Anda di halaman 1dari 4

Di dalam sebuah kilang membuat payung, kelihatan dua orang pekerja sedang

melukis corak di atas payung payung yang telah siap dibuat. Di sebelah mereka, dua
orang pekerja sedang meletakkan payung-payung yang siap dibuat ke dalam sebuah
kotak.
Lukiskan suasana dalam kilang tersebut.

Promosi jualan perkakas buatan plastik sedang dijalankan di dalam sebuah bilik
jualan. Kelihatan beberapa orang pelawat sedang memilih perkakas-perkakas yang
diminati mereka. Di sekitar mereka terdapat pelbagai jenis perkakas buatan plastik
berwarna warni yang dipamerkan.
Gambarkan suasana, tersebut dari pandangan yang dekat.

Di tepi pantai berdekatan dengan sebuah gua, terdapat pelbagai jenis tumbuh
tumbuhan yang aneh tetapi cantik. Di tepi gua tersebut, beberapa ekor binatang liar
sedang berehat.
Gambarkan suasana tersebut.

Anda sedang menyelam di dasar laut di sebuah pulau yang terkenal. Di dasar laut
tersebut, terdapat pelbagai jenis karang yang mempunyai bentuk yang aneh. Di dalam
laut juga terdapat pelbagai jenis hidupan laut yang berwarna warni. Anda terasa amat
kagum dengan pemandangan di dasar laut tersebut. Gambarkan suasana berkenaan.

Pada waktu petang, angin taufan melanda sebuah perkampungan nelayan. Kelihatan
beberapa buah rumah papan diserang oleh angin taufan tersebut. Di sebelah tepi
rumah rumah tersebut, pokok pokok ditumbangkan oleh angin kencang. Gambarkan
suasana yang cemas itu.

Pameran reka cipta sains sedang dijalankan di dalam sebuah makmal. Kelihatan
beberapa orang pelawat sedang memerhati satu reka cipta baru yang kreatif. Di atas
meja-meja di sekitar mereka terdapat pelbagai reka cipta yang lain dipamerkan.
Gambarkan suasana tersebut dari pandangan yang dekat.

Pertandingan menyanyi sedang diadakan di sebuah dewan. Kelihatan seorang peserta


sedang beraksi dan menyanyi lagu di atas pentas dewan yang penuh dengan sinaran
cahaya pelbagai warna. Gambarkan suasana berkenaan dengan memberi penekanan
kepada, sinaran cahaya di atas pentas.

Pada waktu subuh, seorang penternak lembu sedang membawa lembu 1embunya ke
sebuah padang yang berdekatan dengan kandang lembu untuk memakan rumput. Di
sekitar padang tersebut, terdapat pokok-pokok kelapa yang tinggi. Gambarkan
pemandangan tersebut.

Di dalam sebuah perpustakaan, seorang pelajar sedang mencari buku rujukan. Di


sebelahnya terdapat beberapa buah meja dan kerusi, di mana beberapa orang pelajar
sedang membaca buku. Di belakang mereka terdapat rak rak buku yang penuh dengan
buku buku. Lukiskan sudut pemandangan dalam perpustakaan tersebut.

Di belakang sebuah rumah papan, terletak sebuah pasu bunga yang ditanam dengan
tumbuhan yang cantik. Di sebelahnya terletak beberapa bekas tembikar besar yang
telah pecah. Lukis gambar tersebut pada pandangan dekat dengan memberi penekanan
kepada, tumbuhan hijau dan bekas bekas tembikar yang telah pecah.

Di dalam sebuah bilik, seorang pandai keris sedang membuat ukiran di atas sebilah
keris. Di atas sebuah meja yang terletak berdekatan dengannya, terdapat beberapa
keris yang telah siap dibina. Gambarkan suasana dalam bilik tersebut.

Di kawasan luar dewan berlepas sebuah terminal lapangan terbang, kelihatan


penumpang penumpang pesawat sedang bersiap sedia untuk memasuki bilik
pelepasan. Ada antara mereka yang bersalam salaman dan melambai lambaikan
tangan dengan ahli keluarga atau rakan-rakan mereka. Gambarkan suasana ini dengan
memberi perhatian terhadap perspektif yang betul.

Anda berada di sebuah kawasan yang ganjil. Terdapat beberapa makhluk asing yang
menyerupai kura-kura sedang sibuk membawa tangkapan lembaga besar di atas
sejenis kenderaan ajaib dan menuju ke arah tempat tinggal mereka. Kelihatan awan
dan habuk berwarna warni berterbangan di hadapan pintu masuk. Langit di atas
hampir ditutupi dengan asap yang berwarna kemerah merahan. Gambarkan suasana
yang sungguh aneh ini.

Di satu sudut padang bola yang lapang, seorang penjual sate sedang sibuk mengipas
sambil merenjis sate dengan minyak masak di gerainya yang bertempat di bawah
sepohon pokok besar. Matahari sudah terbenam dan langit kelihatan hampir gelap.
Api menjulang dan asap bakaran naik ke udara. Terdapat beberapa orang pelanggan
berkumpul di keliling gerai, menunggu bungkusan sate yang telah dipesan. Kereta
mereka terletak di tepi jalan. Gambarkan keadaan ini.

Sekumpulan wanita sedang berbual bual di hadapan sebuah rumah tradisional Melayu
pada waktu tengah hari. Ada di antara mereka yang duduk di atas tangga dan ada yang
berdiri di sisi tangga itu. Kelihatan beberapa pasang selipar berselerak di keliling kaki
tangga. Di ruang hadapan, dua orang kanak kanak sedang asyik mengejar seekor
ayam jantan. Gambarkan suasana berlengah lengah dan riang gembira ini.

Seorang wanita tua yang bersanggul berbaju Melayu dan berkain sarung sedang
memetik bunga dari sepohon pokok kecil di taman. Pokok kecil itu dikelilingi oleh
tumbuhan tumbuhan bunga lain yang berwarna warni. Di latar juga kelihatan warna
kehijau hijauan dari tumbuhan tumbuhan lain. Ekspresi wajah orang tua ini nampak
tenang dan tenteram walaupun mukanya telah berkedut. Gambarkan suasana ini dari
jarak dekat.

Di tepi sebatang jalan yang sibuk di kota raya, beberapa orang pekerja sedang
memasangkan sebuah papan iklan. Kelihatan dua orang pekerja sedang menaikkan
papan iklan ke atas tiang dengan bantuan dua orang pekerja lagi yang berada di atas
tangga. Di latar belakang, kelihatan bangunan tinggi dan rendah tersusun rapat antara
satu sama lain dengan tompok tompok hijau tumbuhan di sana sini. Gambarkan
suasana ini.

Pemandangan di hulu sungai pada waktu pagi. Kelihatan seekor burung sedang
bertenggek di atas dahan pokok yang tumbang di tepi sungai. Terdapat juga beberapa
ekor ikan berenang di celah-celah rumput yang tumbuh di dalam air yang jernih itu.
Sinaran matahari mengakibatkan permukaan air sungai berkilau kilauan. Gambarkan
suasana yang nyaman dan menyenangkan itu dari jarak dekat.

Anda bersama seorang rakan telah menyelam ke dasar laut untuk membuat kajian
kehidupan laut. Ketika anda sedang asyik meneliti sejenis tumbuhan ganjil yang
beraneka warna dan jalinan, tiba tiba seekor ikan duyung muncul dari belakang
tumbuhan itu. Anda amat terperanjat kerana ikan duyung itu mempunyai wajah yang
sangat menakutkan dan badan yang ditumbuhi dengan duri duri yang tajam.
Gambarkan keadaan ini.

Gambarkan suasana di sebuah kebun rambutan dengan pohon pohon yang kelihatan
kekuning-kuningan atau kemerah-merahan kerana hasil buah rambutan yang sangat
lebat. Di satu sudut kebun, kelihatan beberapa orang pekerja sedang memuatkan
bakul-bakul buluh yang berisi buah rambutan ke atas lori yang sedang menunggu.
Terdapat juga pekerja pekerja yang sedang memikul bakul buah ke arah lori tersebut.
Catkan gubahan dengan memberi perhatian kepada pecahan ruang yang menarik.

Suasana pasar pagi di desa. Kelihatan penduduk kampung sedang sibuk berulang alik
dan berbolak-balik di lorong yang sempit antara gerai gerai beraneka bentuk dan
susunan dengan barangan jualan yang berpelbagai jenisnya. Gambarkan keadaan riuh
rendah dan hiruk pikuk antara penjual dengan pembeli itu.

Suasana di bilik darjah. Kelihatan beberapa orang pelajar sedang bergurau senda
sebelum guru masuk kelas dan memulakan pelajaran. Terdapat buku buku latihan dan
teks serta alat tulis berselerak di atas meja dan beg sekolah di atas beberapa kerusi
yang kosong. Papan hitam di latar juga penuh dengan tulisan nota yang belurn
dipadamkan. Gambarkan keadaan ini.

Pada musim kemarau, padi yang hampir masak telah layu dan sawah menjadi kering
kontang. Di beberapa tempat kelihatan tanah yang merekah akibat cuaca yang panas
dan kering itu. Di bawah sepohon pokok besar, seorang petani tua sedang merenung
dan bertafakur tentang keadaan sawah yang mengecewakan dengan ekspresi wajah
yang benar benar sedih dan sayu. Gambarkan situasi yang memilukan hati ini dengan
memberi perhatian kepada bahagian ruang depan, ruang tengah, dan ruang belakang
yang berkesan.

1. Beberapa orang kanak-kanak sedang meniup buih sabun menjadi belon yang berterbangan di
halaman rumah.
Lukis suasana tersebut dengan memberi penekanan kepada bentuk, warna dan ruang.

2. Sebuah kumpulan muzik dianggotai oleh buah rambutan, jagung dan durian yang mempunyai kaki
dan tangan sedang membuat persembahan di sebuah konsert dengan dihadiri ramai peminatnya pada
waktu malam.
Lukis situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan dan
pencahayaan.

3. Tiga ekor anak kucing sedang berebut untuk minum susu dalam sebuah piring yang diletakkan di
satu sudut ruang rumah.
Lukiskan aksi anak-anak kucing tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk
jalinan dan ruang.

4. Beberapa batang pokok telah tumbang dan menyekat aliran air anak sungai.
Lukis situasi ini dengan memberi penekanan kepada bentuk, ruang jalinan dan pergerakan air.

5. Beberapa alat pertukangan seperti penukul besi, gergaji pahat dan beberapa batang kayu terletak di
atas sebuah kotak kayu yang telah usang. kelihatan juga paku, beberapa tin cat dan berus yang sudah
terpakai di tepi kotak tersebut.
Gambarkan situasi tersebut dalam lukisan anda dengan memberi penekanan kepada bentuk,jalinan
dan ruang.

6. Beberapa ekor serangga sedang riang bermain guli dalam kawasan taman bunga di sebuah istana
yang indah.
Lukis gambaran anda dengan memberi penekanan kepada bentuk, warna, jalinan dan ruang.

1. Anda sedang menyaksikan satu perlawanan bolasepak di padang sekolah.


Lukis dari jarak dekat aksi beberapa pemain bola sepak dengan memberi penekanan kepada bentuk
figura

2. Anda telah melawat ke kedai ikan hiasan. Anda terpikat dengan kecantikan warna, bentuk dan aksi
seekor ikan laga dalam sebuah balang kaca.
Gambarkan aksi seekor ikan laga dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, warna,
jalinan dan pergerakan.

3. Di sebuah gerai kelihatan seorang penjual sedang membetulkan susunan tanda harga barang
jualannya yang terdiri daripada pelbagai jenis ikan, udang dan sotong.
Gambarkan situasi ini dengan memberi penekanan kepada bentuk dan jalinan.

4. Dalam sebuah hutan kelihatan seekor haiwan aneh sedang bertindak dengan cemas untuk
melepaskan diri daripada cengkaman tumbuh-tumbuhan ganjil.
Lukis situasi ini mengikut imaginasi anda dengan menitikberatkan bentuk, warna dan aksi.

5. Di atas sebuah meja solek kelihatan minyak wangi, bedak, gincu, minyak rambut, sikat dan barang
lain yang digunakan untuk perhiasan diri.
Lukis barang-barang perhiasan diri tersebut dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan dan
ruang.

6. Pada suatu pagi yang cerah, anda sedang berjalan di sebatang lorong yang kecil. Di kiri dan kanan
lorong tersebut terdapat pokok-pokok pelbagai bentuk dan saiz. Di celah-celah pokok tersebut
terdapat pancaran matahari.
Lukiskan suasana tersebut dengan memberi penekanan kepada unsur jalinan, ruang, warna dan
pencahayaan.

Anda mungkin juga menyukai