Anda di halaman 1dari 23

1 MODUL DWI KONSEP SEJARAH TINGKATAN 4 2020 (FBI SMK SENAI)

BAB 6 : ANCAMAN KOMUNIS DI NEGARA KITA

Nama : …………………………………………………

Tingkatan : …………………………………………………

Nama Guru: …………………………………………………

Bil Tajuk Tarikh Tandatangan


3.1 Nasionalisme di Negara Kita Sebelum Perang Dunia
3.2 Latar Belakang Perang Dunia
3.3 Perang Dunia Kedua
3.4 Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik
3.5 Faktor Kedatangan Jepun ke Negara Kita
3.6 Dasar Pendudukan Jepun di Negara Kita
3.7 Perjuangan Rakyat Menentang Pendudukan Jepun
3.8 Perkembangan Gerakan Nasionalisme Tempatan dan
Pendudukan Jepun
3.9 Keadaan Negara Kita Selepas Kekalahan Jepun
2 MODUL DWI KONSEP SEJARAH TINGKATAN 4 2020 (FBI SMK SENAI)

Bab 6 : Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat

6.1 Kemasukan Pengaruh Komunis di Negara Kita.


 Komunisme ialah ideologi yang diasaskan oleh Karl Marx dan Friedrich Engels.
 Mereka menulis karya Communist Manifesto dan Das Kapital. Komunis bermaksud
orang yang menganut fahaman komunis.
 Komunisme ialah suatu fahaman politik yang menjadikan ekonomi dan barang
pengguna sebagai milik negara.
 Percubaan untuk menyebarkan ideology komunis di negara kita bermula sejak tahun
1920-an.
 Pada masa itu, terdapat dua buah negara yang terlibat dalam penyebaran fahaman
komunis iaitu China dan Indonesia.

I. Kemasukan Pengaruh Komunis dari China
 Ideologi komunis di negara kita bermula pada tahun 1920-an melalui cawangan Parti
Kuomintang (KMT) yang beribu pejabat di China.
 Pada 1924, cawangan KMT ditubuhkan hampir setiap bandar di Melaka, Seremban,
Klang, KL dan Sungai Petani.
 Pertubuhan Main School yang digerakkan oleh orang Hailam juga di bawah arahan
PartiKomunis China, 1927 parti ini berpecah menjadi Parti KMT dan PKC. Then
Communist International (Comintern) berpusat di Moscow mengarahkan penubuhan
Parti Komunis Nanyang (PKN) pada tahun 1928.
 PKN tidak Berjaya mencapai matlamatnya, dan Comintern mengarahkan penubuhan
parti baharu iaitu Parti Komunis Malaya (PKM).

II. Kemasukan Pengaruh Komunis dari Indonesia.


 Tahun 1920, pemimpin komunis dari Indonesia seperti Tan Malaka, Alimin, Moeso,
Boedisoejitro, Hasanoesi, Winanta, Soebakat dan SutanPerpateh menyebarkan fahaman
komunis di Seberang Perai, Perak Utara dan Kedah.
 Kegagalan PKI menguasai Jawa (1926) menyebabkan PKI berusaha untuk membuka
cawangan di TM.
 Usaha mereka tidak mendapat sambutan orang Melayu kerana komunis menggunakan
kekerasan untuk mencapai matlamat mereka.

III. Penubuhan Parti Komunis Malaya.


 Pada 30 April 1930, PKM ditubuhkan di Kuala Pilah. PKM bergerak melalui kesatuan
sekerja, pertubuhan, penerbitan akhbar dan sekolah Cina.
 PKM menyusup ke dalam Kesatuan Sekerja untuk mengukuhkan pengaruh komunis.
 Pada zaman Jepun (1941-1945) PKM telah menjalinkan kerjasama dengan British dalam
usaha memerangi Jepun.
 Mereka membentuk MPAJA atau Bintang Tiga.
3 MODUL DWI KONSEP SEJARAH TINGKATAN 4 2020 (FBI SMK SENAI)

 Mereka menerima bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan logistik dan perubatan
daripada pihak British
 Selepas Jepun menyerah kalah, berlaku kekosongan politik di TM disebabkan kelewatan
British kembali ke TM, keadaan ini member peluang kepada PKM untuk meluaskan
pengaruhnya.
 Bintang Tiga PKM melalui MPAJA keluar dari hutan dan melakukan kekacauan. Mereka
melakukan kekejaman dan pembunuhan terhadap orang Melayu, Cina dan India yang
didakwa pernah bersubahat dengan Jepun.
 Apabila BMA mengambilalih pentadbiran di TM, MPAJA dibubarkan pada 1 Disember
1945. PKM tidak dibenarkan bergerak sebagai sebuah pertubuhan yang sah. PKM
mempengaruhi beberapa pertubuhan tertentu dengan ideology komunis. PKM
menyusup dalam kesatuan sekerja iaitu Pan- Malayan Federation of Trade Unions
(PMFTU).
 Menjelang Disember 1947 hingga Mei 1948, komunis Berjaya menguasai 335 kesatuan
sekerja dan menyusup dalam PKMM, MDU dan PUTERA-AMCJA.
 Komunis mengancam ekonomi dan keselamatan negara, British bertindak meluluskan
Trade Union Ordianance No.9 of 1948.
 Ordinan ini menyekat pengaruh komunis dalam kesatuan sekerja dan akhirnya
mengharamkan PKM.

Latihan Bahagian A

1. Siapakah pengasas ideology komunisme?


A. Chin Peng C. Tan Melaka
B. Karl Marx D. Arthur Walker

2. Komunisme adalah fahaman politik yang


A. menjadikan ekonomi dan barang pengguna sebagai milik negara
B. menentang penjajahan kuasa
C. menentang raja berkuasa mutlak
D. membela rakyat yang tertindas

3. Terdapat duabuah negara yang terlibat dalam penyebaran fahaman komunis, iaitu

I. Indonesia II. Vietnam III. Kemboja IV. China


A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

4. Di antara berikut, bandar manakah yang menjadi pusat penyebaran fahaman parti
Kuomintang di Tanah Melayu

I. Seberang Prai II. Sg. Petani III. Seremban IV. Perak Utara
A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV
4 MODUL DWI KONSEP SEJARAH TINGKATAN 4 2020 (FBI SMK SENAI)

5. Mengapakah Parti Komunis Malaya tidak mendapat sambutan di kalangan orang Melayu?
A. Menggunakan kekerasan dalam mencapai matlamat mereka
B. Fahaman komunis lebih mengutamakan masyarakat Cina
C. Orang Melayu menjalinkan kerjasama denganJepun
D. Mendapat tentangan daripada pihak British

6. Mengapakah ahli Bintang Tiga bertindak melakukan kekejaman dan pembunuhan terhadap
orang Melayu?
A. Orang Melayu telah menghasut British mengharamkan PKM
B. Membalas dendam terhadap kematian ramai orang Cina
C. Ramai orang Melayu menjadi askar menentang komunis
D. Mendakwa orang Melayu bekerjasama denganJepun

7. Parti Komunis Indonesia (PKI) berusaha untuk membuka cawangan di Tanah Melayu. Apakah
faktor yang mendorong PKI bertindak demikian.
A. Kekejaman tentera Jepun
B. Keinginan meluaskan pengaruh
C. Kegagalan menguasai Pulau Jawa
D. Kekosonga npolitik di Tanah Melayu

8. Siapakah yang menguasai Tanah Melayu selepas Jepun menyerah kalah?


A. British C. Parti Komunis Malaya
B. Chin Peng D. Pertubuhan Komunis Antarabangsa

9. Senarai di bawah berkaitan dengan satu fahaman yang muncul pada pertengahanabad ke-19
 Ekonomi dan barang pengguna sebagai milik negara
 Melibatkan negara China dan Indonesia
Apakah ciri-ciri fahaman tersebut yang merupakan initipati kepada suatu perjuagan?

A. Komunisme B. Demokrasi C. Nasionalisme D. Liberalisme

10. Jadual di bawah merujuk kepad apenyebaran ideology komunis di Tanah Melayu oleh parti-
parti komunis.

Kalangan Orang Cina Kalangan Orang Melayu


X Parti Komunis Indonesia
Apakah X

I. Parti Kuomintang (KMT) III. Malayan People’s Anti Japanese Army


II. Bintang Tiga IV. Parti Komunis Nanyang

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV


5 MODUL DWI KONSEP SEJARAH TINGKATAN 4 2020 (FBI SMK SENAI)

Latihan Struktur

1. Percubaan untuk menyebarkan ideology komunis di negara kita bermula sejak tahun 1920-
an. Pada masa itu terdapat dua buah negara yang terlibat dalam penyebaran fahaman komunis,
iaitu China dan Indonesia.

a) Jelaskan tentang ideology komunisme [2 Markah]

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………

b) Nyatakan dua buah pertubuhan yang bertanggungjawab menyebarkan fahaman komunis di


Tanah Melayu? [2 Markah]

i. ………………………………………………………………………………………………………………………………………………
ii. ……………………………………………………………………………………………………………………………………………

c) Nyatakan dua Kawasan yang terlibat dengan penyebaran fahaman Parti Komunis Indonesia
(PKI) di Tanah Melayu? [2 Markah]

i……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
ii…………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

d) Mengapakah ideologi komunis kurang sesuai diamalkan di negara kita? [4 Markah]

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
..........................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................
.........................................................................................................................................................
6 MODUL DWI KONSEP SEJARAH TINGKATAN 4 2020 (FBI SMK SENAI)

2. China dan Indonesia merupakan dua buah negara yang terlibat dalam penyebaran fahaman
komunis di negara kita.

a) Namakan parti komunis China yang bertanggungjawab menyebarkan fahaman komunis di


Tanah Melayu [2 Markah]

i……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
ii…………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

b) Siapakah pemimpin dari Indonesia yang cuba menyebarkan fahaman komunis di Tanah
Melayu? [2 Markah]

i……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
ii…………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

c) Mengapakah orang Melayu tidak mudah terpengaruh dengan ideologi komunis? [3 Markah]

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………

d) Pada pandangan anda, mengapakah kita perlu menolak ideology komunis? [3 Markah]

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
7 MODUL DWI KONSEP SEJARAH TINGKATAN 4 2020 (FBI SMK SENAI)

3. Kegagalan Parti Komunis Nanyang mencapai matlamatnya telah mendorong Comintern


mengarahkan penubuhan parti baharu, iaitu Parti Komunis Malaya (PKM).
a) Bagaimanakah Parti Komunis Malaya ditubuhkan? [3 Markah]

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

b) Apakah tindakan yang dilakukan oleh PKM pada zaman pendudukan Jepun? [3 Markah]

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

c) Pada pendapat anda, apakah wajar PKM telah diharamkan oleh kerajaan British? [4 Markah]

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
8 MODUL DWI KONSEP SEJARAH TINGKATAN 4 2020 (FBI SMK SENAI)

6.2 Ancaman Komunis di Negara Kita


 Gerakan Komunis Antarabangsa menganjurkan dua persidangan di Culcutta, India.
 Persidangan Kongres Belia Asia berlangsung dari 19 Februari 1948 hingga 25 Februari
1948.
 Persidangan Parti Komunis India diadakan pada Mac 1948.
 PKM turut menghantar wakil ke persidangan tersebut.
 Pengikut komunis di kawasan yang dijajah digesa supaya memperhebat perjuangan
menentang kuasa imperialis di setiap negara Asia.
 Jawatankuasa Eksekutif Pusat PKM mengambil keputusan untuk melancarkan
perjuangan bersenjata bagi menubuhkan Republik Komunis di Tanah Melayu.
 Akibatnya, British mengisytiharkan darurat.
 PKM meneruskan tindakan melumpuhkan ekonomi dan infrastuktur serta mengancam
keselamatan rakyat.

I. Perisytiharan Darurat.
 16 Jun 1948, komunis membunuh tiga orang pengurus ladang Eropah di Sungai Siput,
Perak.
 Komunis membunuh Arthur Walker, pengurus Ladang Ephil, John Allison, pengurus
Ladang Phin Soon dan pembantunya Ian Cristian.
 Sir Adward Gent, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu mengisytiharkan darurat
 Undang-Undang Darurat dilaksanakan di kawasan tertentu di Ipoh dan Sungai Siput,
Perak dan di Muar, Kluang, Kulai dan Plentong, Johor.
 17 Jun 1948, Undang-Undang Darurat diperluas meliputi keseluruhan Perak dan Johor.
 18 Jun 1948, undang-undang ini dikuatkuasakan ke seluruh TM.
 Bermulalah usaha membanteras komunis secara rasmi.

II. Tindakan Komunis.


 Walaupun Undang-Undang Darurat dikuatkuasakan, namun komunis tetap meneruskan
aktiviti menggugat keamanan dan kestabilan negara.
 Komunis mencetuskan huru-hara, melumpuhkan ekonomi, merosakkan infrastruktur,
mengancam keselamatan penduduk dan pasukan keselamatan.
1. Komunis melumpuhkan ekonomi:
 Lombong bijih timah dan ladang getah menjadi sasaran untuk melumpuhkan ekonomi.
 Dari tahun 1948- 1956, komunis menyerang 80 lombong bijih di Perak, Selangor dan
Negeri Sembilan.
 Mereka merosakkan pokok getah, kilang estet, rumah asap, rumah kongsi, kedai dan
sekolah serta membunuh pekerja.
 Pekerja lombong dan ladang getah menderita.
 Mengganggu kerja harian dan mengancam nyawa.

2. Komunis merosakkan insfrastruktur:


9 MODUL DWI KONSEP SEJARAH TINGKATAN 4 2020 (FBI SMK SENAI)

 Kegiatan sabotaj terhadap kemudahan asas,terutamanya sistem pengangkutan


dan perhubungan.
Mengebom, merosakkan dan mengalihkan landasan kereta api.
Kenderaan yang melalui jalan raya ditembak dan dibakar.
Mensabotaj telefon dan telegraf dan merosakkan paip air.
Menyerang pekerja awam yang ditugaskan untuk membaiki jalan raya, memasang paip
air, membina sistem pengairan dan pekerja penyelidikan di tapak skim hidroelektrik.
Kesannya menjejaskan kehidupan seharian dan infrastruktur tidak dapat diselenggara
dengan baik.

3. Komunis Mengancam Keselamatan Rakyat


 Melakukan pelbagai tindakan ganas yg menggugat keselamatan rakyat
 Mengugut, mensabotaj, meyerang, melakukan kekejaman, menganiaya, menculik,
merampas, membakar harta benda dan bunuh penduduk yg enggan bekerjasama
 malam 5 Julai 1949, komunis mencampakkan bom tangan di Sheum Circus, Kampar
Perak. Akibatnya 46 org sedera parah dan 4 mati.
 Menyebabkan rakyat derita / sengsara
 13 Sept 1948, Sir Henry Gurney dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi gantikan Sir Edward
Gent. Pada 6 Okt 1951 Sir Henry Gurney menjadi mangsa serang hendap komunis di
Jalan Kuala Kubu Bharu dalam perjalanan ke Bukit Fraser

4. Komunis Mengancam Pasukan Keselamatan


 PKM menyasarkan pasukan keselamatan dan menyerang balai polis
 Untuk cetuskan keadaan huru hara dan menunjukkan ketidakupayaan kerajaan untuk
melindungi keselamatan penduduk.
 Serangan ke atas pasukan keselamatan :

1. 17 Jun 1948 – Choh,Johor : serang balai polis Kampung Jeram


2. 26 Jun 1948 – Temerloh Pahang : Serang Balai Polis Kuala Krau
3. 28 Jun 1948 – Jerantut Pahang : Bakar balai polis
4. 17 Juali 1948 – Gua Musang : Serang balai Polis
5. 7 Mac 1949 – Kajang : serang jip tentera
6. 22 Feb 1950 – Muar Johor: serang Balai Polis Bukit Kepong
7. 24 Mac 1950 – Ulu Sumur Kelantan : Serang hendap pasukan askar Melayu
8. 28 Jun 1950 – Kota Tinggi Johor : serang balai polis Kambau
9. 21 Feb 1952 – Taiping Perak : Serang kenderaan polis
10. 28 Mei 1955 – Kedah : Membunuh ketua polis Kedah
11. 18 Okt 1955 _ Pontian, Johor : serang Balai Polis Chun Seng

Latihan Objektif

1. Apakah perubahan yang berlaku selepas wakil PKM menghadiri persidangan tersebut?
10 MODUL DWI KONSEP SEJARAH TINGKATAN 4 2020 (FBI SMK SENAI)

A. PKM menjadi sebuah parti politik yang sah di Tanah Melayu


B. PKM menjalankan dasar bekerjasama dengan British
C. PKM melancarkan pemberontakan bersenjata
D. PKM berusaha mendapatkan sokongan orang Melayu dan India

2. Apakah tindakan British apabila komunis melancarkan perjuangan bersenjata

A. Menyekat perkembangan PKM C. Menguatkan kubu pertahanan


B. Menangkap pemimpin PKM D. Mengisytiharkan darurat

3. Tiga orang pengurus lading Eropah iaitu Arthur Walker, John Allison,dan pembantunya
Ian Cristian telah dibunuh oleh komunis di Sungai Siput, Perak. Apakah kesan ekoran daripada
peristiwa tersebut?

A. Darurat diisytiharkan C. Sistem pertahanan British diperkasakan


B. Min Yuen diharamkanD. Rancangan Briggs diperkenalkan

4. Siapakah yang mengisytiharkan darurat?

A. Sir Harold Rowdon Briggs C. Sir Edward Gent


B. Sir Henry Gurney D. Sir Gerald Templer

5. Bilakah undang-undang darurat dikuatkuasakan di seluruh Tanah Melayu?

A. 16 Jun 1948 C. 18 Jun 1948


B. 17 Jun 1948 D. 19 Jun 1948

6. Maklumat berikut berkaitan dengan tindakan pengganas komunis pada tahun 1948

Mengapakah mereka bertindak demikian?

I. Menamatkan Malayan Union III. Menubuhkan kerajaan republic


II. Menentang pentadbiran Jepun IV. Melumpuhkan ekonomi negara

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

7. Antara berikut, manakah TIGA kawasan yang menjadi sasaran utama serangan komunis?
11 MODUL DWI KONSEP SEJARAH TINGKATAN 4 2020 (FBI SMK SENAI)

I. kampong III. ladang getah


II. kilang estet IV. lombong bijih timah

A. I,II dan III B. I, II dan IV C. I ,III dan IV D. II, III dan IV

8. Maklumat berikut merupakan sasaran Parti Komunis Malaya (PKM)

Mengapakah PKM menyerang sasaran tersebut?

I. Mencetuskan keadaan huru hara III. Menggugat keselamatan masyarakat


II. Menerima sokongan masyarakat IV. Menunjukkan ketidakupayaan kerajaan

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

9. Siapakah yang menjadi mangsa serang hendap komunis di Jalan Kuala Kubu Bharu
dalam perjalanan ke Bukit Fraser?

A. Sir Henry Gurney C. Sir Gerald Templer


B. Sir Edward D. GentSir Harold Rowdon

Soalan Struktur dan Esei

1. Pernyataan di bawah merujuk kepada peristiwa darurat di Tanah Melayu


a) Apakah punca yang menyebabkan kepada perisytiharan tersebut?

b) Nyatakan langkah terawal yang dilaksanakan British bagi menangani masalah ancaman
komunis?

c) Apakah tindakan yang dilakukan oleh komunis bagi memastikan kejayaan


perjuangannya
12 MODUL DWI KONSEP SEJARAH TINGKATAN 4 2020 (FBI SMK SENAI)

d) Nyatakan dua lokasi serangan komunis terhadap pasukan keselamatan?


i.
ii.
e) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah iktibar yang dapat kita perolehi
daripada peristiwa darurat di Tanah Melayu?

2. Pada 16 Jun 1948 komunis telah membunuh pengurus ladang Eropah di Sungai Siput,
Perak.
a) Senaraikan pengurus ladang Eropah yang dibunuh oleh komunis.
i.
ii.
iii.

b) Apakah tindakan British selepas berlaku kes pembunuhan pengurus ladang tersebut?

c) Apakah tindakan komunis selepas Undang-Undang Darurat dikuatkuasakan?

d) Bagaimanakah cara komunis melumpuhkan ekonomi negara?


13 MODUL DWI KONSEP SEJARAH TINGKATAN 4 2020 (FBI SMK SENAI)

e) Jelaskan tindakan komunis merosakkan insfrastruktur di Tanah Melayu

f) Sebagai seorang pemimpin, bagaimanakah peranan anda daam memastikan penduduk


tempatan tidak terpengaruh dengan fahaman komunis

BAB 6: Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat


14 MODUL DWI KONSEP SEJARAH TINGKATAN 4 2020 (FBI SMK SENAI)

6.3 Usaha Menangani Ancaman Komunis

• Beberapa usaha telah diambil seperti penguatkuasaan Undang-Undang Darurat,


pemerkasaan pasukan keselamatan, pengenalan pendaftaran kebangsaan, Rancangan Briggs,
tawaran pengampunan, Kempen Bulan Rakyat Melawan Penjahat, perintah berkurung, perang
saraf dan rundingan Baling.

1. Penguatkuasaan Undang-Undang Darurat:


 Menahan sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dalam gerakan komunis tanpa sebarang
perbicaraan.
 Mengenakan hukuman berat kepada sesiapa sahaja yang membantu komunis
 Mengetatkan undang-undang senjata api dengan mengenakan hukuman mati terhadap
mereka yang membawa senjata api dan bahan letupan.
 Mengeledah rumah kediaman, memagar kampung, mengadakan
perintah berkurung, mewujudkan Kampung Baru dan memindahkan serta
menempatkan penduduk.
 Mengharamkan PKM dan parti politik berfahaman radikal. Contoh AWAS, Ikatan
Pembela Tanah Air (PETA), Pemuda Radikal Melayu (PERAM), PKMM dan Hizbul Muslimin.
 Menangkap pemimpin gerakan radikal seperti Ahmad Boestamam, Ishak Haji
Muhammad, Abu Bakar al- Baqir dan Khatijah Sidek.

2. Pemerkasaan Pasukan Keselamatan

• Pasukan Keselamatan: - polis, tentera dan sukarelawan

• Polis:
i. Cawangan Khas-
 Polis risikan, menyamar sebagai komunis untuk mendapatkan maklumat tentang PKM.
Ahli Cawangan Khas dalam kalangan orang Cina untuk menjejak anggota komunis hingga kubu
persembunyiannya.
 Berjaya membuat penyusupan dalam organisasi PKM dan memudahkan pasukan
keselamatan merancang tindakan terhadap PKM.

ii. Special Constables:-


 Ditubuh ketika Rancangan Briggs, seramai 24 ribu orang Special Constables dilatih dan
dihantar mengawal ladang dan kawasan lombong.
 Mereka menjadi barisan hadapan dalam menghadapi ancaman komunis.

iii. Polis Hutan-


 Flying Squard/ Jungle Squard/ Jungle Companies, 1953 disusun semula dan dinamakan
Police Field Force dan 1958 dikenali sebagai Pasukan Polis Hutan.
15 MODUL DWI KONSEP SEJARAH TINGKATAN 4 2020 (FBI SMK SENAI)

 Tugas mereka memburu komunis, membuat rondaan di pinggir hutan, membawa


bekalan makanan kepada pasukan yang bertugas di dalam hutan dan menjaga kubu (jungle
fort)

iv. Polis Wanita


 Ditubuhkan pada Ogos 1955, Barbara D.R. Wentworth merupakan pegawai polis wanita
pertama.
 Beliau ditugaskan melatih anggota baharu dan menyusun pasukan polis wanita.

v. Senoi Praaq
 Ditubuhkan pada tahun 1956, bahasa Semai (Urang Perang), ditugaskan mengesan
tempat persembunyian komunis di dalam hutan.
 Anggotanya terdiri daripada Orang Asli suku Senoi, Semai dan Temuan.
 Mereka dikenali sebagai “The Silent Killers”.

vi. Auxiliary Police


 Disember 1948 terdapat seramai 17 ribu orang anggota Auxiliary Police di seluruh PTM.
 Mereka mempertahankan bandar dan kampung daripada serangan komunis, membantu
polis menentang ancaman komunis. 1956 sebagai Police Volunteer Reserve.

• Tentera:

1. Pasukan Askar Melayu


 Ditubuhkan pada 1933, membanteras gerila komunis di dalam hutan, kelengkapan
tentera darat seperti meriam dan pasukan bantuan.
 Rejimen Askar Melayu diperbesar daripada tiga rejimen kepada tujuh rejimen.
 Pasukan ini mencapai prestasi cemerlang dalam usaha memerangi komunis.
 Berjaya menumpangkan anggota komunis dan memusnahkan kubu operasi komunis.

2. Pasukan Askar Komanwel


 Kerajaan membawa masuk askar Komanwel antaranya dari Britain, Australia, New
Zealand, India, Afrika Timur, Kenya, Uganda, Rhodesia dan Fiji.
 Pada tahun 1954, seramai 25 ribu orang askar Britain, 10 ribu askar Gurkha, satu
batalion askar Afrika dan satu batalion rejimen Fiji ditempatkan di TM.
 Mereka berusaha memerangi komunis.

3. Sarawak Rangers
 Askar orang Iban, tugas menjejak persembunyian komunis dalam hutan “ Agi Idup Ai
Ngelaban” “ Selagi Hidup Selagi Melawan”.
 Banyak kem dan markas komunis berjaya dimusnahkan oleh pasukan ini.

4. Sukarelawan:
16 MODUL DWI KONSEP SEJARAH TINGKATAN 4 2020 (FBI SMK SENAI)

 Home Guard- Pasukan Pengawal Kampung, membantu menyekat pergerakan bekalan


makanan dan ubatan daripada jatuh ke tangan komunis.
 Mereka diberi latihan ketenteraan untuk mengawal kampung dan pekan. Julai 1951,
terdapat sejumlah 79 ribu orang Home Guard di Persekutuan TM.
 Mereka berjaya membantu dalam usaha mengamankan kampung dan melindungi
pekerja lombong bijih timah daripada serangan komunis.

3. Pendaftaran Kebangsaan dan Kad Pengenalan


 Di bawah Undang-Undang Darurat, kerajaan memperkenalkan sistem pendaftaran
kebangsaan dan penggunaan kad pengenalan pada 23 Julai 1948 bagi mengawal pergerakan
penduduk.
 Langkah ini diambil untuk memudahkan pihak keselamatan membezakan orang awam
dengan komunis.
 Setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke atas dikehendaki
mendaftarkan diri dengan pihak berkuasa.
 Orang awam diminta membawa kad pengenalan ke mana sahaja.

4. Rancangan Briggs
 Rancangan Briggs dilancarkan oleh Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British di TM
pada tahun 1950.
 Leftenan Jeneral Sir Harold Rowdon Briggs dilantik menjadi Pengarah Operasi.
 Tujuannnya untuk memutuskan hubungan PKM dengan Min Yuen
 Min Yuen ditubuhkan oleh komunis untuk mendapatkan makanan, senjata, maklumat
dan ubat- ubatan kepada PKM. Min Yuen juga melakukan peras ugut, merompak. menjalankan
kegiatan propaganda, melakukan perisikan dan sabotaj. merekrut ahli baharu serta membantu
dalam menjalankan kegiatan politik. Min Yuen beroperasi pada sebelah malam dan bergera
kdalam kalangan rakyat tanpa senjata api.
 Rancangan Briggs merupakan langkah yang berkesan untuk melemahkan pergerakan
komunis.
 Suasana di Kampung Baru:
• Penduduk setinggan di pinggir hutan dipaksa berpindah dari kampung halaman ke
sebuah petempatan baharu yang agak asing.
• Petempatan ini digelar “Kampung Baru” .

• Kampung Baru dilengkapi dengan kemudahan tempat tinggal, bekalan elekterik, air
paip, sekolah dan kemudahan kesihatan.
• Tempat ini juga mempunyai kemudahan pusat komuniti dan rumah ibadat.
• Jawatankuasa kampung ditubuhkan untuk memelihara dan memperbaiki kemudahan di
Kampung Baru itu. Kampung Baru juga dipagari dengan kawat berduri dan dikawal oleh Special
Constables. Sehingga bulan Mac 1952, lebih daripada 423 ribu orang penduduk di pinggir hutan
dipindahkan ke 410 buah Kampung Baru.
17 MODUL DWI KONSEP SEJARAH TINGKATAN 4 2020 (FBI SMK SENAI)

5. Tawaran Pengampunan
• 6 September 1949, Sir Henry Gurney mengisytiharkan pengampunan kepada komunis
supaya menyerah diri.
• Radio Malaya menyiarkan syarat tawaran pengampunan.
• Poster ditampal di merata-rata tempat.
• 40 juta risalah dan 12 juta pas pengampunan diedarkan dalam bahasa Cina, Melayu dan
Tamil.
• Disebar melalui pelbagai cara termasuk melalui pengangkutan udara.
• Iklan dan wayang gambar digunakan untuk membantu penduduk memujuk anggota
komunis supaya menyerah diri.

6. Kempen Bulan Rakyat Melawan Penjahat


• 22 Disember 1949, Majlis Perundangan Persekutuan mengisytiharkan kempen “ Bulan
Rakyat Melawan Penjahat”.
• Semua penduduk diseru supaya mendaftarkan diri secara sukarela dengan pihak
berkuasa.
• Mac 1950, sukarelawan 435 905 orang.
• Sukarelawan lelaki dan wanita termasuk golongan profesional.
• Melibatkan kerjasama semua kaum di samping berinteraksi dan mengeratkan hubungan
antara kaum.

7. Perintah Berkurung
• Perintah berkurung ialah melarang penduduk keluar dari rumah dalam tempoh tertentu.
• Membolehkan pasukan keselamatan menjalankan operasi dengan lebih berkesan.
• Jun 1951, penduduk di kawasan Labis, Johor perintah berkurung dijalankan supaya
operasi memburu komunis dapat dilaksanakan.  Perintah berkurung dikenakan kepada
terhadap penduduk yang enggan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membanteras
komunis.  Mac 1952, perintah berkurung kepada penduduk Tanjung Malim selama 22 jam
kerana 40 orang komunis menyerang pekerja yang dihantar untuk membaiki paip air. 12 orang
terkorban namun pihak polis tidak memperoleh sebarang maklumat.

8. Perang Saraf
• Perang saraf ialah rancangan yang dilaksanakan oleh British untuk menghapuskan
komunis melalui usaha memenagani hati dan fikiran rakyat.
• 1952, Templer sebagai Pesuruhjaya Tinggi British cuba memenangani hati dan fikiran
penduduk TM dengan menjalinkan hubungan yang baik dengan penduduk tempatan supaya
mereka bekerjasama dengan kerajaan dan menyampaikan maklumat tentang komunis.
• Perang Saraf berjaya memujuk rakyat berbilang kaum supaya bersatu dan
membanteras ancaman komunis dengan
1) Mengadakan Lawatan- Templer mendampingi rakyat untuk mengetahuan masalah dan
pandangan mereka.122 lawatan ke sekolah, kampung, hospital, dispensary, bilik operasi,
pondok polis, unit pasukan keselamatan, buruh, lombong, estet dan bersedia menerima
perwakilan.
18 MODUL DWI KONSEP SEJARAH TINGKATAN 4 2020 (FBI SMK SENAI)

2) Melonggarkan Syarat Kewarganegaraan- bagi menarik kaum bukan Melayu menjadi


rakyat TM supaya bangsa yang bersatu dapat diwujudkan. 14 September 1952, 1.2 juta orang
Cina dan 180 ribu orang India layak menjadi warganegara.
3) Mengadakan Pilihan Raya majlis Perbandaran Kuala Lumpur- Pilihan raya tempatan yang
pertama bertujuan menggalakkan penyertaan orang bukan Melayu dalam pilitik dan
mendapatkan sokongan untuk menentang komunis.
4) Menawarkan Hadiah Wang Tunai- Ditawarkan kepada penduduk yang dapat menangkap
atau memberikan maklumat tentang gerila komunis. Contoh, sesiapa yang berjaya menangkap
Chin Peng, pemimpin PKM sama ada hidup atau mati akan diberikan hadiah sebanyak $250
ribu.
5) Memenagi Kepercayaan Orang Asli- Templer memenangi kepercayaan Orang Asli supaya
mereka menyokong kerajaan dalam usaha menghapuskan komunis. Beliau mendirikan 14 kubu
untuk mendapatkan sokongan Orang Asli. Kubu ini menyediakan kemudahan barangan
keperluan harian,perubatan, pendidikan dan perlindungan.
6) Memajukan Perkhidmatan Penerangan- Usaha ini untuk mendapat sokongan penduduk
tempatan. Jabatan Penerangan dan Perkhidmatan Radio Malaya dijadikan medium untuk
menimbulkan kesedaran kepada masyarakat agar menyokong kerajaan membanteras komunis.
Jabatan ini menyebarkan risalah antikomunis kepada penduduk dan risalah kerajaan kepada
komunis di dalam hutan.
7) Memperkenalkan Kawasan Hitam dan Kawasan Putih- “ Kawasan Hitam” ialah kawasan
yang terdapat kegiatan komunis yang aktif dan dikenakan perintah berkurung. “Kawasan Putih”
ialah kawasan yang diisytiharkan bebas daripada ancaman komunis. Sehingga tahun 1954,
kerajaan mengisytiharkan Melaka, Terengganu, Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan sebagai
kawasan putih.

9. Rundingan Baling
• Tunku Abdul Rahman mengadakan pertemuan dengan pemimpin PKM di Sekolah
Inggeris, Baling, Kedah pada 28 Disember 1955.
• Pertemuan ini melibatkan kerajaan PTM dengan PKM.
• Wakil PTM, Tunku Abdul Rahman ditemani oleh Tan Cheng Lock dan David Marshall ,
sementara PKM diwakili oleh Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin.
• Tunku Abdul Rahman meminta Chin Peng membubarkan PKM, meletakkan senjata dan
menyerah diri.
• Chin Peng pula menetapkan syarat, iaitu peletakan senjata dan penyerahan diri akan
dibuat seandainya kerajaan bersetuju mengakui PKM sebagai sebuah parti politik yang sah.
• Tunku enggan menerima syarat tersebut maka rundingan ini gagal.

LATIHAN OBJEKTIF

1. Maklumat berikut berkaitan dengan usaha untuk menangani ancaman komunis.


19 MODUL DWI KONSEP SEJARAH TINGKATAN 4 2020 (FBI SMK SENAI)

Bagaimanakah penguatkuasaan undang-undang tersebut dilaksanakan?

I. Membakar sarang komunis III. Mengharamkan parti radikal


II. Memindahkan penduduk IV. Hukuman mati jika membantu komunis

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

2. Pasukan polis dan tentera ditubuhkan untuk membanteras pengaruh komunis di Tanah
Melayu. Apakah iktibar daripada peristiwa tersebut?

I. Sikap berani dalam menjalankan tugas walau terpaksa berkorban nyawa


II. Bertanggungjawab dalam mempertahankan keselamatan negara
III. Setiap tindakan perlu berfikir dengan waras
IV. Ikhlas dalam pekerjaan membawa kepada keberkatan

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

3. Kerajaan British telah memperkenalkan sistem pendaftaran kebangsaan pada 23 Julai


1948. Apakah langkah yang diambil British untuk menjayakan sistem tersebut?

A. Mengeledah rumah kediaman


B. Menguatkuasakan perintah berkurung
C. Memperkasakan pasukan keselamatan
D. Mewajibkan penggunaan kad pengenalan

4. Dialog di bawah mungkin berlaku pada zaman darurat di Tanah Melayu

Bagaimanakah Sir Harold Briggs menyelesaikan masalah tersebut?

A. Mengisytiharkan darurat
B. Melancarkan perang saraf
C. Memperkenalkan tawaran pengampunan
D. Melaksanakan kawasan penempatan semula

5. Maklumat berikut berkaitan dengan usaha British untuk menghapuskan pengaruh


komunis di Tanah Melayu.

Tarikh Peristiwa
1950 Rancangan Briggs
20 MODUL DWI KONSEP SEJARAH TINGKATAN 4 2020 (FBI SMK SENAI)

Apakah kesan rancangan tersebut?

A. Pembunuhan terhadap pegawai British


B. Rundingan dengan pemimpin PKM
C. Melemahkan kegiatan komunis
D. Serangan komunis terhadap balai polis

6. Pada 29 Disember 1955, satu rundingan antara pihak kerajaan dengan Parti Komunis
Malaya (PKM) telah diadakan. Mengapakah rundingan tersebut gagal?

A. PKM mencabuli perjanjian C. Berlakunya rusuhan kaum


B. Kerajaan enggan mengiktiraf PKM D. Kurang sokongan orang Cina

7. Mengapakah penduduk setinggan di pinggir hutan dipaksa berpindah ke sebuah


petempatan baharu?

A. Melemahkan pergerakan komunis


B. Memastikan kehidupan lebih selamat
C. Merancang pembangunan ekonomi di kawasan baru
D. Memastikan masyarakat setinggan dapat memperbaiki taraf hidup mereka

8. Apakah tujuan Min Yuen ditubuhkan?

A. Menjadi orang tengah antara komunis dan British


B. Mendapatkan bekalan makanan dan wang untuk komunis
C. Mengumpul maklumat dan meyampaikan kepada komunis
D. Membantu komunis mendapatkan dana bagi melaksanakan pemberontakan

9. Apakah pasukan keselamatan yangditugaskan untuk mengawal


kampong dan pekan?

A. Sarawak Ranger C. Home Guard


B. Senoi Praaq D. Special Constables

10. British telah melancarkan kempen “Memenangi Hati dan Fikiran Rakyat” pada tahun
1950-an. Apakah kejayaan kempen tersebut?

A. Memujuk rakyat untuk menentang komunis


B. Meningkatkan taraf hidup rakyat luar bandar
21 MODUL DWI KONSEP SEJARAH TINGKATAN 4 2020 (FBI SMK SENAI)

C. Memupuk kerjasama rakyat luar bandar


D. Mewujudkan sistem pendidikan seragam

LATIHAN SUBJEKTIF DAN ESEI

1.

a) Nyatakan peranan pasukan keselamatan berikut: [2 Markah]


i. Special Constable (CS)

ii. Senoi Praaq

b) Min Yuen beroperasi pada sebelah malam dan bergerak dalam kalangan rakyat tanpa
senjata api. Jelaskan fungsi Min Yuen. [2 Markah]

c) Terangkan ciri-ciri keselamatan “Kampung Baru” yang ditubuhkan melalui Rancangan


Briggs?

[3 Markah]
d) Pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi sekiranya generasi muda kurang
berminat untuk menyertai pasukan keselamatan negara? [3 Markah]
22 MODUL DWI KONSEP SEJARAH TINGKATAN 4 2020 (FBI SMK SENAI)

2. Rundingan Baling diadakan di Sekolah Inggeris Baling, Kedah bagi menamatkan komunis
dan mencapai kemerdekaan. Rundingan tersebut melibatkan wakil Persekutuan Tanah Melayu
(PTM) dengan wakil Parti Komunis Malaya (PKM)

a) Senaraikan wakil PTM dalam rundingan tersebut.


i.
ii.
iii.
[3 Markah]

b) Apakah permintaan Tunku Abdul Rahman terhadap PKM semasa rundingan tersebut?

[3 Markah]

c) Jelaskan iktibar daripada peristiwa Rundingan Baling.

[4 Markah]

3.

a) Jelaskan maksud Perang Saraf? [4 Markah]


23 MODUL DWI KONSEP SEJARAH TINGKATAN 4 2020 (FBI SMK SENAI)

b) Bagaimanakah Perang Saraf dilaksanakan? [8 Markah]

c) Berikan cadangan anda, untuk mengelakkan ancaman komunis berulang kembali. [8


Markah]

Anda mungkin juga menyukai