN, HOSPITAL TELUK INTAN,
HOSPITAL SERI MANJUNG DAN HOSPITAL ANGKATAN TENTERA LUMUT

LUMUT, 20 Dis 2022: Industrial Concrete Product Sdn Bhd bersama LHY Engineering &
Machinery Sdn Bhd telah menganjurkan Program Derma Darah Mega melibatkan
anggota TLDM dalam meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan
menderma darah serta meningkatkan tabungan darah. Program ini berlangsung dari
20hb Dis dan 21 Dis dengan kerjasama Hospital Raja Permaisuri Bainun, Hospital Teluk
Intan, Hospital Seri Manjung dan Hospital Angkatan Tentera Lumut. Pameran Kesihatan
dari Hospital Pantai Manjung, Pejabat Kesihatan Manjung, Bank Islam Seri Manjung dan
Bank Muamalat Seri Manjung turut diadakan.

Calon-calon penderma darah akan diperiksa jenis darah dan tahap kesihatan mereka
akan direkod bagi mengesahkan kelayakan sebelum menderma. Selepas menderma,
mereka dibekalkan dengan makanan dan minuman.

Pihak penganjur mensasarkan sebanyak 1,000 pek darah dapat dikumpul dari
pendermaan sepanjang tempoh program diadakan. Program ini mendapat sambutan
menggalakkan, di mana setakat hari pertama, 538 bag darah telah berjaya dikumpul dari
kehadiran penderma seramai 700 anggota.

Program ini telah dirasmikan oleh YBhg Laksamana Muda Dato' Anuar Mohamed,
Panglima Pendidikan dan Latihan TLDM. Turut hadir pada program ini adalah Timbalan
Panglima Pendidikan dan Latihan iaitu, Laksamana Pertama Azhar Adam, Tuan Choy
Teik San yang merupakan Pengurus Besar Kanan ICP, Tuan Kong Thong Ching selaku
CEO, LHY Engineering dan Tuan Azmi Murid selaku Pengarah Program serta beberapa
pegawai kanan TLDM Lumut.

“Saya berharap program seumpama ini mampu menjadi platform untuk mengeratkan
jalinan kerjasama antara komuniti setempat antara firma awam bersama Tentera Laut
DiRaja Malaysia, khususnya di Lumut ini.” kata Dato' Anuar Mohamed.

Unit Media
Sekretariat Penganjur
PROGRAM DERMA DARAH MEGA & PAMERAN KESIHATAN 2022

Anda mungkin juga menyukai