Anda di halaman 1dari 5

Seni Hias ( Landskap)

Seni Hias ( Landskap)

1.0 Pengenalan Landskap


Landskap ialah istilah daripada Bahasa Belanda bermaksud pemandangan desa.
Landskap merupakan apa-apa yang terdapat di permukaan bumi sama ada elemen semulajadi
seperti tumbuh-tumbuhan, tasik, gunung-ganang, sungai, laut, air terjun, paya, dan hutan
belantara, atau elemen buatan manusia seperti jalanraya, rumah, bangunan, kolam buatan.
Landskap merujuk Kamus Dewan 1989 bermaksud keadaan taman dan sekitar sesebuah rumah.
Bidang landskap bermaksud sains dan seni mengubahsuai kawasan dengan menyusunatur
sesuatu yang semulajadi termasuk penanaman atau pembinaan elemen-elemen secara terancang
dalam suatu plan komprehensif.

Seni landskap merupakan pengolahan elemen semulajadi dan buatan secara harmoni.
Pendek kata, projek landskap di ruang terbatas seperti halaman rumah adalah satu percubaan
untuk mencipta dan menggabungkan beberapa unsur alam yang istimewa pada skala lebih kecil
dan terkawal. Pendedahan terhadap konsep-konsep atau seni-seni landskap dari budaya-budaya
berlainan, menjadikan ia satu bidang yang lebih menarik.Lanskap yang direka sesuai dan
mendokong kediaman secara keseluruhan pasti akan memberikan kepuasan yang dihajati.

2.0 Panduan Menyempurnakan Landskap


Sebagaimana yang telah dikatakan tadi, landskap dan kediaman perlu mendokong antara
satu sama lain. Untuk mencapai keharmonian tersebut, anda perlu menimbang pilihan-pilihan
yang ada bagi mendapatkan landskap yang benar-benar hebat dan praktikal.

Penyusunan tanaman sangat penting dalam seni landskap. Gabungan lanskap lembut dan
lanskap kejur menyempurnakan laman anda. Ada beberapa aspek dalam pembinaan landskap
secara D-I-Y seperti bajet, kemahiran, iklim, persekitaran, citarasa peribadi dan sumber-sumber
yang ada. Jika anda benar-benar mahu memperindahkan kediaman anda dengan ciptaan landskap
sendiri, berikut adalah beberapa tip yang boleh membantu.

Pastikan konsep landskap yang ingin anda terapkan sesuai dengan konsep keseluruhan
kediaman anda. Ada banyak konsep landskap yang sesuai dengan iklim, persekitaran
mahupun budaya kita. Misalnya konsep Bali, Tropika, Melayu, Oriental, Jepun dan
sebagainya.
Pastikan konsep landskap pilihan anda itu selari dengan reka bentuk rumah dan corak
hiasan dalaman rumah anda bagi mencetuskan perasaan serta pandangan yang harmoni.
Jika anda menanam gugusan pokok atau bunga-bungaan, pastikan ia disusun mengikut
lapisan ketinggian mereka. Pokok yang paling tinggi perlu ditanam di bahagian belakang,
sederhana tinggi di bahagian tengah dan renek di bahagian hadapan. Ia bukan sahaja bagi
membolehkan anda nampak semua tanaman anda, bahkan jika mereka mengeluarkan
bunga, anda akan dapat melihatnya dalam susunan yang menarik.

Jangan takut untuk memiliki landskap yang mengandungi unsur air. Bahagian landskap
basah selalunya mengundang tumpuan dalam sesebuah rekaan landskap. Ia bukan sahaja
menarik pada pandangan mata, malah bunyi percikan air mampu mencipta suatu suasana
yang nyaman dan menenangkan. Landskap basah yang paling asas adalah dalam bentuk
kolam.Bagaimanapun lebih menarik jika ia dilengkapi pancuran atau terjunan air. Yang
ringkas pun sudah memadai. Anda boleh gunakan bahan-bahan yang telah siap dijual atau
membina sendiri sesuatu berdasarkan kreativiti serta kemampuan yang anda miliki.
Semua bahan atau keperluan membina landskap basah boleh diperolehi dengan mudah di
kedai-kedai hardware atau di kedai-kedai akuarium.

Pastikan landskap yang anda reka dan bina itu tahan serta mudah diselenggarakan.
Misalnya, pilih pokok-pokok yang bukan dari jenis cepat mati atau terlalu manja untuk
dijaga. Begitu juga pastikan binaan hardscape anda tahan lasak untuk menangani beban
penggunaan dan faktor cuaca. Kalau boleh penyelenggaraan landskap biarlah lebih
bermaksud mengawal atau mencorakkan pertumbuhan dan bukan kerana terpaksa
membaiki bermacam-macam kerosakan atau menggantikan pokok mati.

3.0 Landskap Lembut


Seperti : Tumbuhan dan air

4.0 Landskap Keras/Kejur


Perlandskapan yang melibatkan penggunaan elemen buatan dan keras Seperti : Batu, Kayu,
Simen,Besi dan Fibreglass. Contoh binaan : 1. Wakaf, Pergola, Siar kaki, Kolam,

5.0 Jenis-Jenis Landskap


5.1 Landskap Kediaman
Di bahagikan kepada dua

Landskap kediaman luar bandar

Landskap kediaman bandar

Landskap ini dipengaruhi oleh keadaan ekonomi dan budaya


5.2 Landskap kediaman luar bandar
Mempunyai ruang yang luas, menekankan aspek pemeliharaan, pemuliharaan, dan
peningkatan suasana desa. Kebanyakan tumbuhan di tanam dalam tanah.
5.3 Landskap kediaman bandar
Mempunyai ruang yang terhad, menekankan aspek ringkas dan selesa, selalunya landskap
dirancang dengan lebih teratur dan sistematik. Kebanyakan tanaman di tanam di dalam pasu
Landskap juga dipengaruhi oleh keadaan budaya
Masyarakat Melayu

Menanam tumbuhan herba dan perasa contoh serai, pandan, halia, cekur, lengkuas, pokok
kari, limau purut, kantan, senohong, selum, pegaga

Elemen buatan seperti pagar dan wakaf

Masyarakat Cina

Menanam tumbuhan berwarna merah dan kuning contoh adenium, pinang merah, bonsai,
limau, kemunting

Elemen buatan pondok merah untuk upacara keagamaan, tanglung merah dan air terjun
buatan.

Masyarakat India

Menanam tumbuhan seperti melur, susun kelapa, tebu, pisang, sireh, pinang

Elemen buatan seperti periuk tanah dan air terjun, patung.

5.4 Landskap kawasan sekolah

Menanam tumbuhan hiasan yang harmoni dan mewujudkan suasana kondusif

Mengunakan elemen yang dapat digunakan seperti bangku, meja, wakaf

Mengurangkan kebosanan, menanam pelbagai warna dan bentuk pokok

5.5 Landskap kawasan hospital

Wujudkan ketenangan mengunakan elemen air

Penerapan unsur-unsur terapeutik

Pemilihan tumbuhan yang berwarna ceria

Pemilihan tumbuhan hiasan yang tersusun

Pemilihan tumbuhan yang berbau harum

5.6 Landskap kawasan masjid/gereja


Utamakan fungsi estetik dan nilai

Mengunakan elemen landskap seperti wakaf

Penggunaan tumbuhan berbau harum

5.7 Landskap Kawasan Rekreasi

Mewujudkan suasana persekitaran yang selesa dan segar

Mengunakan banyak tumbuhan berwarna hijau

Mengunakan banyak pokok naungan

Penggunaan elemen siar kaki, laluan refleksologi, pergola, pancutan air, kolam ikan
hiasan, wakaf.

5.8 Landskap Kawasan Bersejarah

Mewujudkan kembali hasil peninggalan satu budaya

Menanam tumbuhan dan membina elemen yang berkaitan budaya

Mewujudkan landskap hasil peninggalan budaya Portugis , Belanda dan British

Contoh Bukit Tinggi, A Famosa, Bukit larut

5.9 Landskap Kawasan Perindustrian

Menanam tumbuhan yang khusus untuk mengawal pencemaran udara, bunyi dan
mengadang pemandangan yag tidak menarik

Tumbuhan yang sesuai mempunyai tekstur yang padat, permukaan daun yang berbulu
dan air ini dapat membantu menyerap habuk dan bunyi.

6.0 Landskap Kawasan Taman Tema

Banyak mengunakan elemen air

Menanam tumbuhan naungan

Menanam tumbuhan yang mempunyai nilai estetik seperti bonsai, topiary

6.1 Landskap Kawasan Laluan/ Jalan


Menanam tumbuhan yang berfungsi menunjuk arah, menghalang cahaya
kenderaan/matahari, membahagi kawasan, menyerap habuk

Tumbuhan yang di pilih hendaklah yang tahan lasak pada panas, kurang penyelenggaraan
dan pokok yang kuat tidak mudah tumbang.

Contoh Landskap

P O S T E D B Y N O O R S YAF I Q A H AT 5 : 4 0 AM

Anda mungkin juga menyukai