Anda di halaman 1dari 1

Pilih satu soalan sahaja

1. Anda sedang menyelam di dasar laut yang terdapat pelbagai jenis batu karang. Di situ juga
terdapat pelbagai hidupan laut yang berwarna warni. Anda berasa sangat kagum dengan
pemandangan tersebut. Gambarkan pemandangan yang menarik itu.

2. Di atas meja makan, terhidang sajian minum petang. Terdapat sebijik kek yang lain dipotong,
seteko minuman, satu biji cawan berserta piring dan sekotak tisu. Gambarkan dari jarak dekat
dengan mementingkan aspek bentuk dan jalinan dalam lukisan anda

3. Seni taman telah menjadi satu eleman penting dalam reka bentuk kediaman masa kini.
Gambarkan sebuah gazebo yang terdapat di perkarangan sebuah banglo yang dihias dengan
pokok bunga gantung. Di sekelilingnya terdapat pokok pokok hiasan dalam pasu. Lanskap tersebut
dilengkapi dengan laluan berbatu yang menambahkan keindahnya.

4. Beberapa ekor rama rama sedang terbang di satu kawasan yang dipenuhi dengan pelbagai jenis
tumbuh tumbuhan berbunga dan berlatar belakang air terjun. Gambarkan suasana tersbut dalam
karya dengan memberi tekanan kepada ruang,warna jalinan dan pergerakan.

5. Pada subuh yang hening seorang wanita separuh umur sedang menoreh getah di sebuah ladang
getah. Lampu kecil yang diikat di kepala memudahkan kerja menoreh. Lukiskan gambaran
tersebut dengan memberi penekanan kepada cahaya dan perspektif.

6. Anda telah tersesat di sebuah hutan cendawan raksaksa. Hutan tersebut dipenuhi dengan
pelbagai jenis cendawan. Batang cendawan raksaksa ini pula berduri dari pangkal hingga ke atas,
kebanyakkan cendawan ini tumbuhnya di tepi sungai yang berwarna ungu kebiruan. Lukiskan
pemandangan ini secara dekat mengikut imiginasi anda dengan menitikberatkn jalinan dan
bentuk serta warna.

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai