Anda di halaman 1dari 4

PENGENALAN APRESIASI NYANYIAN MUZIK PRASEKOLAH

Apresiasi

Nyanyian

Muzik

Prasekolah

bertujuan

untuk meningkatkan

kebolehan dan minat untuk menyanyi lagu kanak-kanak dan dapat memilih lagu-lagu yang sesuai untuk nyanyian kanak-kanak prasekolah. Mata pelajaran ini dapat meningkatkan tahap sensitiviti, kebolehan dan minat dalam apresiasi nyanyian. Disamping itu, ianya juga dapat memberi pengalaman estetik dan membina potensi kreatif dan inovatif. Pelajar juga akan didedahkan dengan cara dan kaedah dalam membentuk satu kumpulan koir kanak-kanak dan boleh menyanyikan lagu-lagu patriotik serta lagu-lagu tradisional. Bagi memantapkan lagi pemahaman dan penghayatan pelajar terhadap mata pelajaran Apresiasi Nyanyian Muzik Pra Sekolah, Kerja Kursus ini dibahagikan pada beberapa sub tugasan yang menjurus pada elemen-elemen seperti dapat memberi penekanan dalam nyanyian terhadap melodi (pic), ekspresi (dinamik), irama (tempo), harmoni, tekstur (jalinan), dan warnaton (mutu suara). Persembahan juga hendaklah memperlihatkan elemen-elemen nyanyian yang telah dipelajari umpamanya teknik nyanyian, pernafasan, perangkaian, artikulasi, resonan dan postur. Persembahan perlu memperlihatkan penguasaan kemahiran nyanyian

mengikut kreativiti yang tersendiri. Persembahan juga hendaklah menunujukkan urutan, variasi, gaya persembahan serta penjanaan idea yang berkesan. Ia juga haruslah menunjukkan kreativiti dan idea yang menampakkan ciri-ciri nilai estetik dan artistik yang sangat tinggi.

LAGU DAN LIRIK


Setiap kumpulan perlu menyediakan satu laporan perancangan mengenai persembahan nyanyian yang mengandungi nyanyian sebuah Lagu Rakyat sebagai lagu wajib dan sebuah lagu pilihan sama ada Lagu Patriotik atau Lagu Tradisional. Bagi lagu wajib, kami memilih lagu rakyat yang bertajuk Lenggang Kangkung. Akan tetapi kami mencipta lirik yang baru bagi lagu Lenggang Kangkung dan masih menggunakan melodi yang sama. Berikut adalah pengubahsuaian lirik yang telah kami ciptakan bagi lagu Lenggang Kangkung.

LENGGANG KANGKUNG
Lenggang lenggang kangkung (2x) Kangkung tepi telaga Marilah adik abang Kita belajar membaca (2x)

Lenggang lenggang kangkung (2x) Kangkung di tepi paya Ilmu perlu dijunjung Agar hidup aman bahagia (2x)

Lenggang lenggang kangkung (2x) Kangkung tepi muara Semua orang sanjung Bila ilmu penuh di dada. (2x)

PENERANGAN MAKSUD LIRIK LAGU LENGGANG KANGKUNG

Dalam lirik lagu Lenggang Kangkung di atas, kami menceritakan tentang kepentingan menuntut ilmu dan kepentingan ilmu kepada kita. Pada rangkap pertama, kami mengajak para pendengar lagu ini supaya menimba ilmu dengan belajar membaca. Dengan membaca kita dapat meluaskan pemikiran kita tentang alam semesta ini. Membaca merupakan perkara yang sangat asas dan penting dalam hidup kita. Kita perlu tahu membaca untuk mendapatkan ilmu. Pada rangkap kedua, kami menceritakan tentang ilmu adalah segala-galanya untuk kita sebagai seorang manusia. Jika kita ada ilmu tetapi tidak

mempraktikkannya tidak mustahil hidup kita tidak akan maju. Ilmu perlu diamalkan kerana dengan ilmu hidup kita akan bahagia dan aman dalam kehidupan kita seharian. Pada rangkap terakhir pula, kami menceritakan tentang kelebihan ilmu di dada. Dengan ilmu yang kita ada, kita dapat membantu orang lain dan seterusnya akan disanjung dan dihormati oleh orang lain. Ilmu melambangkan keperibadian seseorang itu yang kukuh.

Bagi lagu yang kedua pula, kami memilih lagu patriotik yang bertajuk Sejahtera Malaysia. Lagu ini merupakan lagu patriotik yang tersohor sekitar ere awal 90-an. Lagu ini sering kali diputarkan di televisyen dan corong-corong radio pada waktu itu. Lagu ini mempunyai lirik yang mudah difahami selain melodi yang menarik dan sesuai untuk dinyanyikan oleh kumpulan kami. Berikut adalah lirik lagu Sejahtera Malaysia.

Sejahtera Malaysia
Puji dan syukur pada Ilahi Anugerahnya tiada terhingga Kedamaian kemakmuran Malaysiaku bahagia Dengan tekad untuk berjaya Berbakti pada nusa dan bangsa Kami junjung cita-cita luhur Perpaduan seluruh negeri

( korus ) Seia sekata sehati sejiwa Menghadapi cabaran Kami sedia kami setia Berkorban untuk negara Bersemarak Malaysia tercinta Kibarkan panji kebesarannya Kami rela menjaga namamu Sejahtera Malaysia

Anda mungkin juga menyukai