Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MERBAU, MIRI.

PENILAIAN SUMATIF 1 (MEI) TINGKATAN 5


PENDIDIKAN SENI VISUAL
KERTAS 2
(3 JAM)
ARAHAN:
Kertas soalan ini mengandungi 6 soalan. Anda dikehendaki memilih satu soalan sahaja. Anda juga dikehendaki
menyediakan satu petak kecil di bahagian atas sebelah kanan kertas lukisan anda untuk menulis maklumat berikut:
nama penuh, tingkatan dan nombor soalan. Lihat contoh di bawah.

Nama Penuh:
Tingkatan:
No. Soalan:
5cm
Markah:

8cm

1. Beberapa ekor burung sedang terbang di satu kawasan yang dipenuhi pelbagai jenis tumbuhan berbunga dan
berlatarbelakangkan air terjun. Kelihatan beberapa ekor serangga merayap di atas batu berhampiran air
terjun tersebut. Gambarkan suasana tersebut dengan memberi penekanan kepada ruang, jalinan, warna,
bentuk dan pergerakan.

2. Di suatu sudut ruang tamu, terdapat perhiasan tembikar yang terdiri daripada pelbagai saiz dan bentuk. Ada
di antaranya telah jatuh dan pecah. Gambarkan keadaan tersebut dari jarak dekat dengan memberi
penekanan kepada ruang, bentuk dan jalinan.

3. Anda telah menemui sebuah penempatan aneh di dasar laut. Kelihatan makhluk ganjil menghuni penempatan
yang dihiasi flora dan cengkerang berwarna-warni. Lukiskan suasana ini mengikut imaginasi anda dengan
memberi penekanan kepada jalinan dan warna.

4. Akibat daripada bencana alam, elektrik tidak dapat berfungsi. Ini menyukarkan anak-anak untuk mengulang
kaji pelajaran. Mereka mengulang kaji pelajaran dengan menggunakan lilin atau lampu minyak tanah.
Gambarkan situasi ini dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada aksi, pencahayaan, bentuk dan
ruang.

5. Panglima Lebah dan Panglima Tebuan sedang bertarung untuk merebut madu pada beberapa kuntum
bunga. Pertarungan ini berlaku di taman bunga dan disaksikan oleh beberapa serangga lain. Gambarkan
situasi ini dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada aksi, bentuk, jalinan dan ruang.

6. Anda sedang mendaki bukit. Apabila anda memandang ke arah puncak bukit, kelihatan sebuah rumah lama
yang telah usang dan dikelilingi oleh semak samun. Gambarkan situasi tersebut dengan memberi penekanan
kepada bentuk, jalinan dan ruang.

- KERTAS SOALAN TAMAT -

Anda mungkin juga menyukai