Anda di halaman 1dari 3

2 SULIT 2611/2

6 2611/2
1 Pendidikan
1 Seni Visual
Kertas 2
2
September
2007
3 jam
MAKTAB RENDAH SAINS MARA

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007

PENDIDIKAN SENI VISUAL

Kertas 2

Tiga jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi enam soalan.


2. Jawab satu soalan sahaja.
3. Kertas soalan ini hendaklah diberikan kepada calon sekurang-kurangnya seminggu
sebelum tarikh peperiksaan kertas ini

Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak
Seni Halus

Jawab satu soalan sahaja

1. Di tepi sungai terdapat sebuah rumah yang usang. Kelihatan tumbuhan-


tumbuhan menjalar memanjati dinding rumah usang itu. Gambarkan suasana
yang ngeri dan sepi itu.

2. Di tempat letak kereta, kelihatan seorang pemuda sedang mencuci sebuah kereta
yang berwarna merah. Di tangannya memegang sehelai kain buruk. Di tepi
kereta itu terdapat beberapa peralatan mencuci termasuk getah pemancut air.
Gambarkan suasana tersebut.

3. Pemandangan di sebuah padang ragut yang dipenuhi dengan lalang dan pohon-
pohon kayu. Kelihatan beberapa ekor lembu sedang meragut rumput.
Gambarkan keadaan ini.

4. Di dalam sebuah kedai dobi, kelihatan seorang wanita sedang memasukkan


beberapa helai baju kotornya ke dalam mesin basuh. Di sebelahnya, terdapat
beberapa buah mesin basuh. Di atas salah sebuah mesin basuh tersebut kelihatan
sebuah bakul kain kosong berwarna merah. Gambarkan keadaan ini.

5. Gambarkan satu lokasi pusat pembuangan sampah yang dipenuhi dengan


sampah sarap seperti serpihan kayu buruk, tayar lama, bungkusan sampah, sisa
makanan dan lain-lain. Terdapat beberapa tunggul kayu berhampiran dengan
tempat pembuangan sampah tersebut. Lukiskan gambaran ini.

6. Di sebuah hutan yang ganjil terdapat pokok-pokok aneh tumbuh melata melilit
antara satu sama lain. Kelihatan beberapa ekor burung ganjil berterbangan
mengelilingi celah-celah pohon tersebut. Gambarkan keadaan ini.
Seni Halus

Jawab satu soalan sahaja

1. Di kaki lima kompleks membeli belah, seorang tukang kasut sedang tekun
menjahit sepatu wanita. Di depannya terdapat dua buah kotak kayu penuh
berisi kasut dan alat pertukangan. Kelihatan beberapa pelanggan setia
menanti sambil memerhati tukang kasut itu. Gambarkan suasana tersebut.

2. Di dalam sebuah zoo kelihatan seekor rusa sedang berehat di bawah


sepohon pokok. Di sebelahnya terdapat seekor anak rusa sedang tidur. Di
bahagian belakang rusa tersebut terdapat beberapa pohon pokok buluh yang
cantik. Lukiskan suasana dalam zoo tersebut.

3. Pada musim cuti persekolahan yang lalu, anda dan keluarga berkunjung ke
dusun datuk di kampung. Anda sekeluarga begitu seronok berpeluang
menghabiskan masa di bawah pohon nangka sambil menikmati buahnya.
Kelihatan juga satu longgokan buah nangka yang baru dipetik. Gambarkan
suasana tersebut.

4. Pertandingan memancing telah diadakan di sebuah tasik anjuran Majlis


Perbandaran. Ramai peserta telah menyertainya. Kelihatan para pemancing
sedang asyik memancing. Seorang daripada pemancing tersebut sedang
mengeluarkan mata kail dari ikan yang berjaya dipancingnya. Gambarkan
dari dekat aksi pemancing tersebut.

5. Di atas sebuah meja, di ruang makan terdapat sebuah bekas yang berisi
dengan buah-buahan mangga, limau, pisang dan sebiji tembikai.
Bersebelahan bekas buah-buahan itu, terdapat sebuah pembakar roti elektrik
dan beberapa keping roti di atas piring. Gambarkan keadaan tersebut.

6. Anda berada di alam luar biasa. Tiba-tiba anda terserempak dengan seekor
serangga yang sama saiznya dengan anda. Anda terjatuh dan serangga
tersebut mengangkat anda untuk dibawa ke sarangnya. Gambarkan suasana
tersebut dengan memberikan penekanan kepada jalinan, bentuk dan ruang.

Anda mungkin juga menyukai