Anda di halaman 1dari 7

BAB 6: Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat

6.1 Kemasukan Pengaruh Komunis di Negara Kita.


 Komunisme ialah ideologi yang diasaskan oleh Karl Marx dan Friedrich Engels.
 Mereka menulis karya Communist Manifesto dan Das Kapital. Komunis bermaksud orang yang
menganut fahaman komunis.
 Komunisme ialah suatu fahaman politik yang menjadikan ekonomi dan barang pengguna sebagai milik
negara.
 Percubaan untuk menyebarkan ideology komunis di negara kita bermula sejak tahun 1920-an.
 Pada masa itu, terdapat dua buah negara yang terlibat dalam penyebaran fahaman komunis iaitu China
dan Indonesia.

I. Kemasukan Pengaruh Komunis dari China


 Ideologi komunis di negara kita bermula pada tahun 1920-an melalui cawangan Parti Kuomintang
(KMT) yang beribu pejabat di China.
 Pada 1924, cawangan KMT ditubuhkan hampir setiap bandar di Melaka, Seremban, Klang, KL dan
Sungai Petani.
 Pertubuhan Main School yang digerakkan oleh orang Hailam juga di bawah arahan PartiKomunis
China, 1927 parti ini berpecah menjadi Parti KMT dan PKC. Then Communist International
(Comintern) berpusat di Moscow mengarahkan penubuhan Parti Komunis Nanyang (PKN) pada tahun
1928.
 PKN tidak Berjaya mencapai matlamatnya, dan Comintern mengarahkan penubuhan parti baharu iaitu
Parti Komunis Malaya (PKM).

II. Kemasukan Pengaruh Komunis dari Indonesia.


 Tahun 1920, pemimpin komunis dari Indonesia seperti Tan Malaka, Alimin, Moeso, Boedisoejitro,
Hasanoesi, Winanta, Soebakat dan SutanPerpateh menyebarkan fahaman komunis di Seberang Perai,
Perak Utara dan Kedah.
 Kegagalan PKI menguasai Jawa (1926) menyebabkan PKI berusaha untuk membuka cawangan di TM.
 Usaha mereka tidak mendapat sambutan orang Melayu kerana komunis menggunakan kekerasan untuk
mencapai matlamat mereka.

1 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ Tingkatan 4


III. PenubuhanpartiKomunis Malaya.
 Pada 30 April 1930, PKM ditubuhkan di Kuala Pilah. PKM bergerak melalui kesatuan sekerja,
pertubuhan, penerbitan akhbar dan sekolah Cina.
 PKM menyusup ke dalam Kesatuan Sekerja untuk mengukuhkan pengaruh komunis.
 Pada zaman Jepun (1941-1945) PKM telah menjalinkan kerjasama dengan British dalam usaha
memerangi Jepun.
 Mereka membentuk MPAJA atau Bintang Tiga.
 Mereka menerima bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan logistik dan perubatan daripada pihak
British
 Selepas Jepun menyerah kalah, berlaku kekosongan politik di TM disebabkan kelewatan British
kembali ke TM, keadaan ini member peluang kepada PKM untuk meluaskan pengaruhnya.
 Bintang Tiga PKM melalui MPAJA keluar dari hutan dan melakukan kekacauan. Mereka melakukan
kekejaman dan pembunuhan terhadap orang Melayu, Cina dan India yang didakwa pernah bersubahat
dengan Jepun.
 Apabila BMA mengambilalih pentadbiran di TM, MPAJA dibubarkan pada 1 Disember 1945. PKM
tidak dibenarkan bergerak sebagai sebuah pertubuhan yang sah. PKM mempengaruhi beberapa
pertubuhan tertentu dengan ideology komunis. PKM menyusup dalam kesatuan sekerja iaitu Pan-
Malayan Federation of Trade Unions (PMFTU).
 Menjelang Disember 1947 hingga Mei 1948, komunis Berjaya menguasai 335 kesatuan sekerja dan
menyusup dalam PKMM, MDU dan PUTERA-AMCJA.
 Komunis mengancam ekonomi dan keselamatan negara, British bertindak meluluskan Trade Union
Ordianance No.9 of 1948.
 Ordinan ini menyekat pengaruh komunis dalam kesatuan sekerja dan akhirnya mengharamkan PKM.

2 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ Tingkatan 4


Latihan Bahagian A

1. Siapakah pengasas ideology komunisme?


A. Chin Peng C. Tan Melaka
B. Karl Marx D. Arthur Walker

2. Komunisme adalah fahaman politik yang


A. menjadikan ekonomi dan barang pengguna sebagai milik negara
B. menentang penjajahan kuasa
C. menentang raja berkuasa mutlak
D. membela rakyat yang tertindas

3. Terdapat duabuah negara yang terlibat dalam penyebaran fahaman komunis, iaitu
I. Indonesia II. Vietnam III. Kemboja IV. China
A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

4. Di antara berikut, Bandar manakah yang menjadi pusat penyebaran fahaman parti Kuomintang di Tanah
Melayu
I. Seberang Prai II. Sg. Petani III. Seremban IV. Perak Utara
A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

5. Mengapakah Parti Komunis Malaya tidak mendapat sambutan di kalangan orang Melayu?
A. Menggunakan kekerasan dalam mencapai matlamat mereka
B. Fahaman komunis lebih mengutamakan masyarakat Cina
C. Orang Melayu menjalinkan kerjasama denganJepun
D. Mendapat tentangan daripada pihak British

6. Mengapakah ahli Bintang Tiga bertindak melakukan kekejaman dan pembunuhan terhadap orang
Melayu?
A. Orang Melayu telah menghasut British mengharamkan PKM
B. Membalas dendam terhadap kematian ramai orang Cina
C. Ramai orang Melayu menjadi askar menentang komunis
D. Mendakwa orang Melayu bekerjasama denganJepun

3 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ Tingkatan 4


7. Parti Komunis Indonesia (PKI) berusaha untuk membuka cawangan di Tanah Melayu.
Apakah faktor yang mendorong PKI bertindak demikian.
A. Kekejaman tentera Jepun
B. Keinginan meluaskan pengaruh
C. Kegagala nmenguasai Pulau Jawa
D. Kekosonga npolitik di Tanah Melayu

8. Siapakah yang menguasai Tanah Melayu selepas Jepun menyerah kalah?


A. British C. Parti Komunis Malaya
B. Chin Peng D. Pertubuhan Komunis Antarabangsa

9. Senarai di bawah berkaitan dengan satu fahaman yang muncul pada pertengahanabad ke-19

 Ekonomi dan barang pengguna sebagai milik negara


 Melibatkan negara China dan Indonesia

Apakah ciri-ciri fahaman tersebut yang merupakan initipati kepada suatu perjuagan?
A. Komunisme B. Demokrasi C. Nasionalisme D. Liberalisme

10. Jadual di bawah merujuk kepad apenyebaran ideology komunis di Tanah Melayu oleh parti-parti
komunis.
Kalangan Orang Cina Kalangan Orang Melayu
X Parti Komunis Indonesia

Apakah X

I. Parti Kuomintang (KMT) III. Malayan People’s Anti Japanese Army


II. Bintang Tiga IV. Parti Komunis Nanyang

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

4 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ Tingkatan 4


Latihan Kertas 2

1. Percubaan untuk menyebarkan ideology komunis di negara kita bermula sejak tahun 1920-an. Pada
masa itu terdapat dua buah negara yang terlibat dalam penyebaran fahaman komunis, iaitu China dan
Indonesia.

a) Jelaskan tentang ideology komunisme


_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
[2 Markah]

b) Nyatakan dua buah pertubuhan yang bertanggungjawab menyebarkan fahaman komunis di


Tanah Melayu?
i. ____________________________________
ii. ____________________________________
[2 Markah]

c) Nyatakan dua Kawasan yang terlibat dengan penyebaran fahaman Parti Komunis Indonesia
(PKI) di Tanah Melayu?
i. ____________________________________
ii. ____________________________________
[2 Markah]

d) Mengapakah ideology komunis kurang sesuai diamalkan di negara kita?


_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
[4 Markah]

5 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ Tingkatan 4


2. China dan Indonesia merupakan dua buah negara yang terlibat dalam penyebaran fahaman komunis di
negara kita.
a) Namakan parti komunis China yang bertanggungjawab menyebarkan fahaman komunis di Tanah
Melayu
i. _____________________________________________
ii. _____________________________________________
[2 Markah]

b) Siapakah pemimpin dari Indonesia yang cuba menyebarkan fahaman komunis di Tanah Melayu
i. ____________________________________________
ii. ____________________________________________
[2 Markah]

c) Mengapakah orang Melayu tidak mudah terpengaruh dengan ideology komunis?


_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
[3 Markah]
d) Pada pandangan anda, mengapakah kita perlu menolak ideology komunis?
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
[3 Markah]

6 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ Tingkatan 4


3. Kegagalan Parti Komunis Nanyang mencapai matlamatnya telah mendorong Comintern
mengarahkan penubuhan parti baharu, iaitu Parti Komunis Malaya (PKM).
a) Bagaimanakah Parti Komunis Malaya ditubuhkan?
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
[3 Markah]
b) Apakah tindakan yang dilakukan oleh PKM pada zaman pendudukan Jepun?
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
[3 Markah]
c) Pada pendapat anda, apakah wajar PKM telah diharamkan oleh kerajaan British?
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
[4 Markah]

7 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ Tingkatan 4

Anda mungkin juga menyukai