Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH METHODIST WESLEY, KLANG

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3
PENDIDIKAN SENI
NOVEMBER 2020
2 jam Dua jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 6 soalan.

2. Jawab satu soalan sahaja.

3. Kertas soalan ini hendaklah diberikan kepada calon sekurang-kurangnya seminggu

sebelum tarikh peperiksaan kertas ini.

_________________________________________________________________________

Disediakan oleh: Disemak oleh:

……………………………………… …………………………………….

(Madam Nancy John Doraiseelan) (Pn. Azelina Binti Abdul Rahman)


Guru Subjek Pendidikan Seni Visual Ketua Jabatan Kemanusiaan

Kertas soalan ini mengandungi 2 halaman bercetak

1
[Lihat halaman sebelah

1. Di sebuah lebuh raya, kemalangan jalan raya telah berlaku. Beberapa orang
anggota. polis dan bomba sedang berusaha untuk mengeluarkan penumpang kereta
yang cedera. Di tepi jalan raya tersebut kelihatan sebuah papan iklan yang besar.
Ayat yang tertulis di atas papan iklan tersebut ialah "PANDU CERMAT, JIWA
SELAMAT”.
Gambarkan suasana tersebut.

2. Di dalam sebuah kilang membuat payung, kelihatan dua orang pekerja sedang
melukis corak di atas payung payung yang telah siap dibuat. Di sebelah mereka, dua
orang pekerja sedang meletakkan payung-payung yang siap dibuat ke dalam sebuah
kotak.
Lukiskan suasana dalam kilang tersebut.

3. Promosi jualan perkakas buatan plastik sedang dijalankan di dalam sebuah bilik
jualan. Kelihatan beberapa orang pelawat sedang memilih perkakas-perkakas yang
diminati mereka. Di sekitar mereka terdapat pelbagai jenis perkakas buatan plastik
berwarna warni yang dipamerkan.
Gambarkan suasana, tersebut dari pandangan yang dekat.

4. Di tepi pantai berdekatan dengan sebuah gua, terdapat pelbagai jenis tumbuh
tumbuhan yang aneh tetapi cantik. Di tepi gua tersebut, beberapa ekor binatang liar
sedang berehat.
Gambarkan suasana tersebut.

5. Anda sedang menyelam di dasar laut di sebuah pulau yang terkenal. Di dasar laut
tersebut, terdapat pelbagai jenis karang yang mempunyai bentuk yang aneh. Di
dalam laut juga terdapat pelbagai jenis hidupan laut yang berwarna warni. Anda
terasa amat kagum dengan pemandangan di dasar laut tersebut. Gambarkan
suasana berkenaan.

6. Pada waktu petang, angin taufan melanda sebuah perkampungan nelayan. Kelihatan
beberapa buah rumah papan diserang oleh angin taufan tersebut. Di sebelah tepi
rumah rumah tersebut, pokok pokok ditumbangkan oleh angin kencang. Gambarkan
suasana yang cemas itu.

Anda mungkin juga menyukai