Anda di halaman 1dari 3

Kemunculan Golongan Intelektual

Kemunculan golongan intelek telah mengilhamkan pencetus dan menjadi peneraju


semangat perjuangan nasionalis menentang penjajah. Golongan terpelajar ini terdiri daripada
pelbagai latar belakang dan mempunyai pengkhususan khusus seperti peguam, guru, doktor
dan wartawan. Kemunculan mereka juga adalah hasil daripada kesinambungan peranan
pendidikan yang diperkenalkan oleh Penjajah. Dalam hal ini, golongan ini berpendidikan
Barat dan terpengaruh dengan idea-idea seperti Liberal, Nasionalis, Demokratik, Sosialis dan
Marxisme. Seterusnya mereka tidak berpuas hati dengan tindakan penjajah yang bertindak
memeras kekayaan dan menindas rakyat tempatan. Keadaan ini dapat dilihat dalam beberapa
situasi seperti peluang pekerjaan yang gagal disediakan untuk mereka serta amalan
diskriminasi yang diamalkan oleh pentadbir Barat. Malah masyarakat Barat yang dianggap
sebagai pendokong utama idea Demokrasi, Liberalisme dan hak asasi manusia tidak
mengamalkannya di tanah jajahan tidak seperti di tanah air sendiri

Golongan intelektual Filipina atau "illustrados" dipengaruhi oleh pembaharuan liberal


di Sepanyol selepas 1868.1 Golongan intelektual ini menganjurkan Gerakan Propaganda.
Antara tokoh tersebut ialah Jose Rizal dan Graciano Lopez Jaena. Peristiwa Pemberontakan
Cavite pada tahun 1872 dan dasar keganasan Sepanyol mengakibatkan sejumlah intelektual
melarikan diri ke England dan Sepanyol.2 Kumpulan ini membangkitkan ideanasionalisme
semasa di negara-negara tersebut melalui penulisan akhbar La Solidaridad diasaskan oleh
Lopez di Barcelona pada tahun 1889 dan telah mendedahkan kezaliman penjajah Sepanyol di
Filipina. Novel Noli Me Tangere karya Rizal telah menggambarkan pemerintahan buruk
kerajaan Sepanyol dan paderinya di Filipina. Pada tahun 1892, Rizal mengasaskan Liga
Filipina yang menuntut rakyat Filipina dan kebebasan bersuara.

Golongan intelek radikal seperti Andres Bonifacio telah mengasaskan Katipunan


dengan tujuan memperjuangkan kemerdekaan Filipina daripada penjajahan Sepanyol melalui
revolusi bersenjata. Katipunan menerbitkan akhbar Kalayan untuk menyebarkan idea
nasionalisme di kalangan rakyat Filipina untuk menentang penjajah Sepanyol. Revolusi
Katipunan telah dikalahkan oleh penjajah Sepanyol. Andres Bonifacio dibunuh dan
perjuangan Katipun diteruskan oleh Emilio Aguinaldo (seorang intelektual radikal). Pakatan

1
Onofre D. Corpuz, The Roots of Filipino Nation, Vol. II, 99.cit., H. 191.
2
Ibid 190.
Aguinaldo dengan Amerika Syarikat telah berjaya menamatkan pendudukan Sepanyol di
Filipina tetapi Amerika Syarikat telah menduduki Filipina sejak 1899.3

Pejuang nasionalis Vietnam yang cendekiawan seperti Nguyen Thuong Hien, Duong
Ba Trac, Phan Boi Chau, Phan Chan Trinh merupakan tulang belakang kebangkitan Vietnam
dan corak perjuangan mereka berbeza. Phan Boi Chau yang sejak kecil menyebarkan idea
dan pendapat melalui karyanya. Dia menggunakan "berus" untuk menghalau orang Eropah
keluar dari Vietnam. Manakala Phan Chan Trinh telah mula belajar di sekolah rendah Cina
selama 4 tahun dengan seorang tuan tempatan. Walaupun begitu, dia mengamalkan
kesederhanaan dan secara terbuka menentang Perancis.4 Nguyen Thuong Hien, sebaliknya,
adalah seorang ulama dari kelas atasan antikolonial yang menonjol di utara. Dia telah
bertemu dengan Phan Boi Chau dan Phan Chu Trinh dan mendedahkan perasaannya kepada
mereka berdua. Tindakan mereka didorong oleh kezaliman penjajah seperti penindasan cukai
dan ketidaksempurnaan pendidikan yang diterima oleh penduduk Vietnam.

Di Myanmar pula, semangat nasionalisme mereka semakin agresif di mana pelajar


Universiti Rangoon telah memainkan peranan penting dalam mengatur tuntutan menuntut
kemerdekaan penuh yang diberikan kepada Myanmar.5 Mereka yang dipanggil thakin telah
menubuhkan sebuah parti sosialis bernama Dobama Asiayone. Secara keseluruhannya, tanpa
golongan intelektual ini, semangat nasionalisme atau perjuangan menuntut kemerdekaan akan
mengambil masa yang lama untuk menular kepada rakyat sesebuah negara. Golongan
nasionalis adalah golongan yang mempercepatkan proses kemerdekaan negara. Malah
pendidikan barat telah melahirkan golongan cerdik pandai yang seterusnya menentang
penjajah.

Rujukan

3
Jose P. Rial Marula’s annual lecture: Sational Historical Commission, 1970, h. 3.
4
Joginder Singh Jessy, Sejarah Asia Tenggara 1500-1945, Pulau Pinang: Darulaman Publications, 1971. hlm.313.
5
Abu Talib Ahmad, Sejarah Myanmar, 2000. hlm. 309
Abu Talib Ahmad, Sejarah Myanmar, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2000.
Jessy Joginder Singh, Sejarah Asia Tenggara 1500-1945, Pulau Pinang: Darulaman
Publications, 1971.
Jose P. Rial Marula’s annual lecture: Sational Historical Commission, 1970
Zaharah  Ahmad,  Abd. Majid  Abd. Halim, Sejarah Asia Tenggara Moden, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka,1972.

Anda mungkin juga menyukai