Anda di halaman 1dari 14

1.

PENGENALAN

Pada tahun 1911, gerakan revolusi berlaku yang merupakan revolusi menentang
Dinasti Qing (Dinasti Manchu) yang mengakibatkan runtuhnya pemerintahan beraja
China yang sudah berkuasa lebih 2000 tahun. Pada tahun 1912, Republik China
diumumkan oleh Sun Yat-sen dan China dengan rasminya telah memasuki zaman
pemerintahan bercorak republik yang diperintah oleh Parti Nasionalis Kuomintang
(KMT).1 Pada masa yang sama, wujud Parti Komunis China yang menjalankan
usaha yang sama untuk menentang imperialisme dan membawa perubahan ke atas
China. Atas sokongan Soviet Union (Russia) dalam Revolusi Bolshevik, Parti
Komunis China (PKC) telah dikembangkan. Pada Oktober 1923, ejen daripada
Comintern (Komunis Antarabangsa) telah dihantar ke China sebagai penasihat
kepada pemerintah China ketika itu iaitu Sun Yat-sen yang merupakan
pemerinatahan Parti Nasionalis Kuomintang (KMT) 2 untuk mengadakan kongres
bagi menyatukan Parti Komunis (PKC) dengan KMT walaupun mendapat
penentangan dari beberapa pihak. Salah seorang tokoh komunis pada masa itu
ialah Mao Zedong yang merupakan tokoh yang sangat terkenal dengan pemikiran
ideologi komunis dan semangatnya dalam usaha menjalankan revolusi dan
mengubah negara China menjadi sebuah negara republik.

Namun setelah kematian Sun Yat-sen pada tahun 1925, Jeneral Chiang Kai-
shek mengambil alih pucuk kepimpinan KMT dan bertindak menghampuskan
pengaruh komunis dan golongan bersayap kiri dalam parti pimpinannya. 3 Kerana
meragui kepimpinan komunis. Hasil daripada tindakkannya itu, berlaku perpecahan
antara PKC-KMT dan Perang Saudara China tercetus. Parti KMT ketika itu diketuai
oleh Chiang Kai-shek melakukan penentangan terhadap pihak komunis dan
menghalau pihak komunis daripada menguasai wilayah China dan konflik ini berlaku
secara berlarutan. Namun, pihak komunis yang dipimpin oleh Mao Zedong tidak
berdiam diri dan meneruskan perjuangan dan usaha sehinggalah mereka berjaya

1 Immanuel C. Y. Hsu (1995), The Rise of Modern China, New York: Oxford University
Press, Hlm. 455

2 Sufian Mansor (2009), Sejarah China Moden, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya,
Hlm 129

3 Ibid., hlm. 131

1
membentuk negara China menjadi Republik Komunis pada tahun 1949. Justeru,
penulisan ini akan membincangkan peranan dan usaha yang dilakukan oleh Mao
Zedong dalam mengembangkan ideologi komunis dan usaha membangunkan
masyarakat China sehingga membentuk pemerintahan Republik Komunis di China.

2. LATAR BELAKANG TOKOH MAO ZEDONG

Mao Zedong adalah tokoh pendiri Parti Komunis di China. Beliau berasal dari
keluarga petani yang berada, dilahirkan pada 26 Disember 1893 di pekan Shao
Shan wilayah Hunan, China dan meninggal dunia di Beijing, pada 9 September
1976.4 Setelah mendapat pendidikan di peringkat awal, Mao Zedong melanjutkan
pendidikannya dan mempelajari banyak bidang antara lainnya adalah dalam bidang
budaya barat Selepas itu, pada tahun 1918 Mao Zedong kemudiannya menyambung
pelajaran di Universiti Peking dan mendapat pekerjaan di perpustakaan universiti
tersebut.5 Di situlah beliau mula berjumpa dengan para pendiri Parti Komunis China
(PKC) yang berhaluan Marxis. Pada ketika ini jugalah Mao Zedong telah dipengaruhi
oleh fahaman Marx dan apabila wakil-wakil Comintern menubuhkan Parti Komunis
China pada 1 Julai 1921, beliau telah menjadi salah seorang daripada pengasasnya.

Mao Zedong telah mendapat pengalaman-pengalaman awalnya tentang


fahaman komunis semasa beliau terlibat dalam pergerakan buruh (Gerakan 4 Mei).
Beliau nampaknya sangat tertarik hati terhadap segala tindakan kaum-kaum petani
menggunakan kekerasan di dalam peristiwa mogok dan boikot di Shanghai dan
Canton di sekitar tahun 1925 dan kekacauan di Hunan pada tahun 1927. Pada tahun
1927, Mao Zedong yang telah menunjukkan minatnya yang penuh terhadap
pertubuhan kaum tani telah dihantar ke Hunan untuk menghasut mereka supaya
mengadakan tunjuk perasaan. Akan tetapi beliau tidak dapat menjalankan tugas
tersebut kerana beliau telah disingkirkan daripada Politburo Parti Komunis. Beliau
kemudiannya telah mengumpulkan satu pasukan yang kecil dan bergerak ke
kawasan pergunungan Chingkan yang terletak di sempadan Hunan dan wilayah
4 Linda Benson (2002), China Since 1949, Great Britain: Pearson Education Limited, hlm.
20

5 W. Scott Morton (2005), China: Its History And Culture, New York: McGraw-Hill, Inc., hlm
202

2
Kiangsi. Kuasa kecil inilah yang telah dijadikan asas bagi angkatan tentera komunis.
Pada bulan Mei 1928, pasukan Chu Teh yang mengandungi ramai pegwai-pegawai
yang dilatih di Whampoa pula telah menyertai pasukan Mao Zedong. Chu The telah
dilantik menjdi ketua Turus pasukan yang sedang berkembang itu. Dengan bantuan-
bantuan ini, Mao Zedong berjaya membersihkan nama Parti Komunis China.

3. USAHA MAO ZEDONG MENYATUKAN GOLONGAN PETANI DI CHINA

Setelah kematian Sun Yat-sen pada tahun 1925, Jeneral Chiang Kai-shek
mengambil alih pucuk kepemimpinan KMT. Keadaan di China menjadi huru-hara
ekoran daripada krisis dalam di China. Hal ini kerana Chiang Kai-shek bertindak
menghampuskan pengaruh komunis dan golongan bersayap kiri dalam parti
pimpinannya kerana meragui kepimpinan komunis untuk menguasai China. 6 Hasil
daripada tindakannya itu, perang saudara tercetus. Tahun 1930-an merupakan
dekad pembangunan di kawasan taklukan KMT, manakala puak komunis dipaksa
berundur ke dalam kawasan yang lebih interior iaitu ke kawasan pedalaman. Parti
KMT ketika itu diketuai oleh Chiang Kai-shek melakukan penentangan terhadap
pihak komunis dan menghalau pihak komunis daripada menguasai wilayah China
dan konflik ini berlaku secara berlarutan.

Namun, pihak komunis tidak berputus asa untuk bangkit menjalankan ideologi
bagi mencapai matlamat untuk gerakan revolusi di China. Mao Zedong yang
menjalankan aktivitinya di kawasan pedalaman Hunan dan Kiangsi mulai sedar
bahawa pihak komunis harus mengadakan gerakan dari kawasan luar bandar atau
pedalaman. Beliau percaya bahawa kekuatan sebenar China bukan terletak pada
pekerja di bandar tetapi golongan petani di luar bandar. Beliau mengumpulkan
petani petani (termasuk pelombong dan golongan tentera) di Hunan. Pada 7
September 1927, satu kebangkitan petani telah diadakan yang dikenali sebagai
Kebangkitan Musim Menuai.7

Mereka digalakkan untuk menyertai persatuan petani yang ditubuhkan untuk


mengendalikan hal-ehwal kampung. Usaha pembahagian tanah juga turut dilakukan
6 Immanuel C. Y. Hsu (1995), The Rise of Modern China, Hlm. 619

7 Sufian Mansor (2009), Sejarah China Moden, Hlm, 147

3
dan menyerahkan tanah tersebut kepada petani yang memerlukannya. Undang-
undang tanah telah digubal untuk memberi kuasa kepada pihak komunis mengambil
tanah daripada golongan tuan tanah. Usaha komunis ini membuahkan hasil dan
mula mendapatkan sokongan golongan petani. Mao Zedong percaya bahawa cita-
citanya akan berjaya dengan menubuhkan gerakan petani ini untuk menentang
pihak KMT dan kuasa asing di China untuk mencapai matlamat dalam gerakan
revolusi di China. Pada tahap ini, kebangkitan pergerakan petani adalah satu
kebangkitan yang besar walaupun mendapat pelbagai cabaran dan ancaman
terutamanya dari pihak KMT.

4. PENUBUHAN SOVIET DAN TENTERA MERAH

Usaha lain yang dilakukan oleh Mao Zedong dan pihak komunis untuk menentang
pihak Nasionalis dan kumpulan panglima perang adalah dengan penubuhan
Pangkalan Merah dikawasan luar bandar. Pangkalan ini terletak di Kiangsi yang
dikenali sebagai Soviet Kiangsi. Di sana, dua orang pemimpin komunis iaitu Chu Teh
dan Chen Yi telah menyertai Mao Zedong dan membentuk Tentera Merah. Petani
diberi peluang untuk bekerjasama dalam bidang politik dan ekonomi serta melatih
Tentera Merah dalam perang gerila dan juga diberi peluang belajar membaca dan
menulis dengan menubuhkan Universiti Tentera Merah. 8

Antara tahun 19341935 Mao Zedong memegang peranan utama dan


memimpin Tentera Merah (Red Army) menjalankan gerakan The Long March. 9
Bermula sejak tahun 1937, ianya juga turut membantu dalam memerangi tentera
Jepun yang menduduki banyak wilayah di China. Akhirnya Jepun menyerah kalah
pada Perang Dunia II dan masalah dan konflik masih berlarutan antara PKC dengan
KMT. Perang saudara tercetus lagi. Dalam perang melawan kaum nasionalis ini,
Mao Zedong menjadi pemimpin Tentera Merah dan akhirnya dia mencapai
kemenangan pada tahun 1949. Pada tanggal 1 Oktober tahun 1949, Republik

8 Ibid. Hlm. 149

9 Immanuel C. Y. Hsu (1995), The Rise of Modern China, Hlm. 556

4
Rakyat China diisytiharkan dan pemimpin nasionalis KMT China, Chiang Kai Shek
telah melarikan diri ke Taiwan.

5. MAO ZEDONG MENDIRIKAN REPUBLIK RAKYAT CHINA (RRC)

Tarikh 1 Oktober, 1949 merupakan tarikh pembentukan Republik Rakyat


China (RRC) yang berpusat di Beijing (Peking). 10 Pada tarikh tersebut, Mao Zedong
dan beberapa pemimipin komunis mengadakan perhimpunan di Medan Tianamen.
Bersama-sama meraikan hari bersejarah itu ialah beribu-ribu rakyat China. Dalam
perhimpunan tersebut, Mao Zedong menyampaikan ucapan dan melaungkan slogan
Rakyat China telah bangun!. Dengan kejayaan itu, pihak kerajaan mentafsirkan
rakyat China diklasifikasikan dengan definisi penyatuan empat kelas sosial iaitu
pekerja, petani, bojuis kecil dan kapitalis kebangsaan yang diterajui oleh PKC. Ianya
dilambangkan pada bendera China yang mana ia berlatar belakangkan Merah, satu
bintang kuning besar melambangkan kepimpinan PKC yang dikelilingi oleh empat
bintang kuning kecil yang mewakili empat gabungan penyatuan kelas sosial
tersebut.11 Mao Zedong memegang jawatan pengerusi PKC dan kerajaan Republik
Rakyat China (RRC) pula dipimpin oleh Chou En-lai sebagai perdana menteri
kepada Majlis Pengurusan Negeri.

Sementara itu di peringkat antarabangsa Soviet Union telah mengiktiraf RRC sehari
selepas pengisytiharannya.12 Pada awal 1949, Mao Zedong mengisytiharkan
polisinya sebagai condong kepada satu arah sebagai komitmen mereka kepada
blok sosialis. Selepas berbulan-bulan mengadakan tawar-menawar dan
perundingan, China dan Soviet Union menandatangani Perjanjian Persahabatan,
Bersekutu, Persefahaman dan Bantuan.

10 Ibid. Hlm 645

11 Ibid. Hlm. 645

12 Ibid. Hlm. 645

5
6. PEMBANGUNAN POLITIK SELEPAS 1949

Pada peringkat awal, pembangunan politik yang utama termasuklah pembangunan


kepada parti dan pentadbiran awam. Pilihan raya telah diadakan pada 1953 untuk
memilih wakil ke Kongres Rakyat Nasional pertama. Kongres ini mengadakan
mesyuarat pertama pada 1954.13 Dalam mesyuarat itu, ahli kongres telah
mengisytiharkan perlembagaan baru dan melantik secara rasmi Mao Zedong
sebagai pengerusi (atau presiden) untuk Republik Rakyat China pada tahun 1954.
Kongres ini juga melantik Liu Shaoqi (1898-1969) sebagai pengerusi Jawatankuasa
Tetap untuk Kongres Rakyat Nasional. Seterusnya Kongres Rakyat Nasional
memilih Chou En-lai sebagai ketua bagi Majlis Negeri. Dalam kemelut perubahan
dalam kerajaan dan dalam menyegerakan pelantikan ahli-ahli kerajaan, terdapat
perebutan kuasa dalam PKC. Pada tahun 1954 perebutan itu membawa kepada
penyingikiran ahli Biro Politik Kao Kang (Gao Gang), ketua parti di Manchuria dan
Ketua Badan Organisasi, Jao Shu-Shih (Rao Shushi), Pengerusi Jawatankuasa
Tentera dan Penduduk China Timur. Mereka dituduh cuba untuk menguasai PKC. 14

Sebagai usaha menggalakkan penyertaan para intelektual dalam rejim baru


pihak kerajaan komunis telah menyusun program bagi golongan ini. Pada
pertengahan 1956 sudah ada usaha untuk mengadakan Iiberalisasi dalam suasana
politik dengan rasmi. Tokoh-tokoh kebudayaan dan intelektual telah dibenarkan
untuk menyuarakan pendapat mereka tentang polisi serta program PKC. Di sinilah
slogan klasik yang berbunyi Biarkan seratus bunga mekar dan biarkan seratus
sekolah pemikiran berlawanaN diucap semula oleh Mao Zedong untuk memulakan
gerakan pembaharuan dalam bidang perbincangan terbuka. 15 Gerakan ini
kemudiannya lebih dikenali sebagai Gerakan Seratus Bunga.

Pada peringkat permulaannya usaha dalaman parti dalam mengajak para


intelektual ini meluahkan pandangan mereka secara terbuka diambil secara berhati-
13 Sufian Mansor (2009), Sejarah China Moden, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya ,
Hlm. 194

14 Sufian Mansor (2009), Sejarah China Moden, Hlm. 194

15 Ibid. Hlm. 195

6
hati oleh tokoh-tokoh kebudayaan dan cendekiawan. Pada pertengahan tahun 1957,
para intelektual dan tokoh budaya telah mengkritik dan mengecam parti tersebut
secara amnya dan kumpulan terasnya secara khusus. 16 Disebabkan kecewa dan
terkejut dengan kecaman tersebut, pemimpin parti mula mengalih perhatian mereka
kepada pengkritik tersebut dan melabelkan mereka sebagai puak kanan kelas
pertengahan. Seterusnya pihak kerajaan melancarkan kempen Anti-Puak Kanan
atau dikenali sebagai Double Hundred Campaign. Kempen ini digerakkan pada julai
1957. Pada akhir tahun tersebut seramai 30,000 orang telah dilabelkan sebagai
golongan kanan. Meneka ini telah ditangkap dan dihukum.

7. PEMBANGUNAN EKONOMI SELEPAS 1949

Pembangunan ekonomi China tertumpu pada pembaharuan dalam bidang


pertanian. Kerajaan Komunis China pada tahap ini masih membenarkan
pembangunan ekonomi persendirian dalam kalangan petani. 17 Manakala petani-
petani kaya masih dibenarkan untuk terus membangunkan ekonomi mereka. Usaha
untuk menghapuskan perkembangan ekonomi individu ini dijalankan secara
berperingkat-peringkat. Menerusi dikri pada 19 November 1953, pihak kerajaan mula
menunjukkan usaha mengawal ekonomi terutamanya dalam urusan penjualan dan
pengagihan hasil pertanian. Pada 16 Disember tahun yang sama, pihak kerajaan
mengembangkan ekonomi pertanian kerjasama ke seluruh negara. Usaha-usaha ini
untuk mensosialisasikan ekonomi China.

Oleh itu, jangka masa 1953-1957 merupakan langkah awal ke arah peralihan
ekonomi kapitalis kepada sosialis. Program pembangunan ekonomi sosialis ini
dimasukkan ke dalam program Rancangan Lima Tahun China. Era ini dikategorikan
sebagai usaha untuk mencapai industrialisasi, pertanian secara kumpulan dan
penumpuan politik. Rancangan Lima Tahun yang pertama juga menekankan
pembangunan industri berat berdasarkan model Soviet Union. Sebagai tambahan
rancangan ini juga menekankan pembangunan dalam pertanian, industri ringan,
perdagangan dan pengangkutan. Di sini bantuan teknikal dan ekonomi daripada

16 Ibid. Hlm. 195

17 Immanuel C. Y. Hsu (1995), The Rise of Modern China, Hlm. 652

7
Soviet Union memainkan peranan penting dalam merealisasikan objektif tersebut.
Seterusnya banyak perjanjian tentang rancangan dan persetujuan teknikal tlitatttdal-
attgauti bersama Soviet Union pada tahun 1953 dan 1954. 18 Untuk tujuan
perancangan ekonomi, banci pertama RRC telah diadakan pada tahun 1953.
Penduduk China berdasarkan banci tersebut berjumlah 583 juta orang. 19

Antara keperluan negara China pada tahun 1950-an adalah makanan untuk
keperluan penduduk yang bertambah, wang yang banyak untuk pelaburan
tempatan, pembelian teknologi Soviet Union, perkakas utama dan peralatan perang.
Untuk memenuhi keperluan ini, kerajaan telah menjalankan usaha pertanian secara
berkumpulan. Walaupun pada peringkat permulaannya, pengenalan pertanian
berkumpulan ini mendapat tentangan tetapi dengan campur tangan Mao Zedong,
usaha tersebut telah mencapai 90 peratus objektifnya pada akhir tahun 1956. Pada
masa yang sama juga kerajaan mengadakan sistem perbankan, industri dan
perdagangan bersifat nasional. Dengan itu juga secara perlahannya, perdagangan
secara swasta dan bersifat individu telah beransur-ansur dapat dihapuskan.

8. GERAKAN MELOMPAT KE HADAPAN, 1958-60

Salah satu episod sejarah pembangunan ekonomi yang meninggalkan kesan besar
kepada rakyat China ialah Gerakan Melompat ke Hadapan (Great Leap Forward).
Tujuan kempen ini dijalankan ialah untuk merealisasikan pembangunan teknikal dan
ekonomi negara pada kadar segera dan pencapaian yang membanggakan.
Walaupun pada dasarnya para pemimpin parti berpuas hati dengan fasa pertama
Rancangan Lima Tahun, tetapi Mao Zedong dan rakan-rakannya yang radikal
percaya bahawa banyak lagi kelemahan yang sepatutnya diberi tumpuan dalam
merancang fasa kedua Rancang Lima Tahun (1958-62). Mao Zedong percaya
bahawa sekiranya rakyat yang ramai dapat berpegang pada ideologi komunis dan
menggunakan sumber-sumber tempatan yang sedia ada dengan teratur dan cekap
dalam bidang industri dan pertanian, maka China boleh mengatasi kelemahan fasa

18 Ibid. Hlm. 654

19 Ibid. Hlm. 656

8
pertama rancangan lima tahunnya.20 Tumpuan utama gerakan pembangunan ini
adalah untuk pembangunan dalam bidang industri terutama industri besi. Usaha
juga ditumpukan pada pembangunan sumber tenaga seperti elektrik, arang batu dan
minyak. Pada masa sama bertujuan untuk meningkatkan keupayaan industri
pengeluaran. Dengan itu beberapa usaha dibuat untuk membina jaringan kereta api
dan lebuh raya di China. Selain itu usaha juga digerakkan dalam sektor pertanian.
Atas dasar ini Mao Zeong berharap program tersebut akan dapat mengejar ataupun
mengatasi Great Britain dalam tempoh 15 tahun. 21 Mao Zedong percaya bahawa
pembangunan boleh digerakkan menerusi gerakan rakyatnya yang ramai dan
dianggap sebagai aset penting.

Gerakan Melompat ke Hadapan dijalankan dengan menggerakkan golongan


massa dalam kawasan perkampungan iaitu commune.22 Pada peringkat awal
gerakan massa ini ditumpukan pada gerakan pembangunan pembinaan projek
besar. Sebagai contohnya pada tahun 1957, seramai 500,000 petani digerakkan di
salah-satu wilayah Manchuria untuk membina terusan dan bergiat dalam bidang
pembinaan. Selepas itu gerakan massa ini dikembangkan ke beberapa lagi wilayah
China untuk terlibat dalam beberapa lagi projek pembangunan besar. Pada tahun
1958, seramai 750,000 koperasi pengeluar pertanian disatukan kepada 23,500
commune dengan setiap satu Commune mempunyai kadar 5,000 isi rumah atau
22,000 orang. Commune individu pula dikehendaki beroperasi sebagai satu unit
akaun. Setiap commune dirancangkan sebagai komuniti yang sara diri untuk
pertanian, industri kampung, sekolah, pemasaran, pentadbiran dan keselamatan
kampung serta industri kecil. Di bawah kelolaan separa tentera commune ini
mempunyai dapur, dewan besar dan nurseri. Commune diuruskan oleh sebuah
jawatankuasa yang dilantik oleh petani. Sehingga tahun 1958 terdapat kira-kira 24
commune dibentuk.23

20 Sufian Mansor (2009), Sejarah China Moden, Hlm. 195

21 Ibid. Hlm.196

22 W. Scott Morton (2005), China: Its History And Culture, Hlm. 213

23 Sufian Mansor (2009), Sejarah China Moden, Hlm. 196

9
9. REVOLUSI KEBUDAYAAN

Pada awal tahun 1960-an, Mao Zedong berada di ambang separa pengasingan diri.
Walau bagaimanapun, beliau telah memulakan langkah yang keras dalam
memurnikan parti. Keadaan ini berlaku kerana timbulnya rasa curiga Mao Zedong
akan kemunculan yang dipanggilnya sebagai kapitalis dan antisosialis di China.
Sebagai seorang veteran yang lama berkecimpung dan berpegang teguh pada
pendapatnya yang berjaya mengatasi banyak masalah, Mao Zedong terus
mempercayai bahawa, "insentif material" yang sudah dipulihkan kepada petani dan
timbulnya kebimbangan akan wujudnya revolusi yang bertentangan. Selain itu beliau
juga menyatakan terdapat golongan sarjana dan pihak berkuasa bojuis cuba
mengembalikan sistem kapitalisme di China. Mereka ini pada pendapat beliau cuba
mempengaruhi golongan massa, belia dan generasi yang akan datang.

Dalam usaha menyekatnya aliran gerakan yang muncul di China, Mao


Zedong telah melancarkan Pergerakan Pendidikan Sosialis (1962-1965). 24
Pergerakan ini menekankan kemurnian pemulihan ideologi, "fervor" dalam
penanaman semula "revolutionary" dalam parti dan birokrasi kerajaan selain
menekankan perjuangan kelas.25 Program ini cuba membawa ahli-ahli komunis dari
kawasan bandar ke luar bandar untuk merasai kehidupan bersama-sama dengan
petani. Mereka juga diminta untuk mematuhi disiplin Tentera Pembebasan Rakyat.
Namun demikian usaha ini tidak menampakkan kesan yang diharapkan kerana ada
pihak yang tidak menyokong idea Mao Zedong ini. Sikap kurang setuju ini bukan
kerana objektif pergerakan tersebut tetapi cara ianya dilaksanakan. Tentangan
datangnya dari pemimpin sederhana seperti Liu Shaoqi dan Deng Xiaoping. Mereka
kurang senang dengan polisi yang dilaksanakan oleh Mao Zedong sebelum ini.
Hanya Menteri Pertahanan, Lin Biao menjadi orang paling ketara dalam menyokong
kempen Mao Zedong. Beliau juga telah menyeru Tentera Pembebasan Rakyat dan
PKC untuk mendukung pemikiran Mao Zedong sebagai panduan hakiki kepada
Pergerakan Pendidikan Sosialis dan semua bentuk revolusi di China.

24 Ibid. Hlm. 199

25 Ibid. Hlm. 199

10
Dalam pertengahan tahun 1965, Mao Zedong dapat menguasai parti secara
perlahan-lahan dan sistematik. Mao Zedong banyak dibantu oleh Lin Biao, Jiang
Qing (isteri keempat Mao Zedong) dan Chen Boda iaitu salah seorang ahli teori
komunis yang unggul pada masa itu. Pada lewat 1965, seorang penyokong Mao
Zedong iaitu Yao Wenyuan telah menulis secara sinis tentang penolong Datuk
Bandar Beijing, Wu Han dan mengancamnya. Dalam pertengahan tahun 1966, satu
gerakan yang lebih keras mula dilakukan untuk membersihkan kerajaan dan parti
daripada pemimpin yang dianggap terpesong ajaran komunis sebenarnya. Gerakan
ini lebih dikenali sebagai Revolusi Kebudayaan Proletariat Agung. 26 Revolusi ini
merupakan tindakan besar-besaran yang pertama terhadap organisasi PKC sendiri.
Revolusi ini bermula dengan persidangan Kongres Kesebelas PKC pada Oktober
1966 di Beijing. Melalui Revolusi Kebudayaan ini, Mao Zedong meminta
penyokongnya menyerang golongan kanan dan yang telah terpengaruh oleh
fahaman bojuis terutama penulis, artis dan guru-yang dianggap telah dilatih untuk
mengembalikan kapitalisme.27 Mao Zedong berpendapat usaha untuk mengadakan
revolusi ini adalah perlu untuk menguatkan ketuanan proletariat, menghalang
kembalinya kapitalisme dan membentuk sosialisme.

10. BERAKHIRNYA ERA MAO ZEDONG

Pada tahun 1 April- 24 April 1969, Kongres Kebangsaan Parti Komunis ke-9 telah
diadakan dan menyaksikan penguasaan penyokong Mao Zedong dalam PKC. 28
Persidangan ini dihadiri oleh 1,512 perwakilan, dan Mao Zedong dilantik sebagai
pengerusi parti dan Jawatankuasa Pusat. Secara tidak langsung beliau diiktiraf
sebagai pemimpin yang utama dan unggul. Lin Biao pula dilantik sebagai naib
pengerusi dan dipilih sebagai pengganti Mao Zedong. Beliau mengisi banyak
kekosongan dalam jentera PKC setelah beberapa pemimpin lain digugurkan semasa
Revolusi Kebudayaan. Ramai komander ketenteraan turut dilantik ke Jawatankuasa
Pusat. Kongres parti juga mula menampakkan kewujudan dua kuasa besar iaitu
26 W. Scott Morton (2005), China: Its History And Culture, Hlm. 215

27 Sufian Mansor (2009), Sejarah China Moden, Hlm.200

28 Ibid. Hlm. 203

11
Jiang Qing dan Perdana Menteri, Chou En-lai. Namun demikian situasi politik China
berubah pada sekitar tahun 1970-an. 29 Perubahan awal berlaku dengan kejatuhan
Lin Biao. Lin Biao selepas Revolusi Kebudayaan menunjukkan sikap yang tidak
sabra untuk mengambil alih kuasa daripada Mao Zedong. Lin Biao menggunakan
nama Mao Zedong untuk mengembangkan pengaruhnya. Pada masa yang sama
beliau juga merancang untuk merampas kuasa kepimpinan utama di China.

Perubahan politik kedua adalah pulihnya semula kerjaya politik Deng


Xiaoping. Beliau telah diangkat sebagai penolong perdana menteri pada April
1973.30 Orang yang mengembalikan Deng Xiaoping pada kedudukan ini ialah Chou
En-lai. Kebangkitan Deng Xiaoping dalam arena politik China membimbangkan
ramai kumpulan radikal yang dikenali sebagai Kumpulan Empat di bawah pimpinan
Jiang Qing. Mereka menunggu peluang terbaik untuk menundukkan semula kuasa
Deng Xiaoping. Masa yang ditunggu tiba apabila Chou En-lai meninggal dunia pada
Januari 1976 akibat sakit barah. Manakala kedudukan Mao Zedong masih lagi kuat,
walaupun beliau dalam keadaan kurang waras dan kesihatannya terganggu. Pada
bulan Jun 1976, beliau tidak dapat lagi menerima pelawaan untuk ke luar negeri.
Saat ini merupakan saat kegeringan Mao Zedong sebelum meninggal dunia pada
bulan September 1976. Selepas kematian Zedong, nasib Deng Xiaoping kembali
menyinar dengan penyingkiran kumpulan yang menentangnya iaitu Kumpulan
Empat.

KESIMPULAN

Natijahnya, Mao Zedong adalah merupakan tokoh popular komunis China


yang telah membawa perubahan dan kesedaran masyarakat China akan pengertian
pemodenan dan semangat menentang kuasa asing di samping bersatu padu
membentuk sebuah negara yang disegani sehingga ke hari ini. Walaupun
menempuhi pelbagai cabaran dan rintangan, namun sumbangan beliau dan usaha
yang dilakukan dalam membawa perubahan ke atas negara China akan termaktub
dalam lipatan sejarah China sampai bilai-bila. Beliau membawa ideologi iaitu
masyarakat sosialis dalam negara komunis.

29 Ibid. Hlm. 204

30 Ibid. Hlm. 204

12
BIBLIOGRAFI

Immanuel C. Y. Hsu (1995), The Rise of Modern China, New York: Oxford University
Press

John K. Fairbank (1973), East Asia: Tradition And Transformation, Boston: Houghton
Mifflin Company

Linda Benson (2002), China Since 1949, Great Britain: Pearson Education Limited

Lois Mitchison (1971), Chinese Revolution, London: The Bodlye Head

13
Sufian Mansor (2009), Sejarah China Moden, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya

W. Scott Morton (2005), China: Its History And Culture, New York: McGraw-Hill, Inc.

14

Anda mungkin juga menyukai