Anda di halaman 1dari 9

NAMA PENGARAH PROGRAM : RAAGINI A/P

KRISHNAN
NO. TELEFON : 016-4941720

KERTAS KERJA

MATHPLORACE

TARIKH & HARI:


27 OGOS 2021 JUMAAT

TEMPAT:
KEDIAMAAN MASING-MASING

ANJURAN:
PANITIA SEJARAH

TEMA:

MALAYSIA PRIHATIN
1.1 TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan untuk :
1.2 Mendapatkan pertimbangan, persetujuan dan kelulusan program daripada
Pengetua bagi menjalankan program.

2.0 PENGENALAN

Hari Kemerdekaan disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun
sebagai tanda negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511. Hari
Kemerdekaan disambut secara besar-besaran bertujuan untuk memperingati detik
bersejarah negara kita mencapai kemerdekaan. Pada 31 Ogos ini, negara kita akan
menyambut ulang tahun hari kemerdekaan yang ke-64. Oleh itu, meskipun negara
masih dalam pandemik Covid-19, namun ia tidak menghalang agar sambutan bulan
kebangsaan yang diadakan di peringkat sekolah ini adalah satu usaha untuk
memupuk semangat patriotik dalam jiwa pelajar agar sentiasa sayang dan cinta akan
negara serta berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan yang telah kita capai pada
hari ini. Di samping itu, program ini juga dapat membentuk jalinan ukhwah dan
hubungan silatulrahim yang utuh dalam kalangan murid. Akhir sekali, program ini
merupakan salah satu langkah dan usaha untuk melihat kecerdasan dan
kebijaksanaan pelajar untuk menyelesaikan sesuatu aktiviti.

3.1 OBJEKTIF
Objektif program ini adalah untuk :

3.2 Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa murid-


murid sekolah supaya terus kekal sehingga remaja dan dewasa.
3.3 Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat
kemerdekaan.
3.4 Menyediakan ruang agar murid-murid menggunakan kreativiti mereka
semasa menjalankan program ini.

4.1 KEMAHIRAN INSANIAH


Program ini dapat memupuk :
Kemahiran kerja berpasukan
Kemahiran komunikasi
Kemahiran penyelesaian masalah

4.2 Kemahiran Komunikasi


Pelajar dapat melatih diri mereka untuk berkomunikasi dengan orang lain
daripada pelbagai latar belakang sosiobudaya untuk mencapai matlamat yang
sama. Ini membolehkan mereka belajar untuk mengadaptasikan diri mereka
dalam apa jua keadaan walau di mana sahaja mereka berada di masa hadapan.

4.3 Kemahiran Kerja Berpasukan


Pelajar dapat melatih diri mereka untuk bekerjasama dengan orang lain
daripada pelbagai latar belakang sosiobudaya untuk mencapai matlamat yang
sama. Ini membolehkan mereka belajar untuk mengadaptasikan diri mereka
dalam apa jua keadaan walau di mana sahaja mereka berada

4.4 Kemahiran Penyelesaian Masalah


Pelajar dapat melatih diri mereka untuk menyelesaikan masalah berdasarkan
soalan yang diberikan bersama orang lain daripada pelbagai latar belakang
sosiobudaya untuk mencapai matlamat yang sama. Ini membolehkan mereka
belajar untuk mengadaptasikan diri mereka dalam apa jua keadaan walau di
mana sahaja mereka berada
5.0 JUSTIFIKASI

Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan adalah


bagi memupuk semangat sayangkan negara di kalangan murid-murid dan guru-
guru Sekolah Kebangsaan Menengah Methodist, Sungai Siput. Selain itu dapat
meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang konsep dan rentetan sejarah
kemerdekaan negara dan perjuangan pelbagai pihak yang berusaha meraih
kemerdekaan. Selain daripada itu, dengan adanya pertandingan yang dianjurkan di
peringkat sekolah, dapat mencungkil bakat terpendam murid-murid SMK
Methodist secara menyeluruh. Guru-guru juga dapat mengenalpasti potensi murid
yang mampu mengharumkan nama baik sekolah di peringkat yang lebih tinggi
seperti pertandingan yang dianjurkan antara sekolah dan daerah. Menghayati dan
mencintai serta menyayangi negara Malaysia seterusnya menghargai dan
mempertahankan kedaulatannya serta mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang
masa.

6.0 TARIKH, HARI, MASA DAN TEMPAT PROGRAM

Tarikh : 27 Ogos 2021


Hari : Jumaat
Masa : 10.00 am – 11.30 pm
Tempat : Tempat Kediamaan Masing-masing
7.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran bagi program ini menyasarkan pelajar Tingkatan Tiga seramai
60 orang. Tujuan kami memilih pelajar tingkatan tiga adalah mereka tidak terikat
dengan peperiksaan awam.

8.0 TENTATIF PROGRAM


Program ini akan berjalan seperti berikut :

Masa Perkara

10.00 – 10.15 pagi Kemasukan pelajar melalui google meet

10.15-10.30 pagi Lagu merdeka

Montage video kemerdekaan


10.30-11.00 pagi

11.00-11.15 pgi Aktiviti Quiz sempena kemerdekaan

11.15-11.30 pagi Penutup


9.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Bil. Jawatan & Nama Bidang Tugas


1 Penasihat  Memberi nasihat sepanjang penyediaan
kertas kerja.
En. Syed Ahmad Nizam Bin  Memberi nasihat dan dorongan sepanjang
Syed Mohd Rashid pelaksanaan program.

2 Pengarah Program  Menyediakan kertas kerja.


 Menyampaikan arahan daripada penyelaras
Cik Raagini a/p Krishnan dan penasihat kepada AJK yang lain.
 Memastikan kelancaran program.
3 Timbalan Pengarah  Membantu pengarah program dalam
melicinkan pelaksanaan program.
En. Chandra Kumar  Mengambil alih tugas pengarah semasa
ketiadaannya.
13.0 PENUTUP

Adalah menjadi harapan jawatankuasa pelaksana agar program ini mendapat sokongan
daripada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Pihak penganjur
juga berharap program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Diharapkan dengan
berlangsungnya program ini dapat melahirkan murid yang terus aktif dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelektual malah secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi
hubungan silaturahim tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit. Pengalaman yang
amat bernilai di samping dapat menambah lagi ilmu pengetahuan kepada para murid SMK
Methodist Sungai Siput serta urusetia program yang terdiri daripada barisan guru Sekolah
Menengah Kebangsaan Methodist lantas menjadikan program ini sebagai wadah dalam
membangunkan kemahiran insaniah. Semoga usaha yang dirancang ini mendapat perhatian
dan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat.
14.0 PENGESAHAN DAN KELULUSAN

Disediakan oleh : Cik. Raagini a/p Krishnan


Pengarah Program Kemerdekaan,
SMK Methodist,
Sungai Siput (U),
Perak.

Tandatangan : ...........................
Tarikh : ...........................

Disemak dan Disokong oleh : En. Syed Ahmad Nizam Bin


Syed Mohd Rashid
Penasihat Program Kemerdekaan,
SMK Methodist,
Sungai Siput (U),
Perak.

Tandatangan : .....................
Tarikh : ......................

Permohonan diluluskan oleh : En.R Karunagaran a/l Raman


Pengetua,
SMK Methodist,
Sungai Siput (U),
Perak.

Tandatangan : .....................
Tarikh : ......................
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai