Anda di halaman 1dari 2

SULIT 2611/2

SMK SUNGAI MERAH, SIBU

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN PENGGAL SATU/2020

PENDIDIKAN SENI VISUAL


TINGKATAN 5

Kertas 2

SENI HALUS

TIGA JAM

Disediakan oleh, Disemak oleh,

............................................ ................................
(Neng Mariana Mahmud) (Sebah ak Ngabong)
Ketua Panitia PSV Ketua Bidang Kemanusiaan

2611/1 [Lihat sebelah


SULIT
2611/2 SULIT

SENI HALUS
Pilih satu soalan sahaja

1. Sambutan perayaan Tahun Baharu Cina sedang diraikan oleh penduduk di sebuah
kawasan perumahan yang terdiri daripada pelbagai kaum. Kelihatan sebuah pasukan
tarian singa sedang beraksi di hadapan sebuah rumah dan kelihatan mercun dan asapnya
sedang meletup di sekeliling penari singa tersebut.
Gambarkan suasana tersebut dengan membari penekanan kepada kemeriahan warna
pakaian penari singa dan pergerakannya.

2. Anda sedang memotong sebiji tembikai, tiba-tiba keluar seekor ulat gergasi yang
menggerunkan. Ulat tersebut berwarna-warni, mempunyai tanduk dan badannya
dipenuhi duri-duri tajam. Biji-biji tembikai pula bertukar menjadi makhluk yang
menakutkan.
Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada aksi,
bentuk, jalinan dan ruang.

3. Terdapat sebungkus nasi lemak yang telah terbuka dan menampakkan isinya iaitu nasi, tlur
rebus, sambal bilis, timun dan kacang goreng terletak di atas meja kayu. Berhampiran nasi
lemak tersebut terhidang secawan kopi dan kelihatan juga beberapa bungkus nasi lemak
yang dibungkus menggunakan daun pisang diletakkan di dalam pinggan.
Gambarkan suasana tersebut dari jarak dekat dengan memberi penenkanan kepada
komposisi, bentuk, jalinan dan ruang.

4. Di dalam sebuah bilik, seorang pandai keris sedang membuat ukiran di atas sebilah keris.
Di atas sebuah meja yang terletak berdekatan dengannya, terdapat beberapa keris yang
telah siap dibina. Gambarkan suasana dalam bilik tersebut dengan memberi penekanan
kepada komposisi, bentuk, dan ruang.

5. Beberapa orang kanak-kanak kelihatan sedang bermain dengan riang di sebuah taman
permainan.
Lukiskan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberikan penekanan kepada bentuk,
ruang dan aksi.

6. Beberapa ekor lipan gergasi sedang merayap di celah-celah bangunan. Situasi ini telah
menyebabkan suasana dalam bandar menjadi kacau bilau.
Gambarkan situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada bentuk, ruang dan
jalinan.

KERTAS SOALAN TAMAT


2611/2 SULIT

Anda mungkin juga menyukai