Anda di halaman 1dari 4

OBJEKTIF KAJIAN MASA DEPAN

Melalui Kajian Masa Depan, terdapat beberapa objektif yang dapat dicapai dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah pelajar dapat berfikir secara kritis dan kreatif serta
membuat keputusan tentang hal-hal masa depan. Hal ini dikatakan demikian kerana kajian masa
depan boleh membina minda suka bertanya dan kemahiran intelek yang dapat membantu pelajar
berfikir secara kreatif, terarah, analitis dan reflektif tentang keseluruhan hidup manusia dan proses
meneroka alternative dan pilihan.
Selain itu, pelajar juga diberi peluang untuk berkomunikasi secara berkesan tentang hal-
hal masa depan. Contohnya, Kajian Masa Depan juga membantu pelajar memberi sumbangan ke
arah kesejahteraan dan kebaikan dunia bagi membina strategi supaya dapat menambahkan
keupayaan pelajar dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.
Objektif Kajian Masa Depan yang akan dicapai seterusnya adalah dapat membina sikap
dan nilai pelajar tentang masa depan. Hal ini disebabkan kajian masa depan akan membina
keyakinan pelajar supaya mereka mampu mengawal diri, boleh membuat pilihan berasaskan etika
dan nilai moral serta berupaya mempengaruhi masa depan mereka.
Bukan itu sahaja, Kajian Masa Depan turut berupaya melahirkan pelajar yang mempunyai
pengetahuan dan kefahaman tentang masa depan. Pengaplikasian kajian masa depan dalam P&P
dapat memberi asas kepada pelajar dalam memahami dan menghayati Wawasan 2020 serta
memantapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan, konsep, kemahiran dan kaedah dalam mengkaji
masa depan.
Pelajar turut berpeluang dalam membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal
masa depan. Dalam hal ini, pelajar digalakkan menjadi warganegara yang lebih bertanggungjawab,
tahu membeza dan menilai, berketrampilan dan mempunyai gambaran jelas tantang masa depan.
MATRIK PENGAJARAN MASA DEPAN

KAPASITI
KONSEP
ISU UTAMA
KMD

KAJIAN MASA
DEPAN SEBAGAI
TEMA SATU MATRIKS PERSEPSI
MEMANDANG KE
HADAPAN

KEMAHIR
AN PROSES
KHUSUS
APLIKASI

Berdasarkan gambar yang ditunjukkan, didapati bahawa Kajian Masa Depan boleh diajarkan
sebagai satu matriks memandang ke hadapan yang melibatkan pelbagai unsur yang penting untuk
memahami konsep Kajian Masa Depan dalam pengajaran dan pembelajaran.
I. KONSEP UTAMA KAJIAN MASA DEPAN
Guru boleh memilih konsep-konsep Kajian Masa Depan yang ada kaitan dengan mata
pelajaran yang diajar. Contohnya, alternatif dan pilihan, masa lalu, kini dan depan, nilai,
pengupayaan serta kemapanan

II. PERSEPSI
Persepsi pelajar terhadap sesuatu konsep, isu, tema dan sebagainya semasa pelajaran
yang akan mempengaruhinya dan pelajar juga akan mengalami perubahan selepas
mempunyai kesedaran. Contohnya, perasaan takut dan bimbang, kerisauan, prihatin,
harapan, perancangan, tujuan dan nilai.

III. PROSES
Proses yang akan dialami oleh pelajar semasa melaksanakan aktiviti Kajian Masa Depan.
Contohnya, kesinambungan, pertimbangan, keseimbangan, pertumbuhan, perubahan, dan
transformasi.
IV. KEMAHIRAN KHUSUS
Teknik dan cara pengajaran Kajian Masa Depan yang digunakan sebagai aktiviti dalam
perkembangan pelajaran. Sebagai contoh, pemahaman konsep masa depan, pengumpulan
maklumat dan analisis trend, ramalan dan analisis, penggunaan imaginasi dan kreativiti,
strategi mengatasi kebimbangan, proses inovasi sosial, pembinaan scenario, penjelasan
nilai dan masa depan, pemahaman dimensi kemapanan.

V. APLIKASI
Kemahiran khusus yang diperolehi pelajar melalui pelajaran Kajian Masa Depan boleh
diaplikasikan dalam pelbagai bidang seperti stail hidup alternatif, cara memandang jauh,
masa depan ekonomi dan juga perancangan strategic.

VI. TEMA
Cadangan tema-tema penting bagi Kajian Masa Depan yang boleh digunakan. Contoh:
pemuliharaan, generasi masa depan, impak terhadap manusia, had dan batasan, masa
depan dunia, optimisme & pasimisme, kemampanan, masa dan budaya.

VII. ISU
Isu-isu yang boleh dikaitkan dengan konsep, teknik dan cara pengajaran dan kandungan
mata pelajaran. Contohnya, komunikasi, tenaga kesihatan, alam sekitar, sains dan
teknologi, pembangunan ekonomi, jenayah dan keadilan.

VIII. KAPASITI
Kemahiran yang dibina dan dirujuk oleh pelajar semasa proses pembelajaran dijalankan
seperti menaakul, menganalisis, membuat aplikasi, memandang jauh, berimaginsi dan
berfikir secara kreatif.
RUJUKAN
Pusat Perkembangan Kurikulum. Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002.
Yusof Alhaj. “Strategi Kajian Masa Depan” http://ollyusofalhaj.ipgkti.edu.my/sumber
/resosbestari/STRATEGI/spp/kajian%20masa%20depan.pdf
Norina Hassan. “Kajian Masa Depan” http://amelan2013.blogspot.my/2013/06/kajian-masa-
depan.html
Zabidah Awang. “Futures Studies: Kajian Masa Depan” https://www.slideshare.net /zabidah
/kajian-masa-depan

Anda mungkin juga menyukai