Anda di halaman 1dari 3

1. Apakah maksud wawasan diri? A. Usaha yang gigih untuk mencapai kejayaan B.

Pandangan masa depan bagi mencapai matlamat diri C. Tanggungjawab terhadap diri, bangsa dan negara D. Disiplin diri untuk mencapai matlamat yang diingini 2. Mengapakah wawasan diri itu penting bagi seorang pelajar? A. untuk mengisi masa lapang B. untuk membina keyakinan diri C. supaya pelajar itu tahu dan pasti akan hala tuju dirinya D. untuk mematuhi jadual waktu harian 3. Apakah langkah-langkah untuk mencapai wawasan diri? I. menetapkan matlamat II. melakukan perancangan III. melaksanakan tindakan dan usaha IV. mengharapkan bantuan A. I, II dan III C. I, III dan IV B. I, II dan IV D. II,III dan IV 4. Yang berikut adalah perkara yang harus dipertimbangkan dalam membina wawasan diri, kecuali.......... A. Menyedari minat peribadi B. Memahami personaliti diri C. Mengenal kekuatan dan kelemahan diri D. Mengenal keluarga dengan lebih dekat

5. Setiap insan yang ingin berjaya perlu.... I. Berangan-angan II. Mengikuti kursus keusahawanan III. Ada perancangan masa depan IV. Mempunyai sikap yang berwawasan A. I dan II C. II dan IV B. I dan III D. III dan IV Hala tuju diri

Usaha yang cemerlang

Sikap yang berwawasan

6. Berdasarkan maklumat di atas X mungkin sekali A. Falsafah hidup C. Disiplin diri B. Wawasan diri D. Prinsip diri

Manisah gagal dalam ujian pemilihan calon peserta kuiz peringkat sekolah. 7. Apakah yang patut Manisah lakukan untuk menebus kekecewaannya dan memastikan supaya dia terpilih untuk pemilihan akan datang? A. Merancang hala tuju yang baru B. Berusaha untuk mengatasi kelemahan diri C. Menunjukkan sikap berdaya saing D. Berserah nasib kepada takdir

Dalam masa 20 tahun selepas SPM saya akan menjadi pengusaha Syarikat Telekomunikasi yang Berjaya. 8. Maklumat di atas ialah wawasan diri Bidin. Apakah langkah-langkah yang perlu Bidin ambil untuk mencapai wawasan dirinya? I. Memperoleh keputusan yang cemerlang dalam akademik. II. Memperoleh ijazah yang mengkhusus dalam bidang telekomunikasi. III. Menabung untuk mengumpul modal IV. Berserah sahaja kepada nasib A. I, II dan III C. I, III dan IV B. I, II dan IV D. II, III dan IV 9. Bagaimana cara untuk membina jasmani yang sihat dan cergas? A. Membaca pelbagai bahan bacaan B. Menonton rancangan motivasi C. Bersyukur kepada Tuhan D. Bersenam dan menjaga pemakanan 10. Yang berikut adalah elemen-elemen penting emosi, iaitu..... I. gembira II. marah III. sedih IV. letih A. I dan II B. II dan III C. I, II dan III D. I, II, III dan IV

11. Antara yang berikut, manakah ciri orang yang mempunyai rohani yang teguh? I. berakhlak mulia II. senantiasa berserah kepada nasib III. senantiasa percaya akan kewujudan Tuhan IV.bersikap ikhlas dan jujur semasa menunaikan tanggungjawab A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV 12. Zaid murid yang cemerlang dalam kelasnya. Dia aktif bersukan dan berpersatuan. Dia juga taat mengerjakan sembahyang. Zaid menunjukkan keseimbangan diri dari aspek.... A. Intelek dan rohani B. Emosi dan jasmani C. Intelek, emosi dan jasmani D. Intelek, jasmani dan rohani

Membaca bahan bacaan bercorak ilmiah Mengikuti kelas tuisyen

13. Pernyataan di atas berkaitan dengan langkah untuk.... A. mendapatkan kekuatan rohani B. meningkatkan daya intelek C. memastikan jasmani sihat D. mengendalikan emosi dengan baik. 14. Bagaimanakah cara seseorang itu mengawasi perasaan marahnya? A. Berdiam diri B. Bertindak agresif C. Bertenang dan berusaha mengawal emosi D. Melepaskan kemarahannya dengan membaling barang

15. Mengapakah rohani yang teguh penting dalam kehidupan manusia? A. membentuk individu yang berakhlak mulia B. dapat mengembangkan bakat serta kemahiran C. dapat mengawal perasaan gemuruh D. dapat melakukan akitiviti riadah 16. Antara yang berikut, manakah kepentingan mempunyai daya intelek yang tinggi? I. Berfikir kritis dan kreatif II. Menghasilkan idea-idea yang bernas III. Mampu berfikir secara matang dan logik IV. Memiliki tubuh badan yang sihat dan cergas A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV 17. Antara program yang berikut, yang manakah tidak dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi mewujudkan keluarga yang bahagia? A. Utamakan keluarga Semakin hari semakin sayang B. Rumahku Syurgaku C. Budaya Penyayang D. Keluarga Terbilang 18. Sesuatu masalah yang wujud dalam sesebuah keluarga perlulah diselesaikan melalui cara.... A. Berbincang dalam kalangan ahli keluarga B. Bertengkar C. Bersepakat menerima keputusan ketua keluarga. D. Membuat keputusan dengan mengambil keputusan majoriti

19. Antara yang berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri keluarga yang sihat? I. Menginap dalam rumah yang selamat dan sempurna II. Mengamalkan cara hidup yang sihat III. Beriadah bersama-sama dengan ahli keluarga IV. Mengamalkan nilai agama dan moral A. I, II dan III C. II, III dan IV B. I, II dan IV D. I, II, III dan IV 20. Apakah tindakan kamu sekiranya calon pilihan pasangan hidup kamu tidak dipersetujui oleh ibu bapa? A. Bertengkar dan memastikan keluarga menerimanya. B. Berbincang dan memberitahu kelebihan pilihan pasangan hidup kamu C. Bersetuju dengan keputusan ibu bapa D. Lari dan berkahwin tanpa pengetahuan ibu bapa

Anda mungkin juga menyukai