Anda di halaman 1dari 14

Bab 1: Apakah yang dimaksudkan dengan Kurikulum?

Tajuk Berita
Kerja rumah sepatutnya lebih bermakna
Para pelajar masih tidak membaca dengan mahir selepas 11 tahun bersekolah
Murid-murid bosan mempelajari perkara sama setiap tahun
Guru-guru tidak mampu menghabiskan silabus kerana terlalu mementingkan giat
kerja ko-kurikulum
Guru-guru tidak sanggup mengajar perkara yang tidak termasuk ke dalam kurikulum
kerana menganggapnya membuang masa
Hasil Pembelajaran:

Pada akhir bab ini, anda akan dapat:
Menakrifkan istilah kurikulum;
Membandingkan takrifan bagi istilah ini sepertimana yang
diberikan oleh berbagai ahli akademik;
Jelaskan maksud kurikulum tersirat;
Membezakan antara tiga pendekatan kurikulum;
Membincangkan perhubungan antara kurikulum dan
kaedah penyampaiannya;
Menerangkan proses pembangunan kurikulum dengan
ringkas; dan
Memberi hujahan mengenai sama ada kurikulum
merupakan suatu disiplin.

Ringkasan Bab

Pengenalan
Takrifan kurikulum
Kurikulum tersirat
Pendekatan
a) Kurikulum sebagai bahan
b) Kurikulum sebagai produk
c) Kurikulum sebagai proses
Asas-asas Kurikulum
Pembangunan Kurikulum
Kurikulum dan Penyampaian
Kurikulum sebagai Bidang Kajian
Soalan Perbincangan
Rujukan

Kemahiran berfikir para pelajar perlu dikembangkan lagi
Golongan ibu bapa menyerahkan beban mendidik anak-anak mereka kepada para
guru
Aktiviti kesukanan tidak ditekankan di sekolah
Pendidikan alam sekitar patut diajar di sekolah

1.0 Pengenalan

Anda mungkin pernah membaca salah satu
daripada tajuk berita di atas dalam
suratkhabar atau majalah. Tajuk-tajuk berita
ini mencerminkan isu-isu berkaitan dengan
sekolah dan kurikulum yang bermain di
fikiran masyarakat. Kurikulum merupakan
kontrak antara masyarakat dan pihak berkuasa
dan bertujuan menentukan pendidikan
generasi muda. Oleh itu, masyarakat berhak
mempersoalkan sekiranya sekolah-sekolah
mampu mendidik generasi muda kita.

Masyarakat masa kini yang semakin berpendidikan lebih cenderung menyuarakan
pendapatnya mengenai berbagai isu yang menyentuh sekolah dan perkara-perkara yang diajar
di sekolah. Namun demikian, masyarakat secara umumnya jarang mencapai persetujuan
berhubung dengan tanggung jawab sekolah secara lazimnya.

Sesetengah lapisan masyarakat menyarankan supaya sekolah-sekolah menekankan aspek
penguasaan fakta, konsep dan prinsip penting dalam mata pelajaran yang diajar manakala
golongan lain pula mengutamakan pengurangan bahan pembelajaran dan sebaliknya
menekankan perkembangan aspek pemikiran kreatif dan kritikal. Golongan lain pula
berpendapat bahawa sekolah-sekolah tidak menutamakan aspek perkembangan keperibadian
pelajar-pelajarnya. Dengan itu, jelas kelihatan bahawa masyarakat sebenarnya keliru
mengenai apa ya ia mahukan daripada institusi persekolahan. Namun demikian kekeliruan ini
sebenarnya merupakan nilai dinamism kerana kurikulum sekolah perlu mencerminkan nilai-
nilai, pilihan dan sudut pandangan masyarakat mengikut konteks yang berbeza. Apabila suatu
masyarakat berubah, kurikulum sekolah perlu turut berubah kerana ia mencerminkan
kedudukan masyarakat tersebut pada masa tertentu. Misalnya, pada zaman penjajahan
British, sistem pendidikan di Malaysia dikhususkan terhadap menghasilkan kerani dan
pembantu am pejabat bagi sistem pentadbiran British sahaja. Kesimpulannya, kurikulum
sekolah mendatangkan kesan kepada semua lapisan masyarakat, tidak kira takrifan yang
digunakan. Kurikulum memberi kesan kepada masyarakat secara umumnya, sama ada guru,
akademik, pelajar. ahli politik, ibu bapa, peniaga, profesional, kakitangan kerajaan dan
sebagainya.








AKTIVITI

1) Baca semula tajuk berita yang diberikan pada awal bab ini dan
bincangkan tiga tajuk berita.
2) Cari isu-isu lain yang menyentuh kepada kurikulum sekolah.


Istilah kurikulum tidak memiliki takrifan yang khusus. Perkataan ini berasal daripada kata
kerja bahasa Latin currere yang membawa maksud lari. Kamus Antarabangsa Baru (New
International Dictionary) menakrifkan kurikulum sebagai keseluruhan suatu kursus yang
ditawarkan di institusi atau jabatan pendidikan manakala Kamus Bahasa Inggeris Oxford
(Oxford English Dictionary) menakrifkannya sebagai kursus-kursus yang diajar di sekolah
atau universiti. Dengan ini, jelas kelihatan bahawa kurikulum membawa berbagai maksud
yang berlainan. Kebanyakan pihak, termasuk golongan pendidik, menyamakan kurikulum
dengan silabus (Adakah anda bersetuju dengan amalan ini?) manakala pihak lain pula
menganggap bahawa kurikulum merujuk kepada pengalaman pembelajaran dan pengajaran
yang dialami oleh seorang pelajar di sekolah. Semenjak awal kurun ke-20 apabila The
Curriculum yang ditulis oleh Franklin Bobbit atau lebih dikenali sebagai Bapa Kurikulum
diterbitkan, berbagai takrifan bagi istilah kurikulum telah dicadangkan oleh berbilang ahli
teori dan pendidik.

Tanner (1980) menakrifkan kurikulum
sebagain pengalaman pembelajaran yang
berancang dan berpandu serta hasil
pembelajaran yang dimaksudkan, yang dirangka
melalui penyusunan semula maklumat dan
pengalaman secara sistematik para pelajar oleh
pihak sekolah bagi perkembangan keupayaan
sosial peribadi yang disengajakan secara
berterusan (m.s. 13).

Schubert (1987) menakrifkan kurikulum
sebagai isi kandungan suatu mata pelajaran,
konsep-konsep dan tugas-tugas yang perlu
diperoleh, aktiviti yang dirancang, hasil
pembelajaran dan pengalaman yang
dimaksudkan, serta produk budaya tertentu dan
agenda demi pembaharuan masyarakat.

Pratt (1980) menakrifkan kurikulum
sebagai dokumen bertulis yang menerangkan
matlamat yang dirancang, objektif, isi
kandungan, aktiviti pembelajaran, kaedah
penilaian dan sebagainya.

Goodlad dan Su (1992) menakrifkan
kurikulum sebagai rancangan yang terdiri
daripada peluang pembelajaran bagi jangka
masa dan tempat yang tertentu, peralatan yang bertujuan untuk menghasilkan
perubahan dari segi tingkah laku di kalangan para pelajar melalui aktiviti yang
dirancang dan merangkumi semua pengalaman pembelajaran yang diperoleh oleh
para pelajar dengan bimbingan sekolah.

Cronbleth (1992) menakrifkan kurikulum sebagai jawapan kepada soalan berikut:
apakah maklumat, kemahiran-kemahiran dan nilai-nilai yang paling berharga?
Ringkasan Takrifan-Takrifan
Kurikulum
Kurikulum merujuk kepada:
Apa yang diajar di sekolah
Suatu set mata pelajaran
Isi kandungan pembelajaran
Program pembelajaran
Suatu set bahan pembelajaran
Penyusunan kursus-kursus
Suatu set matlamat pencapaian
Kursus yang dipelajari
Setiap perkara yang berlaku
dalam sebuah sekolah
Setiap perkara yang dirancang
oleh kakitangan sekolah
Perkara yang diajar di dalam
dan di dalam sekolah
Pengalaman yang dialami oleh
para pelajar dalam sekolah
Perkara yang dialami oleh
seorang pelajar hasil daripada
persekolahan (Sumber: Peter F.
Oliva, Developing the
Curriculum, Boston, MA: Little,
Brown & Company, 1982, m.s.
5)

Grundy (1987) menakrifkan kurikulum sebagai program aktiviti-aktiviti (yang
dijalankan oleh para guru dan pelajar) yang direka cipta supaya para pelajar akan
dapat memenuhi sebanyak objektif atau matlamat persekolahan atau pendidikan yang
mungkin.

Hass (1987) memberi takrifan yang lebih luas, iaitu bahawa kurikulum merangkumi
kesemua pengalaman yang dialami oleh setiap pelajar dalam suatu program
pendidikan yang bermatlamat untuk memenuhi matlamat yang luas dan objektif
berkaitan yang tertentu yang telah dirancang dalam konteks kerangka teori dan hasil
penyelidikan atau amalan profesional masa kini dan lampau (m.s. 5).












Adakah anda keliru dengan takrifan-takrifan di atas? Kepelbagaian takrifan ini membuktikan
dinamism bidang ini kerana ia mencerminkan kepercayaan, falsafah, konsep pembelajaran
manusia, strategi pedagogi, pengalaman politik serta latar belakang budaya masyarakat yang
menerima kurikulum tersebut (Ornstein dan Hunkins, 1998). Walau bagaimanapun, anda
harus menyedari bahawa sekiranya konsep kurikulum ditakrifkan dengan sempit, penakrifan
tersebut mungkin meninggalkan, mengabaikan atau melepaskan faktor-faktor penting yang
berkaitan dengan pengajaran dan pembelajran kerana ia tidak dimasukkan ke dalam
rancangan bertulis. Namun begitu, sekiranya takrifan konsep ini terlalu luas, ia akan
merumitkan pelaksanaannya kerana ia mungkin ditafsir dengan berbeza oleh setiap pihak
yang terlibat. Ini akan seterusnya merumitkan penilaian pencapaian matlamat dan objektif
program tersebut. Dengan itu, dapat dikatakan bahawa kebanyakan pihak berpendapat
bahawa kurikulum merujuk kepada:

Apa yang perlu diketahui oleh para pelajar (iaitu maklumat atau isi kandungan mata
pelajaran);
Apa yang boleh dilakukan oleh para pelajar (kemahiran-kemahiran);
Cara ia diajar (kaedah penyampaian);
Cara ia dinilai (penilaian dan penaksiran); dan
Cara sistem pendidikan diorganisasi (konteks).

Kesimpulannya, kurikulum merujuk kepada hasil pembelajaran yang dimaksudkan dan
melibatkan maklumat, kemahiran-kemahiran, tingkah laku dan pengalaman pembelajaran
yang berkaitan yang disusun sebagai urutan peristiwa yang diperoleh oleh seorang pelajar
melalui pendidikan dan latihan. Tanggapan kita terhadap kurikulum penting kerana
pemikiran dan pertimbangan mencerminkan cara kita berfikir, belajar dan berkelakuan
terhadap pendidikan yang diterima. Secara ringkasnya, takrifan kita mengenai konsep ini
mencerminkan tanggapan kita mengenai dunia (Cornbleth, 1990).

Self-Test

a) Kenal pasti LIMA ciri-ciri umum kurikulum yang disebut
oleh kebanyakan penakrifan yang telah anda pelajari
(kecualikan Peter Oliva)
b) Baca semula interpretasi kurikulum yang telah
diringkaskan oleh Peter Oliva dan pilih ENAM yang dapat
menjelaskan maksud kurikulum dengan menyeluruh.

Kurikulum Tersirat

Pernahkah anda terdengar istilah kurikulum tersirat? Istilah dicipta oleh seorang ahli
sosiologi bernama Philip Jackson dalam bukunya Life in Classrooms yang diterbitkan pada
tahun 1968. Beliau menarik perhatian dunia kepada pendapat bahawa sekolah sebenarnya
memainkan peranan yang penting dan bukan menyampaikan maklumat dari satu generasi ke
generasi seterusnya sahaja. Di sekolah, para pelajar turut mempelajari perkara-perkara yang
tidak diajar dalam kurikulum rasmi. Dengan itu, kurikulum tersirat dapat dilihat sebagai
kepelbagaian pengalaman pendidikan yang diperoleh di sekolah melalui amalan-amalan yang
tidak semestinya termaktub dalam kurikulum bertulis.

Doll (1992) menyatakan bahawa setiap sekolah memiliki kurikulum rasmi yang terancang
dan diterima umum, tetapi kurikulum yang tidak dirancang, tidak rasmi dan tersirat turut
wujud dan perlu diberi pertimbangan (m.s. 5). Kurikulum terancang yang rasmi menekankan
matlamat, objective, subjek dan organisasi kaedah penyampaian. Sebaliknya, kurikulum yang
tidak dirancang dan tidak rasmi pula mengutamakan interaksi sosio-psikologi antara para
pelajar, guru dan pentadbir, terutamanya dari segi perasaan, tingkah laku dan sikap.

Sekiranya kita hanya mempertimbangkan kurikulum terancang, iaitu kurikulum yang rasmi
dan bertulis, kita akan mengabaikan kesan baik dan buruk yang mungkin timbul darinya. Kita
cenderung mengabaikan kepentingan kurikulum tersirat walaupun ia tentunya dipelajari oleh
para pelajar. Berikut merupakan contoh perkara-perkara yang akan dipelajari di sekolah
walaupun tidak diajar secara rasmi:
Peraturan tingkah laku masyarakat, sama ada di kantin, di taman permainan,
koridor sekolah dan sebagainya
Perhubungan khusus yang wujud antara pelajar senior dan junior, antara pelajar
lelaki dan perempuan, kumpulan pelajar tertentu dan sebagainya
Cara mengawal bilik darjah serta cara setiap guru menafsir tingkah laku para
pelajar dengan berbeza
Perbezaan tanggapan yang wujud di kalangan guru-guru dan guru besar terhadap
para pelajar berdasarkan tafsiran mereka mengenai tingkah laku dalam bilik darjah

Kurikulum tersirat merangkumi perkara-perkara seperti cara bertindak balas dan menangani
pihak berkuasa, cara bergaul dengan orang lain, cara menghabiskan masa, cara menangani
rasa kebosanan, cara mengatur keutamaan dan cara memenuhi tanggapan para guru.















Self-Test
1. Apakah yang dimaksudkan dengan kurikulum tersirat?
2. Mengapakah kurikulum tersirat penting dalam pendidikan?
3. Berikan contoh-contoh kurikulum tersirat selain daripada
contoh-contoh yang telah diberikan dalam bab ini.

Pendekatan Kurikulum

Jika anda meneliti takrifan yang telah diberikan oleh pakar-pakar dalam bidang ini, terdapat
tiga pendekatan kepada kurikulum (Rajah 1.1). Pendekatan pertama merupakan kurikulum
sebagai bahan atau maklumat yang akan disampaikan. Pendekatan kedua merupakan
kurikulum sebagai produk atau hasil pembelajaran yang diingini oleh para pelajar.
Pendekatan ketiga ialah kurikulum sebagai proses atau perkara-perkara yang sebenarnya
dalam bilik darjah apabila kurikulum diamalkan.

a) Kurikulum sebagai bahan
Kebanyakan pihak menyamakan kurikulum dengan silabus, iaitu dokumen khusus yang
menyenaraikan topik-topik yang dirangkumi oleh mata pelajaran tertentu. Anda tentu sudah
membiasakan diri dengan dokumen-dokumen sebegini sekiranya anda pernah menyediakan
para pelajar untuk menduduki peperiksaan kebangsaan. Apakah yang termaktub dalam
dokumen-dokumen ini? Selalunya, ia akan mengandungi senarai topik-topik, konsep-konsep
yang perlu dikuasai serta beberapa saranan mengenai kaedah pengajaran bagi mata pelajaran
tersebut. Contohnya, kurikulum mata pelajaran matematik sekolah rendah terdiri daripada
pendaraban, penolakan, pembahagian, jarak, berat dan sebagainya. Secara lazimnya, sukatan
pelajaran tidak akan menyatakan kepentingan suatu topik atau urutan topik-topik tersebut
patut diajar dan dipelajari tetapi guru-guru cenderung mematuhi urutan yang diberi dalam
sukatan tersebut. Selalunya, guru-guru akan mematuhi urutan buku teks tertentu kerana buku-
buku tersebut telah ditulis menurut sukatan pelajaran yang ditetapkan. Contohnya, bagi mata
pelajaran geografi pada peringkat sekolah menengah, buku-buku teks yang dijual di pasaran
lazimnya bermula dengan geografi fizikal misalnya iklim dan tumbuh-tumbuhan dan diikuti
oleh aktiviti ekonomi contohnya pertanian, perindustrian, urbanisasi dan sebagainya.

Beberapa pihak mencadangkan bahawa sekiranya pendekatan kurikulum sebagai bahan
digunakan, fokus akan diberikan kepada sukatan pelajaran dan maklumat yang akan
disampaikan kepada para pelajar dengan menggunakan kaedah pengajaran yang sesuai.
Apabila kurikulum disamakan dengan bahan pembelajaran, besar kemungkinan bahawa
penyampaian subjek tersebut akan dihadkan kepada pemerolehan fakta, konsep-konsep dan
prinsip-prinsip yang berkaitan dengan mata pelajaran tersebut.


















Bahan
Proses
Produk
Kurikulum sebagai
Rajah 1.1 Pendekatan kepada Kurikulum













b) Kurikulum sebagai Produk
Pendekatan kurikulum sebagai produk merujuk kepada hasil yang diperoleh oleh para pelajar
setelah diajar berdasarkan kurikulum. Dalam bukunya Developing the Curriculum (1918),
Franklin Bobbit menyatakan bahawa

Kehidupan manusia terdiri daripada pelaksanaan aktiviti-aktiviti tertentu. Pendidikan
yang dapat menyediakan seorang individu untuk kehidupan yang sebenarnya akan
menyediakannya secara pastinya dan secukupnya untuk aktiviti-aktiviti ini.
Kepelbagaian aktiviti-aktiviti tersebut berbeza mengikut kelas sosial. Untuk mengenal
pasti aktiviti-aktiviti ini, kita perlu mendalami dunia setiap kelas sosial dan menemui
perlakuan dan amalan mereka. Ini akan menunjukkan keupayaan, sikap, penilaian dan
bentuk maklumat yang diperlukan oleh mereka dan objektif-objektif kurikulum akan
terdiri dari ciri-ciri ini. Ciri-ciri ini bersifat pelbagai, nyata dan khusus. Oleh itu,
kurikulum terdiri daripada urutan pengalaman yang mesti dialami oleh kanak-kanak
dan golongan belia untuk mencapai objektif-objektif tersebut (m.s. 42).

Menurut Bobbitt, pendidikan perlu menyediakan kita untuk kehidupan dengan memberikan
maklumat terperinci mengenai apa yang diperlukan untuk bekerja dan hidup. Kita perlu
melihat sendiri apa yang diperlukan oleh masyarakat (keupayaan, sikap, penilaian dan
bentuk maklumat yang diperlukan oleh mereka [masyarakat]).

Kurikulum bukanlah hasil spekulasi kosong sahaja tetapi merupakan hasil daripada penelitian
masyarakat secara sistematik. Produk atau hasil kurikulum ialah pelajar yang dilengkapkan
dengan maklumat, kemahiran dan nilai-nilai yang diperlukan untuk berfungsi secara cekap
dan berkesan. Ralph Tyler (1949) berkongsi pendekatan yang sama dengan Bobbit dan
berpendapat bahawa matlamat sebenar pendidikan ialah untuk menghasilkan perubahan yang
ketara dalam tingkah laku para pelajar (Hujah-hujah Tyler akan dilihat dengan lebih teliti
pada Bab 5). Setiap pernyataan objektif sekolah merupakan pernyataan perubahan yang bakal
diperlihatkan oleh pelajar tersebut. Antara kelebihan pendekatan kurikulum ini ialah bahawa
ia mudah diorganisasi dan bersifat sistematik. Pembentukan objektif tingkah laku diberi
keutamaan dalam pendekatan ini dan memberi matlamat atau hasil yang jelas. Ini
membolehkan kaedah penyampaian dan bahan pembelajaran diorganisasi dengan rapi dan
hasilnya dapat dinilai dengan jelas.

Untuk mengukur sesuatu, kita perlu memecahkannya kepada unit yang lebih kecil ([c]iri-ciri
ini bersifat pelbagai, nyata dan khusus [...] pengalaman yang mesti dialami oleh kanak-kanak
Self-Test
1. Apakah yang dimaksudkan dengan pendekatan kurikulum
sebagai bahan?
2. Mengapakah pendekatan ini sering digunakan dalam
mendekati kurikulum?


dan golongan belia). Ini akan membawa kepada senarai kemahiran-kemahiran atau
keupayaan-keupayaan yang remeh. Akibatnya, hanya bahagian-bahagian tertentu akan diberi
perhatian dan bukan keseluruhannya; hanya aspek-aspek yang remeh akan diutamakan dan
bukan bahagian-bahagian penting. Ini pula akan membawa kepada pendekatan kepada
pendidikan dan penilaian yang menyerupai senarai semak. Tanggapannya adalah apabila
semua perkara dalam senarai tersebut telah ditanda, maka dianggap bahawa pelajar tersebut
telah lulus kursus tersebut atau menguasai subjek tersebut. Akibatnya, pertimbangan kepada
aspek keseluruhan telah diabaikan sama sekali.










































Self-Test
1. Apakah perbezaan antara pendekatan kurikulum sebagai
produk dan kurikulum sebagai bahan?
2. Menurut Bobbitt dan Tyler, apakah matlamat keseluruhan
kurikulum?
3. Bagaimanakah matlamat ini dapat dicapai?


AKTIVITI
Kritikan terhadap Pendekatan Kurikulum sebagai Produk

Pendekatan ini telah menerima kritikan dari berbagai pihak. Antara
kritikan yang diberi ialah bahawa ia bersifat terlalu teknikal dan
berturutan. Pendekatan ini cenderung menganggap bahawa kurikulum
telahpun wujud sebelum wujudnya pengalaman pembelajaran dan ini
bermaksud bahawa para pelajar tidak memperoleh manfaat yang
sepenuhnya dan tidak mampu mempengaruhi kurikulum tersebut.
Mereka hanya mampu mematuhi arahan yang menyatakan bahawa
mereka perlu mempelajari suatu perkara. Kejayaan atau kegagalan
suatu kurikulum bergantung kepada sama ada perubahan yang telah
ditentukan terlebih dahulu berlaku ke atas tingkah laku para pelajar.
Sekiranya kurikulum dipatuhi dengan terlalu rapi ia mungkin akan
mengehadkan kreativiti dan akibatnya, para pendidik akan bersifat
sebagai juruteknik. Selain itu, kerana pendekatan ini mengutamakan
aspek pengukuran, ia menganggap bahawa tingkah laku dapat diukur
secara objektif. Oleh itu, pendekatan ini agak berbahaya kerana wujud
ketidakpastian dari segi aspek yang akan diukur. Selain itu, agak sukar
untuk mengukur impak pengalaman-pengalaman tertentu. Kadangkala,
kita hanya akan menyedari impak suatu kejadian bertahun-tahun
selepas ia berlaku (Sumber: Smith M.K. [1996, 2000] Curriculum theory
and practice, The Encyclopaedia of Informal Education
www.infed.org/biblio/b-curric.htm)










c) Kurikulum sebagai Proses
Sepertimana anda telah pelajari, pendekatan kurikulum sebagai bahan mengutamakan bahan
yang disampaikan manakala pendekatan kurikulum sebagai produk menekankan penetapan
objektif-objektif perlakuan dan pengajaran. Sebenarnya, kurikulum juga dapat dilihat sebagai
sebuah proses. Menurut pendekatan ini, kurikulum merujuk kepada interaksi antara para
guru, pelajar dan maklumat. Ia merujuk kepada apa yang berlaku dalam bilik darjah
contohnya soalan-soalan yang ditanya oleh guru, aktiviti pembelajaran yang diikuti oleh para
pelajar dan sebagainya. Ia merupakan proses yang aktif dengan penekanan khas kepada
konteks di mana proses-proses ini berlaku.

Stenhouse (1975) menganggap kurikulum ibarat resipi yang ditafsir dengan cara yang
berbeza oleh setiap guru dalam bilik darjah. Setiap resipi dapat diubah mengikut citarasa
sendiri; begitu juga dengan kurikulum. Menurut pendekatan ini, kurikulum merupakan skema
yang membincangkan amalan pengajaran. Ia tidak merujuk kepada gugusan bahan
pembelajaran atau sukatan pelajaran. Bilik darjah dianggap sebagai makmal dan guru ibarat
ahli saintis yang menguji perkara-perkara yang termaktub dalam kurikulum. Guru menafsir
idea pendidikan kepada hipotesis yang kemudiannya diuji dalam bilik darjah. Ia melibatkan
pengujian kritikal dan bukan penerimaan. Fokus pendekatan ini ialah menemui proses-proses
yang akan meningkatkan atau menghalang keupayaan seorang pelajar untuk mempelajari
suatu topik. Dengan itu, kurikulum bukanlah suatu produk yang lengkap tetapi hanya
merujuk kepada idea pendidikan yang dicadangkan. Kesahihan idea-idea ini perlu diuji oleh
para guru dalam bilik darjah. Oleh itu, hasilnya tidak dapat dipastikan dan mungkin berbeza
dari apa yang dicatat dalam dokumen kurikulum tersebut.

Dengan itu, jelas sekali bahawa pendekatan ini berbeza dengan pendekatan produk di mana
semua tingkah laku yang diinginkan telah ditetapkan terlebih dahulu dan melibatkan semua
pelajar.
Pendekatan proses pula menganggap bahawa para pelajar bukan objek. Menurut pendekatan
ini, mereka mampu mempengaruhi proses pengajaran-pembelajaran. Fokus pendekatan ini
ialah interaksi dan bukan proses pengajaran-pembelajaran. Sebaliknya, model kurikulum
sebagai produk lebih mementingkan aspek pengajaran. Pendekatan yang mengutamakan
proses sebagaimana yang diketengahkan oleh Grundy (1987) lebih cenderung memastikan
bahawa proses pembelajaran menjadi fokus utama guru dan memberi penekanan khas kepada
aspek pemikiran dan menggubal maksud.

Asas kepada Kurikulum

Takrifan konsep kurikulum masih hangat diperdebatkan. Walaupun belum wujud persetujuan
umum dalam aspek ini, institusi-institusi, sekolah-sekolah, negeri-negeri dan negara-negara
sentiasa berusaha ke arah membangunkan dan meningkatkan kurikulum sekolah, kolej,
universiti dan organisasi latihan. Bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya kita perlu
menunggu sehingga wujud takrifan kurikulum yang dipersetujui umum. Pembentukan dan
Self-Test
1. Sejauh manakah anda bersetuju dengan kritikan pendekatan
kurikulum sebagai produk?
2. Apakah kelebihan-kelebihan pendekatan ini?



pembangunan kurikulum merupakan usaha bersama dan melibatkan perancang kurikulum,
pembangun kurikulum, guru-guru, ahli-ahli akademik, pegawai-pegawai pendidik, para
pentadbir, anggota-anggota masyarakat dan sebagainya. Mereka akan menentukan matlamat-
matlamat kurikulum, bahan yang patut dimasukkan, cara ia akan disusun, mencadangkan
kaedah penyampaiannya dan menentukan kaedah untuk mengukur kejayaannya. Untuk
membantu mereka, mereka telah merujuk kepada bidang-bidang falsafah, psikologi, sosiologi
dan sejarah. Bidang-bidang ini telah diterima sebagai asas suatu kurikulum [Pengaruh
bidang-bidang ini akan dibincangkan dalam Bab 2, 3 dam 4 masing-masing]. Bidang-bidang
ini telah menghasilkan sebahagian besar daripada maklumat yang menjadi asas kepada
pembangunan kurikulum. Contohnya, bidang falsafah telah melahirkan berbagai kepercayaan
yang berkenaan dengan pendidikan serta maklumat yang wajar dipelajari. Kepercayaan-
kepercayaan ini telah memberi pembangun kurikulum garis panduan untuk membentuk
kurikulum. Bidang psikologi pula telah memberikan kita berbagai perspektif berkenaan
dengan bagaimana manusia mempelajari suatu perkara. Maklumat ini amat penting sekali
kerana kurikulum merupakan rancangan yang menggariskan perkara-perkara yang patut
dipelajari. Pembangun kurikulum telah menggunakan hasil penyelidikan daripada bidang ini
sebagai panduan dalam menyediakan bahan pembelajaran dan cara ia akan diperoleh
mengikut tahap-tahap perkembangan manusia yang tertentu. Bidang-bidang seperti sosiologi,
ekonomi, kebudayaan dan politik memberi kita gambaran terhadap masyarakat. Dengan itu,
dapat dikatakan bahawa kurikulum mencerminkan nilai-nilai masyarakat tersebut. Ia
selalunya merupakan tindak balas kepada keinginan suatu masyarakat [Rujuk kepada tajuk-
tajuk berita yang dibincangkan pada awal bab]. Komuniti memainkan peranan penting dalam
menentukan perkara yang diajar dalam bilik darjah.



























AKTIVITI
Masalah-masalah dengan pendekatan Kurikulum sebagai Proses
Guru-guru yang menginginkan keseragaman dalam bahan pengajaran
akan menghadapi masalah kerana fokus pendekatan ini ialah pelajar.
Ini bermaksud bahawa bahan dan kaedah penyampaian perlu diubah
mengikut keperluan setiap pelajar.
Sukar untuk menjalankan peperiksaan kerana setiap pelajar
mempelajari perkara yang berbeza pada tahap yang berbeza. Dengan
itu, peperiksaan tidak akan menilai keupayaan sebenar seorang
pelajar.
Peperiksaan tidak mengutamakan konteks pembelajaran dan oleh itu,
sesetengah pelajar mungkin akan kerugian
Para guru yang melaksanakan kurikulum dengan menggunakan
pendekatan ini perlu mempercayai bahawa pembelajaran merupakan
asas kepada makna dan pembentukan maklumat. Sekiranya guru-
guru tidak berpendapat bahawa ini merupakan matlamat pendidikan,
pendekatan ini tidak akan berjaya.
1. Sejauh manakah anda bersetuju dengan masalah-masalah yang
dibincangkan di atas?
2. Adakah anda berpendapat bahawa pendekatan ini dapat dilaksanakan
dengan lebih mudah sekiranya peperiksaan kebangsaan tidak wujud?
3. Apakah perbezaan utama antara pendekatan kurikulum sebagai produk
dan pendekatan kurikulum sebagai proses?
(Sumber: Smith, M. K. [1996, 2000] Curriculum theory and practice, The
Encyclopaedia of Informal Education, www.infed.org/biblio/b-curric.htm)


Pembangunan Kurikulum

Pembangunan kurikulum merujuk kepada proses yang melibatkan berbagai pihak dan
prosedur. Oleh itu, ia selalunya bersifat linear dan mematuhi urutan langkah-demi-langkah
yang logik menurut fasa-fasa berikut: perancangan kurikulum, pembentukan kurikulum,
pelaksanaan kurikulum dan penilaian kurikulum [Fasa-fasa ini akan dibincangkan dengan
lebih lanjut dalam Bab 5, 6, 7 dan 8 masing-masing]. Fasa-fasa ini memberi kita garis
panduan dan struktur dalam merangka kurikulum. Fasa-fasa ini dapat digambarkan secara
grafik dan dijelaskan dengan menggunakan istilah teknikal dengan tanggapan bahawa
sesorang perlu memiliki maklumat yang secukupnya untuk memahami dan menghayati
proses-proses ini. Setibanya anda pada akhir Bab 8, anda akan memahami istilah-istilah
teknikal yang dikaitkan dengan setiap fasa dalam pembangunan kurikulum.

Kebanyakan model pembangunan kurikulum terdiri dari empat fasa. Fasa pertama iaitu
perancanagan kurikulum yang melibatkan keputusan mengenai falsafah dan matlamat-
matlamat pendidikan. Setelah tanggapan falsafah telah ditentukan, seterusnya matlamat dan
objektif kurikulum tersebut dapat diperoleh. Matlamat dan objektif ini akan kemudiannya
dilaksanakan dalam bilik darjah sebagai hasil pembelajaran yang perlu dicapai. Fasa kedua
iaitu pembentukan kurikulum merujuk kepada cara kaedah pengilhaman kurikulum dan
melibatkan pemilihan serta organisasi bahan, pengalaman pembelajaran atau aktiviti.
Beberapa isu perlu diselesaikan dalam pembentukan suatu kurikulum termasuk menentukan
maklumat yang paling bernilai, penyusunan bahan supaya pembelajaran dapat dimaksimakan
dan sebagainya. Fasa ketiga pula ialah pelaksanaan kurikulum dalam persekitaran bilik
darjah. Ia melibatkan pelaksanaan idea-idea yang termaktub dalam kurikulum, menyediakan
sumber, latihan dan sokongan yang secukupnya. Fasa keempat ialah penilaian kurikulum
yang menentukan kejayaan usaha-usaha melaksanakan idea-idea yang termaktub dalam
kurikulum. Dalam fasa ini, faktor-faktor yang telah menghindar dari kejayaan pelaksanaan
kurikulum tersebut perlu dikenal pasti serta faktor-faktor yang telah menyumbang kepada
kejayaannya. Selain itu, pihak yang bertanggung jawab melaksanakan kurikulum juga perlu
menentukan sama ada para pelajar meraih manfaat dari program ini.

Kurikulum sebagai Bidang Kajian

Dapatkah kurikulum dianggap suatu bidang kajian, seperti sosiologi, ekonomi, biologi atau
sains kepolitikan? Program pascasiswazah dalam bidang perancangan kurikulum, penilaian
kurikulum, kurikulum sekolah rendah dan sebagainya ditawarkan di berbilang universiti
mashyur di seluruh dunia. Kebanyakan fakulti pendidikan menawarkan pengkhususan
peringkat doktor falsafah dalam bidang kurikulum dan pengajaran. Untuk menentukan sama
ada suatu perkara yang dipelajari merupakan bidang kajian, kita perlu menjawab soalan
berikut: Apakah ciri-ciri suatu bidang kajian? Sekiranya kita dapat mengenal pasti ciri-ciri
suatu bidang kajian, maka kita akan dapat menentukan sama ada kurikulum merupakan
bidang kajian. Menurut Oliva (1982), suatu bidang kajian memiliki ciri-ciri berikut:

Memiliki set prinsip teoretikal yang tersusun
Merangkumi ilmu pengetahuan dan kemahiran-kemahiran yang berkaitan dengan
bidang kajian tersebut
Memiliki ahli-ahli teori dan para pengamal.

Bidang kurikulum memiliki set prinsipnya yang tersendiri. Misalnya, istilah kurikulum
merupakan konsep yang menjelaskan gugusan idea-idea yang agak kompleks. Antara prinsip-
prinsip yang wujud dalam perancangan kurikulum ialah falsafah pendidikan, matlamat-
matlamat kurikulum dan objektif pembelajaran yang digunakan dalam membentuk program
bagi sekolah, universiti dan pusat pembelajaran. Dalam pembentukan kurikulum, prinsip-
prinsip seperti skop, urutan dan keseimbangan digunakan dalam mengorganisasi bahan yang
akan diajar. Bidang kurikulum memiliki kemahiran-kemahiran dan ilmu pengetahuannya
sendiri yang telah dipinjam dari berbagai bidang kajian tulen lain. Contohnya, kurikulum
bergantung kepada prinsip dari bidang psikologi, falsafah dan sosiologi dalam memilih bahan
yang akan diajar. Dari segi penyusunan bahan pula, kurikulum telah menyerap aspek-aspek
tertentu dari bidang pengurusan dan teori organisasi. Dari segi pelaksaan kurikulum pula,
berbagai idea telah diserap dari bidang teori pensisteman, tingkah laku organisasi dan teori
komunikasi untuk meningkatkan keberkesanannya. Contohnya, hasil penyelidikan dari
bidang tingkah laku organisasi telah digunakan untuk menghasilkan pembaharuan di
kalangan para guru, pentadbir pendidikan dan komuniti. Adakah bidang kurikulum memiliki
ilmu pengetahuan dan kemahiran-kemahirannya yang tersendiri? Dengan menggunakan idea-
idea yang telah diserap dari bidang-bidang lain dan melalui uji kaji, kurikulum telah
menghasilkan ilmu pengetahuannya dan kemahirannya sendiri dari segi tafsiran baru bagi
prinsip-prinsipnya sepertimana dilaksanakan dalam persekitaran pendidikan.

Bidang kurikulum juga memiliki ahli-ahli teori dan para pengamalnya tersendiri, termasuklah
perancang kurikulum, profesor kurikulum, pembangun kurikulum dan sebagainya. Mereka
dikenali sebagai pakar kurikulum. Pakar-pakar ini mahir dalam bidang yang berkaitan dengan
kurikulum, contohnya sejarah dan asal-usul suatu kurikulum (supaya dapat mengenal pasti
kejayaan dan kegagalan lampau), perancangan kurikulum serta kaedah terbaik untuk
melaksanakan kurikulum tersebut di sekolah. Pakar-pakar ini mengenali cara para pelajar
belajar serta tindak balas guru kepada perubahan dan halangan yang dihadapi. Pakar
kurikulum menghasilkan maklumat baru dengan menyusun semula program-program sedia
ada, menyesuaikan pendekatan dan membina kurikulum baru.











Kurikulum dan Instruksi
Tahukah anda perhubungan antara kurikulum dan instruksi? Secara ringkasnya, kurikulum
merujuk perkara yang akan diajar manakala pengajaran merujuk kepada cara ia diajar.
Kurikulum merupakan rancangan yang menggariskan bahan yang akan diajar serta
pengalaman pembelajaran yang akan dilibatkan. Instruksi pula merujuk kepada kaedah atau
metodologi pengajaran dan penilaian pencapaian. Dalam erti kata lain, ia merujuk kepada
pelaksaan rancangan pembelajaran. Oliva (1982) menjelaskan bahawa kurikulum dan
instruksi merupakan dua aspek yang berbeza. Situasi di mana kedua-dua aspek ini dipisahkan
dikenali sebagai model dualistik (lihat Rajah 1.2a).

Aktiviti yang berlaku dalam bilik darjah di bawah arahan guru selalunya tidak berkaitan
dengan rancangan kurikulum. Para perancang kurikulum sering mengabaikan apa yang guru
Self-Test
1. Mengapakah para pembangunan kurikulum menggunakan
maklumat dan kemahiran-kemahiran yang dipinjam dari bidang
lain?
2. Bagaimanakah anda dapat mewajarkan sekiranya kurikulum
merupakan bidang kajian?



lakukan dan sebaliknya. Dengan itu, kurikulum atau proses instruksional dapat berubah tanpa
menjejaskan satu sama lain. Pada masa lain pula, kurikulum dan instruksi saling
bergantungan seperti dapat dilihat dalam model konsentrik (lihat Rajah 1.2b). Dalam model
ini, kurikulum memiliki kedudukan yang lebih tinggi manakala instruksion lebih rendah.
Dalam erti kata lain, instruksion merupakan subsistem kepada kurikulum, manakala
kurikulum merupakan subsistem kepada pendidikan secara umumnya. Model ini menganggap
bahawa sistem ini berhierarki dan kurikulum menduduki kedudukan yang lebih tinggi
daripada instruksi. Instruksi tidak berasingan daripada kurikulum tetapi sebenarnya
bergantung kepadanya. Dalam situasi lain pula, kurikulum dan instruksi mungkin berasingan
tetapi berada dalam perhubungan berterusan dalam bentuk bulatan iaitu model bulatan (lihat
Rajah 1.2c). Kurikulum meninggalkan kesan berterusan ke atas instruksi dan instruksi turut
meninggalkan kesan ke atas kurikulum. Model ini beranggap bahawa keputusan instruksi
hanya diambil setelah keputusan kurikulum diambil. Sebenarnya, keputusan kurikulum ini
akan diubah setelah dilaksanakan dan dinilai dalam bilik darjah. Proses ini berterusan,
berulangan dan tidak akan berakhir.







Kurikulum Instruksi (a) Model Dualistik


Kurikulum
Instruksi (b) Model Konsentrik





(c) Model Bulatan


Kurikulum Instruksi


Rajah 1.2 Perhubungan antara Kurikulum dan Instruksi

[Sumber: Peter Oliva, Developing the Curriculum (1981). Boston, MA: Little Brown & Co, pp. 12-13]

Berbanding dengan model-model yang telah kita bincangkan, model perkitaran merupakan
pilihan yang terbaik kerana ia mengutamakan perhubungan yang baik antara pihak yang
melaksanakan kurikulum dan pihak yang merancangnya. Walaupun kedua-dua aspek ini
mungkin berbeza, kurikulum dan instruksi sebenarnya saling bergantungan dan tidak dapat
berfungsi sendiri. Kita tidak dapat merancang semua perkara yang berlaku dalam bilik darjah
dan memasukkannya dalam dokumen kurikulum. Kita perlu menerima hakikat bahawa
rancangan bertulis tidak semestinya akan dilaksanakan kerana wujudnya berbagai faktor yang
tidak dapat dikawal dalam bilik darjah. Tindak balas berterusan dari bilik darjah perlu
disampaikan kepada pihak yang membangunkan kurikulum supaya mereka dapat
menyesuaikan dan mengubah rancangan kurikulum. Ini mungkin dapat menjelaskan
kepentingan melakukan ujian rintis sebelum suatu kurikulum dilaksanakan.

Soalan-Soalan Perbincangan
1. Takrifkan istilah kurikulum mengikut kefahaman anda sendiri.
a) Apakah ciri-ciri yang telah anda masukkan dalam takrifan anda? Adakah ia
melibatkan proses, produk atau bahan pengajaran? Atau pendekatan kepada
pendidikan dan kaedah penyampaian yang dapat memupuk nilai-nilai dan sikap-
sikap yang tertentu?
b) Bandingkan takrifan anda dengan takrifan-takrifan yang telah anda pelajar.
Sejauh manakan takrifan anda serupa atau berbeza?

2. Kurikulum bertulis dan kurikulum sepertimana ia dilaksanakan. Apakah
kefahaman anda tentang pernyataan ini?

3. Kurikulum terlalu berfokus kepada peperiksaan dan oleh itu, zaman kanak-
kanak para murid seolah-olah telah dirampas. Bincangkan pernyataan ini.

4. Ramai guru bimbang tentang kurikulum yang terlalu berat dan padat. Semakin
ramai guru berpendapat bahawa mereka tidak memiliki masa yang secukupnya
untuk mengajar semua bahan yang telah dimasukkan ke dalam kurikulum.
a) Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini?
b) Berikan beberapa cadangan untuk menangani masalah ini.

Rujukan
Alistair, R. (200). Curriculum: Construction and Critique. London: Falmer Press. Chapter
1: What is the curriculum? [available at eBrary].
Woods, R.N. (1989). Introduction to philosophy of education. London: Routledge. Chapter
3: Curriculum theory [available at eBrary]
Ornstein, A. and Hunkins, F. Curriculum: Foundations, principle and issues. (1998).
Boston, MA: Allyn & Bacon. Chapter 1: The field of curriculum.
Sowell, E. (2000). Curriculum: An integrative introduction. Upper Saddle River, NJ:
Prentice-Hall. Chapter 1: Overview of curriculum processes and products.

Anda mungkin juga menyukai