Anda di halaman 1dari 17

1

SEJARAH ASIA TENGGARA ABAD KE-20

Tajuk:

Pendudukan Jepun dan Isu-isu Berkaitan (CO1, PO1, C4). Analisis bentuk-bentuk

tindak balas dalam kalangan masyarakat Burma (revolusioner, intelektual dan

sebagainya) terhadap Jepun, 1941-1945.


2

ISI KANDUNGAN

Bil. Perkara Muka surat

1. Latar Belakang 3

2. Permulaan Nasionalisme di Burma 4

3. Sebelum Pendudukan Jepun 8

4. Semasa Pendudukan Jepun 10

5. Reaksi Rakyat Burma 12

6. Kesimpulan 16

7. Bibliografi 17
3

LATAR BELAKANG

Asia Tenggara mencatatkan sejarah tersendiri pada tahun 1905 apabila berlaku peristiwa besar

kekalahan Rusia kepada Jepun. Rusia merupakan sebuah negara kuasa Barat yang besar telah

berjaya dikalahkan oleh sebuah negara Asia yang kecil, membuktikan bahawa Jepun satu-

satunya imperialis Asia mampu menandingi kehebatan teknologi perang Barat. Kekalahan ini

memberi impak yang sangat besar terhadap meningkatnya semangat nasionalisme di kalangan

rakyat tempatan negara di Asia Tenggara. Malah ia menjadi pencetus kepada keberanian

pemimpinnya untuk mencabar kawalan politik kuasa Barat.

Negara di Asia Tenggara termasuk Burma sangat memerlukan suatu revolusi bagi

memastikan kuasa autonomi dapat digenggam oleh para nasionalisnya dalam masa yang

singkat. Tetapi malangnya, ketika dijajah kolonial, pergerakan mereka ini disekat dan mereka

kekal dalam kemunduran. Penjajah kolonial telah banyak menanam dalam diri penduduk

peribumi rasa takut dan rendah diri untuk bertindak kerana penjajah lebih berkuasa dengan

pelbagai undang-undang dan penindasan. Oleh itu, peristiwa kekalahan Rusia di tangan Jepun

bagaikan batu loncatan buat nasionalis peribumi Burma.

Secara ringkasnya, menelusuri sejarah penjajahan di Burma sebelum pendudukan

Jepun pada 1942, Burma terlebih dahulu dijajah oleh British sejak abad ke-19 lagi selepas

beberapa siri peperangan. Burma seperti negara Asia Tenggara yang lain, kaya dengan sumber

bahan mentah seperti minyak dan kayu jati. Namun begitu, kebangkitan Jepun sebagai

imperialis tunggal di Asia telah mengejutkan Barat. Jepun berjaya menguasai seluruh Asia

Tenggara kecuali Thailand secara rasminya pada 1942.

Tidak dinafikan, Jepun telah memberi banyak pengajaran kepada negara lain di Asia

Tenggara untuk bangkit, begitu juga Jepun telah membuka peluang kepada nasionalis Asia

Tenggara ini untuk merebut kuasa daripada penjajah di negeri masing-masing termasuk Burma.
4

Ironinya, walaupun Jepun telah berjaya menghalau kuasa kolonial Barat dari Burma, bertindak

sebagai pemangkin pembentukan negara baru yang merdeka, akhirnya Jepun tidak seperti yang

para nasionalis harapkan. Pada peringkat awal benar mereka dilihat sebagai pembebas kerana

mereka membawa slogan “Lingkungan Kesemakmuran Asia Raya” yang telah berjaya

mempengaruhi nasionalis Burma.1 Malangnya, slogan itu sebenarnya langsung tidak

membantu Burma keluar dari cengkaman penjajah malahan ianya merupakan propaganda

Jepun untuk melebar luas kuasanya sebagai imperialis tunggal di Asia Tenggara.

Esei ini meneliti semula sejarah pendudukan Jepun di Burma pada tahun 1941-1945

dengan menumpukan perhatian terhadap bentuk-bentuk tindak balas dalam kalangan

masyarakat Burma terhadap Jepun. Beberapa individu yang akan difokuskan dalam esei ini

ialah Dr U Ba Maw dan Thakin Aung San. Antara perkara yang akan dibincangkan ialah

permulaan nasionalisme di Burma, siapakah penggerak utama nasionalis Burma ini,

pendudukan Jepun di Burma dan reaksi masyarakat terhadap mereka serta rumusan dan

pandangan penulis secara keseluruhan.

PERMULAAN NASIONALISME DI BURMA

Sebelum membicarakan tindak balas rakyat Burma terhadap Jepun, ingin saya bincangkan

secara ringkas dari manakah semangat nasionalisme yang kukuh dan kuat ini bermula

sehinggakan para nasionalis peribumi ini sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan

kuasa autonomi mereka kembali. Di Burma, perasaan cinta akan raja dan tanah air merupakan

asas politik feudal sejak sekian lama bermula dinasti Pagan abad ke-11. Tetapi, pada abad ke-

20, nasionalisme moden mulai meresap ke dalam jiwa masyarakat Burma. Puncanya,

1
John Bastin, The Emergence Of Moder Southeast Asia: 1511-1957 (United State: Prentice-Hall Inc, 1967), hlm.
145-146.
5

imperialisme Barat seperti Britain telah diiringi oleh penjajahan asing yang akhirnya

membangkitkan perasaan kebangsaan di Burma.2 Rakyat Burma pada zaman kolonial semasa

tahun 1930-an boleh dibahagikan kepada 3 kelompok besar iaitu, golongan sederhana yang

setia kepada British, golongan Thakin pengkhianat dan petani yang tidak berminat terhadap

politik.3

Namun begitu, di dalam esei ini, fokus akan diberikan kepada golongan elit/intelektual

yang mempunyai semangat kebangsaan luar biasa sehingga mereka ini dibutakan oleh

semangat yang melampau dan sanggup berbuat apa sahaja demi memerdekakan tanah air.

Bermula daripada pendidikan yang diperkenalkan oleh Britain yang menggabungkan idea-idea

liberal di akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, terutamanya selepas tertubuhnya Universiti

Rangoon inilah ‘percikan api’ semangat nasionalisme awal dalam diri setiap ahli Persatuan

Pemuda-pemuda Buddha (YMBA) pada 1910-an, Majlis Umum Persatuan-persatuan Buddha

(GCBA) 1920-an dan Dobama Asiayone pada tahun 1930-an sehingga akhirnya membawa

kepada kejayaan.4 Persoalannya, dari kelompok manakah golongan elit/intelektual ini?

Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, terdapat satu kelompok besar iaitu golongan

yang digelar oleh British sebagai Thakin pengkhianat. Mereka inilah gerakan Thakin yang

dikatakan terdiri daripada golongan intelektual menggunakan nama parti rasminya Dobama

Asiyaone (DAA) yang mempunyai hubungan baik dengan Persatuan Pelajar Seluruh Burma

(ABSU) dan mereka ini adalah kumpulan yang penting bagi mewakili golongan belia dan

2
James P. Ongkili, ‘Perkembangan Nasionalisma’, JEBAT: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic
Studies, Vol. 1 (1971), 24-42 (hlm. 34-35).
3
“Civil offensive against Burma by Counsellor R. M. Macdougall” bertarikh 22 Julai 1942di dalam IOR: R/8/31
dipetik dalam Abu Talib Ahmad, ‘Pendudukan Jepun di Burma (Myanmar), 1942-1945: Dasar Jepun, Tindak
Balas British dan Dr. Ba Maw, Aung San, U Ba U dan Sir Paw Tun’, dalam Isu-isu Pensejarahan, disunting oleh
Abu Talib Ahmad dan Cheah Boon Kheng (Universiti Sains Malaysia, 1995), hlm.193-217 (hlm. 194).
4
Maung Maung, Burma in The Family of Nations, (Djambatan, Amsterdam 1956) dipetik dalam James P. Ongkili,
‘Perkembangan Nasionalisma’, JEBAT: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, Vol. 1 (1971),
24-42 (hlm 35).
6

muda. Matlamat DAA ini jelas iaitu memperjuangkan kemerdekaan, kerajaan sendiri, anti-

imperialisme dan peningkatan taraf hidup rakyat.5

Menurut S. R. Chakravaty (1974), pembentukan gerakan Thakin secara kasarnya

berlangsung dari 1930 hingga 1938. Thakin yang bermaksud ‘tuan’ mula digunakan sebagai

panggilan ahli-ahli DAA. Orang Burma menggunakan gelaran ini untuk menunjukkan

keunggulan orang Burman sebagai satu kaum. Oleh itu, ‘Thakin’ bermaksud semangat

revolusioner, nasionalisme yang kuat dan sebagai suatu bentuk penghormatan. 6 Pada

pandangan saya, golongan ini ingin menolak ‘mentaliti hamba’ yang telah dikenakan sepanjang

penjajahan British dan ingin membangunkan ‘mentaliti tuan’ dalam diri demi meninggikan

semula darjat mereka.

Menurut John Bastin, ‘the modern educated were almost all lawyers, journalists, clerks

or government employess, many of whom gravitated naturally towards politics’. These

developments made for two kins of nationalists politics. One was an opportunist type, with no

real popular base. The other type, represented originally by the Thakins, adopted a very radical

program and developed links with peasant and labour groups. This situation was also

contributing factor to the “radical” character of all Burmese nationalism, particularly of the

Marxist-influenced Thakin group’.7

Perjuangan Thakin ini bermula sejak daripada menentang kolonial lagi, seperti parti-

parti politik yang lain, DAA juga sentiasa cuba untuk mencari penyelesaian untuk

memerdekakan Burma. Akibat daripada wujudnya ketidaksefahaman dan kepincangan dalam

perpaduan dalam kalangan ahli parti, maka pada 1938 DAA telah berpecah kepada dua

5
Abu Talib Ahmad, ‘Pendudukan Jepun di Burma (Myanmar), 1942-1945: Dasar Jepun, Tindak Balas British
dan Dr. Ba Maw, Aung San, U Ba U dan Sir Paw Tun’, dalam Isu-isu Pensejarahan, disunting oleh Abu Talib
Ahmad dan Cheah Boon Kheng (Universiti Sains Malaysia, 1995), hlm.193-217 (hlm. 196).
6
Chakravarty, S R. ‘Emergence Of The Thakin Movement In Burma.’ Proceedings of the Indian History Congress
35, (1974): 402–9.
7
John Bastin, The Emergence Of Modern Southeast Asia: 1511-1957 (United State: Prentice-Hall Inc, 1967), hlm.
136.
7

kumpulan. Apakah tindakan golongan yang radikal ini seterusnya? Bermula dari tahun 1935,

Thakin menyeru kepada kerajaan kolonial untuk membebaskan “pemberontak 1930-1932”

yang masih dipenjarakan, setelah peristiwa itu, DAA telah dicap sebagai satu kumpulan yang

ekstremis, rasuah, komunis dan selepas 1941, digelar pula sebagai pengkhianat apabila polis

penjajah mendapati Thakin telah memberikan bantuan kepada tentera Jepun semasa menakluki

Burma.

Justeru, menurut kefahaman saya, pemberontakan daripada golongan nasionalis

peribumi Burma ini lahir dari awal lagi. Namun, semangat kebangsaan ini semakin meningkat

apabila dijajah oleh British. Implikasi peluang yang kolonial berikan untuk golongan muda ini

bersekolah dan menuntut ilmu ke peringkat lebih tinggi mengikut corak pendidikan Barat

secara tidak langsung telah membuka peluang kepada Thakin untuk lebih menyerlah. Apabila

British sedar akan adanya penentangan hebat dari kalangan penuntut Universiti Rangoon ini,

British cuba untuk menyekat namun tidak berhasil, semangat yang sedang membara terus

terbakar. Golongan ini sedar negara Burma adalah milik mereka, tanah air yang wajib mereka

pertahankan.

Keadaan ini berlaku sebelum pendudukan Jepun. Namun begitu, ini menunjukkan

bahawa ia adalah permulaan penglibatan golongan intelektual atau Thakin ini dalam

perjuangan kemerdekaan yang seterusnya berlanjutan setelah Jepun mentadbir Burma.

Penentangan terhadap penjajah diteruskan lagi selepas 1942 kerana ingin menghapuskan kuasa

Jepun yang penuh propaganda dan kerajaan boneka yang mereka ciptakan untuk Burma.

Persoalannya di sini, siapakah intelektual atau Thakin yang bertanggungjawab

mencetuskan revolusi berterusan daripada penentangan terhadap kolonial, seterusnya

bersubahat dengan Jepun untuk menjatuhkan British dan kembali menentang Jepun dengan
8

berpatah balik bekerjasama dengan British, akhirnya membina strategi menentang British

semula untuk menuntut kemerdekaan.

SEBELUM PENDUDUKAN JEPUN

Mengapakah kelompok ini digelar sebagai golongan Thakin pengkhianat? Siapakah

dalang di sebalik kebangkitan golongan ini menentang penjajah? Apakah tindakan yang

dilakukan oleh golongan ini? Mereka ini di ketuai oleh Aung San telah menjalin kerjasama

dengan Jepun ketika itu satu-satunya imperialis tunggal di Asia untuk menjatuhkan British.

Thakin Aung San yang mewakili kelompok ini telah dilahirkan pada tahun 1915 di daerah

Magwe, neneknya pernah berkhidmat dengan raja-raja Konbaung. 8

Menurut Abu Talib Ahmad, Aung San ini mula menerima pendidikan sekolah rendah

dan sangat berminat dengan bahasa Inggeris. Beliau juga merupakan seorang pelajar yang

cerdik, sangat berusaha dan berdisiplin serta berjaya mendapat biasiswa. Melanjutkan

pengajiannya di Universiti Rangoon ketika berumur 18 tahun dan pada mulanya beliau mula

bergiat aktif dalam pergerakan pelajar termasuk terlibat dengan mogok pelajar pada tahun

1936. Aung San mula terlibat dengan DAA dan bermulalah penglibatan beliau dengan dunia

politik.9 Beliau juga pernah ditangkap akibat daripada percubaannya merancang menjatuhkan

kerajaan kolonial ketika itu.

Pada tahun 1941, terlakar sejarah bagi Burma apabila Aung San berjaya meloloskan

diri daripada tahanan dan menuju ke China dan seterusnya ke Jepun untuk mendapatkan

8
Aung San Su Kyi, Aung San of Burma: a biographical potrait by his daughter, ed. Ke-2, (Edinburgh: Kiskadale,
1991), hlm. 1-14, dipetik dalam Abu Talib Ahmad, ‘Pendudukan Jepun di Burma (Myanmar), 1942-1945: Dasar
Jepun, Tindak Balas British dan Dr. Ba Maw, Aung San, U Ba U dan Sir Paw Tun’, dalam Isu-isu Pensejarahan,
hlm 196
9
Abu Talib Ahmad, ‘Pendudukan Jepun di Burma (Myanmar), 1942-1945: Dasar Jepun, Tindak Balas British
dan Dr. Ba Maw, Aung San, U Ba U dan Sir Paw Tun’, dalam Isu-isu Pensejarahan, hlm 196
9

sokongan politik dan ketenteraan. Aung San mula menjalinkan hubungan sulit dengan Jepun

dan kemudiannya beliau terlibat sama dengan sebuah organisasi sulit perisikan Jepun dikenali

sebagai Minami Kikan. Ketika di Jepun juga, Aung San seterusnya mendapat latihan

ketenteraan di Hainan, Taiwan dan Jepun bersama sekumpulan belia Burma yang lain dikenali

sebagai Komred Tiga Puluh. Pasukan Komred Tiga Puluh inilah kemudiannya membawa misi

kebebasan Burma dalam sebuah pasukan tentera peribumi, Tentera Kebebasan Burma (BIA)

yang ditubuhkan oleh Jepun di Bangkok pada Disember 1941. Aung San dilantik sebagai

pegawai staf kanan dengan pangkat major jeneral, iaitu taraf yang paling tinggi diberikan

kepada belia Burma.10 Dalam masa inilah, BIA telah membantu Jepun menawan Burma pada

Mei 1942. Ini telah menaikkan darjat golongan Thakin di mata rakyat. Akhirnya, Jepun telah

memberikan kemerdekaan kepada Burma pada 1 Ogos 1943 dengan Dr Ba Maw sebagai

Perdana Menteri.

Menariknya di sini, adakah Jepun benar-benar ikhlas memberikan kemerdekaan kepada

Burma pada 1943 dengan begitu mudah? Benarkah kemerdekaan dan barisan pentadbiran yang

disusun dengan pemimpin peribumi Burma ini adalah hak milik mereka sepenuhnya tanpa

gangguan Jepun? Sebelum membincangkan perkara ini lebih lanjut, saya ingin bawakan

terlebih dahulu mengenai siapakah Dr Ba Maw yang dilantik menjadi Perdana Menteri.

Dr. Ba Maw lahir pada 1893 dan ayahnya adalah bekas pegawai istana wangsa

Konbaung. Beliau boleh dikatakan mengikut jejak langkah ayahnya yang juga seorang anti-

British tetapi terpaksa melarikan diri dan kemudiannya meninggal dunia di Thailand pada

1890-an. Ba Maw juga merupakan golongan terpelajar yang telah mula bersekolah di sekolah

gereja dan menerima pendidikan Inggeris sehingga ke Universiti Calcutta. Beliau berjaya

10
Won Z. Yoon, Japan’s scheme for the liberation of Burma: the role of the Minami Kikan and the “Thirty
Comrade”, Ohio University, Paper in International Studies, Southeast Asia Series no. 27:1973, dipetik dalam Abu
Talib Ahmad, ‘Pendudukan Jepun di Burma (Myanmar), 1942-1945: Dasar Jepun, Tindak Balas British dan Dr.
Ba Maw, Aung San, U Ba U dan Sir Paw Tun’, dalam Isu-isu Pensejarahan, hlm 197
10

mendapat Ijazah Sarjana pada tahun 1918, dilantik menjadi pensyarah di Universiti Kolej di

Rangoon. Di antara 1920-1924 beliau melanjutkan pula pengajian ke Perancis pada peringkat

doktor falsafah. Pada tahun 1924, beliau telah diterima menjadi peguam di London.11

Ba Maw mula terlibat dalam politik selepas beliau menyertai GCBA pada 1924. Karier

politiknya semakin terserlah apabila beliau terlibat dalam perbicaraan Hsaya San. Sebelum

dilantik oleh Jepun sebagai Perdana Menteri, beliau sebenarnya pernah menjawat jawatan

tersebut sebagai Perdana Menteri pertama (1937-1939) selepas Burma dipisahkan daripada

India. Pada 1939, Ba Maw semakin agresif dalam politik dan menampakkan ciri-ciri anti

penjajahan yang meluap-luap.12 Beliau bersama-sama dengan golongan Thakin telah

menubuhkan Blok Kebebasan yang anti-British. Akibat daripada sikapnya yang ekstremis,

beliau pernah dipenjara selama dua tahun sebelum bangkit semula semasa penjajahan Jepun.13

SEMASA PENDUDUKAN JEPUN

Tahun 1942 merupakan kemuncak kejayaan ketenteraan Jepun di Asia Tenggara. Mereka telah

berjaya menakluk seluruh Asia Tenggara kecuali Thailand. Maka, rancangan-rancangan awal

kemerdekaan telah mula digantikan dengan pentadbiran tentera. Secara ringkasnya, terdapat

dua dasar rasmi Jepun yang penting berkaitan Burma. Satu daripadanya telah diputuskan oleh

Persidangan Liaison pada 20 September 1940 bertajuk Nampo Senryochi Gyosei Jisshi Yoryo

(Rangka Perlaksanaan Pentadbiran di Kawasan Selatan yang ditakluki).14 Dasar ini merupakan

11
Abu Talib Ahmad, ‘Pendudukan Jepun di Burma (Myanmar), 1942-1945: Dasar Jepun, Tindak Balas British
dan Dr. Ba Maw, Aung San, U Ba U dan Sir Paw Tun’, dalam Isu-isu Pensejarahan, hlm 198
12
Abu Talib Ahmad, ‘Ohba Tadashi dan Kokubu Shozo dalam hubungan Jepun-Burma, 1937-40’, Jebat:
Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, (1984), 3-17 (hlm. 11).
13
Jayalatchumy S., Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur (1800-1963), Fajar Bakti Sdn. Bhd.,
Selangor (2002).
14
Lihat International Military Tribunal for the Far East (IMTFE), Transcript of proceedings, December 2 1946 –
April 16, 1948. Interrogation of Tojo Hideki, 20 Disember 1947 Transcript 36, 399-36, 400 dipetik dalam Abu
Talib Ahmad, ‘Pendudukan Jepun di Burma (Myanmar), 1942-1945: Dasar Jepun, Tindak Balas British dan Dr.
Ba Maw, Aung San, U Ba U dan Sir Paw Tun’, (hlm.203).
11

dasar umum pentadbiran Jepun di Asia Tenggara dengan tujuan (1) memulihkan ketenteraman

awam, (2) mendapatkan bahan mentah dan (3) mewujudkan kecukupan ekonomi di kawasan

yang ditakluki. Satu lagi dasar yang penting penglibatan Burma adalah pengisytiharan

kemerdekaan Burma pada 1 Ogos 1943 yang telah diputuskan dalam Persidangan Liaison

Januari 1943.15

Malangnya, pendudukan Jepun bukan sekadar pendudukan tentera. Malah, Jepun

secara sengaja atau tidak sengaja campur tangan dalam hampir semua aspek kehidupan di

Burma. Maka, walaupun telah dilaksanakan sebuah pentadbiran peribumi di Burma yang

bertanggungjawab terhadap perjalanan harian dan pentadbiran tetapi kuasa tertinggi politik

dipegang oleh panglima Jepun ketika tu, Jeneral Iida. Jepun beri kemerdekaan kepada Burma

dan tubuhkan Jawatankuasa Pentadbiran Pusat yang diketuai oleh Dr Ba Maw. Namun

tujuannya adalah sebagai kerajaan ‘boneka’ untuk memberi keyakinan kepada rakyat Burma

bahawa mereka mampu mentadbir negara sendiri.

Merujuk kepada Abu Talib Ahmad, Catitan Kolonel Ishi Akiho Berkenaan Pentadbiran

Tentera di Burma, 1942-43, Kolonel Ishii Akiho seorang pegawai kanan di Bahagian Kedua

(Operasi) Ketenteraan Selatan yang berpusat di Saigon.16 Beliau merupakan seorang

protagonis utama dalam kalangan tentera Jepun yang sangat menekankan perlunya

dilaksanakan pentadbiran tentera dan melengahkan kemerdekaan. Selain Ishii, terdapat seorang

lagi pegawai jepun iaitu Kolonel Katakura Tadashi yang kesal dengan tindakan Iida

menggalakkan nasionalisme Burma di bawah pimpinan Ba Maw yang dikatakannya tidak akan

15
Yale Cande Maxon, Control of Japanese Foreign Policy: a study of civil-military rivalry, 1930-45 (Conn.:
Greenwood Press, a967), hlm. 57-58, 63-71 dipetik dalam Abu Talib Ahmad, ‘Pendudukan Jepun di Burma
(Myanmar), 1942-1945: Dasar Jepun, Tindak Balas British dan Dr. Ba Maw, Aung San, U Ba U dan Sir Paw
Tun’, dalam Isu-isu Pensejarahan, disunting oleh Abu Talib Ahmad dan Cheah Boon Kheng (Universiti Sains
Malaysia, 1995), hlm.193-217 (hlm. 196).
16
Abu Talib Ahmad, ‘Catitan Kolonel Ishii Akiho Berkenaan Pentadbiran Tentera di Burma’, JEBAT 16 (1988),
55-62, (hlm. 56).
12

memberi manfaat kepada tentera Jepun.17 Lantaran itu, cukup jelas di sini bahawa

sememangnya Jepun telah merancang untuk membentuk pentadbiran ketenteraan walau apa

cara sekalipun di Burma.

Menurut Kolonel Ishi lagi, mengikut pengamatannya terhadap pentadbiran Burma, (1)

Adalah mustahil untuk menubuhkan sebuah kerajaan merdeka di Burma kerana kempen

ketenteraan masih lagi sedang berjalan. Keutamaan mestilah diberikan kepada kehendak

operasi tentera walaupun ini tidak menyenangkan bagi rakyat Burma. Kemerdekaan hanya

mungkin dapat diberi sekiranya semua keutamaan Jepun telah dipenuhi. (2) Hal-hal yang

mustahak tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada pemimpin peribumi Burma kerana

menang tidak ada di antara mereka yang boleh dipercayai. Mereka yang ‘opportunist’ sudah

pasti akan merampas pentadbiran. Saya masih sangsi sama ada golongan Thakin ini boleh

disifatkan sebagai lawan atau kawan.18

Pada pandangan saya, pengamatan Kolonel Ishii yang kedua ini memang menjadi

kenyataan. Penghinaan yang dilakukan terhadap Burma menyebabkan ketidakpuasan hati di

kalangan rakyat Burma khususnya golongan intelektual/Thakin. Kemerdekaan dan kesenangan

yang mereka harapkan tinggal mimpi semata-mata. Malah mereka berhadapan dengan

kesengsaraan hidup dan kesukaran ekonomi dan sosial. Wajarlah bagi pandangan saya, berlaku

revolusioner dalam kalangan Thakin dan mereka bangkit menentang Jepun.

REAKSI RAKYAT BURMA

Merujuk kepada perbincangan di atas, sesuatu yang boleh dikatakan malang juga

kepada Jepun kerana penentangan terhadap mereka adalah terdiri daripada nasionalis yang

17
Ibid.
18
Ibid., hlm. 59.
13

pada mulanya menyokong Jepun. Reaksi revolusioner dan intelektual yang berlaku terhadap

Jepun dalam kelompok ini adalah satu isu yang sangat menarik. Ini kerana mereka ini berasal

daripada kelompok yang sama bersubahat pada tahun 1941, iaitu kelompok Thakin

pengkhianat.

Bagi Ba Maw, beliau merupakan seorang nasionalis yang sememangnya anti-British

dan atas sebab itulah Ba Maw rela bekerjasama dengan Jepun. Kemungkinan besar sikap anti-

British Ba Maw ini sudah lama wujud sejak daripada beliau mendapat pendidikan Inggeris dan

juga mungkin kerana mengikut jejak ayahnya seorang anti-British. Pada awalnya, Ba maw

begitu yakin dengan kehebatan Jepun dan yakin bahawa nasib politik Burma bergantung

kepada kemenangan ketenteraan Jepun. Ba Maw begitu menyanjung Jepun sebagai mana

memetik kata-kata beliau dalam ucapannya sebagai Perdana Menteri semasa Burma

Constituent Assembly pada 1 Ogos 1943 seperti berikut:

Today the Burmese people will at least reap the harvest which was sown for many years

with ceaseless struggle and sacrifice. They will come once more into their own rights. They

will solemnly proclaim their independence and sovereignty and enter into all the rights and

obligations of a free people. Nippon’s strength and heroism, Nippon’s nobility of purpose, have

made this possible. With an entire nobility which is in keeping with the spirit of her national

foundation, Nippon, who conquered Burma from the British, has promised to recognize

Burma’s Independence. Burma desires to place on perpetual record he gratitude to Nippon for

this act of supreme service to her.19

Merujuk kepada kata-kata di atas, kelihatan keyakinan Ba Maw terhadap Jepun sangat

tinggi. Namun begitu, ia akhirnya luntur pada pertengahan Julai 1944 seiring dengan perletakan

jawatan Tojo Hideki sebagai Perdana Menteri Jepun. Masalah utama yang terpaksa dihadapi

19
U Ba Maw, ‘Declaration of the Independence of Burma’, http://talkaboutjapan.wordpress.com, (akses pada 9
Januari 2023)
14

oleh Ba Maw sebenarnya datang daripada reaksi rakyat Burma yang majoritinya anti-Jepun.

Begitu juga dengan barisan kepimpinan yang ada bersama beliau juga sudah mula mengorak

langkah untuk menjatuhkan pula Jepun. Maka, atas sebab itu pada pandangan saya, Ba Maw

dalam seolah-olah tersepit tetapi beliau juga seorang pemimpin dan nasionalis yang baik kerana

diakhirnya nanti beliau tetap pada satu matlamat memerdekakan Burma.

Bagaimana pula reaksi Thakin Aung San terhadap Jepun setelah berada di bawah

pentadbiran mereka? Sedangkan Aung San inilah yang pertama kalinya bekerjasama dengan

Jepun di bawah pakatan sulit serta menjawat jawatan tertinggi dalam BIA semasa cubaan

mengalahkan British pada 1941. Walaupun Aung San mendapat taraf tertinggi dalam BIA serta

menjadi Menteri Pertahanan dalam pentadbiran boneka Ba Maw, namun begitu hubungannya

dengan Jepun tidaklah begitu baik. Aung San mengaku bahawa beliau tidak berminat dengan

fahaman fasis Jepun dan telah mempersoalkan layanan buruk Jepun terhadap wanita.20

Aung San sedar bahawa Jepun sememangnya mampu untuk menghulurkan bantuan

ketenteraan mereka untuk nasionalis Burma berjuang. Namun begitu, selepas kerajaan boneka

diwujudkan pada Ogos 1943 dan beliau menjadi Menteri Pertahanan ketika itu, Aung San telah

merancang satu pemberontakan anti-Jepun. Ini berlaku apabila Jepun yang mereka sangkakan

dapat memberi kemerdekaan, rupanya hanya sekadar propaganda dan tetap menjajah untuk

kepentingan sendiri. Tindakan Aung San ini disedari Ba Maw. Aung San juga ingin segera

bertindak kerana bimbang pengaruh fahaman komunis akan melebar luas kepada rakyat di

bawah pimpinan Thakin Soe dan Thakin Than Tun.21

Oleh itu, bermula dengan Burma Independence Army (BIA) pimpinan Aung San

menjadi tumpuan para nasionalis yang anti-Jepun. Penyebaran pemikiran anti-Jepun mula

20
Abu Talib Ahmad, ‘Pendudukan Jepun di Burma (Myanmar), 1942-1945: Dasar Jepun, Tindak Balas British
dan Dr. Ba Maw, Aung San, U Ba U dan Sir Paw Tun’, (hlm. 202).
21
Ibid.
15

disebarkan dalam tentera dan syarahan yang disampaikan secara sulit berjaya menaikkan

semangat revolusioner dan nasionalisme dalam diri rakyat Burma. Seterusnya, pada tahun

1944, Aung San secara rahsia telah terlibat dalam menganjurkan Liga Kebebasan Rakyat Anti-

Fasis (AFPFL) di seluruh negara. Liga ini menunggu masa yang paling sesuai untuk keluar

menentang penindas. AFPFL ini berasal daripada organisasi penentangan anti-Jepun rahsia

(AFO) yang diasaskan oleh Communist Party of Burma (CPB) diketuai oleh Thakin Soe,

Burma National Army (BNA) diketuai Aung San, dan tiga sosialis dari People’s Revolutionary

Party (PRP) Kyaw Nyein, Thakin Chit dan Ba Swe. Matlamat penubuhan AFPFL ini adalah

untuk membebaskan Burma daripada Jepun dan mencapai kemerdekaan.

Lantaran itu, Aung San telah bertindak menghubungi Lord Louis Mountbatten,

komander Bersekutu di Asia Tenggara seawal Oktober 1943 lagi. Aung San menawarkan

kerjasama, dan berubah daripada anti-British kepada anti-Jepun. Secara ringkasnya, BIA telah

mendapat kerjasama daripada Pasukan 136 British. Maka, selepas tahun 1944, British telah

memulakan misi besar-besaran menakluki Burma semula.22 Akhirnya, Jepun tidak berdaya

untuk mempertahankan kedudukannya di Rangoon kerana telah diserang dari utara dan dari

laut di selatan. Serangan gerila oleh BIA dan Karen yang dibantu Pasukan 136 secara

berterusan menyebabkan Jepun berundur dari Rangoon pada penghujung April 1945.23

Dapat dianalisis sikap atau reaksi Burma terhadap pendudukan Jepun ini adalah bersifat

revolusioner. Ini kerana mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mengembalikan maruah

yang terjejas akibat daripada kewujudan kerajaan ‘boneka’ oleh Jepun serta demi mendapatkan

kemerdekaan mutlak bagi Burma.

22
Abu Talib Ahmad, ‘Pendudukan Jepun di Burma (Myanmar), 1942-1945: Dasar Jepun, Tindak Balas British
dan Dr. Ba Maw, Aung San, U Ba U dan Sir Paw Tun’, (hlm. 205).
23
Ibid.
16

KESIMPULAN

Pada pandangan saya, pendudukan Jepun tamat sebaik sahaja Jepun keluar dari Burma. Namun

begitu, kesan daripada zaman Jepun itu berpanjangan di Burma. Reaksi yang ditunjukkan oleh

golongan Thakin ini adalah berbentuk revolusioner kerana mereka bersungguh-sungguh

berjuang demi mencapai satu matlamat iaitu kebebasan daripada penjajah. Pendudukan Jepun

di Burma ini berjaya mencetuskan perpaduan politik dalam kalangan kelompok yang berbeza

iaitu pertubuhan di bawah Aung San, pergerakan komunis di bawah Thakin Soe dan juga

sosialis daripada PRP menunjukkan mereka sanggup melupakan seketika ideologi masing-

masing bersatu demi kemerdekaan Burma.

Memetik kata-kata Dr Ba Maw sekali lagi dalam Declaration of Independence of

Burma: The New State of Burma is also established upon the principle of Burmese unity in one

blood, one voice, one leader. It was national disintegration which destroyed the Burmese

people in the past and they are determined that this shall never happen again.24 Maka dengan

merujuk kata-kata pemimpin Burma ini jelaslah bahawa, perpaduan antara rakyat Burma

sangat kuat hingga mampu mencetuskan revolusi dan akhirnya berjaya membebaskan Burma

dari penjajahan.

24
U Ba Maw, ‘Declaration of the Independence of Burma’, http://talkaboutjapan.wordpress.com, (akses pada 9
Januari 2023
17

BIBLIOGRAFI

“Civil offensive against Burma by Counsellor R. M. Macdougall” bertarikh 22 Julai 1942 di


dalam IOR: R/8/31
Abu Talib Ahmad, ‘Catitan Kolonel Ishii Akiho Berkenaan Pentadbiran Tentera di Burma’,
JEBAT 16 (1988), 55-62
Abu Talib Ahmad, ‘Ohba Tadashi dan Kokubu Shozo dalam hubungan Jepun-Burma, 1937-
40’, Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, (1984), 3-17
Abu Talib Ahmad, ‘Pendudukan Jepun di Burma (Myanmar), 1942-1945: Dasar Jepun, Tindak
Balas British dan Dr. Ba Maw, Aung San, U Ba U dan Sir Paw Tun’, dalam Isu-isu
Pensejarahan, disunting oleh Abu Talib Ahmad dan Cheah Boon Kheng (Universiti Sains
Malaysia, 1995), hlm.193-217
Aung San Su Kyi, Aung San of Burma: a biographical potrait by his daughter, ed. Ke-2,
(Edinburgh: Kiskadale, 1991), hlm. 1-14
Chakravarty, S R. ‘Emergence Of The Thakin Movement In Burma.’ Proceedings of the Indian
History Congress 35, (1974)
International Military Tribunal for the Far East (IMTFE), Transcript of proceedings, December
2 1946 – April 16, 1948. Interrogation of Tojo Hideki, 20 Disember 1947 Transcript 36, 399-
36
John Bastin, The Emergence Of Moder Southeast Asia: 1511-1957 (United State: PrenticeHall
Inc, 1967), hlm. 145-146.
James P. Ongkili, ‘Perkembangan Nasionalisma’, JEBAT: Malaysian Journal of History,
Politics & Strategic Studies, Vol. 1 (1971), 24-42 (hlm. 34-35).
Maung Maung, Burma in The Family of Nations, (Djambatan, Amsterdam 1956)
U Ba Maw, ‘Declaration of the Independence of Burma’, http://talkaboutjapan.wordpress.com,
(akses pada 9 Januari 2023)
Won Z. Yoon, Japan’s scheme for the liberation of Burma: the role of the Minami Kikan and
the “Thirty Comrade”, Ohio University, Paper in International Studies, Southeast Asia Series
no. 27:1973
Yale Cande Maxon, Control of Japanese Foreign Policy: a study of civil-military rivalry, 1930-
45 (Conn.: Greenwood Press, a967), hlm. 57-58, 63-71

Anda mungkin juga menyukai