Anda di halaman 1dari 4

Bab 3 Ancaman Parti Komunis Malaya dan darurat

1. Maksud Komunisme- Suatu ideologi (fahaman) yang memperjuangkan masyarakat


tanpa kelas, memiliknegarakan harta dan perindustrian.
2. Diasaskan oleh Karl Marx pada pertengahan abad ke-19.
3. Cara-cara penyusupan ke Tanah Melayu:
i. Melalui Parti Kuomintang (KMT) dan Parti Komunis Nanyang.
ii. Ejen-ejen komunis menyebarkan diayah komunis di kalangan orang China
melalui kesatuan sekerja, persatuan-persatuan, kelas-kelas malam dan
penerbitan majalah.
iii. Di kalangan orang Melayu, fahaman komunis disebarkan melalui Parti
Komunis Indonesia (PKI)
iv. Orang Melayu tidak tertarik dengan fahaman komunis kerana prinsipnya
bertentangan dengan agama Islam seperti tidak mengakui kewujudan Tuhan
dan menggunakan kekerasan untuk mencapai sesuatu matlamat.
4. Penubuhan PKM- Ditubuhkan pada tahun 1930 dengan tujuan ingin menjatuhkan
pemerintahan British dan menubuhkan Republik Komunis Malaya.
5. Pada tahun 1935, PKM semakin agresif untuk melumpuhkan ekonomi British. Mogok dan
sabotaj telah dilancarkan, antara yang hebat ialah di Batu Arang, Selangor yang
melibatkan 6000 orang buruh lombong arang batu.
6. Mereka yang terlibat dengan mogok telah dihantar oleh British pulang ke China.
7. Semasa pendudukan Jepun, PKM bekerjasama dengan British untuk menentang Jepun.
8. PKM menerusi MPAJA telah dibekalkan senjata oleh British dan latihan ketenteraan di
Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura.
9. Apabila British kembali setelah kekalahan Jepun, MPAJA diminta serahkan senjata
kepada British tetapi hanya sebahagian sahaja diserahkan dan selebihnya
disembunyikan.

Keganasan Komunis

1. Bermula setelah wakil PKM telah menghadiri Persidangan Pemuda Komunis Asia di
Culcutta, India pada tahun 1948. Persidangan tersebut menggalakkan kegiatan
pemberotakan bersenjata untuk mencapai sesuatu matlamat.
2. Di Tanah Melayu, PKM telah membuat keputusan untuk berjuang menerusi keganasan
dengan melakukan pemberontakan.
3. PKM menubuhkan unit gerila yang dikenali sebagai Malayan Races Liberation Army
(MRLA) untuk mencapai matlamatnya.
4. PKM mengganas dengan memusnahkan ladang dan lombong milik syarikat Eropah,
membakar kilang getah, bas, balai polis serta melancarkan sabotaj ke atas landasan
kereta api, jalan raya dan jambatan.

Langkah-langkah membanteras Komunis;

1. Pengisytiharan Darurat
Pembunuhan 3 orang pengurus ladang berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak
menyebabkan British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu pada Jun 1948 untuk
melindungi kepentingan ekonomi British di Tanah Melayu. Undang-undang Darurat
dikuatkuasakan.

2. Pengharaman Parti Komunis Malaya dan parti-parti berhaluan kiri


PKM telah diharamkan oleh British pada Julai 1948 diikuti parti-parti politik yang berhaluan
kiri seperti AWAS, PETA, PERAM, PKMM dan Hizbul Muslimin.

3.Membesarkan pasukan keselamatan


* Pasukan polis diperbesar hingga 70000 orang.
* Mendapatkan bantuan ketenteraan dari negara-negara Komanwel seperti New Zealand,
Australia, Afrika Timur dan Fii.
* Penubuhan Pasukan “Home Guard” di peringkat kampung untuk membantu polis dan
tentera menjaga keselamatan.
* Penubuhan pasukan “Special Constables” untuk berkawal di kawasan-kawasan terpencil.

4.Rancangan Briggs
* Pengarah rancangan ini ialah Lt. Jeneral Sir Harold Rowdon Briggs.
*Tujuannya adalah untuk melumpuhkan kegiatan Min Yuen.
* Melalui Rancangan Briggs kerajaan telah melancarkan gerakan pemindahan setinggan
Cina ke kampung Baru. Tujuannya untuk menyelamatkan setinggan Cina daripada
ancaman komunis. Kampung Baru dilengkapi dengan kemudahan asas seperti tempat
tinggal, sekolah, air dan elektrik. Kawasan ini juga dipagar dan dikawal oleh Special
Constables.
*Program kedua yang dilaksanakan dalam Rancangan Briggs ialah Gerakan Kelaparan.
Tujuannya untuk memastikan pihak komunis tidak dapat sebarang makanan, senjata, ubat-
ubatan dan juga maklumat. Melalui Gerakan Kelaparan:
i.Bekalan ubat, makanan dan pakaian dicatu.
ii.Sekatan jalan raya telah dibuat bagi menghalang bekalan ini sampai kepada komunis.
iii.Memperkenalkan kad pengenalan untuk membezakannya dengan komunis.

MIN YUEN
Min Yuen ialah pertubuhan yang ditubuhkan oleh PKM yang dianggotai
orang Cina. Mereka memberi maklumat, membekalkan makanan dan ubat-
ubatan kepada komunis.

5. Perang Saraf
*Merupakan tindakan tanpa kekerasan untuk menghapuskan komunis.

i. Mengadakan kempen “Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang


Komunis”. Penduduk tanpa mengira kaum telah bersatu membawa
sepanduk mengutuk keganasan komunis.
ii. Sir Gerald Templer pula telah mengadakan kempen “memenangi hati dan
fikiran rakyat” untuk menghapuskan komunis dan menghilangkan perasaan
perkauman.
iii. Risalah-risalah menentang komunis juga diedarkan di Tanag Melayu.
iv. Pengisytiharan kawasan hitam dan putih. Kawasan putih ialah kawasan yang
bebas daripada komunis, sementara kawasan hitam ialah kawasan yang
masih ada pengganas komunis.
v. Syarat-syarat kewarganegaraan dilonggarkan pada tahun 1952 untuk
mendapat sokongan daripada kalangan Cina dan India.
vi. Ganjaran wang sejumlah RM 250 000 bagi sesiapa yang berjaya menangkap
Chin Peng iaitu pemimpin PKM.

6. Penubuhan Malayan Chinese Association (MCA)


* Membantu setinggan Cina menjalani kehidupan di kawasan kampung baru dengan
mendermakan wang hasil kutipan loteri kebajikan.

7. Pengampunan beramai-ramai
* Bertujuan untuk membolehkan komunis menyerah diri.
* Risalah-risalah pengampunan seperti poster dan gambar telah diedarkan untuk memujuk
komunis.

2.
8. Sokongan oleh sultan dan menteri besar di setiap negeri dalam usaha menentang komunis.
* Sultan Pahang tidak mahu rakyatnya termakan janji komunis.
* Menteri Besar Pahang mahu orang-orang Melayu tidak lupakan kekejaman komunis
terutama Tentera Bintang Tiga.
* Dato’ Onn Ja’afar menyeru supaya semua orang menghapuskan komunis di Tanah Melayu.

9.Pertemuan Baling
*Merupakan pertemuan antara puhak kerajaan dengan pihak komunis di Sekolah
Inggeris Baling, Kedah.

WAKIL

KERAJAAN KOMUNIS

Tunku Abdul Rahman Chin Peng


David Marshall Chien Tien
Tun Tan Cheng Lock
Rashid Maidin

TUNTUTAN
TUNTUTAN

Mahu PKM diiktiraf


Mahu PKM dibubarkan, sebagai parti politik
meletak senjata dan yang sah
menyerah diri.

HASILNYA

Tunku Abdul Rahman tidak mahu memenuhi tuntutan PKM, oleh itu pertemuan ini
Gagal.

Tindak balas Komunis terhadap kerajaan British di Tanah Melayu.


1. Langkah-langkah yang telah dijalankan oleh British untuk membanteras komunis
menyebabkan komunis mengalami tekanan dan kesusahan untuk mendapatkan
makanan, ubatan dan ramai daripada kalangan mereka telah terbunuh.
2. Komunis telah bertindak balas dengan membunuh Sir Henry Gurney pada 6 Oktober
1951 sewaktu dalam perjalanan ke Bukit Fraser.
3. Menyedari sokongan rakyat semakin berkurangan, PKM mengambil keputusan
mengurangkan kekejaman terhadap orang awam dan berundur ke selatan Thailand.
3.
KESAN DARURAT
Politik
1. Undang-undang darurat diamalkan.
2. Syarat kerakyatan kepada orang bukan Melayu dilonggarkan pada tahun
1952.
3. Mempercepatkan langkah pemberian taraf berkerajaan sendiri pada
penduduk tempatan.
4. Penubuhan MCA telah menarik minat orang Cina untuk melibatkan diri
dalam politik.

Ekonomi
1. Rakyat tidak dapat menjalankan kegiatan harian secara aman.
2. Kemusnahan sistem perhubungan telah menjejaskan pengeluaran
ekonomi.
3. Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan yang tinggi untuk mengukuhkan
sistem pertahanan.
4. Kerajaan membesarkan pasukan keselamatan.
5. Pembangunan luar bandar terabai.

Sosial

1. Banyak nyawa telah terkorban.


2. Peperangan membawa kesengsaraan kepada kehidupan penduduk di
Tanah Melayu.
3. Undang-undang Darurat menyebabkan penduduk sukar bergerak.
4. Catuan bekalan makanan oleh kerajaan menyebabkan ubi dan keledek
menjadi bahan makanan yang penting.

Anda mungkin juga menyukai