Anda di halaman 1dari 2

Beberapa orang kanak-kanak sedang meniup buih sabun menjadi belon yang

berterbangan di halaman rumah. Lukis suasana tersebut dengan memberi penekanan


kepada bentuk, warna dan ruang.

Tiga ekor anak kucing sedang berebut untuk minum susu dalam sebuah piring yang
diletakkan di satu sudut ruang rumah. Lukiskan aksi anak-anak kucing tersebut dari
jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk jalinan dan ruang.

Sebuah kumpulan muzik dianggotai oleh buah rambutan, jagung dan durian yang
mempunyai kaki dan tangan sedang membuat persembahan di sebuah konsert
dengan dihadiri ramai peminatnya pada waktu malam. Lukis situasi tersebut dari
jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan dan pencahayaan.
Beberapa batang pokok telah tumbang dan menyekat aliran air anak sungai.
Lukis situasi ini dengan memberi penekanan kepada bentuk, ruang jalinan dan
pergerakan air.

Beberapa alat pertukangan seperti penukul besi, gergaji pahat dan beberapa batang
kayu terletak di atas sebuah kotak kayu yang telah usang. Kelihatan juga paku,
beberapa tin cat dan berus yang sudah terpakai di tepi kotak tersebut. Gambarkan
situasi tersebut dalam lukisan anda dengan memberi penekanan kepada
bentuk,jalinan dan ruang.
Beberapa ekor serangga sedang riang bermain guli dalam kawasan taman bunga di
sebuah istana yang indah. Lukis gambaran anda dengan memberi penekanan kepada

1.

Dalam sebuah hutan, terdapat pokok-pokok yang tinggi di samping pokok-pokok renek.
Kelihatan sebatang pokok di ruang hadapan yang mempunyai akar banir yang menjalar dan
melilit antara satu sama lain.
Gambarkan suasana tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan pada bentuk, ruang dan
jalinan akar tersebut.
2. Anda berada di sebuah taman yang dipenuhi dengan bunga-bungaan. Kelihatan beberapa ekor
rama-rama sedang terbang mengelilingi taman tersebut.
Lukiskan suasana tersebut dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan dan keindahan
persekitaran yang berwarna-warni supaya menghasilkan gubahan yang indah, menarik dan
harmoni.

3. Kelihatan longgokan buah-buahan tempatan seperti tembikai, betik, pisang, nenas, manggis dan
langsat terletak di dalam sebuah bakul. Bersebelahan bakul kelihatan mangkuk, botol kicap dan
sos .
Lukiskan gambaran tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada komposisi,
bentuk dan jalinan.
4.

Anda sedang bermimpi mengenai kapal angkasa yang unik dan menarik menerokai ruangan
angkasa lepas, kelihatan cahaya lampu menerangi ruang angkasa tersebut.
Lukiskan gambaran yang menakjubkan itu dengan memberi penekanan kepada ruang,warna
dan pencahayaan.

5. Suasana pagi di pingir sungai sungguh indah. Kelihatan beberapa buah sampan tersadai di tepi
sungai tersebut.
Lukiskan gambaran tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk dan
jalinan sampan tersebut.
6. Di atas sebuah meja terdapat sebiji kek hari jadi yang sangat menarik dengan di terangi lilin, di
tepi kek tersebut pula terdapat beraneka kek cawan yang sangat menarik, dan terdapat juga
pelbagai hidangan makanan untuk sambutan hari jadi.

Anda mungkin juga menyukai