Anda di halaman 1dari 1

SULIT 2611/2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MERBAU


PENILAIAN SUMATIF 2
PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 4 (2611/2)
(3 JAM)

Tulis dengan jelas nama, kelas, dan nombor soalan yang dipilih pada bahagian sudut atas
sebelah kanan belakang kertas lukisan anda.
NAMA: _________________________

TINGKATAN: ___________________
5CM

NO. SOALAN: ________

MATA PELAJARAN: _____________


8CM
NO. SOALAN: ___________________

Kertas soalan ini mengandungi enam soalan danMARKAH: ______________________


anda hanya perlu menjawab satu soalan sahaja.

Soalan
1. Terdapat beberapa jenis sayur-sayuran seperti sawi, tomato, cili, terung, serai, dan sebagainya di
atas sebuah meja. Kelihatan juga lesung batu, seekor ikan, dan pisau pemotong. Gambarkan
suasana tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada komposisi, bentuk,
jalinan, warna, dan ruang.

2. Pendekar mentadak dan pendekar tebuan sedang bertarung di atas daun-daun rumput kerana
ingin merebut Kawasan penempatan. Gambarkan suasana tersebut dari jarak dekat dengan
memberikan penekanan kepada aksi, ruang, bentuk, dan jalinan dalam karya anda.

3. Anda bersama rakan-rakan anda sesat di suatu kawasan dan terjumpa sepasang kasut gergasi.
Anda dan rakan-rakan mencuba memanjat kasut tersebut untuk melihat apa yang ada di dalamnya.
Gambarkan situasi tersebut dengan memberikan penekanan kepada bentuk, ruang, warna, dan
jalinan dalam karya anda.

4. Anda dikehendaki menghasilkan satu karya nostalgia pemandangan kampung Melayu pada era
50an sehingga 60an yang masih menunjukkan rumah kampung menggunakan atap rumbia dan
nipah. Gambarkan suasana tersebut dengan memberi penekanan kepada komposisi, ruang,
bentuk, dan jalinan.

5. Seekor udang galah yang sangat besar telah sesat di dalam ruang sebuah rumah. Udang galah
tersebut kelihatan sangat marah sambil mengangkat penyepitnya ke atas. Gambarkan situasi
tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan, dan pencahayaan.

6. Beberapa jenis buah-buahan seperti rambutan, pisang dan langsat diletakkan di atas sebuah meja
di tepi jalan sebagai barang jualan. Terdapat juga penimbang dan bakul buah berdekatan dengan
buah-buahan tersebut. Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan
kepada bentuk, jalinan, dan ruang.

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai