Anda di halaman 1dari 1

SMK BADANG

PELAKSANAAN MODUL PERKASA MINDA


PENGGAL 1 TAHUN 2023
TINGKATAN 5
Arahan
Kertas soalan ini mengandungi enam soalan. Jawab satu soalan sahaja

1. Di sebatang sungai kecil seorang lelaki sedang menjala ikan . Kelihatan beliau sedang
menarik jala ke tepi sungai dengan sepenuh tenaga . Di sebelah lelaki tersebut terdapat sebuah
basikal tua bersama sebuah bakul rotan .
Gambarkan suasana tersebut.

2. Di atas sebuah anak tangga kayu kelihatan sebuah topi keledar yang usang . Kelihatan juga
sebuah surat khabar yang tertindan oleh sehelai kain pelikat di sebelah bersebelahan topi keledar
itu .
Gambarkan situasi ini dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk , jalinan dan
ruang

3. Seekor itik sedang berenang dengan dua ekor anaknya di dalam sebuah kolam . Kelihatan juga
di dalam kolam itu beberapa pokok teratai yang hidup subur . Terdapat juga beberapa batang
kayu reput tercacak di dalam kolam tersebut .
Gambarkan suasana, tersebut dari pandangan jarak dekat.

4. Anda sedang beriadah mengayuh basikal di sebatang jalan kampung. Kelihatan di hadapan
anda sebuah jambatan kayu yang agak uzur . Di kiri-kanan jambatan itu terdapat pokok-pokok
besar dimana daunnya ada yang mencecah hingga ke tiang-tiang jambatan . Terdapat bayang-
bayang pokok pada kebanyakan tempat pada lantai jambatan itu .
Gambarkan suasana tersebut.

5. Anda tiba-tiba berada di sebuah kawasan yang ganjil dan menyeramkan. Di hadapan anda
kelihatan satu makhluk besar dan berbulu sedang mencabut sebatang pokok. Kelihatan juga di
kawasan itu busut-busut kecil yang mengeluarkan cairan lalu membasahi seluruh kawasan itu.
Gambarkan suasana yang aneh dan menyeramkan ini.

6. Sebuah kotak kayu telah terjatuh dari atas rak . Beberapa bahagian pada kotak kayu itu telah
patah dan lerai . Kelihatan juga beberapa tin makanan ringan yang bersepah keluar dari kotak itu.
Terdapat juga beberapa keping biskut yang bertaburan di sana-sini .
Gambarkan suasana itu.

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai