Anda di halaman 1dari 45

Pengenalan Dalam arkitektur, bidang landskap bermaksud sains dan seni mengubahsuai kawasan dalam dengan tindakan menyusunatur

suatu plan sesuatu yang yang semulajadi dan termasuk penanaman atau pembinaan elemen-elemen yang diatur terancang secara terancang komprehensif.

Lanskap membabitkan elemen-elemen topografi seperti bukit bukau, lembah, sungai dan kolam atau penanaman pokok, rimbunan hijau, rumput, bunga dan sebagainya. Pendek kata, projek landskap di ruang terbatas seperti halaman rumah adalah satu percubaan untuk mencipta dan menggabungkan beberapa unsur alam yang istimewa pada kedudukan skala yang lebih kecil dan dalam keadaan yang terhad serta senang untuk dikawal.

Kerja lanskap memang sudah menjadi amalan sejak dulu. Namun pendedahan terhadap konsep-konsep atau seni-seni landskap dari budaya-budaya berlainan, menjadikan ia satu bidang yang lebih menarik. Lanskap yang direka sesuai dan mendokong kediaman secara keseluruhan pasti akan memberikan kepuasan yang dihajati. Membina landskap bererti cara menyusun pokok, tumbuhan serta objek lain seperti simen-ferro, tempat duduk dan air terjun atau kolam air supaya taman mempunyai bentuk yang mempesonakan.Menjayakan landskap untuk sudut perpustakaan sekolah yang agak terdedah kepada cahaya matahari adalah sesuatu yang agak sukar dan mencabar bagi saya. Insyaallah saya akan cuba sedaya upaya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan dengan baik serta memuaskan semua pihak. Saya amat bertuah kerana perpustakaan di sekolah saya terletak di aras bawah. Oleh yang demikian senanglah bagi saya untuk menghasilkan satu landskap yang menarik serta bermenafaat kepada semua warga sekolah terutama para pelajar.

Gambar landskap dari pandangan atas pada kawasan yang tiada teduhan.

Gambar di dalam kawasan landskap yang terdapat di bawah teduhan.

1. Pemilihan Softscape dan Hadrscape Benda-benda hidup umumnya dipanggil softscape dan benda-benda hiasan 'keras' seperti ukiran, air pancut di panggil hardscape. Menyiapkan landskap bukan sesuatu perkara yang mudah. Ia mesti dirancang dan dilaksanakan secara teratur dan teliti. Saya mesti mempastikan bahawa: Pokok yang ditanam sesuai dengan jenis tanah yang terdapat di kawasan yang dipilih. Pokok yang ditanam mesti sesuai dengan tanam-tanaman lain disekelilingnya. Pokok pokok yang berbeza dari segi kadar pembesarannya tidak sesuai ditanam bersama. Saya tidak membeli atau menanam terus pokok yang digemari atau menerima sahaja pokok yang didermakan oleh pihak-pihak tertentu. Saya mesti mempastikan ianya benar-benar sesuai sebelum ditanam. Saya telah memilih untuk menggunakan gabungan Softscape dan Hardscape dalam usaha untuk menghasilkan landskap untuk sudut perpustakaan mempunyai tujuan tujuan yang tertentu.Tujuan utama sekolah saya yang

saya memilih softscape ialah kerana;1. 1Penghasilan ton warna yang menarik kepada persekitaran. Pucuk , daun, bunga, dahan dan batangnya mempunyai warna yang tersendiri. Terdapat pelbagai jenis warna daun seperti hijau, kuning, jingga, merah serta unggu. Bagi pokok yang daunnya tidak begitu menarik, warna bunganya yang berwarna-warni serta menarik boleh menumpukan serta menarik perhatian. Boleh dikatakan bahawa pokok perhiasan ditanam kerana

bunganya yang menarik. Bunga-bunga yang boleh didapati daripada softscape pilihan saya adalah berwarna putih, kuning, jingga, merah, biru, dan ungu. Warna pokok juga nengubah jarak maya objek yang ditanam dengan pokok itu. Misalnya warna panas, seperti merah, jingga, kuning dan putih, menyebabkan sesuatu kesan objek kelihatan lebih menonjol ke hadapan. Kawasan yang dihiasi dengan pokok-pokok jenis ini akan kelihatan lebih dekat dan menyerlah. Warna sejuk seperti biru, hijau dan hitam namak memundu ke belakang dan jika ditanam disekeliling sesuati objek, akan menyebabkan objek itu kelihatan lebih jauh. Warna panas juga memberi suasana yang aktif sementara warna sejuk pula alan menghaslkan sesuatu yang tenang. 1.2. Memberikan gambaran garisan kepada pemandangan pemerhati Garisan dihasilkan oleh susunan pokok atau batas-batas pokok. Garisan boleh juga bentuk silara pokok yang tinggi.Garisan juga dihasilkan oleh system perdahanan pokok atau system penyusunan daun pokok. Garisan berbentuk lurus biasanya tampak keras, tegas, stabil, berstruktur tetapi cepat menarik perhatian pemerhati kearah objek yang ditunjukkan kerana ia menghasilkan kesan gerakan yang licin, lembut, progresif dan semulajadi. 1.3. Memberikan kesan sejuk dan mendamaikan pada kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari. Pemilihan softscape dari pelbagai jenis dapat memberikan kesan yang sejuk serta harmoni kerana kawasan ini agak terdedak kepada cahaya matahari. Kesan ini boleh didapati daripada warna-warna daun yang memberikan warna yang kehijauan yang menyejukkan setiap mata yang memandang atau yang menghampiri landskap ini teutama kepada para pelajar yang keluar atau masuk ke perpustakaan yang terletak berhampiran dengan kawasan ini.

Kehijauan

dedaun softscape ini juga akan membekalkan banyak oksigen

kepada yang memandang atau yang mengunjunginya yang akan memberikan kesegaran mata, badan serta ketenangan mental. Ini akan mengakibatkan pelajar akan segar serta tidak mengantuk untuk menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran. 1.4. Merupakan satu sudut yang membekalkan ilmu pengetahuan berkaitan dengan tanam-tanaman. Kebanyakkan pelajar-pelajar sekolah saya adalah terdiri dari pelajar-pelajar yang berasal dari kawasan bandar. Mereka ini kurang pengetahuan dalam mengenali jenis pokok, nama pokok serta ciri-cirinya terutama sekali yang berkaitan dengan nama saintifik sesuatu tanam-tanaman walaupun ianya seringkali mereka lihat dipersekitaran mereka. Softscape yang saya pilih dan tanam di sudut perpustakaan boleh merupakan sebagai Alat Bantu Mengajar secara tidak langsung sebagainya. Guru-guru yang terlibat boleh mengadakan sesi lawatan ke landskap ini untuk menunjukkan kepada para pelajar kepada tajuk pelajaran yang berkaitan dengan tanam-tanaman secara maujud. Jesteru itu para pelajar dapat melihat secara langsung seterusnya mudah untuk memahami apa yang diajarkan oleh guru kepada mereka. sama ada yang berkaitan dengan matapelajaran Sains, Kemahiran Hidup, Biologi dan

1.5 Pemilihan Hardscape Seterusnya pula hardscape yang menjadi pilihan saya dalam melengkapi landskap saya ialah terdiri daripada:1. Beberapa set tempat duduk untuk taman 2. Satu set pasu yang besar untuk dijadikan sebagai air terjun 3. Simen ferro 4. Batu-batu kecil Tujuan utama saya memilih hardscape seperti yang dinyatakan adalah bergantung kepada jenis hardscape kerana fungsinya yang berbeza serta mempunyai sebab yang tersendiri.Antara tujuan adalah seperti berikut;1.5.1 Mengapa saya beberapa set tempat duduk untuk taman. Saya telah memilih beberapa set tempat duduk untuk taman untuk melengkapi landskap saya ialah untuk menjadikan sebagai satu tempat duduk yang selesa kepada para pelajar untuk melakukan aktiviti yang berkaitan dengan mentelaah pelajaran seperti membaca. melakukan perbincangan dengan rakan, melakukan aktiviti kumpulan atau guru boleh menggunakannya sebagai kelas terbuka jika tidak mahu melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. 1.5.2 Mengapa saya memilih satu set pasu yang besar . Pemilihan satu set pasu bertingkat yang besar adalah kerana ianya boleh menjadi air terjun mini yang sangat menarik serta menyejukkan persekitaran yang agak terdedah kepada cahaya matahari. Ianya juga akan menjadi salah satu perkara yang menarik untuk menambat hati para warga sekolah untuk mengunjungi landskap ini seterusnya masuk ke perpustakaan untuk melakukan aktiviti yang sepatutnya.

Kehadiran air di dalam pasu ini yang menjadi sebagai air terjun mini merupakan satu benda yang boleh mententeramkan emosi, memberikan ketenangan serta dapat menjana minda. 1.5.3 Mengapa saya memilih simen ferro. Batu-batu fero dipilih adalah kerana ianya akan menambahkan kecantikkan pemandangan landskap serta sebagai pelengkap landskap. Bentuk dengan pelbagai warna pilihan akan menambahkan lagi seri landskap ini. 1.5.4 Mengapa saya batu-batu kecil. Tujuan utama batu-batu kecil digunakan di landskap ini ialah untuk dijadikan sebagai satu daya menarik serta mempelbagaikan elemen-elemen yang terdapat dalam landskap. Ini akan menghasilkan landskap yang memiliki pelbagai bahan selain daripada tanam-tanam yang sedia ada. Hardscape yang menjadi pilihan : Tempat duduk simen ferro yang pelbagai dapat menarik perhatian. Simen-simen fero yang dicat

Hardscape yang terdiri daripada susunan pasu-pasu

2. Jenis-jenis tumbuhan hiasan yang dipilih Saya telah memilih pelbagai tumbuhan hiasan untuk melengkapi landskap ini. Senarai di bawah merupakan tumbuhan hiasan yang dipilih. 2.1. Pokok renek Pokok renek yang menjadi pilihan saya ialah seperti pokok Bougainvillea Double Red, Bougainvillea Mus Mc Clean Variegated dan Variegated leaves. 2.2 Pokok besar Pokok besar yang menjadi pilihan saya ialah seperti Pokok Semerak Api ( Delonix regia dan Dedap ( Erythrina indica). 2.3. Pokok panjat Pokok-pokok panjat yang saya gunakan dalam landskap ini ialah terdiri daripada Tristellateia Australasia, dan Thryalis Vine. 2.4. Pokok palma Saya telah memilih pokok-pokok palma seperti pokok Phoenix Roebelenii, Licuana Grandis. 2.5. Pokok-pokok herba Pokok-pokok herba yang menjadi pilihan saya ialah misaim kucing, kacip fatimah, serai, pegaga,pokok tongkat ali, cotek mas, pokok Maranta serta pokok Kostus. 2,6. Pokok penutup bumi Pokok-pokok penutup bumi yang saya pilih untuk landskap ini ialah seperti Portulaca Grandiflora Cultivaras, Catharantus Roses dan Lochaera Roses.

10

2.7. Pokok-pokok penanda sempadan Pokok-pokok yang biasa digunakan ialah Canna Hybrids, Cabba Indica dan Heliconia Psitta Conan. 2.8. Pokok orkid Pilihan pokok orkid adalah dari jenis daratan seperti Spathoglotis, yang ditanam seperti pokok-pokok biasa. 2.9. Pokok-pokok dalam rumah Kumpulan pokok-pokok ini adalah terdiri daripada pelbagai tumbuhan keladi seperti Earnesto Hybrid, Aglinema Hybrids.

11

2.1 Sebab-sebab tumbuhan hiasan tersebut menjadi pilihan 2.1.1 Pokok renek Kumpulan pokok ini terdiri daripada tumbuh-tumbuhan yang mencapai ketinggian purata tidak lebih daripada dua meter. Ia mempunyai banyak cabang batang yang tumbuh dekat dengan permukaan kayu.Pokok renek yang ditanam secara tunggal biasanya mempunyai ciri-ciri yang menyebabkan ianya ditanam secara berasingan daripada pokok-pokok yang lain. Pokok renek yang ditanam secara berkelompok pula biasanya digunakan untuk membuat pagar atau ditanam untuk mendapatkan bunga atau daun yang cantik. 2.1.2 Pokok besar Pokok jenis ini mempunyai batang tunggal dan boleh mencapai ketinggian lebih daripada sepuluh meter. Batang pokok ini selalunya berkayu, boleh tumbuh sepanjang tahundan tidak mati selepas berbunga. Ianya sangat sesuai ditanam pada tempat yang bercahaya matahari terik untuk melindungi kawasan tersebut.

2.1.3 Pokok panjat Pokok ini mempunyai batang yang lembut.Pokok ini boleh memanjat dengan pelbagai cara, seperti melalui duri, sulur paut atau hujung batang yang boleh menambahkan lagi variasi pemadangan dalam landskap. 2.1.4 Pokok palma Ianya mempunyai batang tunggal atau tumbuh berumpun. Daunnya menyerupai bulu pelepah atau kipas tangan yang akan menambahkan keunikkan landskap.

12

2.1.5 Pokok pokok herba Kumpulan tumbuhan ini terdiri daripada tumbuh-tumbuhan yang mempunyai struktur tisu yang lembut. Pokok ini mempunyai batanh yang tidak berkayu atau batangnya bertumbuh di bawah tanah. Ianya sangat sesuai dijadikan perhiasan dikawasan sekolah. 2.1.6 Pokok penutup bumi Pokok-pokok jenis ini terdiri daripada pokok-pokok yang tumbuh rapat atau menjalar atas tanah. Ia ditanam untuk menutup permukaan tanah supaya dapat mencegah hakisan ataupun menghasilkan corak yang menarik. 2.1.7. Pokok penanda sempadan Pokok-pokok jenis ini terdiri daripada pokok renek kecil yang biasa tumbuh rapat dan tegak. Ia ditanam rapat-rapat dan dicantas untuk menghasilkan garisan pokok yang boleh dijadikan sempadan antara bahagian-bahagian disebuah landskap.Ia juga boleh digunakan untuk menghasilkan garisan. 2.1.7 Pokok orkid Keluarga jenis ini terdiri daripada tumbuh-tumbuhan yang menghasilkan bunga dan tahan lama mengikut jenisnya. Bunganya yang berbau wangi dapat memberikan bau yang menyenangkan kepada landskap serta persekitarannya, 2.1.8 Pokok-pokok dalam pasu Pokok ini ditanam dipangkal pokok atau di dalam pasu untuk disusun dalam kawasan-kawasan persekitaran landskap.

13

3.

Memaparkan nama biasa, nama saintifik, serta nama keluarga setiap tumbuhan

3.1 Pokok palma 1. Finger Palm Family : Palmae Common Name : Finger Palm Scientific Name: Rhapis multifida

14

Origin : China

15

2. Dwarf Date Palm Family : Palmae Common Name : Dwarf Date Palm Scientific Name: Phoenix roebelenii Origin : Loas

3.Licuala grandis

Family : Palmae Common Name :Pinang Kipas Scientific Name : Licuala grandis Origin : Solomon Island , Vanuatu

16

2. Pokok Renek 1. Bougainvillea 'Double Red' Family : Nyctaginaceae Common Name : Bunga Kertas Scientific Name : Bougainvillea'Double Red' Origin : Afrika

2. Bougainvillea 'Mrs McClean Variegated' Family : Nyctaginaceae Common Name : Bunga kertas Scientific Name : Bougainvillea 'Mrs McClean Variegated' Origin: Afrika

17

3. Bunga Kertas Daun Aneka Warna Family : Nyctaginaceae Common Name : Bunga Kertas Daun Aneka Warna,Bunga Belulang Scientific Name : Bougainvellea spp'Variegated Leaves' Origin : Afrika

18

3. Pokok Herba 1. Pegaga Family : Umberlliferae Common Name : Pegaga Scientific Name : Centella asiatica Origin : Tropica

19

2. Kacip Fatimah Family : Myrsinaceae Common Name : Kacip Fatimah Scientific Name : Labisia pumila(BI.)bth.and hook Origin : Malaysia,Thailand and Indochina

2. Mas Cotek Betina

Common Name : Mas Cotek Betina


Family : Moraceae Scientific Name : Ficus deltoidea jack

20

Origin :Tropica

3. Misai Kucing Family : Lamiaceae Common Name : Misai Kucing, Scientific Name : Orthosiphon aristatut. Origin : Asia Tenggara

4.

Pokok Penutup Bumi

1. Portulaca pink

21

Family : Portulaceae Common Name : Portulaca pink Scientific Name : Portulaca grandiflora cultivars Origin : Brazil

2. Kemunting Cina

22

Family : Apocynacea Common Name : Kemunting Cina Scientific Name : Catharantus roses, Lochnera rosea Origin : All The World

5.

Pokok Besar

23

1. Pokok Dedap Family : Fabaceace Common Name : Royal poinciana Scientific Name : Erythrina indica Origin : All The World

2. Pokok Semarak Api.

24

Family : Fabaceace Common Name : Royal poinciana Scientific Name : Delonix regia Origin : All The World

6.

Pokok panjat

25

1. Thryallis Vine Family : Malpighiaceae Common Name : Thryallis Vine Scientific Name : Tristellateia Australasia Origin : : Madagascar

7.

Pokok penanda sempadan

1. Cabba Indica L.

26

Family : Cannaceae Common Name : Daun Tasbih. Scientific Name : Canna Indica L. Origin;Tropica

Origi ca 2. Canna hybrids Family : Cannaceae Common Name : Tasbih,Daun Tasbih,Scientific Name : Canna hybrids Origin : Tropica 3. Heliconia psittacorum

27

Family : Heliconiaceae Common Name : Lady Di Scientific Name : Heliconia psittacorum Origin : Tropical America

8.

Pokok Orkid

28

Family : Fabaceace Common Name : Royal poinciana Scientific Name : Delonix regia Origin : All The World

9. Pokok-pokok dalam pasu.

29

1. Aglonema 'Earnesto Hybrid' Family :Aglonema Commen Name : Chinese Evergreen Scientific Name :Aglonema 'Earnesto Hybrid' Origin :Tropical East Asia

2. Aglonema hybrid

30

Family :Araceae Commen Name : Keladi Scientific Name :Aglonema hybrid Origin : Tropical East Asia

31

5. Langkah-langkah dan cara menanam yang sesuai mengikut jenis tumbuhan yang dipilih. Terdapat kaedah menanam tanaman hiasan yang berbeza mengikut jenis-jenis tanaman yang tertentu. Antara kaedah penanaman yang terlibat dalam penanaman tanaman hiasan di landskap ini ialah kaedah cantuman batang dan ranting, penanaman secara tunggal dan penanaman secara batas atau kelompok. 1.Teknik pembiakan melalui cantuman batang dan ranting Dahan yang dipilih mestilah masih muda dan belum diklasifikasikan sebagai kayu. Pokok asal dipanggil pokok menunggu, sementara pokok yang diambil sebahagian kecil batang untuk dicantumkan pula dipanggil pokok mendatang.Pokok-pokok yang terlibat dalam kaedah pembiakan ini yang terlibat dalam landskap saya ialah; Pokok renek ( pokok-pokok bunga kertas)

Pokok besar ( Pokok Semarak Api, Pokok Dedap) Sebahagian daripada pokok-pokok herba. ( Pokok Tongkat Ali, Cotek Mas Betina)

Berikut beberapa langkah yang dilakukan dalam kaedah pembiakan melalui cantuman batang. Langkah 1 - Sebaik-baiknya gunakan pisau cukur sebagai alat untuk memotong batang pokok menunggu, secara tirus. Langkah 2 - buang semua daun yang berada berhampiran batang pokok menunggu yang bakal dicantumkan supaya tidak mengganggu proses pembiakan kelak.

32

Langkah 3 - Belah batang pokok menunggu sedalam dua inci dan perlu dilakukan di bawah mata tunas dan ia perlu sama dengan ukuran batang pokok mendatang yang bakal dicantumkan. Langkah 4 - Sebelum dicantumkan, potong secara tirus batang pokok mendatang supaya tidak menimbulkan masalah ketika pembiakan kelak. Langkah 5 - Cantumkan terus batang pokok mendatang ke dalam batang pokok menunggu dengan teliti selepas memotongnya tirus sementara getah masih ada. Langkah 6 - Gunakan sealing film bagi menguatkan batang pokok yang dicantum tadi. Langkah 7 - Gunakan plastik sesuai yang lutsinar (mudah dimasuki cahaya matahari) untuk membalut bahagian batang pokok menunggu dan pokok mendatang yang dicantum tadi serta ikat. - Sebagai langkah terbaik biarkan selama dua minggu sebelum plastik itu dibuka dan buang semua daun yang ada pada batang pokok menunggu yang dicantum untuk menghasilkan daun baru pokok mendatang.

33

4.2 Kaedah menanam secara tunggal Tumbuhan yang sesuai digunakan kaedah ini ialah tumbuhan hiasan renek, tumbuhan palma dan tumbuhan hiasan memanjat. Caranya ialah; Ukur dalam dan lebar gumpalan akar untuk memastikan lubang yang digali sama dalamnya dengan gumpalan akar dan luas lubang dua ke tiga kali lebar gumpalan akar. Letakkan pokok di tengah-tengah lubang di atas tanah yang padu. Buka ikatan bungkusan akar yang diikat pada batang pokok. Lipat bungkusan sehingga satu pertiga kebawah di sekeliling gumpalan akar. Masukkan semula tanah yang digali keluar sebelum ini sehingga memenuhi lubang, sambil menyiram gumpalan akar dan memadatkan sedikit gumpalan tanah menggunakan tangan. Setelah selesai, siram sekali lagi, timbun sedikit permukaan kawasan yang digali dengan tanah setinggi 5-8cm. Siram beberapa kali beberapa jam kemudian. 4.3 Menanam secara batas atau kelompok Tanaman hiasan landskap yang sesuai ditanam secara batas atau kelompok ialah tumbuhan hiasan renek, tanaman semusim dan herba, tumbuhan pagaran dan tanaman penutup bumi. Caranya ialah; Tanah untuk batas perlu digemburkan terlebih dahulu sedalam 30 cm untuk memperbaiki struktur tanah serta memastikan saliran yang baik. Kemudian naikkan batas 15 ke 30cm tinggi dengan menambahkan bahan-bahan pembaikan tanah. Campuran baja NPK 10-10-10nsebanyak 0.45 kg bagi setiap kaki persegi luas batas boleh juga digunakan. Selepas itu tanam pokok seperti cara menanam pokok secara tunggal.

34

Selepas tanam, tutup permukaan batas dengan beberapa sentimeter sungkupan untuk mengawal kelembapan dan menghalang pertumbuhan rumpai.

Akhir sekali siram dengan rata.

4.4 Menanam Pokok Dalam Pasu Pokok-pokok yang telah saya tanam dalam pasu untuk melengkapi landskap ini adalah terdiri dari species keladi. Cara-cara untuk menanam pokok dalam pasu ialah; Sediakan pasu dan medium dengan sukatan 7:3:2. Tutup lubang saliran dengan serpihan pasu atau batu bata kecil Letakkan medium kedalam pasu sehingga dari bibir pasu serta buatkan lubang ditengah-tengahnya. Ambil pokok yang telah disiram dan tanamkan kedalam pasu yang telah disediakan. Ambil medium dan masukkan sehingga 2.5 dari bibir pasu. Kejapkan medium di sekeliling pokok. Siramkan dan letakkan di tempat teduh.

Selepas proses menanam pokok dalam penjagaan hendaklah dilakukan untuk mendapatkan pokok hiasan yang subur dan cantik.

35

4.3 Cara-cara susunan dan kesesuaian Softscape dan Hardscape di dalam landskap Ada beberapa cara untuk menyusun lanskap. Cara tradisional ialah dengan memilih tumbuhan-tumbuhan tertentu dan menyusunnya mengikut susunan tertentu. Sebenarnya terdapat tiga cara utama untuk melihat landskap.

Jenis Tumbuhan

Susunan Senireka

dan Pemilihan Tumbuhan dalam Tumbuhan dipilih kerana ia cantik.

Lanskap tradisional

Penggunaan sepsis dan

Susunan

tempatan bentuk formal dan semata-mata mungkin informal.

spesis 'import' Lanskap semulajadi. secara Penggunaan sepsis tempatan. Senireka kawasan2 semulajadi menggalakkan hidupan tempatan. meniru Tumbuhan dipilih kerana kecantikan dan DAN semulajadi liar memelihara integriti semulajadi kawasan. Pemuliharaan Ekologi Penggunaan sepenuhnya spesis tempatan. Senireka di buat Tumbuhan di pilih untuk menghidupkan semula untuk memaksimakan komuniti struktur dan fungsi nilai untuk

36

semulajadi

dan komuniti hidupan liar tempatan.

proses2 ekologi.

Semasa proses menyusun hardscape dan softscape saya telah menyusunnya dengan merujuk kepada prinsip-prinsip landskap seperti yang berikut. Prinsip2 utama yang telah saya gunapakai dalam melengkapi landskap ialah;

1. Keseragaman. Kekadang di sebut sebagai tema (Bali, Jepun, moden dsb) ataupun sekadar membuat pemilihan yang seragam tentang tumbuhan dari segi ketinggian, warna, bentuk, konsep dan sebagainya. 2.Keseimbangan (balance). Seimbang atau simetri di kedua belah laman, atau jalan contohnya. Ketinggian pokok yang seimbang. Dan bermacam-macam lagi contoh seimbang. Tetapi di masa yang sama, ketidakseimbangan adalah juga suatu prinsip lanskap. Contohnya bentuk flower bed yang 'free-form'. Pokok renek yang di tanam sebagai pagar hijau setinggi dua kaki, boleh mencelah-celahkan pada jarak tertentu (setiap 2 meter ) dengan pokok renek merah setinggi 3 kaki. 3. Warna. Warna yang cerah seperti kuning, oren atau merah akan memberi pandangan seperti ia dekat dengan kita. Warna seperti hijau, biru dan pastel akan kelihatan seperti jauh dari kita. Jadi, jika kita ingin memberi pandangan bahawa laman kita besar, kita tanam bunga berwarna cerah dan terang di belakang dan yang berwarna kegelapan atau pekat ke hadapan.

4. Garisan. 37

Kita boleh tanam sebaris pokok dalam garisan lurus atau berliku-liku. Saya juga telah membuat flower-bed berbentuk segiempat sama. 5. Saiz yang seimbang atau sekata (proportion). Ini prinsip yang mengatakan saiz semua tumbuhan, struktur dan lain-lain elemen dalam suatu kawasan seharusnya sekata diantara satu sama lain. 6. Ulangan. Terlalu banyak mengulang satu jenis tumbuhan, satu warna ataupun satu saiz akan menjadikan landskap kurang menarik. Tetapi terlalu banyak jenis akan menjadikan ia nampak semak dan tidak terurus. Jangan susun atur tumbuhan sehingga boleh menganggu kerja-kerja penjagaan. Contohnya, jangan jadikan tapak rumput pulau-pulau kecil ditengah pokok renek. Kita yang selalu kena pangkas kat tengah rimbunan pokok yang berduri.

7. Cara meletakkan pokok-pokok dan hardscape mengikut ketinggian Menanam gugusan pokok atau bunga-bungaan, pastikan ia disusun mengikut lapisan ketinggian mereka. Pokok yang paling tinggi perlu ditanam di bahagian belakang, sederhana tinggi di bahagian tengah dan renek di bahagian hadapan. Ia bukan sahaja bagi membolehkan kita nampak semua tanaman, bahkan jika mereka mengeluarkan bunga, anda akan dapat melihatnya dalam susunan yang menarik. Manakala. Hardscape pula saya telah di bahagian dalam untuk set tempat duduk. Pasu-pasu yang besar yang digabungkan dengan air terjun saya letakkan ditengah-tengah softscape.

Gambar : Cara-cara susunan tumbuhan di dalam landskap 38

Tidak saya elemen binaan dalam

lupa, telah

memasukkan

landskap Elemen binaan

. ini

juga dipanggil sebagai landskap kejur, misalnya seperti pagar, pergola, kanopi, trellis, patio dan sebagainya. Pemilihan dan rekabentuk landskap kejur yang tepat akan membantu meningkatkan keindahan serta keunikan landskap saya. Bukan setakat itu, ia juga akan memberi kesinambungan antara ruang dalaman dan luaran perpustakaan sekolah saya. Saya juga tidak takut takut untuk melengkapkan landskap yang mengandungi unsur air. Bahagian landskap basah selalunya mengundang tumpuan dalam sesebuah rekaan landskap. Ia bukan sahaja menarik pada pandangan mata, malah bunyi percikan air mampu mencipta suatu suasana yang nyaman dan menenangkan. Landskap basah yang paling asas adalah dalam bentuk kolam. Landskap itu lebih menarik kerana ianya telah dilengkapi pancuran atau terjunan air walaupun ianya sangat ringkas. Saya telah gunakan bahan-bahan yang telah siap dijual atau ada yang dibina sendiri sesuatu berdasarkan kreativiti serta kemampuan yang saya miliki.

39

Saya memastikan landskap yang telah direka dan bina itu tahan serta mudah diselenggarakan. Misalnya, pilih pokok-pokok yang bukan dari jenis cepat mati atau terlalu manja untuk dijaga. Begitu juga pastikan binaan hardscape mestilah tahan lasak untuk menangani beban penggunaan dan faktor cuaca. Kalau boleh penyelenggaraan landskap biarlah lebih bermaksud mengawal atau mencorakkan pertumbuhan dan bukan kerana terpaksa membaiki bermacam-macam kerosakan atau menggantikan pokok mati.

5. Penjagaan Softscape dan Hardscape Kebanyakkan Softscape dan Hardscape dalam landskap perlukan penjagaan untuk terus hidup sihat dan menarik sentiasa. Penyiraman, pembajaan, pemangkasan, sungkupan dan kawalan perosak serta penyakit yang teratur

40

adalah perkara penting di dalam pengurusan landskap yang baik. Berikut adalah langkah-langkah penjagaan Softscape:a) Penyiraman Penyiraman merupakan proses membekalkan air kepada tanam-tanaman. Penyiraman perlu dilakukan sekurang-kurangnya dua ke tiga kali seminggu pada masa kurang hujan ataupun ditempat-tempat yang terlindung daripada hujan.Masa yang paling sesuai untuk menyiram ialah pada masa petang atau di awal pagi.Penyiraman perlu dilakukan secara perlahan pada pangkal pokok sehingga tanah basah menggunakan hos ataupun system pengairan titik ataupun secara system microsprinkler. b) Sungkupan Sungkupan ialah penutup permukaan tanah disekeliling pangkal pokok dengan bahan-bahan seperti rumput kering, lalang kering, jerami padi dan plastik hitam. Sungkupan yang paling baik adalah dari bahan organic, bertekstur sederhana halus dan tidak memadat. Letakkan sungkupan setebal 5 ke 8 cm di sekeliling pangkal pokok, luasnya melebihi sedikit daripada kawasan kanopi pokok. c) Membaja Pembajaan membekalkan unsuru-unsur nitrogen, fosforus, kalium dan sebagainya kepada tanaman. Terdapat pelbagai produk baja sama ada bentuk debu, cecair, bebutir, kapsul, pellet dan sebagainya.Pembajaan berbeza dari segi kandungan dan kadar pelepasan nutriennya. Pembajaan boleh dilakukan dengan cara; Menabur Tabur baja di bawah sudut pokok. Alur -Meletakkan baja di dalam kecil yang digali di bawah hujung.

Poket - Mengali lubang-lubang kecil di bawah kanopi di sekeliling pokok. 41

Suntikan atau tebukan batang Baja cecair disuntik dengan alat khas ke dalam batang.

d) Memangkas Memangkas bermaksud memotong bahagian-bahagian tertentu tumbuhan yang antara lain bertujuan untuk mendapatkan sesuatu bentuk atau saiz yang dikehendaki, membuang dahan atau dahan yang mati, menggalakkan pertumbuhan baru, mengawal pertumbuhan pokok, serta mengurangkan kadar transpiransi. Terdapat tiga jenis pangkasan yang biasa ialah; Pangkasan membentuk Pangkasan rutin Pangkasan memperbaharui

e) Menggembur Menggembur ialah aktiviti melembutkan permukaan tanah agar dapat membantu sistem pengairan, pengudaraan, serta nutrien senang menyerap ke bahagian akar. Ianya boleh dilakukan dengan menggunakan serampang tangan, cangkul, dan lain-lain alatan lain yang sesuai. f) Mengawal haiwan perosak a) Kawalan rumpai Rumpai di taman hiasan landskap boleh dikawal secara mekanikal menggunakan tangan, sungkupan atau secara kimia menggunakan racun rumpai. Racun rumpai pracambah digunakan untuk mengawal rumpai diperngkat awal sebelum percambahan biji benih rumpai. Racun rumpai pasca tambah adalah untuk menghapuskan rumpai yang telah berleluasa. b) Kawalan perosak dan penyakit Penyakit pokok biasanya disebabkan oleh kulat, bakteria dan virus. Kawalan boleh dilakukan dengan menggunakan semburan racun makhluk perosak

42

seperti racun serangga dan racun kulat. Antara panduan yang perlu dilakukan semasa mengawal perosak dan penyakit ialah; Gunakan bahan tanaman yang tidak mudah diserang penyaki. Awasi tanaman secara berkala untuk sebarang masalah perosak dan penyakit. Mencari kaedah diagnosis yang betul berdasarkan symptom serangan serangga. 5.1 Penjagaan Hardscape Hardscape yang diletakkan di kawasan landskap hendaklah selalu dipantau agar selalu dalam keadaan yang menarik, selamat digunakan serta bersih. Langkah-langkah penjagaan merangkumi ; Membersih daripada sebarang kotoran sama lumut, debu Mengecat jika catnya sudah agak pudar. Memastikan ianya sentiasa dalam keadaan baik. Membaikpulih jika terdapatnya sebarang kerosakan. Memastikan pelajar mematuhi perkara-perkara yang dilarang semasa berada di kawasan landskap ini agar keselamatan hardscape terjamin. Bagi memantapkan lagi proses penjagaan hardscape ini , ianya mestilah

dilakukan sama ada secara harian , mingguan atau berkala. a. Penjagaan harian 1. Memastikan ianya pada keadaan kedudukan yang selamat, stabil serta berfungsi dengan baik. 2. Segera melakukan pembaikpulih jika berlakunya sebarang kerosakan. 3. Membersihkan jika terdapatnya sebarang kotoran. b. Penjagaan mingguan

43

1. Memeriksa hardscape agar sentiasa dalam keadaan baik dan selamat. 2. Membersihkan kekotoran yang melekat padanya. c. Penjagaan berkala( sekali-sekala) 1. Mengecat jika catnya sudah pudar. 2. Membasuh keseluruhan bahagian hardscape. 3. Memeriksa motornya serta menghantar ke pusat servis. Semua aktiviti penjagaan perlulah dilakukan secara berkala dan boleh juga meminta kerjasama daripada pelajar sekolah yang berminat. Ini boleh menggalakkan semangat cintakan alam sekitar, semangat kerjasama dan semangat sayangkan sekolah.

Rumusan

44

Kerja landskap memang sudah menjadi amalan sejak dulu. Namun pendedahan terhadap konsep-konsep atau seni-seni landskap dari budayabudaya berlainan, menjadikan ia satu bidang yang lebih menarik.Lanskap yang direka sesuai dan mendokong kediaman secara keseluruhan pasti akan memberikan kepuasan yang dihajati.Sebagaimana yang telah dikatakan tadi, landskap dan kediaman perlu mendokong antara satu sama lain. Untuk mencapai keharmonian tersebut, anda perlu menimbang dan

menimbang pilihan-pilihan yang ada bagi mendapatkan landskap yang benarbenar hebat dan praktikal. Gabungan lanskap lembut dan lanskap kejur menyempurnakan laman anda. Ada beberapa aspek dalam pembinaan landskap seperti bajet, kemahiran, iklim, persekitaran, citarasa peribadi dan sumber-sumber yang ada. Jika anda benar-benar mahu memperindahkan kediaman anda dengan ciptaan landskap sendiri, berikut adalah beberapa tip yang boleh membantu. Pastikan konsep landskap yang ingin anda terapkan sesuai dengan konsep keseluruhan kediaman anda. Ada banyak konsep landskap yang sesuai dengan iklim, persekitaran mahupun budaya kita. Misalnya konsep Bali, Tropika, Melayu, Oriental, Jepun dan sebagainya. Pastikan konsep landskap pilihan anda itu selari dengan rekabentuk rumah dan corak hiasan dalaman rumah anda bagi mencetuskan perasaan serta pandangan yang harmoni.

45

Anda mungkin juga menyukai