Anda di halaman 1dari 16

Jurnal Pendidikan Nusantara, Edisi Khas Jun 2016 33

Sistem Pengurusan Rekod Dokumen Sekolah Melalui Web Berasaskan Teori


Aktiviti

Nur Sakinah Mohd Isa


nursakinah_83@yahoo.com
Jabatan Pendidikan Sains, Matematik dan Multimedia Kreatif,
UTM Skudai, Malaysia

Mohd Nihra Haruzuan Mohamad Said


nihra@utm.my
Jabatan Pendidikan Sains, Matematik dan Multimedia Kreatif,
UTM Skudai, Malaysia

Abstrak
Sistem pengurusan dokumen yang sistematik diperlukan oleh kebanyakan
organisasi dalam pengurusan dokumen fizikal. Antara organisasi yang terlibat
adalah institusi pendidikan seperti sekolah yang berdepan dengan lambakan
dokumen rasmi seperti surat masuk dan keluar. Justeru, satu kajian berkenaan
sistem pengurusan rekod dokumen sekolah (SPeRD) melalui web dijalankan
dengan beberapa objektif bermula dengan mengenalpasti keperluan sistem,
reka bentuk dan pembangunan sistem seterusnya penilaian sistem.Teori
Aktivitidigunakan sebagai kerangka analitikal asas dalam keseluruhan kajian
kerana mengandungi enam komponen yang bertepatan dengan konteks kajian
iaitu aktiviti manusia di dalam SPeRD. Dengan penekanan enam komponen
tersebut, Eight Steps Model (ESM) yang menyediakan lapan persoalan
dijadikan sebagai instrumen temu bual bagi mengenalpasti keperluan sistem
sebelum dibangunkan. Setelah SPeRD dibangunkan, penilaian secara kualitatif
dengan kaedah temu bual dijalankan bersama pentadbir, guru dan staf serta
penambahan data kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik QUIS.
Kajian yang dijalankan di sebuah sekolah di Johorini mendedahkan hasil
dapatan dengan respons yang positif daripada pengguna namun beberapa isu
telah ditemukan apabila dapatan tersebut dianalisis. Kesimpulannya, dengan
pendekatan AT, SPeRD dapat dibangunkan dan diakui praktikal sertamampu
membantu pengurusan dokumen di sekolah.

Kata Kunci: Sistem Pengurusan Rekod Dokumen; Teori Aktiviti; Activity Triangle Model

1.0 Pengenalan
Pendekatan teknologi yang diaplikasikan dalam sebahagian besar pengurusan
organisasi sudah cukup memberi gambaran kemajuan organisasi tersebut. Melalui sistem
pengurusan berkomputer yang digunakan mampu menggantikan peranan manusia bagi
mengekstrak maklumat dan membuat keputusan (Rizal, Jusoff, & Christon, 2011),
menyelesaikan masalah dalam tempoh yang singkat sekaligus meningkatkan prestasi dan
produktiviti sesebuah organisasi (Ding, Levin, Stephan, & Winkler, 2010; Ismail,
2007).Sedang negara menuju ke arah Wawasan 2020, penggunaan kertas dalam sebahagian
besar pengurusan organisasi masih menjadi satu kemestian terutamanya apabila melibatkan
dokumen rasmi. Dokumen yang wujud perlu direkodkan dan disimpan dengan selamat
sebagai rujukan pada masa akan datang ini kerana “jika maklumat tidak direkodkan dan
didokumentasi, perkara tersebut dianggap tidak pernah berlaku” (Stier, 2014). Stier
menegaskan penyataan tersebut dalam kajiannya mengenai prosedur, bahan, suhu makanan,
peralatan yang perlu dilaporkan, didokumentasi dan disimpan sebagai bukti jika berlaku

ISSN 2289-9375
Jurnal Pendidikan Nusantara, Edisi Khas Jun 2016 34

sebarang permasalahan dalam kes keselamatan makanan kelak. Kepentingan dokumen juga
dipandang serius dalam bidang perubatan yang menyimpan pelbagai maklumat tentang
penyakit dan pesakit sama ada dalam bentuk teks, rajah, data numerik sehingga memaksa
sekumpulan pengkaji (Ferranti, Musser, Kawamoto, & Hammond, 2006) menjalankan kajian
perbandingan strategi pengurusan data sedia ada.
Kepentingan sistem pengurusan rekod dokumen juga tidak diabaikan oleh institusi
pendidikan iaitu organisasi sekolah. Rekod dokumen sekolah adalah sangat penting sebagai
rujukan dan bahan bukti yang perlu diekstrak dan diperlukan oleh warga sekolah di masa akan
datang dan perlu disimpan dengan sempurna sebagaimana yang terkandung dalam Akta Arkib
Negara 2003 dan Surat Pekeliling Am. Bil. 1/1997 iaitu mengenai Pemeliharaan Rekod-rekod
Kerajaan dan Arahan Perkhidmatan Bab 5. Berdasarkan Arahan Perkhidmatan (Bab 4 : Fail
Memfail) (Surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 1997, 1997), ciri-ciri sistem pemfailan yang baik
adalah bersistematik, mudah dirujuk, mudah diperolehi dan selamat.Namun, lambakan rekod
dokumen yang bertambah dari hari ke sehari boleh memberikan kesulitan. Tambahan lagi,
menguruskan pelbagai fail dan rekod dokumen dilihat cukup mencabar lebih-lebih lagi
apabila perlu mengekstrak atau mendapatkannya semula daripada lambakan fail dan rekod
dokumen yang disimpan di pelbagai tempat simpanan. Tanpa penggunaan sistem pengurusan
yang efektif, adalah tidak mustahil berlakunya risiko kecuaian manusia seperti kesilapan
menyimpan dokumen dan berlaku kehilangan dokumen (Heckman, 2008). Selain itu, tempat
penyimpanan yang terhad memaksa fail dan dokumen disimpan di pelbagai kabinet dan bilik
dan lebih menyukarkan apabila pegawai atau staf yang bertanggungjawab dalam pengurusan
dokumen berpindah ke jabatan lain secara drastik (Rizal et al., 2011).
Walaubagaimanapun, pembangunan SPeRD melalui web ini memerlukan ketelitian
dan kesesuaian berdasarkan kehendak pengguna (Molnár & Benczúr, 2013). Menurut
Engeström (2001) setiap sistem pengurusan pasti bersandarkan pada suatu aktiviti dan proses
yang memerlukan interaksi dan alat bagi mencapai matlamat tugasan.Justeru, Teori Aktiviti
(Activity Theory(AT)) yang dipelopori oleh Vygotsky (1978) dilihat bertepatan dalam
merealisasikan pembangunan SPeRD kerana teori ini menekankan kepada aktiviti manusia
dengan tujuan mentransformasikan kepada sesuatu yang dikehendaki (Kuutti, 1996). Carroll
(1997) pula meletakkan AT sebagai satu pendekatan yang berpotensi dalam Human Computer
Interaction (HCI) dengan kajiannya bahawa AT mampu membuka hubungan manusia dalam
sosial dan persekitaran teknologi agar lebih dinamik dalam menyelesaikan masalah
berbanding ciri-ciri yang statik.

2.0 Sorotan Kajian


Teori Aktiviti (Activity Theory (AT)) merupakan satu paradigm psikologi utama dalam
kajian aktiviti manusia. AT pada asalnya ditemukan oleh seorang cendekiawan Rusia
bernama Lev Vygotsky pada tahun 1978 yang memperkenalkan idea tentang interaksi
manusia dengan persekitaran bukan terjadi dengan sendirinya sebaliknya dibantu oleh
penggunaan peralatan dan petanda. Idea ini diperjelaskan dalam bentuk Model Pengantara
atau dikenali sebagai Mediational Model seperti dalam Rajah 1 yang menunjukkan interaksi
manusia dengan persekitaran (Mwanza, 2001).

Mediator (Pengantara)/ Tools(Alat)

Subject (Subjek) Object(Objek)

Rajah 1Mediational Model(Vygotsky, 1978)

ISSN 2289-9375
Jurnal Pendidikan Nusantara, Edisi Khas Jun 2016 35

Model ini menekankan idea bahawa hubungan antara subjek dan objek tidak berlaku
secara langsung tetapi melalui satu ‘pengantara’ atau ‘alat’. Leont’ev (1978) terus mengiktiraf
teori yang diperkenalkan oleh Vygotsky dan memperkembangkan lagi idea tentang keperluan
sosial dan budaya dalam aktiviti manusia.

2.1 Activity Triangle Model oleh Engestrӧm


Dengan berinspirasikan idea asal Vygotsky, Engestrӧm (1987)
memperkembangkan lagi Mediational Model untuk digabungkan bersama-sama idea
Leont’ev tentang keperluan aspek sosial dan budaya dalam aktiviti manusia. Lantaran
itu, satu model aktiviti manusia yang dikenali sebagai Activity Triangle Model (ATM)
terhasil daripada hubungan kolaboratif dalam aktiviti manusia seperti dalam Rajah 2.
Alat (Tools)

Subjek Transformasi
Objek
Hasil
(Subjects) (Object)
(Outcomes)
Proses

Peraturan Pembahagian
Komuniti
(Rules) Tugasan
(Community)
(Division of Labour)

Rajah 2 Activity Triangle Model(Engeström, 1987)

Model ini menggabungkan komponen utama iaitu Subjek, Objek dan Komuniti
serta komponen pengantara dalam aktiviti manusia yang terdiri daripada Alat,
Peraturan dan Pembahagian Tugas. Jadual 1 menunjukkan penerangan setiap
komponen secara ringkas.

Jadual 1 Penerangan Komponen Activity Triangle Model

Objek Komponen Objek merujuk kepada sifat manusia yang bertujuan dan
bermotivasi dalam sesuatu aktiviti itu dan membenarkan manusia itu
mengawal tingkah lakunya sendiri. Secara tidak langsung, komponen ini
menjurus kepada objektif aktiviti itu dilakukan.
Subjek Komponen Subjek pula adalah sifat sosial dalam aktiviti manusia melalui
kolaborasi agar objektif aktiviti tercapai. Hubungan Subjek dan Objek berlaku
melalui pengantara iaitu Alat.
Alat Komponen Alat merupakan satu aspek pengantara dalam aktiviti manusia
menerusi penggunaan sesuatu bahan secara fizikal dan konseptual. Alat secara
fizikal digunakan bagi memanipulasi Objek manakala Alat secara konseptual
digunakan bagi mempengaruhi tingkah laku dan hubungan antara Objek dan
Subjek.
Komuniti Komponen Komuniti pula adalah persekitaran dari segi konteks budaya dan
sosial di mana Subjek bertindak dalam persekitaran aktiviti tersebut.
Peraturan Komponen Peraturan menekankan tentang fakta bahawa dalam satu Komuniti
pasti terdapat peraturan dan kawalan yang memberi kesan dan membawa
makna ke atas aktiviti yang dijalankan. Peraturan ini boleh bersifat eksplisit
atau implisit.

ISSN 2289-9375
Jurnal Pendidikan Nusantara, Edisi Khas Jun 2016 36

Pembahagian Komponen Pengagihan Tugas pula merujuk kepada ketetapan tanggungjawab


Tugasan dan peranan dalam tugas yang dibawa oleh Subjek semasa menjalankan
aktiviti dalam Komuniti.

Keenam-enam komponen ini saling berkait dan ditransformasikan bagi


mendapatkan satu hasil. Mwanza (2001) berpendapat walaupun idea yang
dipersembahkan dalam kerangka model ini kelihatan cukup jelas dalam memberi
panduan merekabentuk sistem berkomputer namun tidak mudah untuk
mentransformasikan idea teoritikal ini kepada satu idea yang praktikal. Justeru, satu
justifikasi yang jelas diperlukan dalam mengaplikasikan konsep teoritikal ini.

2.2 Eight-Step-Model (ESM) oleh Mwanza


Mwanza (2001) memulakan kajiannya dengan menginterpretasi komponen-
komponen di dalam ATM yang diperkenalkan oleh Engestrӧm (1987) ke dalam satu
bentuk situasi yang boleh dikaji dan praktikal. ESM yang dibina berdasarkan
komponen-komponen di dalam ATM kemudiannya diinterpretasi ke dalam bentuk
soalan-soalan terbuka seperti dalam Rajah 3. Dengan menggunakan ESM sekaligus
menjawab persoalan tersebut, pengkaji boleh mendapatkan gambaran dan maklumat
asas tentang keseluruhan aktiviti dalam situasi yang ingin dikaji (Mwanza, 2001).

The Eight-Step-Model
Identify the / Kenalpasti :
1. Activity of interest / Aktiviti yang difokus
- What sort of activity am I interested in? / Apakah aktiviti yang saya fokuskan?
2. Object or Objective of activity / Objek atau Objektif aktiviti
- Why is this activity taking place?/ Mengapa aktiviti ini berlaku?
3. Subjects in this activity / Subjek dalam aktiviti ini
- Who is involved in carrying out this activity? / Siapakah yang terlibat dalam
melaksanakan aktiviti ini?
4. Tools mediating the activity / Alat dalam aktiviti
- By what means are the subjects carrying out this activity? / Dengan cara apakah subjek
melaksanakan tugas?
5. Rules and regulations mediating the activity / Peraturan dan kawalan dalam aktiviti
- Are there any cultural norms, rules or regulations governing the performance of this
activity? / Adakah sebarang norma budaya, peraturan dan kawalan yang mengawal
aktiviti ini?
6. Division of labour mediating the activity / Pembahagian tugas dalam aktiviti
- Who is responsible for what, when carrying out this activity and how are the roles
organized? / Siapakah yang bertanggungjawab menentukan apa dan bila pelaksanaan
aktiviti ini dan bagaimanakah peranan itu diatur?
7. Community in which activity is conducted / Komuniti aktiviti itu dilaksana
- What is the environment in which this activity is carried out?/ Apakah bentuk
persekitaran aktiviti ini dilaksanakan?
8. What is the desired Outcome from carrying out this activity?/ Apakah hasil yang
diharapkan apabila melaksanakan aktiviti ini?

ISSN 2289-9375
Jurnal Pendidikan Nusantara, Edisi Khas Jun 2016 37

Rajah 4Eight Step Model (Mwanza (2001)

2.3 AT Sebagai Kerangka Pembangunan Sistem Berkomputer


Shariq (1998) menggunakan kerangka aktiviti dalam AT yang melibatkan
peralatan (komputer dan rangkaian maklumat), komuniti, pengagihan tugas, peraturan,
subjek dan objek untuk membangunkan dan mengaplikasikan artifak pengetahuan
yang tepat dalam kajian knowledge management system. Artifak (seperti hamparan
elektronik, pemprosesan perkataan dan perisian suntingan grafik) tersebut memainkan
peranan penting dalam menggalakkan kebolehan dan keupayaan manusia menerima
dan bertindak cemerlang dalam persekitaran yang berubah. Selain itu, AT juga mampu
merekabentuk permainan komputer dan mengimplemenkan kaedah pengajaran yang
tepat merujuk kepada tabiat dan interaksi pelajar semasa bermain permainan komputer
(Lazarou, 2011). Permainan komputer yang berjaya dibangunkan adalah hasil daripada
analisis pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains menggunakan
AT.Daripada dapatan kajian-kajian lepas ini dapat disimpulkan bahawa pendekatan
AT adalah berkesan sebagai kerangka analitik dalam kajian HCI terutamanya bagi
menganalisis dan membina struktur sesebuah sistem yang bertepatan dengan aktiviti
manusia serta berkait dengan persekitaran dan alatan.

3.0 Objektif
Objektif kajian ini adalah:
i. Mengenalpasti keperluan yang perlu ada dalam Sistem Pengurusan Rekod
Dokumen (SPeRD) dengan menggunakan pendekatan Teori Aktiviti
ii. Membangunkan SPeRD berdasarkan keperluan yang telah dikenalpasti
iii. Menilai tahap kepuasan pengguna terhadap SPeRD
iv. Menilai perbandingan fungsi SPeRD secara keseluruhan dengan sistem yang
digunakan sebelum ini

4.0 Metodologi
Berdasarkan objektif kajian yang disenaraikan, kajian ini bersifat kualitatif tetapi
menggunakan juga data kuantitatif. Kajian ini menggunakan instrumen temu bual sebagai
asas dalam menganalisis keperluan dan menilai serta menggunakan data numerik melalui soal
selidik dalam penilaian bersama Sistem Pengurusan Rekod Dokumen (SPeRD) bagi mencapai
objektif-objektif kajian.
Objektif kajian pertama adalah mengenalpasti keperluan yang perlu ada dalam SPeRD
berdasarkan Teori Aktiviti. Justeru, bagi mengenalpasti keperluan SPeRD ini maka pengkaji
perlu mendapatkan maklumat keperluan SPeRD daripada sumber yang tepat (pengguna) serta
menganalisis maklumat yang diperolehi dengan kondisi atau syarat yang diperlukan iaitu
berdasarkan Teori Aktiviti. Proses ini merupakan nadi kajian dan sangat perlu dititikberatkan
kerana langkah menganalisis memerlukan penelitian yang paling utama bagi memastikan
objektif kajian tercapai (Ozdilek & Robeck, 2009). Atas kepentingan analisis keperluan
sistem, maka beberapa sesi temubual dijalankan bagi mendapatkan maklumat yang tidak
mungkin diperolehi daripada data numerika (Yan Piaw, 2011).Temubual dijalankan bersama
enam orang peserta yang terdiri daripada seorang pentadbir sekolah, seorang guru dan seorang
staf sokongan daripada dua buah sekolah di daerah Pasir Gudang Johor yang
bertanggungjawab dalam pengurusan rekod dokumen di sekolah. Temubual yang dijalankan
bersama enam peserta yang berlatarbelakangkan jawatan yang berbeza adalah bertujuan bagi
mendapatkan maklumat yang menyeluruh daripada pelbagai sudut.Temubual ini lebih
menumpukan kepada perolehan maklumat tentang keseluruhan aktiviti pengurusan rekod
dokumen sekolah. Bagi mengumpul data keperluan sistem, lapan langkah berdasarkan ESM
(Rajah 3) digunakan dan diubahsuai dalam sesi temubual.Hasil temubual tersebut
diterjemahkan seperti pada Rajah4.

ISSN 2289-9375
Jurnal Pendidikan Nusantara, Edisi Khas Jun 2016 38

Alat (Tools)
 Surat Pekeliling
 Arkib Malaysia
 Sistem Pengurusan
Sekolah Kualiti
(SPSK)
 Buku Daftar
Objektif (Object-ive) Hasil Dapatan yang
Pengguna (Subject)  Membuat rujukan Dikehendaki (Desired
 Staf  Semakan semula Outcomes)
 Pentadbir  Sebagai bahan  Menyemak jika berlaku
 Guru-guru bukti keciciran dokumen
 Membantu memudahkan
Peraturan dan pencarian semula
Kawalan Dokumen dokumen
(Rules &  Sebagai bahan bukti
Regulations)  Supaya dapat dijadikan
 Dokumen tempat rujukan
Pembahagian Tugas
direkodkan  Dapat mengetahui
Pengurusan Dokumen
berdasarkan bilangan dokumen
Komuniti (Division of Labour)
nombor daftar fail  Meningkatkan
(Community)  Staf
selepas diterima kompetensi pengurusan
 Sekolah - Terima dokumen
dan dihasilkan dokumen
 Komuniti - Rekod dokumen
 Dokumen perlu
pejabat - Pengeluaran dokumen
diminitkan dan
 Pentadbir
disahkan oleh
- Meminitkan dan
pentadbir sahaja
mengesahkan dokumen
 Dokumen perlu
- Semakan dokumen
dipastikan
 Guru-guru
disimpan ke dalam
- Tindakan lanjut ke atas
fail dengan
dokumen
nombor daftar
- Mendapatkan rujukan
yang tepat

Rajah 5 Sistem Aktiviti bagi Sistem Pengurusan Rekod Dokumen Sekolah yang
dimodifikasi daripada Sistem Aktiviti Kajian Mwanza dan Engeström(2003)

Daripada maklumat yang diperolehi dalam proses analisis menggunakan pendekatan


ESM, SPeRD direka bentuk bagi mendapatkan idea awal tentang aktiviti keseluruhan sistem
sebelum operasi pembangunan dijalankan. Reka bentuk yang dirancang perlu memuatkan
segala kelengkapan sebagaimana yang diperlukan dalam dapatan analisis (Welty, 2007)
termasuklah reka bentuk informasi yang perlu dimuatkan, carta alir dan reka bentuk
antaramuka. Berdasarkan Rajah 4, komponen Objektif adalah bagi memastikan rekod
dokumen tersebut dapat dirujuk, disemak semula dan dijadikan bahan bukti. Justeru, aktiviti
yang perlu dimuatkan dalam SPeRD adalah seperti pada komponen Pembahagian Tugasiaitu
merekod dokumen (termasuk mengesahkan dokumen), mencari dokumen dan memuat turun
senarai dokumen.Setelah SPeRD dibangunkan dan dimuat naik ke dalam web hosting, operasi
pengujian dan penilaian SPeRD dijalankan bagi mencapai objektif kajian seterusnya.
Pengujian dijalankan bersama pakar sistem dan peserta dalam kajian rintis, manakala
penilaian akan dijalankan olehsampel kajian sebenar.

5.0 Hasil Dapatan


Topik ini menerangkan tentang hasil reka bentuk SPeRD yang telah dibangunkan serta
dapatan penilaian dan analisis dapatan yang diperolehi daripada soal selidik dan temubual.

ISSN 2289-9375
Jurnal Pendidikan Nusantara, Edisi Khas Jun 2016 39

5.1 Hasil Reka Bentuk SPeRD


SPeRD yang siap dibangunkan dimuat naik ke dalam talian bagi memudahkan
proses penilaian dijalankan.Beberapa antara muka skrin SPeRD akan dibincangkan.

Rajah 6 Laman Utama SPeRD Sebelum Log Masuk

Rajah 5 menunjukkan laman utama sistem yang menyediakan fungsi log masuk
pengguna. Penerangan setiap menu turut disediakan bagi memberikan idea awal
kepada pengunjung laman web tentang fungsi yang terdapat dalam SPeRD. Sebanyak
empat atau lima pilihan menu disediakan selepas pengguna log masuk. Pilihan menu
adalah seperti Jadual 6.
Jadual 2 Pilihan Menu
Jawatan Pentadbir Staf Guru
Utama Utama Utama
Rekod Rekod -
Pilihan Carian dan Kemaskini Carian dan Kemaskini Carian dan Papar (tiada
Menu (ada pengesahan rekod) (tiada pengesahan rekod) fungsi kemaskini rekod)
Muat Turun Muat Turun Muat Turun
Bantuan Bantuan Bantuan

Laman ‘Rekod’ menyediakan ruang kosong bagi merekod surat masuk atau
keluar yang perlu diisi oleh pentadbir atau staf. Pentadbir atau staf perlu memastikan
maklumat dokumen diisi lengkap, jika tidak satu pemberitahuan akan terpapar apabila
didapati terdapat ruang yang masih tidak diisi.Bagi menjalankan pencarian dokumen
yang telah direkodkan, fungsi laman ‘Carian dan Kemaskini’ dimuatkan. Dengan
memasukkan sebarang kata kunci yang berkenaan (Rajah 6), jumlah dan senarai surat
yang berkaitan dengan kata kunci akan dipaparkan (Rajah 7). Seterusnya, maklumat
dokumen boleh diubah atau ditambah jika perlu dan disahkan oleh pentadbir dengan
klik pada tajuk surat daripada senarai surat tadi (Rajah 7).

ISSN 2289-9375
Jurnal Pendidikan Nusantara, Edisi Khas Jun 2016 40

Rajah 6 Kemudahan Carian Dokumen

Rajah 7Maklum Balas Carian Dokumen

Laman ‘Muat Turun’(Rajah 8) pula menyediakan kemudahan memuat turun


senarai dokumen berdasarkan kata kunci yang dimasukkan dan dimuat turun ke dalam
bentuk hamparan lejar (spreadsheet) dengan format .csv(Rajah 9).Fungsi ini juga
secara tidak langsung dapat menghasilkan kertas minit yang mengandungi senarai
dokumen yang berkaitan dengan fail yang dicari.

Rajah 8 Laman ‘Muat Turun’

ISSN 2289-9375
Jurnal Pendidikan Nusantara, Edisi Khas Jun 2016 41

Rajah 97 Senarai Dokumen Dalam Bentuk Hamparan Lejar

Berdasarkan Sistem Aktiviti (Rajah 4), SPeRD yang mengandungi tiga modul
pengguna beserta fungsi-fungsi setiap halaman berjaya dihasilkan dengan memenuhi
setiap komponen AT iaitu ‘subjek’, ‘objek’, ‘alat’, ‘pembahagian tugas’, ‘peraturan
dan kawalan’ dan ‘komuniti’.

5.2 Analisis Soal Selidik


Dengan skala maksimum 9.00 mewakili respons paling positif, berikut adalah
penilaian pengguna terhadap SPeRD dalam nilai min dan median bagi setiap
item(Jadual 7 hingga 10).Jadual berikut turut memaparkan nilai min dan median
keseluruhan yang dikira berdasarkan jawatan dan juga nilai min dan median
keseluruhan responden kajian.

Jadual 3 Analisis Reaksi Keseluruhan Sistem


Bil Item Min Median
2 Reaksi keseluruhan terhadap sistem (memuaskan) 7.19 7.00
4 Reaksi keseluruhan terhadap sistem (mudah) 7.19 7.00
3 Reaksi keseluruhan terhadap sistem (memberangsangkan) 7.00 7.00
1 Reaksi keseluruhan terhadap sistem (menyeronokkan) 6.91 7.00
Keseluruhan Dimensi (Staf) 8.25 8.25
Keseluruhan Dimensi (Guru) 7.00 7.00
Keseluruhan Dimensi (Pentadbir) 7.00 7.00
Keseluruhan Dimensi 7.06 7.00

Jadual 4 Analisis Skrin Sistem


Bil Item Min Median
2 Butang yang disediakan dalam mengendalikan operasi sistem (sangat 7.32 7.50
membantu)
3 Susunatur maklumat dalam sistem (sangat jelas) 7.23 7.50
1 Kebolehbacaan huruf pada skrin sistem (mudah) 7.23 7.00
4 Susunatur setiap skrin (sangat jelas) 7.14 7.00
Keseluruhan Dimensi (Staf) 8.00 8.00
Keseluruhan Dimensi (Guru) 7.21 7.25
Keseluruhan Dimensi (Pentadbir) 6.63 6.63
Keseluruhan Dimensi 7.23 7.25

Jadual 5 Analisis Keupayaan Sistem


Bil Item Min Median
11 Sistem direka bentuk untuk semua jenis jawatan (sentiasa) 7.82 8.00
1 Kelajuan sistem (cepat) 7.73 8.00
14 Bantuan mengendalikan sistem (jarang diperlukan) 7.64 7.50

ISSN 2289-9375
Jurnal Pendidikan Nusantara, Edisi Khas Jun 2016 42

10 Keupayaan mengubah maklumat yang telah dimasukkan (mudah) 7.59 8.00


3 Masa yang diambil bagi setiap paparan skrin (cepat) 7.50 8.00
4 Kebolehpercayaan pada sistem (boleh dipercayai) 7.50 8.00
13 Arahan bagi setiap operasi (jelas) 7.50 7.50
12 Pemahaman menggunakan sistem (jelas) 7.45 8.00
9 Keupayaan ‘undo’ operasi (mudah) 7.45 8.00
2 Masa tindak balas sistem beroperasi (cepat) 7.41 8.00
8 Membuat pembetulan (mudah) 7.36 8.00
7 Sistem tidak membenarkan berlaku pertindihan data (sentiasa) 7.24 8.00
6 Sistem memberi amaran apabila pengguna melakukan kesilapan 7.14 8.00
memasukkan input (sentiasa)
5 Ralat operasi sistem berlaku (jarang) 6.82 7.00
Keseluruhan Dimensi (Staf) 8.36 8.36
Keseluruhan Dimensi (Guru) 7.54 7.54
Keseluruhan Dimensi (Pentadbir) 6.11 6.11
Keseluruhan Dimensi 7.45 7.50

Jadual 6 Analisis Prestasi Sistem


Bil Item Min Median
1 Sistem ini memudahkan pengurusan merekod dokumen 8.05 8.00
3 Sistem ini memudahkan pengurusan mencari dokumen 7.86 8.00
4 Sistem ini menghasilkan maklumat yang betul dan tepat pada setiap proses 7.77 8.00
carian
2 Saya dapat merekod maklumat dokumen tanpa masalah 7.75 8.00
11 Saya boleh memuat turun senarai dokumen yang diicari tanpa masalah 7.68 8.00
9 Saya dapat memuat turun lampiran dokumen yang dicari tanpa masalah 7.64 8.00
6 Saya dapat memaparkan maklumat dokumen yang dicari tanpa masalah 7.59 8.00
5 Saya dapat mengemaskini maklumat dokumen yang dicari tanpa masalah 7.50 8.00
10 Saya dapat memadam maklumat dokumen tanpa masalah 7.00 7.00
8 Saya dapat memuat naik lampiran dokumen yang dicari tanpa masalah 6.75 6.50
7 Saya dapat mengesahkan maklumat dokumen yang dicari tanpa masalah 6.00 6.00
Keseluruhan Dimensi (Staf) 8.45 8.45
Keseluruhan Dimensi (Guru) 7.85 8.00
Keseluruhan Dimensi (Pentadbir) 6.18 6.18

Bagi dimensi ‘Prestasi Sistem’, beberapa item tidak dijawab oleh responden
kerana tidak mempunyai kaitan dengan item yang disoal. Sebagai contoh, item yang
tidak dijawab oleh responden guru adalah item 2, 5, 7, 8, 10 kerana guru tidak
menjalankan tugas merekod, mengemaskini, memadam, mengesahkan dan
memuatnaik lampiran manakala bagi staf, item yang tidak dijawab adalah item 7
sahaja. Berbeza dengan pentadbir, keseluruhan item perlu dijawab kerana bersangkut
paut dengan fungsi yang terdapat dalam modul pentadbir SPeRD. Justeru, min
keseluruhan dimensi hanya dikira berdasarkan jawatan secara berasingan keranakiraan
min keseluruhan dimensi boleh dipengaruhi oleh item yang tidak dijawab. Nilai min
bagi setiap dimensi digambarkan dalam bentuk graf (Rajah 10).

ISSN 2289-9375
Jurnal Pendidikan Nusantara, Edisi Khas Jun 2016 43

Rajah 10 Graf Perbandingan Nilai Min Berdasarkan Dimensi Soal Selidik

Jadual 11 dan 12 pula menunjukkan hasil dapatan soalan terbuka dalam unit
peratus. Peratus tertinggi merujuk kepada jumlah respons yang paling banyak diberi
oleh responden daripada jumlah keseluruhan respons (N).

Jadual 7 Aspek Negatif Yang Terdapat Dalam Sistem


Aspek negatif yang terdapat dalam sistem
Item Peratus
1 Tulisan kecil 47.4%
2 Warna paparan kurang menarik 42.1%
3 Bermasalah jika talian internet tiada atau lambat 26.3%
4 Tiada pemberitahuan untuk penerima surat secara automatik 10.5%
5 Tiada logo 10.5%
6 Sistem tidak dapat berfungsi dengan baik jika rekod tidak dikemaskini 5.3%
7 Sistem tergendala tanpa bekalan elektrik 5.3%
8 Sistem tidak boleh digunakan jika komputer bermasalah 5.3%
9 Mungkin ada perisian tidak dapat menyokong sistem 5.3%
10 Tiada komunikasi dalam sistem 5.3%
11 Tidak menyokong banyak browser 5.3%
N = 32

Jadual 8 Aspek Positif Yang Terdapat Dalam Sistem


Aspek positif yang terdapat dalam sistem
Item Peratus
1 Sistematik dan memudahkan pengurusan dokumen 63.6%
2 Mudah mencari fail 40.9%
3 Cepat 18.2%
4 Mesra pengguna dan mudah digunakan 13.6%
5 Senang diakses 13.6%
6 Kurang penggunaan kertas 13.6%
7 Tepat 9.1%
8 Mudah membuat minit surat 9.1%
9 Tidak perlu berurusan dengan banyak pihak 9.1%
10 Dapat memuatturun dokumen dengan mudah 4.5%
11 Susun atur paparan skrin menarik 4.5%
12 Pengesahan mudah dibuat 4.5%
N = 45

5.3 Analisis TemuBual


Pengumpulan data melalui temu bual dianalisis dengan mengekodkan
penyataan-penyataan peserta kajian kepada beberapa sub-tema dan tema berdasarkan
transkrip penyataan peserta kajian. Hasil dapatan dirumuskan kepada dua tema utama
iaitu penilaian pengguna tentang SPeRD secara langsung iaitu ‘Penilaian Intrinsik

ISSN 2289-9375
Jurnal Pendidikan Nusantara, Edisi Khas Jun 2016 44

(PI)’ dan penilaian pengguna tentang aspek luaran yang mempengaruhi penggunaan
SPeRD iaitu ‘Penilaian ekstrinsik (PE)’.

Jadual 9Tema dan Sub-tema Dapatan Temu Bual Penilaian Pengguna


Kod Sub-tema Tema
PI1 Sesuai dengan abad 21
PI2 Inovasi dan berteknologi
PI3 Bagus digunakan
PI4 Mudah
PI5 Membantu
PI6 Masa pengurusan dikurangkan
PI7 Sistematik dan Praktikal Penilaian Intrinsik (PI)
PI8 Sistem konsisten
PI9 Menepati prosedur
PI10 Tidak terbeban
PI11 Sesuai
PI12 Perlu penambahbaikan
PI13 Ringkas
PE1 Perlu ada tanggungjawab
PE2 Keperluan kursus penggunaan
PE3 Perlu kerjasama
PE4 Bermasalah tanpa talian internet Penilaian Ekstrinsik (PE)
PE5 Perlu pendedahan ICT
PE6 Bersedia
PE7 Tingkatkan motivasi bekerja

6.0 Perbincangan
Data yang dikumpul secara kuantitatif dan kualitatif dalam kajian ini telah
memberikan makna yang menyeluruh terhadap penggunaan SPeRD kerana dapatan kualitatif
dapat menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada dapatan kuantitatif (Garbarino &
Holland, 2009).

6.1 Perbincangan Dapatan Soal Selidik (Kuantitatif)


Berdasarkan Jadual 7 hingga 10 membuktikan penilaian pengguna terhadap
keseluruhan SPeRD adalah pada tahap positif dengan nilai min sekurang-kurangnya
6.00 bagi setiap item. Bagi dimensi ‘Reaksi Keseluruhan Terhadap Sistem’ mendapati
pengguna berpuas hati dan menunjukkan penerimaan terhadap SPeRD. SPeRD yang
diakui mudah ini mampu menarik pengguna, malah faktor ‘mudah’ juga menjadi isu
primer dalam konteks sebuah web (Aladwani, 2002). Justeru, tidak hairanlah
penyataan ‘mudah’ ini dinyatakan berulang kali dalam dimensi ‘soalan terbuka’ dan
juga dalam dapatan temu bual.Melalui dimensi ‘Skrin Sistem’ pula, analisis data
menunjukkan nilai min yang sangat tinggi. Butang navigasi yang disediakan dalam
SPeRD diakui sangat membantu pengguna dalam mengendalikan sistem, justeru risiko
‘sesat’ mungkin dapat dikurangkan semasa menggunakan sistem.Selain itu, semua
pengguna sangat berpuas hati dengan susun atur maklumat dan susun atur setiap skrin
di dalam sistem.Rata-rata pengguna terus memberikan nilaian skala yang tinggi dalam
dimensi ‘Keupayaan Sistem’ kerana min keseluruhan menunjukkan nilai yang tinggi.
SPeRD diakui mengambil tempoh paparan skrin yang pendek serta mempunyai sistem
yang laju. Item 5 daripada dimensi ‘Keupayaan Sistem’ ini mencatatkan nilai min
yang terendah walaupun pada tahap respons positif.Ini menunjukkan ralat operasi
sistem ada berlaku. Hal ini disebabkan aduan pengguna mengenai fungsi ‘Muat Turun’
yang disediakan oleh sistem tidak dapat digunakan pada Chromebook yang

ISSN 2289-9375
Jurnal Pendidikan Nusantara, Edisi Khas Jun 2016 45

digunapakai semasa proses penilaian dijalankan.Dimensi ‘Prestasi Sistem’ turut


menunjukkan respons yang positif daripada pengguna.
Secara keseluruhannya fungsi yang terdapat di dalam SPeRD tidak
memberikan masalah yang ketara berikutan dapatan nilai min setiap item berada pada
tahap yang tinggi kecuali item 8 “Saya dapat memuat naik lampiran dokumen yang
dicari tanpa masalah” dan item 7 “Saya dapat mengesahkan maklumat dokumen yang
dicari tanpa masalah” yang dinilai oleh pentadbir.Soalan terbuka yang disediakan
dalam soal selidik membuka ruang kepada pengguna mengemukakan pendapat dengan
bebas.Berdasarkan dapatan ‘Aspek negatif yang terdapat dalam sistem’, dua item yang
mendapat respons tertinggi adalah melibatkan paparan skrin sistem iaitu masalah
“Tulisan kecil” dan “Warna paparan kurang menarik”. Keutamaan paparan skrin atau
antaramuka ini bertepatan dengan kajian Sutcliffe (2013) yang mementingkan ‘rupa’
paparan bagi menarik pengguna terhadap sistem.Bagi ‘Aspek positif yang terdapat
dalam sistem’ pula, majoriti pengguna berpendapat bahawa SPeRD adalah sistematik
dan memudahkan pengurusan dokumen.Seterusnya, satu fungsi utama SPeRD telah
menjadi tarikan kepada ramai pengguna iaitu fungsi ‘Carian’ berdasarkan item
“Mudah mencari fail” yang dikemukakan dalam soalan terbuka. Berdasarkan dapatan
kedua-dua aspek, dapat disimpulkan bahawa lebih banyak aspek positif yang diakui
pengguna berbanding aspek negatif.

6.2 Perbincangan Dapatan Temu Bual (Kualitatif)


Penilaian menggunakan data kualitatif ini adalah sebagai jawapan kepada
perbandingan SPeRD dengan sistem sedia ada di sekolah. Dapatan data membuka satu
perbincangan tentang kelebihan dan kelemahan SPeRD yang diperolehi daripada tema
yang diperolehi iaitu ‘Penilaian Intrinsik’ (PI).Berpandukan Jadual 13di bawah tema
PI mendapati respons pengguna adalah sangat positif dan memberikan perbandingan
SPeRD sebagai sebuah sistem yang lebih sistematik, mudah, sesuai dengan abad ke-
21, tidak terbeban, membantu tugasan dan sebagainya. SPeRD dilihat sesuai
digunakan kerana pembahagian tugas yang tepat, prosedur piawai yang bertepatan
dengan sistem sedia ada serta merupakan sistem yang ringkas. Menurut Saltzer dan
Kaashoek (2009), sistem dikatakan ringkas jika proses atau prosedur adalah berulang
dan sama serta mudah difahami sesuai dengan kenyataan yang dikemukakan:
“Bagi pendapat saya dari segi pentadbir dan guru, kemungkinan mereka sesuai lah
sebab mereka telah banyak pendedahan dengan sistem online”
“Sistem sedia ada secara manual ni memang begitulah tugasnya. Jadi memang
sesuailah”
“Nampak lebih ringkas, terutamanya apabila semua guru hanya perlu tengok dan
tetapan tindakan siapa-siapa telah dinyatakan dalam sistem”

Selain itu, di bawah sub-tema ‘Mudah’, sistem dilihat mudah dan senang
kerana boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Proses pengurusan dokumen yang boleh
dilakukan di mana-mana sahaja turut dinyatakan oleh pengguna dalam temu bual :
“lebih sistematik. Di mana-mana pun kita boleh nampak, boleh buat, tak adalah nak
tengok buku tu mesti di atas meja kita.”
“Kami perlu merekod pada buku dan mengedar surat kepada guru tapi melalui ini,
kita cuma masuk ke dalam web dan cikgu boleh tengok bila-bila masa”

Namun, terdapat satu kelemahan dan cadangan yang dikemukakan oleh guru
iaitu perlu mewujudkan sistem notification (pemberitahuan) secara dalam talian agar
guru sentiasa bersiap sedia dan bertindak dengan segera terhadap dokumen.Di bawah

ISSN 2289-9375
Jurnal Pendidikan Nusantara, Edisi Khas Jun 2016 46

tema PE (Jadual 13), hasil dapatan lebih menjurus kepada keperluan eksternal dalam
meningkatkan kompetensi pengurusan dokumen melalui SPeRD. Pentadbir dan guru
yang ditemu bual berpendapat bahawa tanpa tanggungjawab dan integriti (PE1)
daripada setiap pihak yang terlibat maka pengurusan rekod dokumen akan tergendala
meskipun dibantu oleh satu sistem berteknologi.Seterusnya, keperluan lain
dikenalpasti apabila guru yang ditemu bual menyatakan bahawa sistem tidak dapat
beroperasi tanpa talian internet yang baik (PE4). Dapatan ini setara dengan dapatan
daripada soalan terbuka soal selidik (Jadual 11) yang menyatakan masalah talian
internet adalah di antara faktor yang akan menjejaskan kompetensi SPeRD.

6.3 Isu Percanggahan Dalam Hasil Dapatan


Jika diteliti min keseluruhan bagi setiap dimensi soal selidik, terdapat
perbezaan min keseluruhan yang seragam di antara staf dengan guru dan pentadbir.
Staf sentiasa menunjukkan min keseluruhan yang paling tinggi diikuti oleh guru dan
min keseluruhan pentadbir adalah rendah bagi setiap dimensi soalan.
Walaubagaimanapun, perbezaan min ini diperjelaskan secara tidak langsung dalam
temu bual yang dijalankan.Dapatan temu bual mendedahkan bahawa pentadbir dilihat
kurang yakin terhadap SPeRDdan mengiktiraf SPeRD sebagai sebuah sistem yang
sangat bagus hanya jika dapat mengatasi masalah-masalah kehilangan dokumen,
kelewatan tindakan dan masalah pengurusan masa berdasarkan dapatan temu bual
berikut:

“Kita juga harap apabila menggunakan sistem ni tiada lagi berlaku surat hilang,
surat lambat, masalah tak tahu, masalah lambat tulis, tak sempat nak rekod. Jika
dapat mengatasi masalah tu, saya rasa sistem ni bagus”
Berdasarkan min keseluruhan dimensi ‘Prestasi Sistem’ soal selidik, pentadbir
memberikan respons positif tetapi dengan nilai min lebih rendah berbanding guru dan
staf. Dapatan tersebut telah diperincikan dalam temu bual apabila pentadbir
menunjukkan sedikit keraguan terhadap tugasan yang ditetapkan dalam SPeRD kerana
pelaksanaan tugasan tersebut memerlukan tanggungjawab dan integriti terutamanya
daripada staf. Keraguan tersebut tergambar daripada penyataan berikut :
“…sama ada guna teknologi ke guna cara lama ke integriti kena ada sebab kalau
kita klik-klik pun tapi tidak dimasukkan maklumat, tetap tak ada rekod. Kalau tulis
salah pun tak guna juga. Jadi, mana-mana pun kena ada integriti sebab kita
manusia yang kena buat bukan sistem tu cuma ianya akan membantu dari segi
kepantasan. Jika tulis dan salin benda yang salah. Adakalanya juga tulis pun lambat
sampai dua tiga hari pun tak rekod.…”

7.0 Rumusan
Penggunaan AT dalam keseluruhan kajian inisecara tidak langsung mendorong
penerimaan warga sekolah terhadap SPeRD sebagai artifak teknologi dalam aktiviti
pengurusan rekod dokumen. Dengan prosedur piawai yang sama dengan kaedah sebelum ini,
SpeRD mampu mencapai objektif pengurusan dokumen sebagai pusat rujukan dan bahan
bukti yang dikehendaki. SpeRD turut diakui menjadi pemudah cara dalam menyemak
dokumen sekaligus meningkatkan kompetensi pengurusan rekod dokumen di sekolah.
Namun, penggunaan SPeRD yang direka bentuk sebagai ‘alat’ bantu dalam aktiviti manusia
tidak boleh berdiri sendiri. Secanggih manapun sesuatu sistem pengurusan yang digunakan,
faktor manusia itu sendiri iaitu integriti dan tanggungjawab merupakan satu ‘alat’ paling
penting dalam mencapai objektif aktiviti. Justeru, teknologi yang berpandukan nilai etika dan
integriti sahaja mampu menempah masa depan dunia yang stabil (Wilson, 2009).

ISSN 2289-9375
Jurnal Pendidikan Nusantara, Edisi Khas Jun 2016 47

Rujukan
Aladwani, A. M. (2002). The development of two tools for measuring the easiness and usefulness of
transactional Web sites. European Journal of Information Systems, 11(3), 223-234.
Carroll, J. M. (1997). Human-computer interaction: psychology as a science of design. Annual review
of psychology, 48(1), 61-83.
Ding, W. W., Levin, S. G., Stephan, P. E., & Winkler, A. E. (2010). The impact of information
technology on academic scientists' productivity and collaboration patterns. Management
Science, 56(9), 1439-1461.
Engeström, Y. (1987). Learning by expanding: An activity-theoretical approach to developmental
research. Kosultit Oy, Helsinki.
Engeström, Y. (2001). Expansive learning at work: Toward an activity theoretical
reconceptualization. Journal of education and work, 14(1), 133-156.
Explorable.com. (2009, Sep 16, 2009). Convenience Sampling. Retrieved Dec 21, 2014, from
Explorable.com: https://explorable.com/convenience-sampling
Ferranti, J. M., Musser, R. C., Kawamoto, K., & Hammond, W. E. (2006). The Clinical Document
Architecture and the Continuity of Care Record: A Critical Analysis. Journal of the American
Medical Informatics Association, 13(3), 245-252. doi: http://dx.doi.org/10.1197/jamia.M1963
Garbarino, S., & Holland, J. (2009). Quantitative and qualitative methods in impact evaluation and
measuring results.
Ha, D. (2005). Towards a multimedia simulation for interprofessional learning: Using activity theory
to inform design. (MR16934 M.Sc.), Simon Fraser University (Canada), Ann Arbor.
Retrieved from https://vpn.utm.my/docview/305359703?accountid=41678 ProQuest
Dissertations & Theses Global database.
Hasan, H., & Meloche, J. (2013). Innovative ICT‐mediated activities for people, profit and planet.
European Journal of Innovation Management, 16(3), 335-354. doi: doi:10.1108/EJIM-08-
2011-0063
Heckman, J. (2008). Why Document Management: A White Paper.
http://www.worldox.com/files/whitepaper/DMWhitePaper.pdf
Ismail, N. A. (2007). The Impact Of Information Technology On Performance: The Mediating Role
Of Management Accounting Systems. Jurnal Teknologi, 27-44.
Koerber, A., & McMichael, L. (2008). Qualitative Sampling Methods: A Primer for Technical
Communicators. Journal of Business and Technical Communication, 22(4), 454-473. doi:
10.1177/1050651908320362
Kuutti, K. (1996). Activity theory as a potential framework for human-computer interaction research.
Context and consciousness: Activity theory and human-computer interaction, 17-44.
Lazarou, D. (2011). Using Cultural-Historical Activity Theory to design and evaluate an educational
game in science education. Journal of Computer Assisted Learning, 27(5), 424-439. doi:
10.1111/j.1365-2729.2011.00410.x
Mohamad Said, M. N. H., Tahir, L. M., Ali, M. F., Mohd Noor, N., Atan, N. A., & Abdullah, Z.
(2014). Using Activity Theory as Analytical Framework for Evaluating Contextual Online
Collaborative Learning. International Journal of Emerging Technologies in Learning, 9(5),
54-59. doi: doi: http://dx.doi.org/10.3991/ijet.v9i5.3972
Molnár, B., & Benczúr, A. (2013). Issues of Modeling Web Information Systems Proposal for a
Document-centric Approach. Procedia Technology, 9(0), 340-350. doi:
http://dx.doi.org/10.1016/j.protcy.2013.12.038
Murphy, E., & Rodriguez-Manzanares, M. A. (2008). Using activity theory and its principle of
contradictions to guide research in educational technology. Australasian Journal of
Educational Technology, 24(4).
Mwanza, D. (2001). Where theory meets practice: A case for an Activity Theory based methodology
to guide computer system design. Paper presented at the Proceedings of INTERACT.
Mwanza, D. (2011). Activity-Oriented Design Method (AODM): Towards an Activity-Oriented
Design Method for HCI Research and Practice. Germany: LAP LAMBERT Academic
Publishing GmbH & Co. KG.

ISSN 2289-9375
Jurnal Pendidikan Nusantara, Edisi Khas Jun 2016 48

Mwanza, D., & Engeström, Y. (2003). Pedagogical adeptness in the design of e-learning
environments: experiences from the Lab@ Future Project. Paper presented at the World
Conference on E-Learning in Corporate, Government, Healthcare, and Higher Education.
Nardi, B. A. (1996). Activity theory and human-computer interaction. Context and consciousness:
Activity theory and human–computer interaction, 436, 7-16.
Ozdilek, Z., & Robeck, E. (2009). Operational priorities of instructional designers analyzed within the
steps of the Addie instructional design model. Procedia - Social and Behavioral Sciences,
1(1), 2046-2050. doi: http://dx.doi.org/10.1016/j.sbspro.2009.01.359
Rizal, P. E. A. R. S., Jusoff, K., & Christon, E. (2011). Electronic Document Management System.
Shariq, S. Z. (1998). Sense making and artifacts: an exploration into the role of tools in knowledge
management. Journal of Knowledge Management, 2(2), 10-19. doi:
doi:10.1108/13673279810249341
Siyahhan, S., Barab, S. A., & Downton, M. P. (2010). Using activity theory to understand
intergenerational play: The case of Family Quest. International Journal of Computer-
Supported Collaborative Learning, 5(4), 415-432. doi: http://dx.doi.org/10.1007/s11412-010-
9097-1
Souza, R. (2011). Interaction Design and Activity Theory: Designing for Social Code Review.
(1491764 M.S.), University of Baltimore, Ann Arbor. Retrieved from
https://vpn.utm.my/docview/866305571?accountid=41678 ProQuest Dissertations & Theses
Global database.
Stier, R. F. (2014). Food Safety Assurance Systems: Documentation and Record Keeping. In Y.
Motarjemi (Ed.), Encyclopedia of Food Safety (pp. 268-275). Waltham: Academic Press.
. Surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 1997. (1997).
Vygotsky, L. S. (1978). Mind in society: The development of higher psychological processes: Harvard
university press.
Welty, G. (2007). The ‘Design’Phase of the ADDIE Model. Journal of GXP Compliance, 11(4), 40-
52.
Yan Piaw, C. (2011). Kaedah Penyelidikan Buku 1: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Authors:
Nur Sakinah Mohd Isa
nursakinah_83@yahoo.com
Jabatan Pendidikan Sains, Matematik dan Multimedia Kreatif,
UTM Skudai, Malaysia

Dr. Mohd Nihra Haruzuan Mohamad Said


nihra@utm.my
Jabatan Pendidikan Sains, Matematik dan Multimedia Kreatif,
UTM Skudai, Malaysia

ISSN 2289-9375

Anda mungkin juga menyukai