Anda di halaman 1dari 8

KURIKULUM STANDARD KOLEJ VOKASIONAL

SEJARAH (A05100)

KERTAS TUGASAN
(KUMPULAN)

PROGRAM / JABATAN Jabatan Pendidikan Umum


SEMESTER Semester Satu (1)
Modul 1 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEBELUM PERANG
NO DAN TAJUK MODUL
DUNIA KEDUA
1.2 Nasionalisme di Negara Kita
1.2.1 Menyatakan maksud nasionalisme
1.2.2 Memerihalkan latar belakang kemunculan
OBJEKTIF MODUL kesedaran nasionalisme di negara kita.
1.2.3 Menerangkan faktor kemunculan gerakan
nasionalisme di negara kita

Membuat persembahan deklamasi sajak dengan tema;


Nasionalisme di Negara Kita
- Setiap kumpulan perlu memilih sajak berkaitan
tentang Nasionalisme di Negara Kita.
ARAHAN TUGASAN
- Mendeklamasikan sajak tersebut mengikut kreativiti
masing-masing
- Mempamerkan semangat mempertahankan tanah
air
1. Mendeklamasikan sajak
1.1 Masa persembahan 5-10 minit (termasuk
persediaan)
1.2 Setiap kumpulan boleh membawa alatan tambahan
atau menggunakan ‘minus one’ sebagai muzik latar
belakang
FORMAT TUGASAN 1.3 Persembahan boleh diselitkan dengan lakonan atau
gimik lain yang bersesuaian mengikut kreativiti
masing-masing.
1.4 Pakaian bersesuaian dengan tema persembahan
2. Skrip sajak yang telah ditulis dengan kreatif perlu diserah
kepada pensyarah sebelum persembahan

TARIKH SERAHAN TUGAS Tugasan diserahkan setelah selesai aktiviti

MENEBUS NILAM MARUAH


Pada Sebuah Rumah Pusaka Yang Indah
Kitalah Tiang Penunjang Kukuh Kesatuan Ummah
Pendekar Gagah Sedia Menyusun Pantas Langkah
Srikandi Berani Rela Merentangkan Pantas Langkah
Sama Seirama Mengalun Pantun Perancangan Tercantik
Saling Berganding Mengukir Arca Perlaksanaan Terbaik.
Janganlah Kita Hembuskan Nafas Keluhan
Atau Mengumpulkan Debu Kotor Putus Asa
Kerana Sekali Mengaku Sebagai Warga Sejati
Seluruh Putih Hati Harus Menjadi Saksi
Bumi Pusaka Adalah Puncak Gunung Tersayang
Tanah Bertuah Adalah Dasar Tasik Terkasih
Kesejahteraan Rakyat Merayap Di Lantai Harapan
Kemakmuran Nusa Memanjat Di Menara Impian.
Marilah Kita Menanam Benih Suci Azam
Menuangkan Segala Sirap Pengalaman Dan Madu Ilmu
Untuk Menyiapkan Hidangan Istimewa Pembangunan
Mengumpulkan Segala Logam Kegigihan
Dan Galian Kesungguhan
Untuk Membangunkan Sebuah Kota Besar Kemajuan
Agar Sepasang Kaki Bumi Pertiwi Ini
Gagah Dan Pantas Berlari Mengejar Kelajuan Globalisasi
Tanpa Mencabutkan Jejak Akar Sopan Budaya
Tanpa Melucutkan Pakaian Mulia Ajaran Agama.
Dan Kini Setelah Hampir Lima Dekad
Kita Pasti Mampu Tersenyum Dengan Lebat
Melihat Anak-Anak Bangsa Generasi Hebat
Mampu Sudah Kembali Menebus Nilam Maruah
Yang Berkurun Tergadai Di Dalam Hitam Sejarah.
Nukilan :
Zainal Abidin Hj. Suhaili
Antologi Sajak Sayembara Deklamasi
MENGENANGMU PEJUANG Nukilan : Sahrunizam Abdul Talib

Telah Kalian Terjemahkan Perjuangan Suci Itu


Menjadi Selaut Keringat Dan Setasik Darah
Tercatat Megah Jasanya Di Buku Sejarah
Walau Jasad Tersungkur Rebah Di Kaki Penjajah
Kalian Tetap Pejuang Kebanggaan Anak-Anak Merdeka
Kalian Tetap Pejuang Kebebasan
Berhati Suci Kebangsaan
Seluruh Warga Pertiwi.
Bergetar Bibir Menyebut Namamu
Pejuang Baik Ternama Atau Pejuang Tanpa Nama
Kalian Datang Dan Pergi, Kembali Dan Hilang
Kalian Gadaikan Kepentingan Demi Iltizam Perjuangan
Kalian Humbangkan Igau Ketakutan Demi Azam Keyakinan
Perjuangan Harus Tabah Meredah Api
Perjuangan Harus Berani Menatang Matahari
Sentiasa Bijaksana Mencatur Segala Tindak
Sentiasa Berhikmah Sepanjang Hayat Mengatur Setiap Gerak.
Pejuang Yang Tidak Mencari Nama
Adalah Pejuang Gagah Yang Menghukum Durjana Penjajah
Mengusir Petualang Laknat Durjana Ke Jalan Pulang,
Pulang Mengusung Keranda Walang.
Meski Engkau Berkubur Tanpa Taburan Bunga Di Atas Pusara
Gugurmu Tanpa Kilauan Pingat Tersemat Di Dada
Tapi Tetap Kalian Dikenang Sejarah Bunga Bangsa
Sebagai Pejuang Terbilang Berhati Sekeras Waja
Kau Tidak Mudah Tergoda Umpan Yang Kilauan
Di Mata Tabah Mengawal Bicara
Tidak Mementingkan Di Perut Sahaja.
Kepadamu Pejuang Ternama Atau Tanpa Nama
Damailah Kalian Dalam Dakapan Rahmat Tuhan
Percayalah, Perjuangan Suci,
Adalah Buahnya Ranum Di Syurga Abadi
Seluruh Ingatan Kekal Menyusur Perjalanan Zaman
MENJUNJUNG JANJI MENYANJUNG BUDI

Inilah Warisan Moyang Yang Gah Payah Menerjah Sebelum Pasrah


Dalam Gelombang Tsunami Yang Menggegar Jatidiri
Tekad Dan Hasrat Tidak Mengenal Gugat
Kerana Tunjang Akarnya Kental, Sejati, Teguh Bersemangat
Dan Kejap Memasak Bumi Keramat.
Inilah Pusaka Peribumi Yang Kemilau Dijagat Raya
Dalam Sinar Kerdip Bintang Cakerawala Watan
Penuh Azam Dan Keyakinan Yang Tepu Dan Padu
Pohon Peribadinya Menulang Sekukuh Paksi
Mantap Menjunjung Janji, Telus Menyanjung Budi.
Sedari Dahulu Jejak Diselusur Mewangi Ladang Perkasihan Sejati
Salasilah Diukir Mengarca Diri Di Samudera Kejelikan Suci
Demi Tugas Dan Tanggungajwab Setia Menyebati Atma
Dari Perlis Ke Sabah Sumpah Setia Bergema!
Kini Kekal Kegemilangan Bertakhta Di Tiara Unggul
Pucuk Hayatnya Mencecah Jagat Sukma Jaya
Penuh Kesetiaan Murni Sesuci Doa Pertiwi
Berdaulat Dan Berhikmah, Bermartabat Dan Beramanah.
Inilah Generasi Yang Menyerlahkan Bakti Luhur
Inilah Jua Pelapis Yang Menyerahkan Diri Sekujur
Berhujah Petah Dan Bergeliga, Bermadah Beradab Berbahasa
Demi Maruah Dan Darjat Bangsa Cendekia.
Inilah Barisan Peninggalan Pemugar Tamadun Bersusila
Memacu Ilmu Pusaka Takma Perpaduan Nusa
Melakar Amat Telus Mengabadi Dari Lubuk Nurani
Berpekerti Murni Demi Membenteng Kerakusan Nafsi.
Inilah Wira Dan Srikandi Yang Terang Hatinya Berfikiran Cerdas
Yang Kaya Ilmunya Berpengetahuan Luas
Yang Panjang Akalnya Berbicara Molek
Negeri Tercinta Dimakmurkan, Masyarakat Tersayang Dididik.
Keranamu Malaysia, Semerah Darah Nadi Ikrar Ini
Kami Hidup Sekali Biar Berjasa, Biar Berbudi!
Nukilan:
Mahaya Mohd Yassin
Antologi Sajak Sayembara Deklamasi
JAMUNG MERDEKA
Mari Kita Imbau
Selembar Demi Selembar
Episod Air Mata Tanah Air.
Telah Lima Musim Kita Meneguk Usia
Dari Pelabuhan Kelam Ke Tanjung Sinar
Dari Jerbu Udara Ke Langit Jernih
Dari Rimba Bukit Ke Lebuh Raya
Juragan Datang Dan Pergi;
Di Mana Sebenarnya Kita Berdiri, Di Bumi Sendiri?
Telah Lahir Putera Bangsawan
Mengibar Jalur Kemerdekaan
Telah Lahir Wira Berdarah Rakyat
Menabur Baja Di Ladang Pembangunan
Telah Lahir Semangat Pejuang
Memimpin Rakyat Ke arah Perpaduan
Telah Lahir Arkitek Bangsa
Memercikkan Kegemilangan Malaysia Ke Mata Dunia.
Hari Ini Menjelma Sudah Jiwa Insan Hadhari
Dan Dari Kelopak Matanya
Mengalir Kali Damai Yang Abadi
Tetesannnya Yang Bening
Meresapi Hasanah Dunia Dan Akhirat
Rintik-Rintik Embun Tergenang Di Halaman
Angin Sepoi-Sepoi Bahasa Membisik Ke Pelosok Desa
Berapa Harga Kita Sebenarnya, Di Bumi Sendiri?
Mari Kita Nyalakan Lilin Dari Jamung Sajak
Menyemarakkan Tembang Bahtera Merdeka
Biar Lirik Dan Irama Kita Senada
Alunkan Pada Tanah Pusaka Ini
Agar Tidak Dicemari Rengekan Biadap Hak Ketuanan
Tidak Dibolosi Tusukan Curang Anak Dagang.
Tahun Beredar Dekad Berlalu
Dan Kita Semakin Di Mamah Usia
Pergeseran, Memusnahkan Wawasan Anak Cucu Kita;
Seteguh Apa Sebenarnya Perpaduan Kita, Di Bumi Sendiri?
Mari Kita Bebatkan Luka Di Muka
Mari Kita Bebatkan Luka Di Dada
Mari Kita Bebatkan Luka Di Sukma
Biar Darah Sengketa Mengalir Sejahtera
Biar Darah Cinta Meresap Ke Tulang Bangsa
Biar Darah Silaturahim Bertunjang Ke Jantung Kita.

Nukilan:
Razali Mohd Yussof
Antologi Sajak Sayembara Deklamasi
Sajak Bulan Kemerdekan JAMUNG MERDEKA
Deklamasi Sajak

 Rubrik
Kriteria Pemarkahan
Bil Aspek Dinilai Skor
Baik Sederhana Lemah
11 – 15 markah 6 – 10 markah 0 – 5 markah 15 markah
Persembahan
Persembahan sajak Persembahan sajak Persembahan
1 tulisan kreatif sangat baik dan baik dan masih sajak kurang baik
sajak bertepatan dengan bertepatan dengan dan tidak
tema tema menepati tema
11 – 15 markah 6 – 10 markah 0 – 5 markah 15 markah
Persembahan Persembahan Persembahan
menyemarakan menyemarakan kurang
2 Persembahan semangat patriotik semangat patriotik menyemarakan
yang sangat kepada penonton semangat
mendalam kepada patriotik kepada
penonton penonton
4 markah 2 – 3 markah 0 – 1 markah 4 markah
Penghayatan sangat Penghayatan baik Kurang
3 Penghayatan baik dan berkesan tetapi kurang menghayati
berkesan persembahan dan
tidak berkesan
4 markah 2 – 3 markah 0 – 1 markah 4 markah
Persembahan Persembahan kreatif Persembahan
4 Kreativiti sangat kreatif dan dan menarik kurang kreatif
sangat menarik dan kurang
menarik
Komitmen 4 markah 2 – 3 markah 0 – 1 markah 4 markah

5 Menunjukkan Menunjukkan Kurang


a. Kesungguhan kesungguhan yang kesungguhan bersungguh
tinggi
Menunjukkan Menunjukkan Kurang
b. Kerjasama kerjasama kerjasama menunjukkan
kumpulan yang kumpulan yang kerjasama
sangat tinggi tinggi kumpulan
Sangat Mementingkan Kurang
c. Keaslian mementingkan keaslian mementingkan
keaslian keaslian

Jumlah Keseluruhan (50 markah)


BORANG PEMARKAHAN INDIVIDU PENTAKSIRAN BERTERUSAN
( SAJAK )

NAMA PELAJAR :
NO KAD PENGENALAN :
PROGRAM / SEM :
MATA PELAJARAN :
TARIKH :
NAMA KUMPULAN :

BIL ASPEK DINILAI MARKAH MARKAH


PENUH DIPEROLEH

1 Persembahan Tulisan Kreatif 15

2 Persembahan 15

3 Penghayatan 4

4 Kreativiti 4

5 Komitmen 12

Jumlah keseluruhan 50 / 50

Peratus ___ / 50 x 100 / 100

Wajaran ( ___ / 50 x ) /

TANDATANGAN PENILAI :

NAMA PENILAI :

TARIKH :

Anda mungkin juga menyukai