Anda di halaman 1dari 4

SULIT 2611/2

2611/2
Pendidikan
Seni Visual
Kertas 2
OGOS
2022
3 jam

PENTAKSIRAN PERTENGAHAN SESI AKADEMIK 2022


TINGKATAN 4

PENDIDIKAN SENI VISUAL


Kertas 2
SENI HALUS
Tiga jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas ini mengandungi 6 soalan.

2. Jawab satu soalan sahaja

SULIT
ARAHAN KEPADA CALON

(a) Kertas soalan ini hendaklah dibawa ketempat peperiksaan pada hari yang ditetapkan.
Tulis dengan terang Nama, Tingkatan, Nombor Soalan dan Markah mengikut susunan
yang ditetapkan di sudut kanan sebelah atas muka hadapan lukisan anda (Lihat
gambarajah di bawah).

Sudut kanan sebelah atas muka hadapan lukisan anda.

Nama :
Tingkatan :
5 cm
Nombor Soalan :
Markah :

8 cm

1. Hasilkan kerja anda hendaklah yang asli.


2. Hasil kerja anda itu hendaklah memenuhi atau hampir memenuhi kertas lukisan itu
kecuali ruang 5cm x 8cm yang ditetapkan.
3. Keseluruhan hasil kerja hendaklah diwarnakan.
4. Anda bebas menggunakan apa jua teknik menggambar kecuali teknik semburan atau
‘assemblaj’. Jika teknik kolaj digunakan, anda hendaklah menggunakan kertas berwarna
dan bahan terbuang yang nipis seperti kulit majalah dan perca kain yang dibawa sendiri.
5. Hasil kerja anda itu hendaklah dalam bentuk 2D sahaja.

SULIT
SENI HALUS

Jawab satu soalan sahaja.

1. Anda sedang berjalan kaki di tepi sebatang jalan raya . Di hadapan anda
kelihatan sebuah jengkaut tanah sedang mengorek tanah di seberang jalan raya .
Kelihatan beberapa longgokan tanah di tepi jengkaut tanah tersebut .

Gambarkan situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan


dan ruang.

2. Terdapat beberapa buah buku lama bertindan-tindan di atas sebuah meja.


Kelihatan juga sebuah buku terbuka muka suratnya di atas meja itu. Di atas meja
itu juga terdapat secawan air kopi panas.

Gambarkan situasi ini dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada
bentuk , jalinan dan ruang

3. Sebuah kereta rali sedang mengikuti sebuah perlumbaan rali satu kawasan
belukar. Kereta itu kelihatan sedang melalui satu selekoh yang tajam. Kelihatan
debu-debu berterbangan disekitar kawasan tersebut.

Gambarkan situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan


dan ruang.

4. Dua ekor nyamuk raksaksa yang bengis kelihatan sedang bertarung di sebuah
kawasan angkasa raya. Kedua-duanya kelihatan sedang bercakaran antara satu
sama lain.

Gambarkan suasana yang aneh ini dari jarak dekat.

5. Seorang pemuda kelihatan sedang mencuci sebuah kereta di pusat cucian


kereta. Kelihatan beliau sedang membilas kereta itu dengan menggunakan alat
pemancut air . Terdapat juga timba berisi air dan beberapa tuala lama di
kawasan itu.

Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada
bentuk, jalinan dan ruang .

6. Seekor tupai sedang bertenggek di atas sebatang dahan pokok rambutan sambil
memakan buahnya. Di sekitarnya kelihatan banyak buah rambutan yang sedang
masak ranum.

Gambarkan situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada ruang,bentuk,


jalinan dan pencahayaan.
SULIT

Anda mungkin juga menyukai