Anda di halaman 1dari 1

PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 4

Jawab satu soalan sahaja.

1. Dua orang kanak-kanak sedang membina istana pasir di tepi pantai. Terdapat sebatang
pokok besar yang meredupkan kawasan kanak-kanak itu bermain.
Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk,
warna dan ruang.

2. Dua orang remaja sedang mendaki sebuah bukit. Mereka menggunakan seutas tali ketika
mendaki sambil menggalas beg sandang di belakang.
Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada jalinan,
ruang dan bentuk.

3. Terdapat seikat sayur sawi, kubis dan sayur-sayuran lain di atas sebuah meja yang terletak di
sudut dinding kayu. Kelihatan juga bonkah pemotong ikan dan pisau di celah-celah
longgokan sayur-sayuran itu.
Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk,
jalinan dan ruang.

4. Beberapa kuntuman bunga liar sedang kembang mekar pada pangkal sebatang pokok di
suatu tempat. Kawasan itu berlatarbelakangkan sebatang sungai yan sangat indah.
Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada perspektif,
ruang dan warna.

5. Anda berada di sebuah Taman Safari yang sangat aneh. Kelihatan dinosaur berkeliaran di
kawasan tersebut. Terdapat juga bunga-bunga liar yang aneh bentuknya sedang menjulur
keluar dari kelopak dan seolah-olah sedang menari-nari.
Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada aksi
pergerakan, bentuk dan jalinan.

6. Seorang pemuda telah terdampar di suatu kawasan lautan cetek yang penuh dengan bukit-
bukit batu. Terdapat sebuah bukit batu seolah-olah berbentuk tangan yang sedang
mengeluarkan air terjun. Pemuda itu memegang sebilah lembing atau tombak sambil
mengacunya ke arah batu tersebut.
Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk
figura, jalinan dan warna.

SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai