Anda di halaman 1dari 13

1.

0 PENGENALAN

Komunisme, dilihat oleh Marx dan Engels sebagai sebuah gerakan pembebasan proletariat dengan

tujuannya untuk melahirkan satu masyarakat komunis, di mana kehidupan sosial-ekonomi adalah

berdasarkan prinsip kepemilikan bersama sehingga menghilangkan kelas sosial dan pada akhirnya

negara. Sekiranya ditinjau dari segi perkembangan sejarah dunia, ideologi ini sememangnya

mendatangkan impak yang besar kerana telah mempengaruhi sepertiga wilayah dunia sehingga

membangkitkan revolusi bagi melawan kekuasaan. Sehubungan itu, abad ke-20 turut mencatatkan

dua revolusi sosialis-komunis yang monumental, iaitu Revolusi 1917 di Rusia, dan Revolusi 1949

di Cina telah mengantarkan Rusia dan China menjadi sebuah negara komunis di dunia. Namun

demikian, kedua-dua negara tersebut telah menampilkan ciri-ciri komunisme yang berbeza kerana

negera China pada masa tersebut adalah bawah penguasaan Mao Ze Dong, pengerusi Parti

Komunis China (PKC) manakala Rusia pula ditadbir oleh Lenin/Stalin.

Secara umumnya, Lenin merupakan pengasas kepada negara Kesatuan Soviet dan juga

pendiri negara komunis pertama yang paling berperanan dalam merealisasikan teori-teori

komunisme Marx ke dalam tindakan nyata. Selepas kematian Lenin pada tahun 1924, Stalin

mengambil alih tempat Lenin sebagai pemerintah baru sehinggalah tahun 1953. Di China pula,

kebangkitan ideologi komunisme dapat dilihat apabila Mao mengisytiharkan kemerdekaan negara

Republik Rakyat China pada tahun 1949 dengan polisinya ‘condong kepada satu arah’ sebagai

komitmen mereka kepada blok sosialis. Sehubungan itu, berdasarkan kajian yang telah dibuat,

pengkaji akan membezakan ciri-ciri Komunisme China di bawah Mao dengan prinsip-prinsip

Komunisme Lenin/Stalin dengan memaparkan bagaimana satu ideologi yang sama tetapi

mempunyai dua cara pengamalan yang berbeza dalam kedua-dua negera tersebut dari segi

sokongan popular, ketenteraan, ideologi dan dasar serta dimensi antarabangsa.


2.0 SOKONGAN POPULAR

Dalam negara Rusia dan China, kaum tani merupakan sebagai golongan yang paling umum

sehingga dapat membentuk tulang belakang sesebuah negara. Stalin, sependapat dengan para

Bolsheviks melihat golongan ini sebagai golongan mundur yang menjadi penghalang utama ke

arah pemodenan yang berlandaskan pembandaran dan perindustria.1 Oleh itu, sikap permusuhan

terhadap kaum tani ini telah dijadikan sebagai salah satu platform kepada partinya apabila beliau

mula bangkit dan berkuasa. Sebagai contoh, pada tahun 1921, beliau telah memujuk Politburo

supaya menghantar sepasukan Red Army ke kampung halamannya, Georgia untuk mengugut serta

menggunakan keganasan fizikal terhadap pegawai Menshevik tempatan. 2 Bukan itu sahaja,

Rancangan Lima Tahun Pertama (1928-1932) yang diumumkan oleh Stalin juga dilihat sebagai

suatu peperangan terhadap kaum tani kerana ‘revolusi dari atas’ ini sememangnya disokong ‘dari

bawah’ oleh kaum tani yang miskin di mana keputusan yang dibuat bagi mempercepatkan

perindustrian pesat akan dibiaya melalui pengambilan bijirin secara wajib bersama dengan

pelancaran program pengkolektifan pertanian.

Dengan memansuhkan Dasar Ekonomi Baru Lenin dan meneruskan pengkolektifan

pertanian secara paksa, kesannya berjuta-juta kaum tani telah menjadi mangsa kebuluran seperti

di Ukraine pada tahun 1930, 6-7 juta kaum tani telah terkorban atas desakan Stalin ke arah

pengindustrian dan pengkolektifan.3 Oleh itu, tidak perlu dinafikan bahawa beliau lakukan hanya

untuk kekejaman semata-mata ataupun inginkan kuasa. Lagipun, penggunaan sistem kolektif

dalam bidang pertanian dapat menyumbang kepada ekonomi, iaitu membolehkan pihak rejim

1
Lucien Bianco, ‘Comparing Mao To Stalin’ dalam The China Journal 75 (1), ed. Anita Chan dan Jonathan Unger
(Australia: Australian National University, 2016) , hlm 94.
2
Russel Tarr, ‘Stalin And Mao: Parallel Rise’ dalam History Review (London: History Today Ltd, 2011) , hlm 43.
3
Steven Bela Vardy dan Agnes Huszar Vardy, ‘Cannibalism In Stalin’s Rusia And Mao’s China’ dalam East European
Quarterly 41(2) (Hungary: Central European University Budapest) , hlm 224.
memperolehi kebanyakan modal untuk keperluan perindustrian dari desa-desa yang telah tewas itu

di samping pelancaran sistem ini juga dilihat sebagai langkah yang muktamad dalam menegakkan

totaliterisme di Rusia. 4 Dalam hal ini, Stalin dikatakan telah berjaya menggunakan peralatan

moden bagi mengendalikan pemerintahan dan penindasannya seperti yang digambarkan oleh

Deutscher:

‘Pengkolektifan terjunam menjadi operasi ketenteraan, satu perang saudara yang


zalim. Petani yang memberontak dikepung dengan mesin-gan dan dipaksa
menyerah diri. Berduyun-duyun kulaks dibuang daerah ke kawasan pedalaman
Siberia yang tidak didiami manusia. Rumah mereka, gedung pertanian, alat-alat
ladang telah ditempatkan di ladang-ladang kolektif. Stalin sendiri menganggarkan
nilai harta mereka yang telah dipindahkan ke ladang kolektif berjumlah lebih
daripada 400 juta roubles.’ 5

Berbeza dengan Stalin, Mao sebagai seorang revolusioner muda menolak pandangan

Bolshevik yang percaya kepada golongan proletariat sebagai pemimpin kepada revolusi komunis.

Hal ini disebabkan Mao yang menjalankan aktiviti di kawasan pedalaman Hunan dan Kiangsi

mulai sedar bahawa pihak komunis harus mengadakan gerakan dari kawasan luar bandar atau

pedalaman kerana beliau percaya bahawa kekuatan sebenar China bukan terletak pada pekerja di

bandar tetapi golongan tani di luar bandar. Oleh itu, Mao meletakkan dirinya sebagai rakan sekutu,

bukannya musuh kepada golongan tani. Contohnya, beliau telah bertindak menjalinkan hubungan

yang kukuh dengan 3 juta kaum tani dengan menyatakan bahawa ‘the peasants are the sea, we are

the fish, the sea is our habitat’. Sebelum ini, tentera-tenteranya juga dididik untuk menggunakan

teknik pujukan dalam mengambil hati mereka seperti 8 prinsip yang dipegang oleh Red Army

bawah komunisme Mao, iaitu hak wanita dihormati, tanaman dibayar, kelas literasi dijalankan.6

4
Donald W. Treadgold, Rusia Abad Ke-20 (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1986) , hlm 341.
5
Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik Dan Pemerintahan (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka,
1994) , hlm178.
6
Russel Tarr, ‘Stalin And Mao: Parallel Rise’, hlm 43.
Buktinya, di bandar Yanan, Shansi, usaha-usaha pembahagian tanah dijalankan untuk

serahkan kepada kaum tani yang memerlukannya manakala segala cukai telah dimansuhkan

supaya memberi ruang kepada kaum tani untuk bernafas. Pada masa yang sama, mereka juga diajar

keadah dan teknik penghasilan barangan pertanian yang lebih produktif. Dalam tempoh ini, fokus

Mao disambut hangat oleh kaum tani dan pelan revolusi berasaskan petani turut bertindak balas

secara positif kepada ‘Deklarasi Republik Sosiolis’ pada tahun 1931.7 Tuntasnya, perbezaan cara

yang digunakan oleh kedua-dua diktator ini dalam berurusan dengan kaum tani adalah didorong

oleh persepsi mereka yang berlainan. Contohnya, Mao di China melihat kebangkitan pergerakan

petani merupakan suatu kebangkitan yang besar berbeza dengan Rusia di mana golongan ini

selalunya dianggap sebagai golongan yang mundur, mementingkan diri sendiri dan terpencil untuk

dibangunkan sebagai kuasa revolusi. Jadi, tidak dapat dinafikan bahawa layanan Mao terhadap

petani jauh lebih baik berbanding dengan Stalin.

2.0 DIVISYEN KETENTERAAN

Dari segi ketenteraan, kedudukan Stalin masih dianggap lemah sementara saingan

utamanya dalam parti, iaitu Leon Trotsky pula menikmati reputasi yang dikagumkan. Contohnya,

selepas berjaya menguasai strategi untuk rampasan kuasa pada Oktober 1917, Trotsky telah

dilantik sebagai Commissar Of War dan berjaya menyusun Red Army sehingga menjadi pasukan

pertempuran yang hebat dalam menjamin kemenangan Bolshevik dalam Perang Saudara yang

berlaku antara tahun 1918 hingga 1920 manakala Stalin hanya ditugaskan sebagai Commissar

kepada Tsaritsyn.8 Justeru, boleh dikatakan bahawa pencapaian Stalin dalam bidang ketenteraan

pada tahap ini adalah tidak begitu menakjubkan. Namun demikian, bahagian pentadbiran politik

7
Ibid., 44
8
Russel Tarr, ‘Stalin And Mao: Parallel Rise’, hlm 45.
kemudiannya yang semakin pesat dipengaruhi oleh Stalin melalui penanaman ideologi secara

meluas dalam kalangan tentera, akhirnya berjaya meletakkan keseluruhan pasukan tentera di

bawah penguasaan rapi oleh pimpinan partinya. 9 Apabila menjelang tahun 1928, Stalin boleh

dikatakan telah selesai mengambil alih pihak tentera dengan cara menggunakan alat-alat parti

dengan bijaknya. Seterusnya, dalam usaha menubuhkan satu kawalan ekonomi pusat, pembersihan

raksasa, The Great Terror yang dilancarkan oleh Stalin pada tahun 1934 turut dilaksanakan dalam

kalangan tentera Rusia atas suara bahawa wujudnya beberapa unit ketenteraan yang mahu

menjatuhkan kedudukan politiknya. Hakikatnya, seramai 35,000 pegawai telah dibunuh atau

dikenakan hukuman kerja berat atau dibuang negeri ke wilayah Siberia. Mereka termasuk

sebilangan jeneral yang berpengalaman. Hal ini telah menyebabkan timbulnya keadaan di mana

tentera Soviet, semasa Perang Dunia Kedua, terpaksa berpada-pada dengan angkatan pegawai

sama ada yang sudah larut umur atau relatif muda tetapi tidak berpengalaman dalam menghadapi

kemaraan tentera Nazi Jerman di perbatasan. 10 Justeru, keadaan ini telah banyak menjejaskan

kecekapan kepimpinan ketenteraan di pihak tentera Soviet.

Di China pula, suatu mesyuarat khas pemimpin PKC yang diadakan di Hankow untuk

membincangkan kelemahan strategi komunis dan menyusun semula gerakan revolusi telah

memberi kesempatan kepada Mao untuk menjayakan idea perjuangannya- sebuah angkatan yang

kuat dan teratur atas hasil gabungan tentera tetap dengan pemberontakan petani. Walau

bagaimanpun, kegagalan kebangkitan petani ini menyebabkan beliau terpaksa melarikan diri ke

Ching-kang-shan di sempadan kawasan Kiangsi dan Hunan di mana beliau kemudiannya

9
Donald W. Treadgold, Rusia Abad Ke-20 , hlm 327.
10
Abdul Rahim Noor, ‘Stalin, Mao Sama Kejam’ Utusan Online, April 13, 2014
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140413/re_09/Stalin-Mao-sama-kejam#ixzz5DTLxLWPG
bergabung dengan Chu Teh dan Ch’en Yi dalam membentuk Tentera Merah Keempat.11 Dalam

hal ini, Mao dan Chu The telah bertindak untuk mempertahankan tentera mereka dengan

memaparkan ketabahan dan keperibadian yang kuat serta kesediaan untuk mati demi Komunis

walaupun terpaksa menghadapi perjuangan yang sengit dengan Kuomintang (KMT). Sehubungan

itu, konsep ‘long war’ turut dibangunkan oleh Mao dengan merujuk kepada kepimpinan partai

Lenin sambil membuat inovasi yang penting dalam hal-hal berkaitan perang gerila seperti dari segi

teknik dan strategi yang digunakan, garis panduan tentang bagaimana untuk berjuang dan

meneruskan hidup serta dapatkan sokongan dari kaum tani. Dalam hal ini, beliau telah menolak

doktrin ketenteraan moden Barat dan Soviet atas pelancaran perang yang didorong oleh sifat tidak

sabar dan keputusan serta merta.12

Bukan itu sahaja, Mao secara radikalnya mengubah pandangan tradisional Komunisme

yang melihat perjalanan ke arah revolusi adalah melalui pemberontakan yang berpusat dari bandar

kepada perlunya melancarkan satu peperangan gerila yang bermula dari kawasan perdesaan

dalaman. Hal ini dikatakan demikian kerana selama ini, tidak pernah ada usaha Lenin, mahupun

Stalin dalam mewujudkan kawasan perdesaan yang mandari dan melancarkan revolusi kebangsaan

melalui tentera gerila.13 Strategi perang gerila Mao kini telah dijadikan sebagai asas bagi tuntutan

PKC dalam rampasan kuasa Komunis. Model baru ini juga dilaksanakan oleh Komunis di Vietnam

dan juga beberapa negara yang kurang maju yang menerimanya sebagai doktrin klasik baru untuk

revolusi. Sebagai contoh, rekrut kepada perang gerila telah diindoktrinasi oleh teknik pembaharuan

11
Suffian Mansor, Sejarah China Moden, hlm 149.
12
Aurthur A. Cohen, ‘Maoism’ dalam Marxism In The Modern World ed. Milorad M. Drachkovitch (Amerika:
Standford University Press, 1965) , hlm 168.
13
Lucien Bianco, ‘Comparing Mao To Stalin’, hlm 92.
pemikiran dan teknik perjuangan kelompok yang perlu melibatkan diri dalam kumpulan

penyelidikan kecil selain menghafal peraturan politik ketenteraan dan PKC.

Keamatan indoktrinasi ini secara jelasnya memaparkan ciri Mao tersendiri yang jauh

melampaui kaedah Soviet. Berdasarkan catatan dalam Strategic Problems Of China’s

Revolutionary War, prinsip-prinsip asas Mao dalam perang gerila telah berkembang mengikut

kesesuaian masa menjadi formula 16-perwatakan, iaitu:

‘the enemy advances, we retret; the enemy camps, we harass; the enemy tires, we
attack; the enemy retreats, we pursue…Later, our operational principles were
developed a step further…[In 1930] the principle of ‘luring the enemy in deep’ was
put forward and, moreover, successfully applied…[By 1931] a complete set of
operational principles for the Red Army had taken shape’ 14

Penyesuaian dalam perang gerila tersebut turut memanjangkan pengaruh praktikal Mao dan

menunjukkan kebijaksanaannya berbanding dengan masa dahulu, Revolusi Oktober yang

dilancarkan oleh Lenin padahal pengaruhnya di Beijing tidak begitu memberangsangkan.15 Justeru,

kedua-dua pemerintah dari Rusia dan China telah memaparkan kaedah yang berlainan bagi

memastikan pencapaian mereka dalam bidang ketenteraan. Antaranya, kebijaksanaan Mao dalam

strategi ketenteraan dikatakan lebih terserlah berbanding dengan Stalin di mana beliau pernah

berjaya menghancurkan satu pemberontakan awal dengan membunuh 3000 lawannya dalam

Insiden Futien 1930, selain memberi penekanan atas kepentingan perang gerila semasa

pengepungan Jiangxi.16

14
Aurthur A. Cohen, ‘Maoism’, hlm 168.
15
Ibid., 170.
16
Russel Tarr, ‘Stalin And Mao: Parallel Rise’, hlm 45.
3.0 DASAR EKONOMI DAN IDEOLOGI

Dasar ‘Sosialisme di dalam satu negara’ yang dianjurkan oleh Stalin pada tahun 1924

merupakan satu strategi untuk mencapai matlamat sosialis di Rusia di mana dasar pengkolektifan
17
pertanian dan pengindustrian pesat dilihat sebagai tonggak penting kepada dasar ini.

Kemudiannya dasar ini pula disokong oleh Rancangan Lima Tahun Pertama seperti mana yang

telah disebut sebelum ini, dengan matlamat utamanya untuk menukar tenaga buruh seluruhnya

sama ada di bandar atau di luar bandar menjadi pekerja-pekerja perusahaan yang dikawal oleh

pemerintah. Hal ini kerana apabila ‘asas’ ekonomi berubah, maka ‘superstruktur’ bukan ekonomi

juga akan turut berubah dan apabila ekonomi negara ditetapkan mempunyai bentuk negara sosialis,

maka pemikiran seseorang itu akan lama-kelamaan menerima bentuk tersebut. Bagi mencapai

matlamat yang tersenarai dalam Rancangan Lima Tahun, kem buruh paksa diadakan secara

meluasnya di Rusia untuk menyingkirkan sesiapa yang dilihat sebagai ancaman terhadap dasarnya

di samping memanfaatkan tenaga kerja banduan dalam mempercepatkan proses perindustrian dan

pemodenan.18

Di negara China, salah satu episod sejarah pembangunan ekonomi yang meninggalkan

kesan besar kepada rakyat China ialah kempen Great Leap Forward yang dijalankan untuk

merealisasikan pembangunan teknikal dan ekonomi negara pada kadar segera dan pencapaian yang

membanggakan. Kempen ini dijalankan dengan menggerakkan golongan massa dalam kawasan

perkampungan iaitu commune. Contohnya, pada tahun 1958, seramai 750000 koperasi pengeluar

pertanian disatukan kepada 23500 commune dengan setiap commune mempunyai kadar 5000 isi

17
Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik Dan Pemerintahan, hlm 183.
18
Steven Bela Vardy dan Agnes Huszar Vardy, ‘Cannibalism In Stalin’s Rusia And Mao’s China’, hlm 224.
rumah atau 22000 orang.19 Secara umumnya, polisi ini memecahkan skim pemilikan individu di

mana masyarakat tidak lagi hidup secara satu keluarga sedarah tetapi akan hidup sebagai keluarga

besar. Oleh itu, pemilikan harta tidak dibenarkan dan hak milik tanah petani hendak diserahkan

kepada kerajaan di samping individu tidak dibenarkan mendapat upah tetapi akan diberi keperluan

yang sama rata dengan semua individu dalam commune.

Dalam perlaksanaan kempen tersebut, tidak ada pengecualian diberi kepada individu untuk

mengasingkan dirinya daripada masyarakat dan pada masa yang sama juga dapat membuang sikap

individualistik dalam kalangan penduduk China bagi mencapai matlamat pembangunan ekonomi

sosialis. Melalui hal ini, Lucien Bianco berpendapat bahawa Mao tidak tidak pernah menjauhkan

diri daripada dasar pengkolektifan, malah beliau bertindak menguatkuasakan dasar ini lebih awal

lagi dari Rusia selepas beliau memperolehi kuasa. Hal ini kerana beliau sependapat dengan Stalin

melihat kolektivisasi dapat meningkatkan produktiviti yang lebih besar tanpa menimbulkan

sebarang krisis di samping membolehkan pengambilan hasil dari kawasan luar bandar. 20 Dalam

kajian perintis Thomas Bernstein, satu perbandingan telah dibuat atas kempen kolektivisasi dalam

Rusia dan China pada tahun 1929-30 dan 1955-56, berjaya membuktikan kesamaan antara kedua-

dua kempen tersebut selain mencatakan cara paksaaan yang digunakan oleh kader Cina tidak

begitu kejam sekiranya berbanding dengan Rusia. 21 Selain dasar pengkolektifan, yang Mao

mengadaptasi daripada Stalin, juga termasuk polisi dan kaedah kem buruh paksa. Seperti mana

yang dilihat oleh Arthur A. Cohen, ‘whether the Maoist method of ‘reforming’ camp prisoners

19
Suffian Mansor, Sejarah China Moden, hlm 196.
20
Andrea Graziosi, ‘Stalin’s And Mao’s Famines: Similarities And Differences’ dalam Journal Of Ukrainian Studies,
Vol III, No 2 (Canada: University Alberta, 2016) , hlm 16.
21
Lucien Bianco, ‘Comparing Mao To Stalin’, hlm 95.
was put into effect, like the Stalinist method of ‘reforging’ them, primarily to justify the severity of

the policy’ 22

Melalui perlaksanaan dasar tersebut, Rusia dan China telah dilanda krisis kebuluran yang

meragut berjuta-juta nyawa manusia. Di China, kegagalan ekonomi dalam kempen Great Leap

Forward atas kekurangan bahan makanan, bahan mentah untuk industri, kemusnahan industri

kilang kerana pengurusan yang silap, keletihan dan kehilangan moral para petani ditambah dengan

bencana alam yang berlaku pada awal tahun 1960 menyebabkan pengeluaran negara kasar jatuh

sehingga satu per tiga pada tahun yang sama.23 Kadar kematian atas kebuluran telah meningkat

kepada 38 juta apabila menjelang tahun 1962. Manakala di Rusia, kebuluran bukan dilihat sebagai

kesan daripada kegagalan polisi kerajaan, tetapi merupakan salah satu cara yang digunakan oleh

Stalin untuk mematahkan tentangan mereka terhadap dasar pengkolektifan melalui peningkatkan

berlipat ganda jumlah kuota hasil pertanian yang perlu disumbangkan oleh penduduk Ukraine

kepada kerajaan pusat (Moscow).24 Pada tahun 1932, Stalin mengeluarkan arahan untuk merampas

semua hasil tanaman dan ternakan milik penduduk Ukraine untuk mengeksport ke Eropah Barat

dan pada masa yang sama mengharamkan segala pembekalan makanan kepada penduduk. Apabila

kebuluran merebak seperti wabak ke seluruh wilayah, mereka terpaksa makan rumput, jerami

kemudiannya anjing dan kucing sehingga akhirnya mayat manusia bagi meneruskan hidup. Dalam

hal ini, Steven Bela Vardy berpendapat bahawa kebuluran yang berlaku ini bagi kedua-dua

pemimpin Komunis hanya merupakan satu kaedah yang digunakan untuk menangani dan

membentuk semula minda para petani dan proletariat seterusnya menjinakkan mereka.

22
Aurthur A. Cohen, ‘Maoism’, hlm174.
23
Suffian Mansor, Sejarah China Moden, hlm 197.
24
Abdul Rahim Noor, ‘Stalin, Mao Sama Kejam’ Utusan Online, April 13, 2014
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140413/re_09/Stalin-Mao-sama-kejam#ixzz5DTLxLWPG
4.0 DIMENSI ANTARABANGSA

Selain daripada faktor-faktor domestik, dimensi antarabangsa turut memberi sumbangan

dalam meningkatkan kekuasaan kedua-dua diktator di China dan Rusia. Hal ini kerana Mao dan

Stalin, kedua-duanya telah mendapat manfaat melalui ketakutan rakyat terhadap pengaruh asing

dan penghinaan nasionalisme yang dilihat sebagai satu peluang kepada mereka untuk mendakwa

diri sebagai pembela patriotik di tanah air. Di China, penjajahan Barat telah menyebabkan

pedagangan dan pelabuhan utama China diletakkan di bawah kawalan asing menjelang abad ke-

20. Walaupun China telah bertindak untuk berjuang dengan pihak sekutunya dalam Perang Dunia

Pertama, namun tuntutan atas persetujuan penentuan nasib sendiri masih diabaikan oleh Big Three

di Versailles, malah pengkalan Jerman di China, Shandong turut diberi kepada Jepun. 25 Atas

penindasan tersebut, ekspedisi Northern March telah dilancarkan oleh parti KMT terhadap

Wardlors dan para pendukungnya pada tahun 1932 atas sokongan PKC.

Namun begitu, apabila sampai Chiang Kai Shek menjadi pemimpin parti, beliau hanya

melihat komunis sebagai masalah utama yang perlu dihapuskan terlebih dahulu berbanding dengan

tentera Jepun yang telah bertindak menyerang China sejak tahun 1931. Beliau yang berkeras untuk

berlawan daripada bekerjasama dengan PKC dalam mengatasi Jepun dilihat sebagai tindakan yang

tidak popular ditambah lagi dengan kebergantungan beliau atas bantuan Amerika Syarikat telah

menyebabkan reputasi KMT terus merosot. PKC dibawah pimpinan Mao telah mengambil

kesempatan ini untuk menawan semula hati dan fikiran penduduk tempatan. Akhirnya, populariti

komunis bertambah semasa Perang Dunia Kedua apabila berjaya menyatukan rakyat dalam

menentang Jepun sehingga dianggap sebagai pejuang rakyat. 26 Menjelang tahun 1945, selain

25
Russel Tarr, ‘Stalin And Mao: Parallel Rise’, hlm 46.
26
Suffian Mansor, Sejarah China Moden, hlm 184.
kelemahan dalam kepimpinan politik di mana tentera KMT telah menghadapi masalah pepecahan

di peringkat dalaman atas kehilangan pegawai yang paling berpengalaman., China pada masa

tersebut turut mengalami penderitaan hiperinflasi akibat Perang Dunia Kedua. 27 Keadaan

sedemikian telah mendorong Mao tampilkan dirinya di Beijing seterusnya mengisytiharkan

Republik Komunis China pada 1 Oktober 1949 dengan matlamat untuk memulih dan

membangunkan China.

Manakala di Rusia, Stalin sengaja memperguna ketakutan rakyatnya terhadap eksploitasi

dan pencerobohan asing kerana Rusia pada masa tersebut sudah menjadi sebuah negara yang paria

selepas Perang Dunia Pertama. Keputusannya untuk menarik diri daripada segala peperangan dan

kempen revolusi dunia serta menghentikan pembayaran hutang dalam peperangan Tsarist akan

mempercepat lagi campur tangan kuasa asing dalam perang saudara yang berlaku kemudian.

Faktor-faktor seperti penglibatan Jerman dalam League Of Nations dalam 1926 dengan

meninggalkan Rusia bersendirian dalam menghadapi hal ehwal luar negara, hubungan dengan

British yang mudah tersinggung selepas hubungan diplomatik dengannya melalui surat Zinoviev

telah mencapai tahap akhir, semuanya turut menyumbang kepada ‘war scare’ pada akhir tahun

1920.28 Stalin, yang berusaha keras dalam membangkitkan ‘war scare’ dengan memupuk dan

mengeksploitasi ketakutan serangan atas kuasa asing, akhirnya dapat melangkah keluar dengan

teori Marxisme sendiri yang radikal. Di samping itu, Stalin melihat sesebuah negara yang belum

mengalami proses pengindustrian adalah lemah. Sekiranya mahu berjuang dalam perang moden,

sebuah pembangunan industri yang baik amat diperlukan untuk dijadikan sebagai asas dalam

mengeluarkan jumlah senjata yang banyak dan amunisi yang diperlukan. Oleh itu, beliau dengan

27
Russel Tarr, ‘Stalin And Mao: Parallel Rise’, hlm 46.
28
Donald W. Treadgold, Rusia Abad Ke-20 , hlm 270.
bijaknya telah membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat supaya membuat

peralihan dari usaha Trotsky dalam ‘Revolusi Dunia’ kepada dasar ‘Sosiolisme dalam satu negara’

dan menggambarkan Rancangan Lima Tahun yang diperkenalkannya untuk pengindustrian dan

pertanian sebagai satu polisi yang bersifat patriotik. Hakikatnya, berbanding dengan Mao, Stalin

lebih aktif dalam menyemarakkan semangat nasionalis melalui kaedah yang Mao melihatnya tidak

perlu.

5.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, perbezaan ciri-ciri komunisme Mao di China dengan Lenin/Stalin

di Rusia dapat dilihat dari segi sokongan popular, di mana Mao telah meletakkan diri sebagai rakan

sekutu kepada para tani berbeza dengan Stalin yang melihat mereka sebagai musuh yang harus

ditindas. Seterusnya, Stalin bertindak mengeksploitasi ketakutan terhadap cita-cita tentera pihak

lawannya sementara Mao pula memanfaat dan mengembangkan kemampuan sendiri dalam seni

peperangan. Dari segi dimensi antarabangsa pula, Stalin lebih aktif dalam menyemarakkan

semangat nasionalis berbanding Mao walaupun mereka bersama-sama mendapat manfaat melalui

ketakutan rakyat terhadap pengaruh asing dan penghinaan nasionalisme. Namun demikian, ciri-

ciri persamaan turut dikesan melalui dasar ekonomi dan ideologi yang diamalkan oleh kedua-dua

pemimpin komunis seperti dasar pengkolektif, kem buruh paksa dan pegangan ideologi terhadap

ekonomi. Hal ini kerana Stalin, yang melangkah lebih jauh dari Lenin secara tidak langsung telah

meninggalkan penanda dalam sudut pandangan Mao mengenai dasar-dasar dalaman sehingga

banyak aspek pemikiran Mao turut dipengaruhi olehnya. Tuntasnya, boleh dikatakan bahawa polisi

yang diterima pakai oleh kedua-dua pemimpin ini tidak mungkin banyak berbeza dalam

menghadapi keadaan yang umumnya sama.

Anda mungkin juga menyukai