Anda di halaman 1dari 3

SULIT

2611/2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO IDRIS


PENGKALAN BHARU
34900 PANTAI REMIS, PERAK.
______________________________________________

PENDIDIKAN SENI VISUAL


KERTAS 2
SENI HALUS
TINGKATAN 4
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015
3 JAM

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1. Kertas soalan ini mengandungi 6 soalan.
2. Jawab satu soalan sahaja.
Kertas soalan ini mengandungi 02 halaman bercetak
2611 2015 Hak Cipta Panitia PSV, SMKDI
sebelah]

Disediakan oleh :

..
(Ramsey Anak Nichol)
Guru Matapelajaran PSV
SMK Dato Idris

[Lihat
Disemak oleh :

..
(En. Khairul Husni B Majidi)
Ketua Panitia PSV
SMK Dato Idris

SULIT

2611/2
Seni Halus

Pilih satu soalan sahaja.


1. Anda sedang menyelam di dasar laut yang terdapat pelbagai jenis batu karang. Di situ
juga terdapat pelbagai hidupan laut yang berwarna-warni. Anda berasa sangat kagum
dengan pemandangan tersebut. Gambarkan pemandangan yang menarik itu.
2. Di atas sebuah meja makan, terhidang sajian minum petang. Terdapat sebiji kek yang
telah dipotong, seteko minuman, dua biji cawan beserta piring dan sekotak tisu.
Gambarkan dari jarak dekat dengan mementingkan aspek bentuk dan jalinan dalam
lukisan anda.
3. Pada suatu hari yang cerah dan berangin, kelihatan pemandangan di sebuah sawah padi
yang luas terbentang. Warna padi yang mula menguning dan burung-burung yang
berterbangan riang dan hinggap pada orang-orangan menambahkan lagi keindahan
suasana ini. Lukiskan pemandangan ini dari jarak dekat dengan memfokuskan kepada
orang-orangan dan burung-burung itu.
4. Anda sedang melalui pengalaman diterbangkan oleh dua makhluk berkepak seperti
kelawar tetapi bertangan membawa anda melintasi hutan. Pakaian anda ganjil dan inilah
kali pertama anda berpakaian begitu. Hutan di bawah anda kelihatan pelik dan
menyeramkan. Di bawah sana juga terdapat tumbuh-tumbuhan pelik yang tidak pernah
anda lihat. Lukiskan suasana ini mengikut imaginasi anda dengan memberi penekanan
kepada jalinan dan warna.
5. Seni taman telah menjadi satu elemen penting dalam reka bentuk kediaman masa kini.
Gambarkan sebuah gazebo yang terdapat di perkarangan sebuah bangle yang dihiasi
dengan pokok bunga gantung. Di sekelilingnya terdapat pokok-pokok hiasan dalam pasu.
Landskap tersebut dilengkapi dengan laluan berbatu yang menambahkan keindahannya.
6. Suasana di perhentian bas sangat sibuk dengan penumpang yang ingin menuju ke
destinasi masing-masing. Kelihatan seorang wanita dan anaknya yang keletihan kerana
terlalu lama menunggu bas yang belum tiba. Terdapat juga beg-beg yang berisi barangan
yang baru dibeli. Gambarkan dari jarak dekat dengan menampakkan ekspresi wajah
wanita dan anaknya itu.
SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai