Anda di halaman 1dari 2

ITEM_MIRIP TIMSS_B09

KATEGORI
KONSTRUK
KONTEKS
ARAS
JENIS SOALAN

TIMSS
REASONING
TINGKATAN 1
BAB 3 JIRIM
SUB TOPIK 3.4 APLIKASI CIRI-CIRI JIRIM DALAM KEHIDUPAN
SEDERHANA
STRUKTUR

SOALAN:
Rajah 2 menunjukkan belon panas.

Rajah 2
Ayah membawa Adam ke Fiesta Belon Panas di Putrajaya yang menampilkan 25 belon udara dari 12
negara. Adam telah menyaksikan beberapa buah belon panas memenuhi ruang udara. Dia terlihat ada
nyala api pada belon tersebut. Adam bertanya kepada ayahnya kenapa belon tersebut mempunyai nyalaan
api.

a) Pada pendapat anda, apakah jawapan yang akan diberikan oleh ayah Adam?
[1 markah]
JAWAPAN:
Nyalaan api dalam belon panas diperlukan untuk memanaskan udara di dalamnya dan membolehkan
belon panas terbang di udara.
(sebarang jawapan murid yang munasabah)

b) Kaitkan jawapan anda dengan konsep ketumpatan udara.


[2 markah]
JAWAPAN:
Nyalaan api dalam belon panas diperlukan untuk memanaskan udara di dalamnya. Semakin tinggi suhu
udara, semakin kurang tumpat udara tersebut. [1M]
Apabila udara dalam belon panas semakin kurang tumpat berbanding udara di persekitaran, belon panas
akan naik ke udara.[1M]
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 2013

ITEM_MIRIP TIMSS_B09

c) Berikan satu contoh lain yang menggunakan konsep aplikasi ketumpatan.


[1 markah]
JAWAPAN:
rakit/kapal selam/pelampung[1M]
(sebarang jawapan murid yang munasabah)

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 2013

Anda mungkin juga menyukai