Anda di halaman 1dari 19

1.

0 RENCANA PEMBINAAN KORPUS

Secara umumnya, data korpus ialah koleksi data linguistik, sama ada dalam bentuk teks bertulis

atau transkripsi ucapan yang dirakam, yang boleh digunakan sebagai titik permulaan pemerian

linguistik atau sebagai satu kaedah untuk mengesahkan hipotesis tentang sesuatu maklumat

dalam bahasa. Dalam bidang korpus lingustik, keupayaan pemprosesan data dapat meningkatkan

sekiranya melalui penggunaan computer. Hal ini kerana data dalam bentuk eletronik ini boleh

dimanipulasikan dengan menggunakan perisian-perisian tertentu yang dikenali sebagai peranti

analisis korpus. Misalnya perisian AntConc yang dihasilkan oleh Laurence Anthony, merupakan

suatu perisian yang boleh menjana baris konkordans KWIC dan plot pengedaran konkordans

serta dapat melihat kekerapan penggunaan kata dan makna yang terdapat dalam ucapan, teks atau

artikel dengan pantas dan sistematik.

Sehubungan itu, cara-cara penggunaan Antconc adalah memuat turun dan memasangkan

perisian tersebut melalui link yang dipaparkan,

http://www.laurenceanthony.net/software/antconc/. Selepas membuka perisian AntCont, pergi

pada petak ‘Word List’, tekan pada petak ‘File’ dan pilih ‘Open File’ seperti mana yang

ditunjukkan:
Kemudian masukkan teks kajian yang berbentuk ‘Notepad’ atau berformat (*.txt) dan tekankan

‘Start’.

Selepas itu, paparan perkataan dalam teks akan ditunjukkan melalui ‘Word Tokens’- jumlah

perkataan dalam teks dan ‘Word Types’- jumlah bilangan kata yang berbeza dalam teks

manakala data penggunaan kekerapan perkataan dalam teks-teks tersebut akan ditunjukkan

dalam bahagian ‘Concordance Hits’.


Hasil dapatan daripada AntCont juga boleh disimpan melalui ‘Save Output to Text File’.

Masalah yang dihadapi oleh pengkaji dalam proses menghasilkan data digital ialah

langkah yang terlalu rumit dalam menukar data yang dalam asalnya dalam (*.pdf) kepada (*.txt).

kerana sesetengah (*.pdf) yang terlalu besar akan memakan masa yang panjang dalam proses

pertukaran tersebut. Namun demikian, tidak dapat dinafikan bahawa melalui penggunaan

perisian AntConc, pengkaji berupaya menghasilkan data digital seterusnya membina korpus
digital untuk kajian lingustik. Hal ini secara tidak langsung juga membuka ruang kepada

maklumat lingustik yang lebih besar dan benar, memudahkan kajian lingsuitik seterusnya

menyumbang kepada kajian linguitik yang lebih luas.

3.0 LAPORAN ANALISIS KORPUS

Korpus bahasa Melayu ini dihasilkan dengan memfokuskan kepada tema sukan. Sebelum

ini, pengkaji telah menghasilkan korpus dengan ‘word tokens’ atau jumlah kekerapan pengunaan

perkataan iaitu 120116 dan ‘word types’ atau jumlah jenis perkataan iaitu 10957 dengan 58 fail.

Bagi menjamin kualitinya, korpus harus ‘dicuci’ teksnya supaya perkara-perkara yang tidak

berkaitan dengan tema, ejaan salah dan perkataan inggeris seperti xa, pj, al dapat dibuang

daripada dianalisis dalam sistem tersebut. Cara korpus dicuci ialah buka teks asal yang berbentuk

‘Notepad’ atau berformat (*.txt). Seterusnya, tekan pada bahagian ‘edit’ dan tekan pada bahagian

‘find’ untuk mencari perkataan yang ingin dibuang.


Kemudian, tuliskan perkataan yang ingin dibuang pada bahagian ‘find’ dan tekan ‘find next’

maka perkataan tersebut akan diwarnai dengan warna biru.

Walaubagaimanapun, akan wujud juga singkatan-singkatan perkataan seperti x, lee

selepas dicuci. Singkatan-singkatan perkataan ini tidak boleh dicuci kerana akan menjejaskan

makna sesuatu ayat di dalam konteks seperti x di sini adalah berfungsi sebagai formula bagi

menghitung kelajuan seseorang pemain dalam sesuatu pergerakan manakala lee pula merujuk

kepada Datuk Lee Chong Wei.

Setelah teks dicuci, saiz korpus turut akan berubah di mana ‘word tokens’ atau jumlah

kekerapan penggunaan perkataan berkurangan menjadi 116869 dan ‘word types’ atau jumlah

jenis perkataan menjadi 10668. Di samping itu, korpus yang dihasilkan ini juga mencerminkan
tema yang dipilih oleh pengkaji iaitu tema sukan seperti mana yang ditunjukkan melalui gambar

rajah di bawah:

Buktinya, perkataan-perkataan seperti pemain naik dengan kekerapan sebanyak 876 kali,

bola sebanyak 655 kali, badminton sebanyak 590 kali, pukulan sebanyak 386 kali, mata

sebanyak 273 kali. Sekiranya melihat kepada medan makna dalam semantik, boleh dikatakan

bahawa korpus ini sememangnya telah mencerminkan laras sukan kerana perkataan tersebut

seperti pemain, badminton, pukulan, mata semuanya berada dalam satu lingkungan yang sama,

iaitu sukan. Sebagai contoh, perkataan ‘mata’ selalunya akan dikait dengan organ penglihatan

tetapi melalui kajian korpus ini, perkataan tersebut amat kerap digunakan dalam laras sukan yang

membentuk takrifan yang berbeza.


4.0 ANALISIS DUA KONKORDANS TERPILIH

Menurut Noresh Baharom (2005), konkordans didefinisikan sebagai baris petikan

penggunaan sesuatu leksis daripada sekumpulan data korpus yang akan dikaji. Dalam bahagian

ini, sebanyak dua konkordans iaitu ‘kaki’ dengan kekerapan sebanyak 308 kali dan ‘mata’

dengan kekerapan sebanyak 273 kali telah dipilih untuk dianalisis. Hal ini kerana kedua-dua

perkataan tersebut mempunyai jumlah kekerapan yang tinggi di mana turut melambangkan

kegunaannya yang tinggi dalam masyarakat oleh pengguna bahasa

4.1 ANALISIS KONKORDANS ‘KAKI’

Jadual 1: Sebahagian Daripada Konkordans ‘kaki’

Hit KWIC File


1 langkah-langkah yang berbeza. Asas pergerakan kaki ialah gerak kaki ke teknik permainan
belakang
2 Yang perlu diperhatikan dalam melakukan gerak kaki, adalah jangan pengenalan
terlalu banyak mengorbankan permainan
bulutangkis
4 pegangan raket seseorang individu. Pergerakan kaki adalah sama dengan sukan olaraga
pegangan raket iaitu
5 udara. Cara menghentikan bola dengan punggung kaki adalah sebagai teknik dasar
berikutPemain bergerak ke dalam permainan
6 boleh digunakan untuk meningkatkan kuasa eksplosif kaki adalah seperti keberkesanan
latihan pliometrik. Oleh program latihan
7 untuk melakukan pukulan balas. Kebanyakan gerak kaki adalah terarah ke teknik permainan
sisi atau bergerak
8 dalam ke arah depan dengan posisi kaki agak dibuka ke depan dan kaki teknik dasar
dalam permainan
10 pada tumit kasut yang muat pada kaki anda akan mengelak kecederaan. tips keselamatan
Kecergasan sukan
12 anda tidak akan mampu untuk menggerakan kaki anda dan ini memaksa kecederaan yang
anda untuk biasa berlaku
15 menaikkan kecepatan dengan cara melebarkan langkah kaki, atau teknik dasar
mendorong bola lebih jauh ke dalam permainan
16 seutas tali gasing lebih kurang enam kaki atau 1.8 meter. Cara artikel-korpus
mengunakannya ialah ikatkan
24 yang handal: Teknik menendang bola dengan kaki bagian dalam Berikut teknik dasar
ialah langkah dalam permainan
51 bagian dalam. Teknik menggiring bola dengan kaki bagian luar. Teknik teknik dasar
menggiring bola dengan dalam permainan
58 kaki Mengumpan dengan menggunakan punggung kaki banyak digunakan teknik dasar
untuk memberikan bola jarak dalam permainan
66 garisan tengah dan kira-kira lima kaki berada di belakang garisan depan. sukan olaraga.
Pada
70 memantul-mantul sejauh mungkin dengan kedua kaki bergantian. latihan_kondisi
Lompat dari ketinggian
72 waktu yang cukup lama sepeti jalan kaki, bersepeda atau juga jogging. pengaruh metode
pembelajaran
75 kemudian duduk sambil mencium kedua lutut kaki dan berbaring lagi latihan kondisi
serta lakukan sebanyak 15 kali
77 menentukan lapangan servis awal dan terletak 6 kaki dan 6 inchi (1,98 sejarah
meter) dari net. badminton
78 bahawa hubungan antara aktiviti kuasa otot kaki dan pelakuan smesy keberkesanan
dalam badminton program latihan
91 kaki 3. Tahanlah bola dengan menggunakan punggung kaki dengan sedikit teknik dasar
sentuhan atau tarikan 4. Bola dalam permainan
96 akhir sekali hentikan bola menggunakan telapak kaki di bagian atas bola. teknik dasar
Berat badan dalam permainan
99 kedua kaki sejajar rapat, salah satu kaki di depan atau di belakang, dan teknik dasar
dalam permainan
102 bola datang pemain menyongsong dengan telapan kaki dibuka, kemudian teknik dasar
telapak kaki diterik ke dalam permainan
104 untuk berlari. Apabila ketika latihan pula, kaki digunakan untuk kecederaan yang
menampung berat badan ketika biasa berlaku
108 samping badan agak terentang. Sedangkan pergelangan kaki diputar ke teknik dasar
dalam dan dikunci. Gerakan dalam permainan
110 dengan telapan kaki dibuka, kemudian telapak kaki diterik ke belakang teknik dasar
bersamaan dengan datangnya dalam permainan
134 menendang, tekuk menghadap ke depan lutut kaki kanan atau yang teknik dasar
digunakan untuk menendang dalam permainan
192 tersebut berukuran 41.5 inci (105 cm) lebar dan 60 kaki (18.2 m) panjang artikel-korpus-
di kiri dan sukan
200 lunjur di atas lantai. Seluruh tapak kaki menyentuh kotak pengukur artikel-korpus-
dengan lutut tidak sukan-
226 garisan gelanggang. Kedua-dua belah kaki sentiasa menyentuh lantai dalam peraturan
gelanggang dan dan undang
249 tahun depan. Semalam, media melaporkan lebih 80 kaki tangan ISN Isu kakitangan tak
seluruh negara resah memikirkan jejas temasya
263 Sukan Negara (ISN) enggan menyambung kontrak 87 kaki tangannya tidak Isu kakitangan tak
akan menjejaskan persiapan jejas temasya
272 ke arah gerakan bola. Putar pergelangan kaki yang akan digunakan teknik dasar
menahan bola ke dalam permainan
276 dengan posisi seimbang. Angkatlah salah satu kaki yang akan digunakan teknik dasar
untuk menghentikan bola. dalam permainan
280 garis-garis yang warnanya bervariasi. Kaus kaki tidak wajib namun sejarah
sebaiknya memiliki daya badminton
290 minum, mempersiapkan pakaian seragam, sepatu, kaus kaki pengenalan
untukbertanding serta memilih alat transport bulutangkis
291 Pandangan mata ke arah bola kemudian ayunkan kaki yang digunakan teknik dasar
untuk menendang bola ke dalam permainan

Jadual 2: Hasil Analisis Konkordans ‘kaki’

Perkataan: kaki
Bi Makna Kelas Kata Nilai Sosial Hit
l
1 Bahagian tubuh manusia Kata nama 5,6,8,10,24,51,58,
yang bermula dari paha 70,75,78,91,96,
sampai ke bawah sekali dan 99,102,104,108,
digunakan untuk berjalan, 110,134,226,200,
berlari, berdiri dan 272,276,291
sebagainya
2 Kata majmuk Metonimi: kaki 249,263
tangan
anak buah yang
ditempatkan dalam
sesuatu situasi
tertentu untuk
membantu seorang
‘atasan’ dalam
mencapai tujuannya
3 Sebagai unit ukuran yang Kata bilangan 16,66,77,192
mempunyai kepanjangan (satuan)
sebanyak 12 inci

4 Gerakan kaki ke depan, ke Kata nama 1,2,4,7,12


belakang, ke kiri atau ke
kanan waktu bersukan
5 Jarak di antara dua belah Kata nama 4
kaki ketika jalan
6 Kaedah senaman dengan Kata nama 72
cara bergerak ke hadapan
melalui langkah demi
langkah dengan kelajuan
yang kurang daripada
berlari.
7 Sejenis garmen yang dirajut Kata nama 280,290
untuk menutupi kaki
manusia/stoking

Berdasarkan jadual di atas, dapat dikatakan bahawa ‘kaki’ merupakan suatu kata yang

bersifat polisemi, iaitu mempunyai lebih dari satu makna berdasarkan pola kalimat atau konteks

kalimat yang sedang diutarakan. Hal ini menyebabkan kelas kata bagi ‘kaki’ turut berbeza seperti

yang ditunjukkan dalam jadual, ‘kaki’ boleh dikelaskan sebagai kata nama, kata bilangan,

ataupun kata majmuk berdasarkan penggunaannya dalam konteks. Secara umumnya, ‘kaki’

merujuk kepada bahagian tubuh manusia yang bermula dari paha sampai ke bawah sekali dan

digunakan untuk berjalan, berlari atau berdiri seperti mana yang dipaparkan dalam hit

10-‘...pada tumit kasut yang muat pada kaki anda akan mengelak kecederaa...’, hit 99-‘… kedua

kaki sejajar rapat, salah satu kaki di depan atau di belakang…’.

Sehubungan itu, unsur hiponim yang merupakan salah satu tinjauan semantik dalam

pengkajian makna juga dapat dilihat melalui paparan konkordans tersebut. Buktinya, punggung

kaki dalam hit 5 dan 91, lutut kaki dalam hit 134, telapak kaki dalam hit 110, pergelangan kaki

dalam hit 272, tapak kaki dalam hit 200, semuanya boleh dikenali sebagai anggota di bawah

lingkungan kategori ‘kaki’. Dari segi nilai sosial pula, boleh dikatakan bahawa makna ‘kaki’

turut mengalami perubahan akibat dipengaruhi oleh salah satu jenis bahasa kiasan, iaitu

metonimi. Berdasarkan Lakoff & Johnson (1980), metonimi berfungsi sebagai rujukan yang

menggunakan satu entiti untuk mewakili satu entiti lain melalui pemakaian kata atau ungkapan

dengan makna yang bukan makna sebenar. Contohnya, ‘kaki tangan’ dalam hit 249-‘…tahun

depan. Semalam, media melaporkan lebih 80 kaki tangan ISN seluruh negara resah

memikirkan…’, bukan merujuk kepada kaki dan tangan yang ada pada tubuh badan manusia,
tetapi anak buah yang ditempatkan dalam sesuatu situasi tertentu, iaitu Institusi Sukan Negara

(ISN) untuk membantu seseorang ‘atasan’ dalam mencapai tujuannya.

Selain membawa definisi sebagai bahagian tubuh manusia, ‘kaki’ juga berfungsi sebagai

kata bilangan. Contohnya, ‘kaki’ dalam hit 77-‘… menentukan lapangan servis awal dan

terletak 6 kaki dan 6 inchi (1,98 meter) dari net.’ merupakan unit ukuran yang mempunyai

kepanjangan sebanyak 12 inci, begitu juga dengan hit 16, 66 dan 192. Seterusnya, makna ‘kaki’

berubah dengan merujuk kepada pergerakan kaki seperti yang ditunjukkan dalam hit 1, iaitu ‘…

langkah-langkah yang berbeza. Asas pergerakan kaki mula dengan gerak kaki ke belakang…’.

Jadi, jelasnya konsep ‘kaki’ dalam ayat tersebut adalah melambangkan gerakan kaki seseorang

sama ada ke depan, ke belakang, ke kiri atau ke kanan waktu bersukan. Bukan itu sahaja,’kaki’

turut diertikan sebagai jarak di antara dua belah kaki ketika jalan seperti mana yang dicatatkan

dalam hit 15:’…menaikkan kecepatan dengan cara melebarkan langkah kaki, atau mendorong

bola lebih jauh ke…’.

Melalui hit 72-‘…waktu yang cukup lama sepeti jalan kaki, bersepeda atau juga

jogging.’, pula, ‘kaki’ dilihat sebagai salah satu kaedah senaman dengan cara bergerak ke

hadapan melalui langkah demi langkah dengan kelajuan yang kurang daripada berlari.

Seterusnya, ‘kaki’ dalam hit 280 dan 290, merujuk kepada sejenis garmen yang dirajut untuk

menutupi kaki manusia atau dikenali sebagai stoking. Contohnya, hit 280-‘… minum,

mempersiapkan pakaian seragam, sepatu, kaus kaki untuk bertanding serta memilih alat

transport…’, di mana ‘kaki’ tersebut berfungsi untuk menggambarkan suatu benda yang

dihasilkan dalam keadaan berpasangan bagi mengurangkan gesekan antara kaki dan alas kaki.

4.2 ANALISIS KONKORDANS ‘MATA’

Jadual 1: Sebahagian Daripada Konkordans ‘mata’


Hit KWIC FILE
1 terima pilihan yang berikutnya. Sistem pengiraan mata dalam permainan badminton
wikipedia
4 of three games. Mata akan diberikan kepada mana-mana pemain badminton
wikipedia
10 kepada masyarakat Sukan bukanlah semata-mata aktiviti fizikal yang artikel-korpus
dilakukan untuk mengisi
11 dirinya memegang jawatan Presiden FAM semata-mata atas kapasiti individu mengisi
bukan berpaksikan jawa kepemimpinan
13 apabila pemain itu belum lagi mendapat mata atau telah mendapat bilangan sukan olaraga
mata yang
15 intesiti yang lebih rendah. Dengan sistem 21 mata, badminton berubah 9 karakter
menjadi sukan yang kejurulatihan
18 dunia dalam kejohanan yang disertai. Kutipan mata bagi kedudukan dunia badminton
untuk setiap pemain wikipedia
25 keberhasilannya daripada pekerja yang semata-mata bekerja tanpa ada had artikel-korpus
masa untuk
27 yang diletakkan sandaran turut gagal menyumbang mata berharga negara badminton-
selepas tewas kepada Kantapho malaysia
29 kecuali alat-alat yang digunakan semata-mata bertujuan untuk menghadkan sukan olaraga
atau mengurangkan
35 di petak kanan dan kiri bagi mata bilangan ganjil. Pembuat servis akan badminton
wikipedia
38 setakat ini. Thailand berpotensi manakala Malaysia dan Indonesia berputih thailand
mata berpotensi
41 sama. Mata yang diperoleh dicampur dengan mata daripada langkah pertama artikel-korpus
tadi. Permainan
44 Lee Chong Wei menegaskan, tugas memburu mata dalam kejohanan badminton
berpasukan Piala Sudirman
56 dalam gelanggang pihak lawan untuk mendapatkan mata dan seterusnya keberkesanan
memenangi perlawanan. program
57 tuala membantu mengelapkan peluh dari muka, mata dan tangan. Sarung sukan olaraga.
tangan daripada kulit
91 pemain untuk cita-cita anda, pasukan atau negara semata-mata. Itulah sebab 9 karakter
Sir Alex Ferguson melepaskan kejurulatihan
92 kekalahan pertama di Beijing mengundang air mata jutaan rakyat Malaysia, chong wei
kekalahan di London menangis lagi
94 memiliki lebih banyak lemak walaupun pada mata kasar mereka k elihatan artikel-korpus
kurus. Senario
97 bola sedikit diputar ke dalam. Pandangan mata ke arah bola dan ayunkan kaki teknik dasar
yang
10 tidak digunakan untuk menggiring bola. Pandangan mata ke depan sebagai teknik dasar
3 tambahan dalam menggiring
10 Gerakan keseimbangan, berdiri satu kaki, jinjit. Bentuk pesawat terbang pengenalan
6 pejamkan mata permainan
10 negara itu diharapkan dapat membawa pulang mata kemenangan dalam pasukan
8 perlawanan tersebut. Disebabkan beregu
badminton
11 Chong Wei menitiskan air mata kesedihan ketika acara penyampaian pingat. 10 tahun
3 memusuhi
11 lemah lebih kecil. dan sudut pandang mata lebih sempit. Untuk menghadapi pengenalan
9 para permainan
bulutangkis.
12 tidak diberi kepada kedua-duanya. 6.3 Pembahagian mata : Menang - dua artikel-korpus-
5 mata Seri - satu mata sukan
13 lepas kecundang 21-15, 10-21, 19-21. Linangan air mata mewakili chong wei
1 perasaannya ketika itu, malah sejuru menangis
13 yang berusia 29 tahun itu mengalirkan air mata. Namun, jurulatihnya, Tey Seu air mata
5 Bock mendedahkan pemain
13 bukan mata pelajaran peperiksaan. Lantaran itu, mata pelajaran PJ sentiasa artikel-korpus-
9 dianaktirikan di sukan
14 memaklumkan bahawa peruntukan masa bagi mata pelajaran PJ di sekolah artikel-korpus-
0 menengah sukan-
18 kelajuan memainkan peranan utama dalam memperoleh mata. Pemain perlu awantisipasi
1 memproses maklumat terlebih dalam sukan
19 kiraan mata dalam permainan biasa ialah 21 mata rali the best of three badminton
8 games. wikipedia
20 Lee Chong Wei yang berlinangan air mata sejurus tunduk kepada musuh air mata chong
9 tradisi, Lin wei
21 baru-baru ini benar-benar membuka mata semua dan memperlihatkan sukan olaraga
4 betapa mereka akan
24 permainan disambung semula mulai dari kiraan mata tersebut. Permainan sukan olaraga
3 sama sekali tidak boleh
24 emosi yang memerlukan dia mengeluarkan air mata. Tosh Chan, 23, berkata movie lee
9 dia terlalu rindukan chong wei

Jadual 2: Hasil Analisis Konkordans ‘mata’

Perkataan: mata
Bi Makna Kelas Kata Nilai Sosial Hit
l
1 Indera penglihatan Kata nama 57,97,103,106
manusia yang digunakan
untuk melihat sesuatu
2 skor/jumlah angka Kata nama 1,4,13,15,18,27,
kemenangan dalam 35,41,44,56,108,
perlawanan
125,181,198,243
3 jenis-jenis ilmu Kata nama 139,140
pengetahuan yang
diajarkan di sekolah
4 hanya dan tidak lebih kata tugas 10,11,25,29,91
daripada
5 Kata Personifikasi: berputih 38
majmuk mata
Menggambarkan perasaan
kekecewaan kerana hak
miliknya telah dirampas
oleh pihak lain.
6. Air yang keluar dari Kata nama 92,113,135,209,
mata disebabkan 249
kesedihan atau
kekecewaan
7 Apa yang terlihat dan Kata nama 7
tergambar di mata
8 Posisi dari perspektif Kata nama 119
mata manusia dalam
melihat sesuatu benda
yang berada dalam
lingkungan persekitaran
9 Kata Metonimi: membuka mata 214
majmuk Melihat sesuatu dengan
jelas supaya dapat
menerima kenyataan yang
sebenarnya

Sama seperti ‘kaki’, makna yang tersenarai dalam konkordans ‘mata’ juga memaparkan

lebih dari satu makna atau dikenali sebagai polisemi. Selain kata nama, ‘mata’ juga

dikategorikan sebagai kata majmuk, kata tugas mengikut konteks ayat yang berbeza. Secara

umumnya, ‘mata’ merupakan suatu indera penglihatan manusia yang digunakan untuk melihat.
Contohnya, dalam hit 57-‘… tuala membantu mengelapkan peluh dari muka, mata dan tangan.

Sarung tangan daripada kulit.’, ‘mata’ telah berfungsi sebagai salah satu alat pancaindera yang

ada pada muka manusia. Sehubungan itu, unsur kiasan seperti personifikasi dan metonimi juga

dapat dikesan melalui hit 38 dan hit 214 iaitu ‘…setakat ini. Thailand berpotensi manakala

Malaysia dan Indonesia berputih mata’. Jelasnya, ‘mata’ di sini telah diberi sifat manusia iaitu

proses perubahan warna rambut seseorang dari hitam ke putih (uban) apabila sudah berumur

dalam menggambarkan perasaan kekecewaan kerana hak miliknya telah dirampas oleh pihak

lain. Hal ini selari dengan Kamus Dewan (1995) yang menjelaskan bahawa personifikasi ialah

pemberian sifat-sifat manusia kepada benda yang tidak bernyawa atau sesuatu yang abstrak bagi

menonjolkan emosi, fikiran, perasaan yang wujud dalam bentuk abstrak.

Manakala‘…baru-baru ini benar-benar membuka mata semua dan memperlihatkan

betapa mereka akan …’. pula memperlihat fungsi metonimi yang menggunakan ungkapan

‘membuka mata’ bagi menyeru seseorang supaya melihat sesuatu dengan jelas bagi menerima

kenyataan yang sebenarnya. Seterusnya, ‘mata’ juga membawa makna skor atau jumlah angka

kemenangan dalam perlawanan seperti yang dipapar dalam hit 1-‘... terima pilihan yang

berikutnya. Sistem pengiraan mata dalam permainan…’ di mana pihak mana yang mendapat

skor yang paling banyak akan dikira sebagai pemenang. ‘Mata’ bukan sahaja mewakili alat

pancaindera, malah juga merujuk kepada air yang keluar dari mata disebabkan kesedihan atau

kekecewaan. Buktinya, dalam hit 113-‘Chong Wei menitiskan air mata kesedihan ketika acara

penyampaian pingat…’. Apabila ‘mata’ dikaitkan dengan subjek-subjek akademik seperti bahasa

Melayu, Sejarah, maka makna ‘mata’ akan menjadi jenis-jenis ilmu pengetahuan yang diajarkan

di sekolah seperti mata pelajaran peperiksaan dan mata pelajaran PJ yang terkandung dalam hit

139 dan 140.


Di samping itu, hit 94-‘…memiliki lebih banyak lemak walaupun pada mata kasar

mereka kelihatan kurus. Senario…’, menjelaskan bahawa ‘mata’ diertikan sebagai suatu hasil

memandang secara permukaan, iaitu hanya apa yang terlihat dan tergambar di mata mereka

sahaja. Satu lagi makna ‘mata’ yang berkaitan dengan pandangan adalah melalui hit 119-‘…

lemah lebih kecil. dan sudut pandang mata lebih sempit. Untuk menghadapi para…’ di mana

merujuk kepada posisi dari perspektif mata manusia dalam melihat sesuatu benda yang berada

dalam lingkungan persekitaran. Di samping itu, apabila ‘mata’ mengalami proses terbitan dengan

menerima awalan se- dan bentuk -nya selepas kata dasar digandakan akan berfungsi sebagai kata

adverba bawah kata tugas, iaitu semata-mata. Dalam hit 29-‘…kecuali alat-alat yang digunakan

semata-mata bertujuan untuk menghadkan atau mengurangkan…’, dapat dikatakan bahawa alat

yang digunakan tersebut hanya mempunyai tujuan untuk mengehad atau mengurangkan dan

tidak lebih daripada itu.

Secara keseluruhannya, disebabkan bidang yang difokus oleh pengkaji adalah

bertemakan sukan, jadi makna yang disenaraikan kebanyakan adalah bersifat denotasi yang

bebas daripada nilai subjektif. Hal ini dikatakan demikian kerana salah satu ciri bagi laras sukan

ialah bahasa yang digunakan mestilah ringkas, bersahaja, jelas serta mudah difahami. Walau

bagaimanpun, tidak dapat dinafikan bahawa kaedah korpus yang diguna membolehkan semua

data diproses secara sistematik dalam mendapatkan maklumat seperti senarai kata, kekerapan

butiran leksikal dan maklumat leksikal yang lain. Kaedah korpus turut meluaskan komponen

makna sesuatu perkataan melalui penelitian atas pola penggunaan dalam teks sebenar melalui

paparan baris konkordans.


5.0 ANALISIS KOMPONEN MAKNA

Analisis komponen makna merupakan satu kaedah yang mengaitkan intensi perkataan

dalam konsep abstrak yang mengatakan bahawa setiap perkataan ada komponen atau bahagian

makna yang lebih kecil daripada keseluruhan makna perkataan, iaitu fitur semantik. Sehubungan

itu, setiap fitur makna merupakan komponen yang memadai dan sepatutnya

(neseccary&sufficient) dengan menjamin dan membolehkan keahlian dalam kategori. Oleh itu,

bagi analisis komponen makna ‘kaki’ dan ‘mata’, pengkaji hanya melihat kepada perkataan itu

sahaja dan bukan kepada konteks ayat.

Jadual: Hasil Analisis Komponen Makna

Komponen Anggota Alat Bilangan Daya Jari Visual


badan pancainder Kuantiti bergerak
a
Kaki ± - ± + + -
Mata ± + ± - - +

Melalui takrifan analisis komponen makna di atas, dapat dilihat dengan jelas bahawa

fitur-fitur bagi perkataan ‘kaki’ terdiri daripada anggota badan, bilangan kuantiti, daya bergerak

dan jari sementara bagi perkataan ‘mata’ pula ialah anggota badan, alat pancaindera, bilangan

kuantiti, dan visual. Dalam hal ini, ‘kaki’ dan ‘mata’ berkongsi fitur yang sama di mana kedua-

duanya merupakan sebahagian daripada anggota badan manusia dan mempunyai bilangan

kuantiti yang sama, iaitu sepasang. Cuma yang membezakannya ialah ‘kaki’ mempunyai daya

untuk bergerak seperti berjalan, berlari atau berdiri dan disokong oleh sejumlah jari di bahagian

hujung kaki supaya tubuh tetap seimbang dan tidak terjatuh manakala ‘mata’ pula merupakan

salah satu alat pancaindera yang digunakan untuk melihat dan memberikan rasa visual.

Tuntasnya, melalui kaedah analisis komponen, makna persamaan dan perbezaan perkataan yang
mempunyai perkaitan makna dapat dikesan seterusnya membolehkan perkataan tersebut

dikelompokkan dalam kelas-kelas tabii (natural classes) berdasarkan fitur-fitur yang dikongsi

bersama.

Anda mungkin juga menyukai