Anda di halaman 1dari 10

BUAT CENDAWAN BATU SIMEN FERRO

Projek simenfero

CARA BUAT PROJEK SIMEN FERRO


Nak buat projek simen ferro? Projek-projek yang mudah, taklah susah sangat nak buat. Projek 'simple' seperti bangku dan meja senang sikit nak buat. Lainlah kalau nak buat projek air terjun, memanglah susah sikit dan memerlukan kemahiran yang tinggi. Masa yang diambil untuk membuat satu set meja dan lima bangku simen ferro termasuk membuat kemasannya sekali lebih kurang seminggu sahaja (bagi seseorang yang rajin dan nak bermain dengan simen). Kalau nak cuba, tenunglah foto-foto ini. Insayallah boleh buat punya... Mula-mula buat yang mudah-mudah sahaja. Kalau dah boleh buat dan kemahiran pun dah meningkat, buatlah projek-projek yang lebih susah seperti kolam, jambatan, air terjun, bangku bersandar dan pondok. Barulah taman di sekeliling rumah nampak anggun dengan kos pembinaannya yang rendah. Bertambah bangga apabila ia dibuat sendiri. OKlah. Inilah cara nak buat bangku simen ferro yang paling asas. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. Membuat lakaran projek yang berkaitan. Seboleh-bolehnya apabila projek siap kelak, ia menyamai lakaran yang dibuat. Menggunakan bahan yang sesuai seperti simen, keluli, pasir, air, jejaring dawai (BRC) dan dawai mata punai. Menggunakan alat yang sesuai seperti perata simen, sudip, sekup, penapis, gunting besi, dan peralatan lain yang berkaitan. Memotong bahan kerangka (BRC) menepati spesifikasinya iaitu mengikut lakaran. Elakkan pembaziran bahan. Kalau berniaga, rugilah nanti. Untuk menambah kekuatan struktur, gunakan juga besi 'link' yang diikat bersama BRC. Membentuk kerangka mengikut lakaran. Mengikat kerangka dengan kemas. Ikat kerangka dengan dawai halus / lain-lain yang sesuai. Kalau nak, balut kerangka tadi dengan dawai mata punai agar mortar mudah melekat ke kerangka semasa melepa. Menyediakan bahan bancuhan mortar dengan nisbah yang betul: 2 bahagian pasir halus, 1 bahagian simen dan bahagian air. Membancuh mortar dengan sekata. Lepa selapis simen pada bahagian luar kerangka. Melepa mortar pada kerangka dengan betul dan ketebalannya sekata. Biarkan keras. Buat lepaan lapisan kedua. Ketebalannya lebih kurang 1 cm. Biarkan mengeras 2 hingga 3 jam. Buat lorekan seperti kulit kayu. Lorekan ini dibuat sebelum mortar betul-betul keras. Kalau mortar dah keras, tak bolehlah nak dilorek. Ingat tu... Lorek dengan apa? Alaaa... gunakan paku boleh, gunakan pemutar sekru boleh, gunakan test pen boleh, gunakan hujung sudip simen pun boleh... gunakanlah benda-benda yang tajam di hujungnya... Buat lorekan dengan betul dan kreatif agar nampak lawa dan cantik...buatlah lorekan seperti kulit kayu... Apabila dah dilorek, biarkan betul-betul kering. Sebelum mengecat, bersihkan projek itu dari gerigis simen menggerutu dan habuk dengan menggunakan berus keluli. Cat kulit kayu lapisan pertama dengan car berwarna hitam termasuk di celah-celah lorekan. Bahagian yang berupa potongan kayu tak payah dicat hitam, kan nanti nak disapu dengan cat warna kuning atau coklat muda... Apabila lapisan pertama cat dah kering, bolehlah cat lapisan kedua dengan warna-warna yang menyerupai warna kulit kayu seperti warna coklat, kuning, putih, oren dan lain-lain warna yang sesuai. Biarkan kering. Kilatkan projek menggunakan pengilat. Barulah nampak cantik dan menarik... jom buat...

4.0 Aktiviti Pembelajaran Edit Tags 0 13


f6536485117f61c f6536485117f61c

View As Print PDF Other Notify RSS Backlinks Source

Modul Pembelajaran: Pembinaan Simenfero Landskap & Nurseri Tingkatan Lima


Simen ferro merupakan sejenis struktur binaan yang terdiri daripada campuran pasir, simen dan air yang dilepa nipis pada jejaring dawai keluli. Simen ferro bermaksud kombinasi bahan ferus (beri)

dan simen. Simen ferro telah dipelopori oleh Joseph Louis Lombot pada tahun 1848. Di Malaysia ianya diperkenalkan pada tahun 1979 oleh Universiti Pertanian Malaysia (Universiti Putra Malaysia).

Pembelajaran Berasaskan Projek (Project Based Learning/ PBL)

Metodologi atau kaedah pendidikan yang bertujuan mengembangkan potensi pelajar

Konsep PBL

Berpusatkan pelajar Guru sebagai fasilitator/ pemudahcara Aktiviti pembelajaran yang berkaitan dengan kehidupan sebenar Pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran

Melalui PBL

Pelajar boleh berfikir "Outside the Box" Berkolaborasi dalam kumpulan Memperolehi kemahiran pengurusan kendiri Memjadikan suasana pembelajaran yang menyeronokan

Panduan pembelajaran: Setiap pelajar dibahagikan kepada tiga kumpulan. Setiap kumpulan akan menerima satu projek untuk dilaksanakan. Berikut adalah projek yang harus dibuat oleh pelajar:

Kumpulan 1: Projek 1 (Membina Air Terjun Simenferro) Kumpulan 2: Projek 2 (Membina Bekas Tanaman Simenferro) Kumpulan 3: Projek 3 (Membina Kerusi Taman Simenferro)

Hasil pembelajaran : 1. Pelajar dapat menghasilkan satu projek simenfero yang menepati kriteria yang telah ditetapkan. 2. Menyatakan kelebihan menggunakan produk simenfero. 3. Menyatakan kegunaan produk simenfero dalam bidang pelandskapan.

Anda mungkin juga menyukai