Anda di halaman 1dari 8

RASIONAL PEMBENTUKAN KURIKULUM 2012

PENDIDIKAN JASMANI ( PJ 2311 K2 ) Page 1



DEFINISI KURIKULUM
Kurikulum berasal dari perkataan Latin yang merujuk kepada laluan
dalam sesuatu pertandingan. Berdasarkan kepada konsep tersebut, perkataan
kurikulum adalah berkait rapat dengan perkataan laluan atau laluan-laluan.
Sehingga awal abad ke-20, kurikulum merujuk kepada kandungan dan bahan
pembelajaran yang berkembang, iaitu apa itu persekolahan. Ahli progresif dan
behaviouris pada lewat abad ke-19 dan abad ke-20 membincangkan tentang
kurikulum dengan memasukkan unsur-unsur seperti kepelbagaian, keperluan
masyarakatan dan strategi-strategi pengajaran.
John Dewey (1902) dalam bukunya The Child and The Curriculum
merujuk istilah kurikulum sebagai pengajian di sekolah dengan mengambil kira
kandungan dari masa lampau hingga masa kini. Pembentukan kurikulum
menekankan kepentingan dan keperluan masyarakat. Beliau selanjutnya
menghuraikan konsep ini dalam bukunya Democracy and Education (1916).
Dewey menyatakan bahawa skema kurikulum harus mengambil kira
penyesuaian pembelajaran dengan keperluan sesebuah komuniti, ia harus
membuat pilihan dengan niat meningkatkan kehidupan yang dilalui supaya masa
depan akan menjadi lebih baik dari masa lampau. Di sini, elemen
rekonstruksionism sosial dapat dikesan dengan melihat ke arah keperluan
masyarakat diletakkan sebagai objektif utama, tanpa menafikan kepentingan
individu.
Frank Bobbit (1918), dalam buku The Curriculum menghuraikan
kurikulum sebagai kesuluruhan pengalaman, yang tidak terarah tertumpu kepada
perkembangan kebolehan individu. Ataupun, satu siri latihan pengalaman
langsung secara sedar digunakan oleh sekolah untuk melengkap dan
menyempurnakan pendedahannya. Konsep beliau menekankan kepada
RASIONAL PEMBENTUKAN KURIKULUM 2012

PENDIDIKAN JASMANI ( PJ 2311 K2 ) Page 2

pemupukan perkembangan individu melalui segala pengalaman termasuk
pengalaman yang dirancang oleh sekolah.
Taba (1962) menegaskan kurikulum sebagai isi kandungan mata
pelajaran atau bidang tertentu yang dijadikan sebagai satu program pendidikan
yang khusus dalam mana-mana institusi pendidikan. Ia juga dianggap sebagai
sukatan.
Brubakar (1982) menyatakan kurikulum adalah apa yang dialami oleh
individu dalam sesuatu perkara.
Irnstein dan Hunkins (1993, 1998) mendefinisikan kurikulum sebagai satu
pelan atau rancangan untuk tindakan atau satu dokumen bertulis yang
mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang dihajati.
Mohd Daud (1995) berpendapat kurikulum ialah unsur budaya atau ilmu
pengetahuan untuk membantu guru mengajar kumpulan murid.
Doll, R. (1996) menyatakan kurikulum adalah isi kandungan dan proses
formal dan tidak formal yang mana pelajar memperolehi ilmu dan kefahaman,
mengembangkan kemahiran dan mengubah sikap serta menghargai dan
mempelajari nilai-nilai murni di sekolah.
Laporan Jawatankuasa Kabinet Pelaksanaan Pelajaran (1976)
menganggap segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah
institusi pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan.
Laporan Kabinet 1979 bertujuan untuk memenuhi keperluan individu dan
Negara. Dalam laporan cabinet mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979),
kedua-dua keperluan dihuraikan seperti peranan kurikulum dalam pendidikan
adalah untuk membina perkembangan murid yang lengkap dari segi jasmani,
rohani, akal dan emosi serta menyemai, menanam dan memupuk nilai-nilai
akhlak yang diingini di samping menyampaikan ilmu pengetahuan. Tambahan
RASIONAL PEMBENTUKAN KURIKULUM 2012

PENDIDIKAN JASMANI ( PJ 2311 K2 ) Page 3

pula, dalam konteks Negara Malaysia, kurikulum juga berperanan untuk
melahirkan rakyat yang berpanduan Rukun Negara di samping menghasilkan
tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan Negara.
Dasar Pendidikan Kebangsaan teleh mewujudkan peraturan-peraturan
pendidikan (kurikulum kebangsaan) 1997, mula berkuatkuasa pada 1 Januari
1998. Definisi atas Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah satu program
pendidikan termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi
semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan
kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan
sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, emosi serta untuk menanam dan
meningkatkan nilai moral yang diingini untuk mencapai pengetahuan.
Banyak lagi sumber-sumber yang menterjemahkan maksud kurikulum
yang lebih kompleks. Secara ringkas, kurikulum adalah bidang pengajian di
sekolah.

RASIONAL PEMBENTUKAN KURIKULUM 2012

PENDIDIKAN JASMANI ( PJ 2311 K2 ) Page 4

KONSEP KURIKULUM
Secara umumnya, konsep kurikulum dikategorikan kepada 5 jenis.
Antaranya termasuklah kurikulum menjadi dokumentasi khas dan panduan
kurikulum terdiri daripada cadangan-cadangan berhubung dengan matlamat,
objektif, ciri-ciri pelajar, pengalaman pembelajaran, isi kandungan pelajaran,
kaedah, bahan dan cara penilaian. Rancangan yang dibuat untuk membimbing
pembelajaran di sekolah lazimnya termaktub dalam sesuatu dokumen, yang
mengandungi pelaksanaannya di dalam bilik darjah, seperti yang dialami murid
dan dirakamkan oleh pemerhati, pengalaman tersebut berlaku dalam suasana
pembelajaran yang turut mempengaruhi semua yang dipelajari.
Kurikulum perlu memberi tumpuan kepada kaedah penyampaian yang
lebih menarik. Kaedah ini membolehkan pelajar dapat menguasai kemahiran dan
isi kandungan dengan berkesan.
Selain itu, kurikulum merupakan program pengajian yang merujuk kepada
mata pelajaran yang diajar mengikut aliran atau jurusan yang ditetapkan.
Pengalaman pembelajaran yang dirancang dan dibimbing serta hasil
pembelajaran yang diinginkan, yang dibentuk secara sistematik dengan
pembinaan, yang dibentuk secara sistematik dengan pembinaan semula ilmu
dan pengalaman, di bawah naung sekolah bagi pertumbuhan murid dari aspek
kecekapan sosial peribadi secara berterusan dan bersungguh-sungguh.
Kurikulum juga membentuk pengalaman pembelajaran yang terancang.
Kurikulum bukan sahaja membolehkan pelajar menimba ilmu, tetapi juga
mencari dan mendapat pengalaman sebanyak mungkin. Semua pengalaman
pembelajaran yang dirancang dan diarahkan oleh sekolah untuk mencapai
matlamat pendidikan.

RASIONAL PEMBENTUKAN KURIKULUM 2012

PENDIDIKAN JASMANI ( PJ 2311 K2 ) Page 5

Sehubungan itu, kurikulum mempunyai konsep tersirat semasa pelajar
melalui pembelajaran terancang, pelajar akan memperoleh nilai-nilai sampingan.
Contoh, interaksi dan komunikasi memainkan peranan penting bagi menjadikan
kanak-kanak lebih matang. Kurikulum sekolah boleh dibentuk melalui satu
peristiwa yang terancang bertujuan untuk memberi impak pendidikan kepada
murid di sekolah.
Konsep kurikulum dapat dijelaskan dengan lebih baik lagi melalui cara
bagaimana sekolah menjawab sembilan soalan kurikulum yang berikut: Apakah
yang harus diajar? Kepada siapa ia harus diajar? Mengapa ia harus diajar? Bila
(berapa lama dan bagaimana susunannya) harus ia diajar? Bagaimana kita
harus tahu bahawa pembelajaran telah berlaku? Apakah sumber yang akan
digunakan (buku teks, bahan, video dan lain-lain)? Dalam keadaan
bagaimanakah kurikulum akan dilaksanakan dan apakah kumpulan yang akan
digunakan? Apakah aspek sitausi bilik darjah (susunan meja kerusi, ekologi bilik
darjah) yang akan digambarkan dalam kurikulum?
RASIONAL PEMBENTUKAN KURIKULUM 2012

PENDIDIKAN JASMANI ( PJ 2311 K2 ) Page 6

MATLAMAT DAN OBJEKTIF KURIKULUM
Kurikulum berperanan sebagai garis panduan dan penentu sempadan
ilmu yang hendak disampaikan. Ini bermaksud bahawa maklumat-maklumat
akan disampaikan mengikut peringkat yang tertentu. Kurikulum di sekolah perlu
sentiasa relevan dengan keperluan dan kehendak semasa. Pusat
Perkembangan Kurikulum sentiasa merangka kurikulum pendidikan di Malaysia
dari semasa ke semasa mengikut aliran tinggi. Kurikulum perlu diubahsuai
mengikut keperluan supaya murid-murid sentiasa bergerak seiring dengan trend
pengetahuan semasa.
Kurikulum pendidikan dibina atas beberapa tujuan. Antaranya adalah
untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani dan
emosi serta berketerampilan dan mampu berfikir secara kritis dan kreatif.
Selain daripada itu, kurikulum pendidikan juga menggabungkan jaringan
unsur nilai moral dan agama merentasi kurikulum. Bagi mencapai hasrat ini,
kurikulum telah menitikberatkan aspek kepemimpinan murid-murid melalui ko
kurikulum. Kurikulum yang sama digunakan di semua sekolah di Malaysia
bermatlamat untuk menguatkan hubungan sosial antara masyarakat majmuk di
Malaysia. Kurikulum yang seragam dan adil dapat membentuk masyarakat yang
bersatu padu dan menyingkirkan sikap prejudis antara kaum.
Akhir sekali, kurikulum juga diharap dapat membantu pembentukan insan
dan warganegara yang mempunyai semangat patriotisme dan cinta kepada
tanah air.

RASIONAL PEMBENTUKAN KURIKULUM 2012

PENDIDIKAN JASMANI ( PJ 2311 K2 ) Page 7

HALA TUJU KURIKULUM
Kurikulum di Malaysia bertujuan membangunkan modal insan yang
cemerlang dari segi sahsiah dan akademik. Kurikulum yang dibina perlu
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh untuk melahirkan
insane yangt seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi. Kurikulumn
dibina perlu member penekanan kepada perkembangan kemahiran belajar dan
genetic. Pendekatan ini melahirkan masyarakat yang mampu mengamalkan
pembelajaran sepanjang hayat dan sentiasa berkebolehan mengikuti pelajaran.
Aspek ini penting nkerana proses pendidikan berlangsung secara berterusan ke
arah melahirkan insane yang dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai
perubahan yang mencabar seperti keadaan ekonomi dan aplikasi teknologi
maklumat dan komunikasi. Pembangunan tenaga manusia menjelang abad ke
21 tidak terhad kepada penyediaan dan pembekalan tenaga pekerja yang
terampil tetapi aspek melahirkan usaha yang berwibawa, terancang dan
ketahanan diri yang tinggi juga diberi perhatian. Kurikulum juga bersifat futuristic,
fleksibel dan dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat dan profil
bangsa dan warganegara Malaysia.
Haja tuju kurikulum dibina berdasarkan Dasar Pendidikan Negara,
Laporan Kabinet 1979 dan juga Falsafah pendidikan. Dasar Pendidikan Negara
termasuklah peraturan-peraturan pendidikan (Kurikulum Pendidikan) 1997 dan
juga Akta pendidikan 1996. Laporan Kabinet 1979 pula mengkaji Perlaksanaan
Dasar Pelajaran (1979) dan KBSR telah digunalkan.
RASIONAL PEMBENTUKAN KURIKULUM 2012

PENDIDIKAN JASMANI ( PJ 2311 K2 ) Page 8

BIBLIOGRAFI
1. http://www.authorstream.com/Presentation/aSGuest11810-144407-
definisi-dan-konsep-kurikulum-entertainment-ppt-powerpoint/

2. http://kdckdpm06.bravehost.com/kurikulum.htm

3. http://edukasi.kompasiana.com/2009/12/16/134-pengertian-kurikulum-
lengkap/

4. http://notapismp.blogspot.com/2010/09/definisi-kurikulum-serta-matlamat-
dan.html

5. http://www.slideshare.net/enabdacrazie/kurikulum-pj-di-sekolah-rendah


6. http://www.authorstream.com/Presentation/aSGuest11810-144407-
definisi-dan-konsep-kurikulum-entertainment-ppt-powerpoint/

Anda mungkin juga menyukai