Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS -SELAMAT DATANG PENGETUA

MAJLIS SAMBUTAN PENGETUA

Mengumumkan ketibaan Yang berbahagia , Tn.Hj Rosdi bin Mat Rani, Pengetua
SMA Mahmudiah, diiringi ____________________________ ke dalam dewan Tok Fakeh.

[Nyanyian Lagu Negaraku]

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.


Yang Berbahagia, Tn.Hj Rosdi bin Mat Rani, Pengetua SMA Mahmudiah

Yang berusaha, Tn Haji Tun Mohd Salim Tun Ibrahim, Penolong kanan Pentadbiran,

Tuan haji Zulkifli bin Harun, Penolong kanan HEM,

Tuan haji Zulkefli bin Mohd Amin, Penolong Kanan Kokurikulum.

Guru-guru Kanan Mata Pelajaran,

guru-guru Pengiring SMA (Atas) Sultan Zainal Abidin,

rakan-rakan guru, dan

para pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana


dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan
untuk kita sama-sama berkumpul di Dewan Tok Fakeh yang gemilang ini bagi
meraikan Majlis Sambutan Tuan Pengetua, Yang Berbahagia, Tn.Hj Rosdi bin Mat
Rani.

Mawar di taman mekar nan indah


Harum mewangi dirumpun serai
Terukir senyuman pembuka kalimah
Selamat datang tuan dirai

Puisi dialun madah termetrai


Usik si dara dititip kalam
Datang bersambut tuan dirai
Warga Mahmudiah menguntum salam.

Pihak majlis serta seluruh warga SMA Mahmudiah merasa berbesar hati,
mengucapkan selamat datang serta mengalu-alukan Tuan Pengetua dan semua
tetamu jemputan yang hadir ibarat kecil telapak tangan, nyiru kami tadahkan
Tangan ditadah restu diminta,
Pada yang esa,# pohon segala,
Inayah dan taufiq hajat termetra,
Agar majlis diberkati jua.

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,


Majlis bermakna di pagi nan berbahagia ini, kita mulakan dengan munajat doa
memohon restu dari yang maha Esa. Majlis mempersilakan Al-fadhil Ustaz Zulkifli bin
Mamat bagi memimpin pembacaan doa. Majlis mempersilakan.

Terima kasih Al Fadzil Ustaz atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi.
Semoga majlis nan berlangsung diberkati oleh Allah SWT.

Hujan gerimis lebat di hulu,


Haba di muara terasa nyaman,
Bacaan doa sudah berlalu,
Menyusul kini arena persembahan.

Hadirin sekalian, seterusnya kita akan disajikan dengan tayangan multimedia yang
memaparkan pengenalan ringkas yang berbahagia tuan yang dirai, Tuan Haji Rosdi
bin Mat Rani. Sama-sama kita saksikan.

Terima kasih. Untuk makluman semua, tayangan multimedia sebentar tadi telah
disediakan oleh ____________________________________________ dengan kerjasama
warga SMA mahmudiah serta dibantu oleh para guru dari SMA(A) Sultan Zainal
Abidin.

Jejaran mengkudu berbias kesuma


Di celah angsana di Tanah Jawa
Ucapan Aluan pembuka bicara
Di dewan Tok Fakeh kita bersua

Hadirin hadirat , para pelajar yang dikasihi sekalian,


Sampai masa yang kita nantikan untuk mendengar amanat dan pesanan, lontaran
idea dan gagasan berhala tuju.Bagi maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan
sukacitanya mempersilakan yang berbahagia, Tn Hj. Rosdi bin Mat Rani ,Pengetua
SMA Mahamudiah untuk menyampaikan bingkisan kata. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
Demikian tadi, satu pengucapan yang telus, percikan kata yang halus membawa
mesej dan makna yang kudus dari yang Berbahagia Tuan Pengetua, pasti
menyelinap ke sanubari warga SMA Mahmudiah.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang


Berbahagia Tuan Pengetua.

Terbang helang di hujung salang,


Hinggap berdua di dahan ara
Pencetus wawasan pemangkin gemilang
Bernaung khidmat tuan pengetua

Seterusnya, sekali lagi majlis dengan berbesar hati mempersilakan Tuan Haji Tun
Mohd Salim bin Tun Ibrahim mengiringi Yang Berbahagia Tuan Pengetua, Tuan Haji
Rosdi bin Mat Rani tampil ke pentas bagi memotong kek sempena sambutan
______________________ Tuan Pengetua. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih serta salam penuh kesyukuran, semoga
Tuan Pengetua
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________

Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan


waktu dipenghujung ini untuk mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas
kepada yang berbahagia Tuan Pengetua dan menyampaikan kalungan bunga
terima kasih kepada sekalian tetamu yang hadir serta semua pihak yang terlibat
dalam memastikan majlis permai pada siang ini dapat dilangsung dengan jayanya.

Kami memohon kemaafan di atas segala kekhilafan dan kekurangan jikamana


terlajak kata, terlanjur bicara, tersalah rasa. Sekalung penghargaan kepada semua
pihak pelaksana majlis. Sekian.

Anda mungkin juga menyukai