Anda di halaman 1dari 1

SULIT Pilih satu soalan sahaja dan pastikan hasil kerja anda itu diwarnakan.

2611/1

1. Anda dan pasukan telah beraksi dalam satu pertandingan kejohanan olahraga sekolah dan menjadi juara. Anda sebagai ketua pasukan SMK Tatau menjulang piala yang dimenangi dan diikuti sorakan serta lambaian dari ahli-ahli pasukan lain. Gambarkan pengalaman anda dengan memberi penekanan kepada jalinan, bentuk dan ruang. 2. Pada sebuah rak kasut di luar rumah kelihatan beberapa pasang kasut yang baru dan usang sedang bekerjasama untuk membaiki rak kasut yang telah patah. Kelihatan juga satu kumpulan kasut sedang mengecat rak kasut tersebut. Gambarkan suasana tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan dan komposisi. 3. Di suatu kawasan perairan, sebuah perahu nelayan yang didapati hilang telah tersadai pada sebuah terumbu karang. Kelihatan sebahagian perahu tersebut pecah dan serpihan kayu bersepah di situ. Gambarkan keadaan ini dari jarak sederhana dengan berlatarbelakang laut dan langit yang mendung. 4. Di kawasan pedalaman, seorang lelaki sedang membina sebuah rakit di tebing sungai menggunakan peralatannya. Rakit tersebut dibuat daripada batang-batang buluh yang disusun dan diikat rapi menggunakan rotan. Gambarkan keadaan ini dengan kesan-kesan jalinan rotan pada rakit tersebut. 5. Anda sedang menyertai satu rombongan melawat sambil belajar ke sebuah kompleks kraf. Pengalaman itu telah memperkenalkan anda dengan seni kraf seperti, Anyaman, Seramik, Batik, Ukiran Kayu Dan Tekat. Gambarkan dari sudut yang menarik salah satu bengkel seni yang ada dalam kompleks tersebut. 6. Anda sedang bercuti di salah satu pulau yang menarik di Sabah. Anda juga berpeluang menyelam dasar laut yang dipenuhi dengan hidupan laut. Gambarkan suasana yang mempersona itu dengan menitik beratkan kepada ruang, jalinan dan warna. KERTAS SOALAN TAMAT

Selamat Berkarya dan Selamat Bercuti


Penggubal Soalan, ________________________ (EN. SHAHRIZAN MOHD SAPIE) GURU PSV. Disemak oleh, _________________ (EN. ARIFFIN MOHIDIN) K.PANITA PSV Disahkan oleh, __________________ (EN. DANIELSON TAJAK) GURU KANAN B.KEMANUSIAAN

Anda mungkin juga menyukai