Anda di halaman 1dari 21

MODUL KURSUS

PEMBINAAN LANDSKAP
UNTUK
GURU-GURU DAERAH PONTIAN

TEMPAT:
SMK TELOK KERANG

OLEH:
HASAN B KASMURI

LANDSKAP & NURSERI


SMK TELOK KERANG, PONTIAN, JOHOR
PEMBINAAN LANDSKAP

1. PENGENALAN

Malaysia berhasrat menjadi Negara Taman menjelang tahun 2005.


Lembaga Landskap negara mengetuai pelbagai pihak mencapai cita-cita tersebut.
Antara usaha-usaha tersebut ialah Pertandingan Landskap Kebangsaan, Sambutan
Hari Landskap Negara, Kempen Menanam Pokok, dan Pesta Landskap dan Taman
Antarabangsan Kuala Lumpur.

2. WAWASAN LANDSKAP NEGARA

Tahun 2005 Malaysia berhasrat menjadi Negara Dalam Taman.


Hasrat yang tersirat daripada wawasan ini adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara yang indah dan menarik untuk didiami dan dilawati.
Pembangunan landskap negara akan dilakukan dengan bercirikan budaya masyarakat
setempat dengan imej Malaysia yang tersendiri.

3. EVOLUSI LANDSKAP DI MALAYSIA

Kesultanan Melayu Lama


Landskap Kampung
Zaman Penjajah
Tahun 70an dan 80an
Masa Kini
Masa Hadapan

4. DEFINISI LANDSKAP
Landskap adalah pemandangan di atas daratan/muka bumi.
Perlandskapan pula adalah melibatkan usaha-usaha manusia untuk memelihara
persekitarannya supaya dapat hidup dengan selesa, puas, dan harmoni.
Usaha ini termasuklah merancang, membangun dan menyelenggara sesuatu
landskap.

2
Landskap yang baik terhasil daripada perancangan yang teliti dengan mengambil kira
semua faktor di sekelilingnya agar dapat mengekalkan fungsi dan keindahannya.
5. FAKTOR PEMBENTUKAN LANDSKAP

Kebudayaan
Agama
Iklim
Sejarah
Geografi
Pertanian
Citarasa

6. KEPENTINGAN LANDSKAP

Nilai estetika
Nilai kejuruteraan
Nilai ekologi dan alam sekitar
Nilai ekonomi
Nilai sosial

7. JENIS LANDSKAP

Landskap ada dua jenis, iaitu:


1. Landskap Lembut
2. Landskap Kejur

7.1. Landskap Lembut

Landskap lembut merujuk kepada unsur tumbuhan atau tanaman di dalam landskap
iaitu pokok naungan, renek, penutup bumi dan rumput turf, memanjat, menjalar dan
herba.Ia adalah pelaksanaan penanaman tumbuan landskap di tapak landskap.

7.2. Landskap Kejur

Landskap kejur ialah elemen-elemen kaku (rigid) buatan manusia dalam bentuk
semula jadi atau gubahan.
Elemen-elemen yang biasa digunakan ialah batu-batu pejal, konkrit, pagar kayu,
pejalan kaki, platform, perabot, lampu, dan lain-lain.
Faktor ia diwujudkan ialah sebagai pelengkap, menambah nilai estatik dan memberi
fungsi tertentu.
Kelebihannya ialah ia bentuk padu, tahan cuaca, cepet dibina, mudah dicorak dan
penyelenggaraannya mudah.

3
7.2.1. Landskap kejur boleh dikategorikan kepada:

1. Perabot Landskap (Landscape Furniture)


2. Kemudahan-kemudahan Kerja Luaran (External Work Utilities)

7.2.1.1 Perabot Landskap (Landscape Furniture)

Elemen dibina di tempat yang sesuai untuk menjaa nilai estetika disamping
member fungsi tertentu. Pembinaannya diadunkan dengan prinsip-prinsip
landskap iaitu; bentuK ruang susunan.
Contohnya:
1. Pejalan kaki
2. Lampu jalan
3. Taman permainan kanak-kanak
4. Gazebo
5. Pergola
6. Bangku
7. Bollards (tanda sempadan)
8. Papan tanda
9. Peralatan rekreasi

7.2.1.2. Luaran (External Work Utilities)

Ia adalah semua elemen kaku (rigid) yang dibina dengan fungsi tertentu menjadi
secara tidak langsung menambahkan nilai estetik sesuatu tempat.
Walaupan kadang-kala struktur itu mencacatkan landskap, tetapi fungsi selalunya
menjadi keutamaan.
Antara kerja-kerja luaran itu ialah:
Perhentian bas
Sistem perparitan
Sistem pengairan
Pembentukan tanah
Pusat janakuasa elektrik
Slop
Tandas/kolam kumbahan

7.2.2 Faktor Pembinaan Landskap Kejur

Ciri-ciri keselamatan
Pemilihan elemen
Pemilihan bahan
Cara pemasangan/ pengemasan
4
Kesenian rekabentuk ikut budaya sesuatu tempat
Jenis bahan
Lokasi
Kos penyelenggaraan
Fungsi
Jadual penyelenggaraan

8. PRINSIP REKA BENTUK LANDSKAP

Keringkasan
Kesatuan
Keanekaan
Penumpuan
Keseimbangan
Irama
Aturan
Skala

8.1 Keringkasan

Reka bentuk hendaklah ringkas, teratur dan mudah difahami serta mewujudkan
susunan dan kesatuan.
Menggunakan unsur-unsur dan elemen-elemen terpenting sahaja supaya
mengelakkan keadaan kelam kabut.

8.2. Kesatuan

Penyatuan pelbagai elemen reka bentuk untuk memudahkan penggarapan dan


persepsi pemerhati bahawa komposisi ini adalah satu.
Mencapai kesatuan adalah penting untuk mendapatkan satu konsep yang kuat agar
semua reka bentuk akan tertumpu kepada konsep tersebut.

8.3. Keanekaan

Keanekaan dalam sesuatu rekabentuk dapat menimbulkan daya tarikan serta


mengelakkan rasa jemu atau bosan dengan menggunakan pelbagai elemen seperti
warna, bentuk, tekstur, perubahan haluan, pergerakan, bunyi dan juga kualiti cahaya.

8.4. Penumpuan

Penumpuan diujudkan untuk memberi kesan daya penarik dengan adanya satu titik
fokus yang kuat melalui ciri-ciri istimewa warna, ketinggian, bentuk, tekstur, bunyi, atau
objek/tanaman yang istimewa dan unik.
5
Penumpuan boleh dikukuhkan lagi dengan teknik membingkai dan mengarah
pemandangan terus kepada titik fokus itu.

8.5. Keseimbangan

Keseimbangan adalah untuk mengujudkan kestabilan sama ada secara formal atau
tidak formal.
Keseimbangan formal bersifat geometrik, simetrikal dan ditentukan melalui
pengulangan elemen-elemen yang sama di kiri dan kanan.
Keseimbangan tidak formal lebih dinamik dan lebih bersifat natural.

8.6. Irama

Prinsip ini merupakan perubahan dari satu keadaan kepada yang lain secara
berperingkat menurut pandangan mata sesuai dengan irama tertentu.
Perubahan ini adalah dari segi ketinggian, warna atau tekstur.
Pengulangan terhadap elemen-elemen tersebut akan dapat mengawal pandangan
mata sehingga menuju ke titik tertentu.

8.7. Aturan

Berkait rapat dengan pergerakan yang melalui sesuatu ruang dari permulaan
(gateway).
Ruang-ruang yang seterusnya dihubungkan untuk mewujudkan kesinambunan yang
teliti.
Rekabentuk aturan yang melibatkan sesuatu penemuan adalah sangat baik.
Lebih baik untuk tidak menunjukkan semuanya pada satu masa untuk mewujudkan
sense of surprise.

8.8. Skala

Pertalian antara saiz sesuatu elemen dengan elemen yang lain.


Manusia menjadi rujukan skala.

9. REKABENTUK LANDSKAP

Rekabentuk landskap adalah penyusunan elemen-elemen yang perlu ada di sesuatu


kawasan untuk membentuk dan menyusun ruang menurut prinsip rekabentuk.
Rekabentuk perlu untuk meningkatkan kualiti hidup manusia dan juga untuk
memperbaiki hubungan manusia dengan alam sekitarnya.

6
Ia memberi peluang untuk manusia mengambil yang terbaik daripada alam
persekitarannya dengan membentuk keseimbangan antara manusia dan alam melalui
justifikasi fungsi, ekologi dan estetika.
Justifikasi ini dijadikan kreteria menentukan kejayaan sesuatu rekabentuk landskap.
Kualiti hidup manusia bertambah.

9.1. Elemen-elemen Landskap

Tumbuh-tumbuhan (landskap lembut)


Bahan-bahan binaan (landskap kejur)
Air
Manusia/haiwan (hidupan)
Rupa bumi

9.1.1. Tumbuh-tumbuhan

Memberi warna dan bentuk


Mengawal iklim
Mengawal kebisingan
Mengawal pencemaran
Mengawal hakisan
Mengawal pemandangan
Membingkai pemandangan
Membahagi kawasan
Mengarah perjalanan
Memberi tumpuan
Melembutkan kawasan yang banyak struktur keras.

9.1.2. Bahan-bahan

Landskap lebih menarik jika elemen bahan-bahan binaan digunakan untuk memberi
keanekaan, tumpuan, warna dan struktur.
Sebab menggunakan bahan-bahan binaan:
1. Ciri-ciri yang tidak terdapat pada tumbuhan.
2. Biasanya tahan lasak
3. Lebih mudah dibentuk
4. Mudah diselenggara
5. Boleh direka pelbagai jenis dan bentuk

9.1.3. Air

7
Air boleh memberikan kesan-kesan yang menarik. Ia boleh dalam bentuk air terjun, air
pancut, kolam dan sebagainya.
Fungsi air:
1. Menyejukkan udara
2. Menghalang kebisingan
3. Menambah aktiviti
4. Menenangkan fikiran

9.1.4. Manusia/Haiwan (Hidupan)

Elemen ini merupakan pengguna sesuatu kawasan landskap.


Penelitian terhadap aktiviti manusia dan hidupan lain di sesuatu kawasan adalah perlu
untuk membantu dalam menentukan rekabentuk sesuatu kawasan.

9..1.5. Rupa bumi

Rupa bumi boleh dilihat dalam bentuk seperti gunung-ganang, bukit, lembah, lereng
atau daratan.
Penggunaan pelbagai bentuk rupa bumi boleh memberikan keanekaan di dalam
sesuatu landskap untuk mengelakkan kebosanan.

9.2. Ruang

Ruang dalam landskap adalah penting untuk pengguna mengalami persekitarannya.


Sesuatu ruang boleh direka bentuk untuk menggerakkan reaksi dan emosi seseorang.
Pengguna boleh bergerak perlahan atau pantas, berasa selamat atau sebaliknya,
berasa terlindung atau terdedah.
Di dalam landskap, ruang boleh dibentuk menggunakan tumbuhan atau binaan.
Satu ruang/bilik boleh berdindingkan tumbuhan, lantainya oleh rumput, silingnya silara
pokok/pergola, tingkapnya ruang kosong antara tumbuhan, manakala perabutnya
terdiri dari bangku taman, air pancut atau lampu hiasan.

10. PROSES REKA BETUK LANDSKAP

Ia adalah satu siri langkah-langkah kreatif oleh perekabentuk yang digunakan untuk
membangunkan atau menyelesaikan masalah-masalah sesuatu kawasan.
Ia penting atas beberapa sebab:

1. Ia memudahkan pereka untuk menerangkan kepada pelanggan sebab-sebab


sesuatu langkah itu diambil untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
2. Proses ini membantu para pereka untuk mendapatkan maklumat yang berguna dan
menggunakannya sebaik mungkin.

8
3. Proses ini membolehkan perekabentuk mendapatkan pendekatan yang terbaik
untuk menyelesaikan masalah.

Sesuatu perlandskapan perlu melalui proses-proses tertentu untuk memastikan hasil


landskap yang menarik. Langkah-langkah dibahagikan kepada 5 fasa iaitu:

1. FASA 1 Penyelidikan dan persediaan


2. FASA 2 Rekabentuk
3. FASA 3 Dokumen pembinaan
4. FASA 4 Pembinaan
5. FASA 5 Penyelenggaraan

10.1. FASA 1 - PENYELIDIKAN DAN PERSEDIAAN

Fasa ini merupakan fasa dimana perekabentuk mengumpul maklumat sebanyak dan
sebaik mungkin. Aktiviti-aktiviti ini melibatkan:
1. Persetujuan perekabentuk dengan pelanggan.
2. Penyediaan pelan dasar.
3. Inventori dan analisis kawasan.
4. Analisis pelanggan.
5. Pembentukan program.

10.1.1 Persetujuan Dengan Pelanggan

Ia adalah pertemuan antara perekabentuk dengan pelanggan.


Perekabentuk akan cuba mendapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai
keperluan pelanggan.
Mereka akan menerangkan tentang skop tugasan yang ditawarkan dan juga kos yang
terlibat. Sekiranya persetujuan tercapai, maka dokumen perjanjian akan
ditandatangani.

10.1.2. Penyediaan Pelan Dasar/Asas

Satu pelan dasar yang menunjukkan keadaan semasa tapak diperlukan.


Jika maklumat tidak diberikan oleh pelanggan, perekabentuk boleh mendapatkannya
melalui kerja-kerja mengukur dan merekod di tapak tersebut.

10.1.3 Inventori dan Analisis Kawasan

Ia bermakna merekodkan semua infrastruktur, tanaman atau apa sahaja objek penting
yang terdapat di kawasan tersebut.

9
Pelan inventori yang tepat diperlukan untuk mengelakkan kesilapan rekabentuk pada
masa akan datang.
Antaranya adalah:
1. Kedudukan tapak dan keadaan sekeliling
2. Sistem lalulintas, jalan masuk/keluar
3. Kemudahan awam
4. Tanaman sedia ada
5. Struktur binaan
6. Iklim
7. Jenis-jenis tanah
8. Arah angin/matahari
9. Saliran
10. Topografi
11. Penggunaan tanah
12. Arah pemandangan yang menarik/hodoh
13. Arah bunyi

10.1.4 Analisis Pelanggan

Mengenali pelangan sama penting dengan mengenali kawasan.


Perekabentuk mesti mengetahui kehendak dan keperluan pelanggan. Belanjawan
yang dikeluarkan amat penting untuk diketahui.
Aktiviti dan pergerakan pelanggan akan banyak membantu.
Antara perkara-perkara yang perlu diketahui adalah seperti:
1. Karekter dan kesukaan para pelanggan/penghuni
2. Aktiviti-aktiviti yang disukai dan diperlukan
3. Bahan-bahan yang disukai dan tidak disukai

10.1.5. Pembangunan Program

Berdasarkan kepada maklumat yang ada, perekabentuk perlu menganalisis dan


menyusun aktiviti serta perogram mengikut keutamaan dan hanya memilih mana yang
perlu sahaja.
Tidak semua kehendak pelanggan boleh dimasukkan dalam limitasi kawasan dan
peruntukan kewangan.
Program ini juga menyediakan satu senarai ringkas aktiviti-aktiviti yang seterusnya
ditambah dan dikembangkan dengan elemen-elemen yang perlu ada dalam setiap
aktiviti tersebut.

10.2. FASA 2 - REKABENTUK

Hasil Daripada Fasa 1, perekabentuk akan mampu untuk melangkah ke Fasa 2


dengan lebih baik.
Langkah-langkah Fasa 2 adalah:
1. Pembagunan pelan konsep
2. Pembangunan bentuk
10
3. Pelan induk

10.2.1. Pembangunan Pelan Konsep

Konsep adalah idea dasar sesuatu bentuk.


Setiap apa yang ingin dimasukkan atau dibangunkan perlulah selari dengan konsep
yang dipilih.
Biasanya pelan konsep dilukis dengan menggunakan gambarajah buih dan dibantu
oleh simbol-simbol yang ringkas dan mudah.
Tujuan utamanya iaah untuk mengkaji hubungan antara ruang-ruang aktiviti dan untuk
memastikan kesesuaian aliran dalam keadaan harmoni dan berfungsi.
Perekabentuk perlu melapangkan fikiran agar tidak terikat dengan satu-satu konsep
sahaja, dan mesti bersedia untuk menukarnya.
10.2.2 Pembangunan Bentuk

Pelan konsep perlu diperincikan lagi hasil perbincangan dan persetujuan pelanggan.
Bentuk kasar, gambarajah buih dan simbol-simbol ringkas ditukar kepada bentuk-
bentuk yang lebih spesifik. Ruang-ruang mula menjadi lebih realistik.
Beberapa cara pembangunan bentuk boleh dipilih tetapi mestilah berdasarkan kepada
konsep yang telah dipersetujui.

10.2.3. Pelan Induk

Dengan terhasilnya bentuk, maka penyediaan pelan induk akan menjadi lebih mudah.
Pada peringkat ini, perkara-perkara berikut dikenalpasti:
1. Jenis tanaman
2. Jenis bahan binaan
3. Jenis kelengkapan
4. Lain-lain perincian

10.3. FASA 3 - DOKUMENTASI PEMBINAAN

Setelah pelan induk disiapkan dan dipersetujui oleh pelanggan, maka dokumentasi
pembinaan disediakan untuk menunjukkan kepada pihak kontraktor bagaimana untuk
membina rekabentuk yang telah disediakan.

10.4. FASA 4 - PEMBINAAN

Sebelum pembinaan landskap dimulakan, kontraktor yang sesuai akan dipilih dan
biasanya berdasarkan kepada sebutharga yang ditawarkan dan juga kepada
pengalaman.
Kontraktor yang dipilih perlu membuat persediaan dan juga perlu mengikut semua
spesifikasi yang telah ditetapkan oleh perekabentuk.

11
10.5. FASA 5 - PENYELENGGARAAN

Penyelenggaraan adalah satu fasa yang kerap dilupakan.


Biasanya para kontraktor akan diminta untuk terus menyelenggara landskap yang
dibina untuk satu jangka masa tertentu.

11. TEKNIK PENANAMAN TANAMAN LANDSKAP

Teknik penanaman memainkan peranan penting untuk memastikan pertumbuhan


tanaman yang baik.
Pertumbuhan yang baik bergantung kepada faktor-faktor seperti:
1. Penyesuaian keadaan tapak
2. Pemilihan tanaman
3. Penyediaan tapak yang baik
4. Pembajaan yang mencukupi
5. Pengurusan yang rapi
6. Kaedah pelaksanaan yang baik

11.1. Penyediaan Tapak Penanaman

11.1.1. Pembersihan Dari Rumpai

Rumpai perlu dimusnahkan dengan cara meracun, mencabut atau membakar.


Tunggul-tunggul pokok yang tidak diperlukan juga dimusnahkan supaya tidak menjadi
tempat pembiakan serangga perosak dan kulat.

11.1.2. Penyediaan Lubang Penanaman

Buang pokok-pokok sedia ada yang tidak perlukan.


Tentukan lokasi lubang penanaman.
Semak pelan utiliti supaya lokasi tidak terlalu hampir dengan talian utuliti.
Tandakan lokasi dengan pancang berukuran 45 60 sm.
Gali lubang mengikut kesesuaian tapak.
Biarkan lubang selama seminggu.
Timbus lubang dengan tanah campuran dan biarkan lagi selama seminggu.
Lubang penanaman seelok-eloknya selebar 2 kali garispusat polibeg/pasu/bebola
akar dan 15 cm/6 lebih dalam.

11.1.3. Saliran

Saliran yang sempurna adalah diperlukan agar kawasan penanaman tidak menakung
air.

12
Tanah yang menakung air dan mengandungi banyak air akan menjejaskan
pengudaraan akar dan seterusnya merencatkan pertumbuhan pokok.

11.2. Penyediaan Tanah Campuran

Tanah yang paling sesuai untuk penanaman ialah jenis yang mengandungi banyak air,
udara dan sumber makanan yang diperlukan dan selalunya mempunyai butir-butir
tanah yang seimbang.
Campuran yang disyurkan ialah:
3 : 1 (3 bahagian tanah atas, 1 bahagian bahan organic)
3 : 2 : 1 (3 bahagian tanah atas, 2 bahagian bahan organic dan 1 bahagian pasir)

11.3. Penanaman Tumbuhan Landskap

Teknik Penanaman Pokok Utama


Teknik Penanaman Pokok Renek
Teknik Penanaman Penutup Bumi
Teknik Penanaman Tumbuhan Memanjat
Teknik Penanaman Dalam Pasu

11.3.1. Teknik Penanaman Pokok Utama

1. Gali lubang penanaman berukuran 1 m X 1 m X 1 m sama ada berbentuk U


atau V.
2. Dedahkan selama seminggu.
3. Isi dengan tanah campuran 2 : 1 : 1 sehingga 5 7.5 cm lebih tinggi dari
paras permukaan tanah.
4. Biarkan selama seminggu.
5. Selepas satu minggu, gali daripada lubang dan seterusnya masukkan
bebola akar pokok ke dalam lubang.
6. Ikat pokok pada kayu pancang di sisi bebola akar supaya pokok tegah dan
tidak rebah.
7. Jaraknya antara 0.5 0.9m.
8. Masukkan tanah selebihnya dan padatkan sekeliling pokok.

11.3.2. Teknik Penanaman Pokok Renek

1. Langkah-langkah penanaman adalah sama seperti penanaman pokok


utama tetapi saiz lubang adalah lebih kecil.
2. Pokok renek saiz besar: 0.5m X 0.5m X 0.5m
3. Pokok renek saiz sederhana: 0.3m X 0.3m X 0.3m
4. Pokok renek saiz kecil: 0.2m X 0.2m X 0.2m

11.3.3. Teknik Penanaman Penutup Bumi


13
1. Keluasan tapak ditandakan dengan tali dan kayu penanda. Gemburkan
sedalam 0.3m. Biarkan selama seminggu.
2. Taburkan campuran tanah atas dan baja organik atas tanah yang telah
digembur.
3. Tanaman ini boleh ditanam secara keratan atau pembahagian rumpun.
4. Jika tanaman dari bekas polibeg, buat lubang, tanggalkan pembalut bebola
akar, lalu masukkan bahan anaman dengan rimbunan daunnya pada paras
permukaan tanah. Isikan lubang dengan tanah campuran, padatkan dan
siram dengan air. Buat sungkupan.

11.3.4 Teknik Penanaman Tumbuhan Memanjat

1. Tanaman tumbuhan memanjat boleh ditanam di atas tanah atau dalam


bekas penanaman.
2. Ditanam pada jarak 15 30.5 cm antara pokok bergantung kepada
kekesanan yang dkehendaki.
3. Jika untuk menutupi tembok atau pagar, tanamkan sejauh 15 cm dari pagar
supaya iamudah memanjat.
4. Kayu pancang/unjung digunakan sebagai alat pemanjat.
5. Pergola boleh dijadikan alat pemanjat untuk tumbhan jenis ini.

11.3.5. Teknik Penanaman Dalam Pasu

1. Terdapat berbagai jenis, saiz dan bentuk pasu yang boleh digunakan
sebagai bekas penanaman.
2. Masukan pecahan pasu lama setebal 2.5 5 cm di dasar pasu untuk tujuan
pengaliran air atau pengudaraan.
3. Tanaman disediakan samaada daripada polibeg atau pemasuan semula.
4. Masukkan tanah campuran 3:2:1 sebanyak - 1/3 daripada ketinggian
pasu.
5. Pokok yang hendak ditanam diletakkan di tengah-tengah pasu. Isi dan
padatkan tanah campuran di sekeliling pokok. Seterusnya siram dengan air.

12. TEKNIK PENYENGGARAAN TANAMAN LANDSKAP

12.1. Penyiraman

Dilakukan sebaik sahaja kerja-kerja penanaman selesai.


Air siraman hendaklah mengenai pokok dan tanah penanaman. Air siraman
hendaklah menyerap sedalam 13 15 cm ke dalam tanah.
Umumnya penyiraman dilakukan dua kali sehari untuk pokok dalam bekas
iaitu pada awal pagi dan lewat petang.
Apabila pokok telah dewasa, kadar penyiraman bolehlah dikurangkan atau
diberhentikan.

12.2. Merumpai
14
Aktiviti ini perlu dilakukan dari masa ke semasa.
Merumpai menjadikan kawasan landskap kelihatan kemas, teratur dan
menjauhkan tumbuhan daripada serangan penyakit.
Merumpai boleh dilakukan dengan tangan atau mengguanak peraltan
khas.

12.3. Pembajaan

Pembajaan yang seimbang dan betul menghasilkan tumbuhan landskap


sihat dan subur.
Pastikan tujuan membaja samaada untuk pengeluaran bunga, buah atau
daun.
Baja tinggi nitrogen untuk berdaun cantik.
Baja tinggi fosfat dan potash untuk menghasilkan bunga dan buah.
Pembajaan hendaklah mengikut masa yang telah dijadualkan.

12.4. Pemangkasan

Pemangkasan dilakukan dengan membuang tunas-tunas liar, dahan yang


tumbuh tidak teratur dan dahan-dahan yang telah rosak.
Ia bertujuan; membentuk pokok, membuang dahan mati, berpenyakit, dan
yang tidak diperlukan, merangsang pertumbyhan tunas, bunga atau buah,
meninggikan nilai estetika, dan memberi keseimbangan pada pokok supaya
tidak rebah.
Ada tiga jenis; pemangkasan membentuk, pemangkasan kelaziman, dan
pemangkasan memperbaiki

12.5. Pemotongan Rumput

Rumput dipotong mengikut jadual yang telah ditetapkan seperti dua kali
sebulan.
Pada musim hujan, pemotongan lebih kerap dilakukan.
Pada musim kering, kekerapan memotong rumput boleh dikurangkan
kepada sekali sebulan.
Rumput dipotong pada paras yang dikehendaki tanpa merosakkan
pertumbuhannya.
Rumput yang telah dipotong hendaklah disapu dan dibersihkan untuk
mengelakkan perttumbuhan yang tidak sama rata.

12.6. Penyelenggaraan Lain

Terdapat penyelenggaraan lain yang perlu dilakukan.

15
Aktiviti-aktiviti ini dilakukan secara harian untuk menjadikan kawasan
andskap kelihatan bersih, cantik dan menarik.
Antara kerja-kerja itu ialah; menyulam tumbuhan landskap yang mati,
menyapu daun-daun kering yang berguguran, memungut sampah,
membersihkan longkang dan sebagainya.

13. RAHSIA LANDSKAP YANG BERJAYA

13.1. SEPADUKAN ANTARA BINAAN DAN TAMAN

Apabila hendak membina landskap, perancangan hendaklah mengambil kira


penyepaduan antara apa jua binaan (bangunan) dan taman dari segi bentuk, skala,
warna dan bahan.

13.2. PERTIMBANGKAN SAIZ POKOK APABILA MATANG

Mengambil kira saiz pokok atau tumbuhan terutamanya tumbuhan yang boleh
membesar yang boleh melindungi tingkap, pendawaian elektrik atau pemandangan.

13.3. KOS PEMBINAAN LANDSKAP

Kira dan tetapkan harga setiap bahan, tumbuhan, upah, dan kos luar jangka. Berfikiran
wajar tertang harga dan kemampuan sendiri.

13.4. BINA LORONG LALUAN YANG LUAS

Lebar lorong sekurang-kurangnya 1 meter supaya beberapa orang dewasa boleh


berjalan beriringan.
Lebihkan ruang untuk tumbuh-tumbuhan rendang. Sediakan ruang untuk meletakkan
bangku di sepanjang lorong.

13.5. BUAT LENGKUNGAN

Bentuk lengkungan dan bentuk bebas dapat menarik perhatian.


Menjadi kebiasaan menanam pokok tinggi di belakang dan yang rendah di hadapan.
Sebagai ganti, kelompokkan dan susun tumbuhan mengikut ketinggian dan juga tanam
tanaman tutup bumi.

13.6. GAMBARKAN SECARA KESELURUHAN

Rancang landskap bagi keseluruhan kawasan walaupun kita hanya membina


sebahagian sahaja pada satu-satu masa.
Tanpa pelan keseluruhan, bahagian-bahagian tertentu tidak nampak bersepadu.

16
13.7. BINA JALAN MASUK

Landskap bermula di tapak kediaman /bangunan bukan di kawasan kediaman.


Binalah elemen seperti pintu pagar, tempat yang redup, pagar kecil, pagar tumbuhan,
atau sempadan taman untuk membentuk jalan masuk dari hadapan dan/atau sisi
halaman.

13.8. PILIH TUMBUHAN YANG BETUL

Pilih tumbuhan yang sesuai dengan suhu dan cuaca, keamatan cahaya matahari dan
teduhan, jenis tanah, dan kelembapan.
Wang dan masa dapat dijimatkan, tumbuhan hidup segar, dan kurang memerlukan
perhatian, dan dapat mengelakkan tumbuhan tidak subur atau mati.

13.9. ADA KESEPADUAN SAYUR-SAYURAN DAN


TUMBUHAN LAIN

Tidak perlu kebun sayur berasingan.


Lebih menarik jika ada penggabungan tanaman sayur-sayuran dan tumbuhan
landskap termasuk yang berbunga dalam satu kelompok di tengah-tengah kawasan
landskap atau laman.

13.10. BERI PENCAHAYAAN KEPADA TAMAN

Kita tidak perlu tergesa-gesa ke taman sebelum matahari terbenam untuk menikmati
keindahan landskap.
Berikan pencahayaan untuk keselamatan dan keseronokan di waktu malam.
Beri pencahayaan di patio, geladak, lorong, kolam dan kawasan landskap yang lain.

13.11. HALAMAN BERUMPUT MEREDUPKAN


PEMANDANGAN

Rumput memberikan kawasan landskap yang cantik, kemas, teduh dan redup mata
memandang.
Tanamlah rumput yang tahan dan sesuai dengan suhu, cuaca dan fungsi kawasan
yang ditanam rumput.

13.12. BENTUKKAN DASAR LANDSKAP YANG KUKUH


17
Lebih baik menanam tumbuhan pelbagai ketinggian, menanam tumbuhan sempadan,
dan menanam dalam bentuk lengkungan.
Bina lorong pejalan kaki menghala ke pintu, bukannya selari dengan bangunan. Ini
membantu landskap lebih menarik.

13.13. LEBIHKAN PERHATIAN SEMASA MERANCANG


PEMBINAAN LALUAN SIAR KAKI

Pastikan pemilihan bahan-bahan untuk laluan siar kaki tidak membahayakan


pengguna dari segi jenis bahan, kerataan dan jarak pemasangan.
Tanah yang tinggi rendah boleh menyebabkan orang tergelincir dan mencederakan
kaki.

13.14. LIHAT DAN FAHAMI SEBELUM MEMBINA

Membeli dari nurseri adalah mudah dan cepat.


Tetapi ambillah masa untuk menentukan apa yang benar-benar diperlukan dalam
landskap anda.
Dapatkan katalog dan teliti buku-buku mengenai taman sebelum membeli bahan-
bahan untuk perlandskapan.

13.15. LIHAT DAN TELITI DARI DALAM RUMAH KE ARAH


KAWASAN LANDSKAP

Duduk di dapur atau di bilik atau di ruang tamu atau di mana-mana bahagian rumah
dan perhatikan kawasan landskap yang bakal dibina.
Apakah yang ingin kita lihat? Rancang pemandangan yang ingin dilihat dari dalam
rumah atau bangunan.

13.16. FIKIRKAN JANGKA MASA PANJANG

Sekarang cuaca panas, tetapi adakah keadaan ini akan berpanjangan?


Apabila pokok-pokok telah membesar dan merendang, adakah kita masih dapat
cahaya matahari di tempat yang kita hendak?
Asas susunan pkok-pokok mestilah melibatkan perubahan kawasan pada masa akan
datang.

13.17. TONJOLKAN KEINDAHAN DI BAHAGIAN HADAPAN

Jangan sembunyikan keindahan taman dengan membina taman di belakang


rumah/bangunan.

18
Rancang untuk halaman hadapan dan sisi, termasuk bangku, kolam, batas bunga dan
geladak.

13.18. PANDANG KE MASA HADAPAN

Di atas kertas kelihatan sempurna. Tetapi setelah setahun, idea-idea ini mungkin
menimbulkan masalah.
Adakah kita akan sentiasa menjaga tanaman landskap? Adakah kita akan mengecat
perabot landskap?
Reka bentuklah landskap mengikut kemampuan kita untuk menyenggara.

13.19. KENAL PASTI MASALAH DENGAN TEPAT

Jika rumput di laman atau tumbuhan landskap kurang subur, kenal pasti puncanya
terlebih dahulu sebelum bertindak.
Perhatikan keadaan tanah, ahaya matahari, siraman, pembajaan, mencantas,
serangga perosak dan penyakit.
Jika tidak pasti, mintalah bantuan pakar.

13.20. TUMBUHAN LANDSKAP MESTI DIJAGA DENGAN

Tumbuhan landskap mesti dijaga dengan betul.


Elakkan siraman dan pembajaan yang berlebihan. Ada tumbuhan mati kerana terlalu
dijaga.

13.21. INGATLAH KEPADA KANAK-KANAK

Ambil masa semasa merancang landskap dengan mengambilkira untuk memenuhi


keperluan keluarga dan anak-anak.
Mulakan dengan yang diingini dan disesuaikan dengan keperluan anak-anak (bermain,
BBQ, membaca, dan memerhati burung).

13.22. PELAJARI YANG ASAS

Kita tidak ingin mendengar tentang masalah tanah atau perparitan apabila melihat
batas bunga yang menyubur dan semasa mengadakan jamuan di taman.
Pastikan perkara-perkara asas ini diberi perhatian sebelum menikmati keseronokan di
taman.

13.23. SESUAIKAN DENGAN GAYA HIDUP PENGGUNA

19
Reka bentuk landskap hendaklah disesuaikan dengan masa terluang, tenaga dan
kegemaran pengguna.
Jika pengguna menghendaki gaya penyenggaraan yang sedikit, pilihlah tumbuhan dan
bahan yang penyengggaraannya sedikit.
Jimatkan masa penyenggaraan dengan mengelompokkan mengikut keperluan yang
sama.

13.24. BINA LANDSKAP SENDIRI

Jangan teringinkan landskap jiran anda.


Mungkin silap jika terlalu meniru.
Tanah, lokasi, keadaan dan citarasa berbeza.
Landskap adalah sesuatu yang peribadi.
Anda akan lebih menikmati landskap jika ianya dibuat untuk anda sendiri.

13.25. BANYAKKAN WARNA

Kebanyakkan kita menanam tumbuhan sepokok sepokok.


Warnanya tidak memberi impak kepada landskap.
Kelompokkan beberapa pokok dari jenis yang sama untuk menaikkan warnanya.
Warna menjadi banyak jika menanam secara kelompok dari jenis yang berlainan.

SEKIAN
SELAMAT BERJAYA

Terima kasih
Terima kasih
Terima kasih
Terima kasih
Terima kasih
Terima kasih

Terima kasih
Terima kasih
Terima kasih

20
Terima kasih
Terima kasih
Terima kasih

21

Anda mungkin juga menyukai