Anda di halaman 1dari 1

Jawab SATU soalan sahaja.

1. Seekor burung dan anak-anaknya berada dalam rimbunan rumput, daun dan ranting
kering yang terletak di bawah kayu reput di dalam sebuah hutan.
Gambarkan situasi ini dari jarak dekat dengan memberikan penekanan kepada aksi,
bentuk, jalinan dan ruang.

2. Panglima Lebah dan Panglima Tebuan sedang bertarung untuk merebut madu pada
beberapa kuntum bunga. Pertarungan ini berlaku di taman bunga dan disaksikan
oleh beberapa serangga lain.
Gambarkan situasi ini dari jarak dekat dengan memberikan penekanan kepada aksi,
bentuk, jalinan dan ruang.

3. Anda menginap di sebuah bilik di tingkat empat sebuah hotel. Oleh kerana hari
hujan, anda tidak boleh keluar untuk melihat keindahan persekitaran. Anda meihat
keindahan persekitaran hanya melalui tingkap kaca bilik anda. Apabila anda melihat
ke bawah melalui tingkap, kelihatan sebuah bangunan cantik yang dikelilingi taman
yang indah.
Gambarkan situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada suasana,
perspektif, jalinan dan bentuk.

4. Akibat daripada bencana alam, elektrik tidak dapat berfungsi. Ini menyukarkan
anak-anak untuk mengulangkaji pelajaran. Mereka mengulang kaji pelajaran dengan
menggunakan lilin atau lampu minyak tanah.
Gambarkan situasi ini dari jarak dekat dengan memberikan penekanan kepada aksi,
pencahayaan, bentuk dan ruang.

5. Sebuah basikal disandarkan di tepi pagar sebuah rumah. Terdapat sebiji bola dan
sepasang stoking di dalam bakul basikal serta sepasang kasut bola digantung pada
hendal basikal.
Lukis situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk,
ruang dan jalinan.

6. Di tepi pintu rumah kelihatan sebuah rak kasut. Pelbagai jenis kasut lelaki, wanita
dan kanak-kanak disusun di atas rak tersebut. Terdapat juga beberapa selipar yang
berselerakan di depan pintu.
Lukiskan komposisi ini dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk,
jalinan dan ruang.

Anda mungkin juga menyukai