Anda di halaman 1dari 26

1.

0 PENGENALAN

1.1 Sejarah Tali

Sesetengah berpendapat bahawa orang Mesir merupakan orang yang pertama menggunakan
tali. Tali yang mereka gunakan diperbuat daripada rami yang halus, dhan kurma, bulu unta
dan akar kayu. Penduduk Mesir menggunakan tali lebih kurang 5000 tahun lepas (Syed
Hasyim,1983) Sesetengah pendapat pula, mengatakan bahawa bangsa Yunani prasejarah,
iaitu seorang dewa Og adalah pembuat tali yang pertama (Tak-joeddin, 1981).

Tali dan simpulan mempunyai lagenda yang tersendiri dan berlaku dari zaman ke
zaman. Contohnya lagenda tali dan simpulan dihubung kait dengan Raja Iskandar Zulkarnain
dari Mekadonia. Beliau telah diuji kepintarannya dengan memberikan satu longgokan tali.
Beliau disuruh mencari hujung tali tersebut. Setelah mencuba mencari hujung tali beberapa
lama dan menggunakan berbagai-bagai ikhtiar, namun ia tidak berjaya. Akhirnya beliau
tersangat marah dan hilang kesabaran, lalu beliau menghunus pedangnya dan memotong
longgokan tali itu sehingga terdapat beberapa hujung tali. pada abad-abad pertengahan,
tukang tilik dan tukang shir menerapkan jampi serapah pada simpulan untuk digunakan
sebagai azimat. Pengaruh kepercayaan ini masih lagi terdapat dalam beberapa masyarakat di
masa kini. Setengah-setengah tempat masyarakat Melayu masih mengamalkan kepercayaan
ini.

Pada asalnya tali diperbuat daripada kulit dan bulu binatang tertentu. Kemudian rotan
akar-akar kayu digunakan. Setelah itu tali diperbuat daripada sabut,dawai,kapas,rami,hemp
dan bahan-bahan campuran(sintetik).Tali terdapat dalam pelbagai saiz lilitannya dan
digunakan untuk berbagai-bagai kegunaan.

1.2 Definisi Simpulan dan Ikatan

Dianggarkan terdapat lebih kurang 3000 jenis simpulan dan ikatan. Tali yang digunakan pada
sepanjang masa, tempat dan keadaan, seperti oleh pengembara, penyelamat, pendaki gunung,
mengikat kapal di pelabuhan, penggunaan khas, perhiasan dan kegiatan luar. Kita juga selalu
menggunakan berbagai-bagai jenis ikatan dan simpulan pada setiap masa. Empat definisi
yang perlu diketahui tentang simpulan dan ikatan, iaitu simpulan (knotting), ikatan (lashing),
sambat (splicing) dan mematikan hujung tali (whipping)

1
1.2.1 Simpulan

Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Ia digunakan pada
benda-benda yang kecil dan sederhana. Contoh simpulan ialah buku sila, tindih kasih, simpul
himpit, lilit dua simpul dan simpul pemukat. Simpulan pula digunakan pada setiap tempat
dan masa seperti di rumah, hospital, mengikat tali kasut, bungkusan dan memulakan jahitan.

1.2.2 Ikatan

Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk jambatan, tiang
bendera, Menara dan sebagainya. Kebiasaannya dalam kegiatan berpengakap dan kepanduan
beberapa ikatan digunakan seperti ikat seraya, ikat serong,ikat silang gunting dan lilit balak.

1.2.3 Sambat

Sambat digunakan untuk menyambung dua tali dan membuat sesuatu peralatan. Selain itu,
menyambungkan dua tali dengan menggunakan kaedah sambat adalah sangat baik dan
selamat. Sambat yang biasa digunakan seperti sambat balik, sambat pendek dan sambat mata.

1.2.4 Mematikan hujung tali

Tali haruslah dimatikan hujungnya sebelum digunakan. Keadaan ini perlu supaya tali tadi
tidak terburai dihujungnya. Kebiasaannya hujung tali dimatikan dengan lilit pemati biasa dan
lilit pemati selit.

2
2.0 JENIS-JENIS TALI

2. 1 Tali Fiber

Tali Fiber merupakan tali yang diperbuat daripada bahan-bahan berunsurkan


tumbuhan dan haiwan. Contohnya,

2.1.1 Tali gentian manila (daripada pokok hamp)


2.1.2 Tali sabut (daripada sabut)
2.1.3 Tali sisal (daripada pokok sisal)
2.1.4 Tali kapas (daripada kapas)
2.1.5 Tali belati
2.1.6 Tali jut (daripada Jerami)

2.2 Tali Sintetik

Tali sintetik diperbuat daripada bahan-bahan campuran yang berunsurkan tumbuhan


dan kimia. Contohnya.

2.2.1 Tali nilon


2.2.2 Tali hawser-laid
2.2.3 Tali karamental
2.2.4 Tali poliester
2.2.5 Tali wayar
2.2.6 Tali drilena

3
3.0 AKTIVITI TALI

3.1 Panjat-memanjat
3.2 Perkhemahan yang melibatkan pembinaan gejet dan permainan
3.3 Aktiviti menyelamat seperti menurunkan atau menaikkan mangsa dari tebing yang
tinggi.
3.4 Aktiviti ikhtiar hidup seperti memasang jerat
3.5 Aktiviti memancing.
3.6 Aktiviti seni
3.7 Pengakap
3.8 Bidang perkapalan
3.9 Kehidupan seharian
3.10 Mendaki

4.0 PENJAGAAN TALI

Kebanyakkan tali yang diperbuat daripada bahan campuran dan rami manila mempunyai
mutu yang baik.Harga tali terutama jenis ini agak mahal. Tambahan pula rami yang
digunakan untuk membuat tali mengalami berbagai-bagai masalah. Kita seharusnya menjaga
dan menyimpan tali dengan sempurna. Tali yang baru dibeli hendaklah dibuka lilitannya dan
ditegangkan sekali-sakala. Selepas digunakan, tali hendaklah dilingkarkan sebelum disimpan
di tempat yang kering dan selamat. kita tidak boleh membasuh tali.

Tali yang basah tidak boleh disimpan. Keadaan ini menyebabkan tali menjadi cepat reput dan
tidak boleh digunakan. Kita tidak boleh menjemur tali yang basah di bawah panas matahari
atau menggunakan kuasa wap. Sebaliknya ia perlu diudarakan dan dibiarkan kering dalam
suhu bilik. Tali yang hendak disimpan boleh diberi label panjangnya dan digantung di tempat
yang sesuai.

Biasanya tali mempunyai daya ketahanan tertentu. Contohnya, tali yang digunakan mengikat
diperbuat daripada rami manila. Tali jenis ini mempunyai lilitannya 5cm dan ketahanannya
ialah 2.03tan. Tali-tali yang digunakan untuk menarik mempunyai ketahanan nya 2.72tan.
Tali penarik biasanya diperbuat daripada terilin dan mempunyai lebih daripada hadnya. Besar
kemungkinan tali tidak tahan lama dan akan putus. Tali-tali yang digunakan untuk
4
mengangkat, menarik dan menyelamat perlu diuji salalu supaya selamat semasa
menggunakannya.

5.0 JENIS- JENIS IKATAN DAN SIMPULAN YANG DIAJAR DALAM PENGAKAP

5.1 Lencana Keahlian (Pengakap Muda)


1. Ikatan Buku Sila (Reef Knot)
2. Ikatan Bunga Geti ( Sheet common line)
3. Simpul Tindih Kasih (Bowline)
4. Simpul Manuk (Clove hitch)
5. Lilit Dua Simpul (Round Turn and Two Half Hitches)
6. Lilit Pemati Biasa (Common Whipping)

5.2 Lencana Usaha (Pengakap Muda)


1. Simpul Himpit (Fisherman’s Knot)
2. Simpul Pulih (Sheepshank Knot)
3. Simpul Bunga Geti Berganda(Double Sheet Becket Bend)
4. Lilit Balak(Timber Hitch Knot)
5. Lilit Taut(Taut Line)
6. Ikatan Seraya (Square Lashing)
7. Ikatan serong(Diagonal Lashing)

5.3 Lencana Maju (Pengakap Muda)


1. Tindih Kasih Berganda (Bowline on a Bight)
2. Lilit Pemati Selit (Sailmaker’s Whipping)
3. Simpul Kerusi (Fireman’s Chair Knot)
4. Sambat balik (Back Splice)
5. Belit Lucut ( Highwayman’s hitch)
6. Lilit Pasdul (Marline Spike Hitch)
7. Simpul Kepala Lalat (Crown Knot)
8. Ikat Silang Gunting(Sheer Lashing)

5
5.4 Lencana Jaya (Pengakap Muda)
1. Simpul Abah-abah (Manharness Knot)
2. Simpul Ngah (Middleman’s Knot)
3. Tindih Kasih Air (Water Bowline)
4. Lilit Tindih kasih Kejap(Rolling Hitch)
5. Lilit Tong(Barrel Hitch)
6. Lilit kacang/Ular(Floor/Snake Lashing)
7. Ikatan Pengail (Fisherman’s hitch)
8. Ikatan Silang Tungku(Tripod Lashing)
9. Sambatan Mata (Eye Splice)

6.0 20 JENIS IKATAN DAN SIMPULAN YANG DIPILIH

6.1 Buku Sila(Reef knot)


6.2 Tindih Kasih (Bowline)
6.3 Bunga Geti (Sheet/Flag/Common Bend)
6.4 Simpul manuk(Clove Hitch)
6.5 Simpul pulih (Sheepshank Knot)
6.6 Simpul Himpit (Fisherman’s Knot)
6.7 Sambat Balik(Back Splice)
6.8 Lilit Balak (The Timber Hitch)
6.9 Simpul Belit Lucut( Highwayman’s hitch)
6.10 Simpul Abah-abah (Manharness Knot)
6.11 Lilit Pasdul (Marline Spike Hitch)
6.12 Lilit Tindih kejap (Rolling Hitch)
6.13 Lilit Pemati Biasa(Common whipping)
6.14 Ikatan Silang Tungku(Tripod Lashing)
6.15 Lilit Taut (Taut Line)
6.16 Ikatan Serong(Diagonal Lashing)
6.17 Simpul Angka Lapan(Figure Eight Knot)
6.18 Simpul Kerusi (Fireman’s Chair Knot)
6.19 Simpulan Pencuri (Thief Knot)
6.20 Ikatan seraya (Square Lashing)

6
6.1 Buku Sila ( Square /reef knot)

6.1.1 Fungsi:
- Menyambung 2 tali yang sama saiz
- Mengikat pembalut segi tiga semasa pertolongan cemas

6.1.2 Teknik:
a) Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain.
b) Masukkan hujung A di bawah B
c) Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawah.

Rajah 1: Buku Sila

6.2 Tindih Kasih (Bowline)

6.2.1 Fungsi:
- Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut benda /binatang dan
sebagainya.
- Sesuai digunakan untuk menyelamat orang/binatang dengan memasukkan tanjul itu
keliling badan mangsa.

7
6.2.2 Teknik:
a) Mulakan ikatan dengan membentuk satu lingkaran no 6.
b) Kemudian, masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut
c) Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan Kembali ke dalam bulatan
tersebut.

(a) (b)

Rajah 2: Tindih kasih

6.3 Bunga Geti (Sheet/Flag/Common Bend)

6.3.1 Fungsi:
- Menyambung 2 tali yang tidak sama saiz
- Mengikat tali ke tanjul

6.3.2 Teknik:
a) Buat bulatan pada tali besar
b) Kemudian, masukkan tali kecil dari bawah bulatan tali besar melalui lubang
lingkaran.
c) Pusing tali kecil ke bawah tali besar, pusing dan bawa semula tali kecil ke atas
tali besar dan selitkan di bawah tali kecil semula.
d) Seterusnya Tarik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk simpul.

8
Rajah 3: Bunga Geti

6.4 Simpul Manuk/ Cincin Ayam (Clove Hitch)

6.4.1 Fungsi:
- Digunakan untuk mengikat benda yang licin seperti kayu, hujungpanjang
khemah, botol dan sebagainya.
- Kelebihannya tidak mudah terburai, mudah diikat dan ditanggalkan.
- Juga digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan silang
gunting semasa membuat gejet.

6.4.2 Teknik:
a) Mulakan simpulan dengan tali kanan atas tali kiri
b) Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi.
c) Tarik hujung tali.
d) Cara kedua buat dua gelung
e) Gelung sebelah kanan bawa ke belakang gelung sebelah kiri
f) Masukkan gelung pada kayu.
g) Tarik kedua-dua hujung tali.

9
Rajah 4: Simpul Manuk

6.5 Simpul Pulih (Sheep shank)

6.5.1 Fungsi:
- Digunakan untuk menguatkan bahagian tali yang reput,hendak putus atau
rosak tanpa memotongnya.
- Digunakan juga untuk memendekkan tali yang panjang tanpa
memotongnya.

6.5.2 Teknik:
a) Buat dua berhadapan dua tali secara bertentangan
b) Kemudian bentukkan satu bulatan di hujung kanan tali.
c) Masukkan tali yang telah dipendekkan ke dalam lubang tersebut.
d) Ulang untuk sebelah lagi.

10
Rajah 5: Simpul Pulih

6.6 Simpul Himpit/ Simpulan pengail (Fisherman’s Knot)

6.6.1 Fungsi:
- Sesuai digunakan untuk menyambungkan dua tali yang halus/licin seperti tali
tangsi.
-Digunakan untuk mengikat tali pada gelung besi,kayu dan pancang.
-Sesuai digunakan untuk mendaki bukit, abseiling dan rappelling.

6.6.2 Teknik:
a) Sediakan dua tali yang sama saiz
b) buat gelungan pada tali a disekeliling tali b dan masukkan tali a ke dalam gelungan
itu.
c) buat di sebelah satu lagi tapi menggunakan tali b pula dengan kaedah yang sama.
d) ketatkan kedua-dua tali.

11
Rajah 6: Simpul Pengail

6.7 Sambat Balik (Back Splice)

6.7.1 Fungsi:
Untuk mematikan hujung tali

6.7.2 Teknik:
a) Leraikan hujung tali
b) Kemudian, sambat balik bersilang-silang ke belakang.
c) Masukkan setiap urat tali berselang-selang di atas urat yang rapat dengannya dan
di bawah lembar yang dihadapannya.
d) Lakukan menyembat balik sehingga tiga kali.

12
Rajah 7: Sambat Balik

6.8 Lilit Balak( The Timber Hitch)

6.8.1 Fungsi:
- Ikatan sementara untuk menurunkan atau menarik beban seperti tongkol kayu dan
sebagainya.

6.8.2 Teknik:
a) belit tali keliling kayu
b) tali sebelah kiri di bawah tali kanan dan buat bulatan masuk semula di bawah tali
kiri.Ulang langkah.

13
Rajah 8: Lilit Balak

6.9 Simpul Belit Lucut (Highwayman’s hitch)

6.9.1 Fungsi:
- Sesuai digunakan untuk menikat bot atau binatang (contoh kuda) supaya boleh
dibuka dengan pantas.
- Boleh digunakan untuk turun dari atas pokok dengan menggunakan tali.

6.9.2 Teknik:
a) letak gelungan tali di belakang kayu
b) tali sebelah kanan, lilit sekeliling kayu dan masukkan di bawah gelungan pertama
c) ambil tali sebelah kanan pula, masukkan berselang – seli di tanjul

14
Rajah 9: Simpul Belit Lucut

6.10 Simpul Abah- abah(Manharness Knot)

6.10.1 Fungsi :
- Digunakan untuk membuat tanjul ditengah-tengah tali.
- Digunakan dalam aktiviti panjat-memanjat.

6.10.2 Teknik:
a) Buat satu gelung seperti dalam rajah
b) Tarik tali bahagian atas melalui gelung.
c) Tali tersebut hendaklah berbentuk tanjul.
d) Beberapa tanjul hendaklah dibuat supaya sesuai digunakan untuk memanjat.

15
Rajah 10: Simpul Abah-abah

Rajah 11: Cara Simpul Abah-abah digunakan pada pendaki

6.11 Lilit Pasdul(Marline Spike Hitch)

6.11.1 Fungsi:
- Digunakan untuk mengikat batang kayu kecil untuk membuat tangga.
- Digunakan untuk mencabut kayu pancang yang terbenam terlalu dalam tanah.

6.11.2 Teknik:
a) Mulakan dengan membuat satu gelung
b) Ambil kayu sepanjang 60 cm yang saiznya sebesar lengan kemudian masukkan
tali tadi.
c) Lakukan pada kedua-dua hujung kayu supaya seimbang kiri dan kanan.

16
Rajah 12: Lilit Pasdul

6.12 Lilit Tindih Kejap (Rolling Hitch)

6.12.1 Fungsi:
- Digunakan untuk menambat tali yang kecil pada tali besar apabila ditarik secara
songsang.
- Juga digunakan untuk menarik tali besar.

6.12.2 Teknik:
a) Buat gelung sekeliling kayu seperti dalam gambar rajah.
b) Ulang Langkah yang pertama tadi
c) Buat lagi satu gelung, dan masukkan tali yang digerakkan di bawah tali yang
sama.

17
Rajah 13: Lilit Tindih Kejap

6.13 Lilit Pemati Biasa (Common Whipping)

6.13.1 Fungsi:
- Untuk menyambung dua utas tali yang halus, licin dan sama besar seperti tali
pancing.
- Digunakan oleh nelayan untuk mengikat tali pukat dan jala.

Rajah 14: Lilit Pemati Biasa

18
6.14 Ikatan Silang Tungku (Tripod Lashing)

6.14.1 Fungsi:
- Digunakan untuk membuat gejet dan menyambung kayu, khususnya bagi mengikat
tiga batang kayu/buluh yang sama besar dan panjangnya.

6.14.2 Teknik:
a) Dimulakan dengan lilit balak atau simpul manuk.
b) Lilitkan pada ketiga-tiga batang kayu dengan cara berselang-seli dicelah-celah
kayu.
c) Matikan dengan menggunakan simpul manuk.

Rajah 15: Ikatan Silang Tungku

19
6.15 Lilit Taut(Taut Line Hitch)

6.15.1 Fungsi:
- Digunakan untuk mengikat tali khemah ke pancang atau tali ke tiang supaya boleh
dikendurkan atau ditegangkan.

Rajah 16: Lilit Taut

6.16 Ikatan Serong (Diagonal Lashing)

6.16.1 Fungsi:
- Untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu bersilang.
- Digunakan untuk membina jambatan, Menara,gejet dan pioneering.

20
Rajah 17: Langkah-langkah mengikat menggunakan Ikatan Serong

6.17 Simpul Angka Lapan(Figure Eight Knot)

6.17.1 Fungsi
- Berfungsi sebagai ikatan sementara.
- Bagi mengelakkan ataupun menahan hujung tali daripada terburai dari blok takal.
- Merupakan salah satu daripada ‘stopper knots’.

6.17.2 Keistimewaan:
- Mudah dibuka berbanding simpul mati.

6.17.3 Teknik:
a) buat satu gelung menggunakan tali dibahagian yang pendek.
b) Masukkan tali bahagian pendek ke dalam gelung.
c) Tarik kedua-dua belah tali.

21
Rajah 18: Simpul Angka Lapan

6.18 Simpul Kerusi (Fireman’s Chair Knot)

6.18.1 Fungsi:
- Digunakan untuk menurunkan orang dari bangunan yang tinggi atau juram dengan
memasukkan tanjul yang kecil keliling dada dan tanjul yang besar keliling kaki atau
pelipatan lutut.

6.18.2 Teknik:
a) Buat dua gelung seperti dalam gambar rajah
b) Gelung tengah ditarik keluar ke kiri dan ke kanan.
c) Hujung tali kiri dan kanan buat separuh gelung seperti ikatan simpul pulih.

22
Rajah 19: Simpul Kerusi

6.19 Simpulan Pencuri (Thief Knot)


- Digunakan untuk mengikat bungkusan dan bimbang ada orang lain akan
membuka bungkusan tersebut.
- Digunakan untuk aktiviti mendaki @menuruni bukit.

Rajah 20: Simpulan Pencuri

23
6.20 Ikat Seraya (Square Lashing)

6.20.1 Fungsi:
- Digunakan apabila dua batang kayu atau buluh bersilang dengan sudut tepat.

6.20.2 Teknik:
a) Dimulakan dengan simpul manuk
b) Kemudian, lilit pada kayu dengan ketat dan kemas.
c) Dimatikan dengan simpul manuk.

Rajah 21: Ikat Seraya

24
7.0 LANGKAH KESELAMATAN MENGGUNAKAN TALI

7.1 Semasa Membuat Ikatan

7.1.1 Ikatan yang digunakan hendaklah ikatan yang kurang memberi tekanan pada tali
dan mudah untuk dibuka(manuk)
7.1.2 Semua ikatan hendaklah dimatikan dengan setengah belit
7.1.3 Gunakan ikatan sokongan dihadapan simpulan utama.
7.1.4 Gunakan ikatan pancang untuk menahan palang utama
7.1.5 Lapik setiap palang yang hendak diikat.

7.2 Sebelum Dan Selepas Tali Diikat (Pemeriksaan)

7.2.1 Tentukan tali tidak terpotong atau terputus.


7.2.2 Tentukan tali tidak hangus
7.2.3 Tentukan urat-urat tali
7.2.4 Tentukan tali tidak berkulat/bercendawan.
7.2.5 Tentukan tali tidak haus dan tergeser.

8.0 KESIMPULAN
Tali digunakan dalam kebanyakan aktiviti seharian manusia dari sekecil mengikat tali
kasut sehingga aktiviti menyelamat. Kemahiran menggunakan tali dapat
menyelesaikan sebahagian daripada masalah harian. Tanpa tali dan kemahiran ikatan
dan simpulan, aktiviti menyelamat tidak dapat dilakukan. Oleh itu, ilmu ikatan dan
simpulan sangat penting sebagai asas aktiviti seharian selain menyelamat.

25
9.0 RUJUKAN

https://www.slideshare.net/seylailysm/tali-ikatan-dan-simpulan
https://www.slideshare.net/khambali/simpulan-dan-ikatan2
http://bararasa.blogspot.com/2013/06/
https://www.slideshare.net/diannasha1/ikatan-dan-simpulan-asas
https://badgework.prepscouts.org/junior-scouts/scout-award/knots-and-lashings-2
https://twitter.com/akubudakgunung/status/922728691452362752?lang=sk
https://www.slideshare.net/ummuleesya09/jenis-jenis-ikatan-knots-24587894
http://pengakapderma.blogspot.com/p/cara-ikatan.html
https://sites.google.com/site/gsleaderinfo/outdoor/skills/knots/hitch
https://gearhunts.com/most-useful-knots/
https://www.studocu.com/my/document/sekolah-menengah-kebangsaan-rawang/unit-
beruniform/ikatan-dan-simpulan/17147222
https://www.101knots.com/figure-8-knot.html
Buku Persatuan Pandu Puteri – Amzan Abd. Malek dan Hazira Hamsah A.

26

Anda mungkin juga menyukai