Anda di halaman 1dari 1

Jawab satu soalan sahaja.. 1.

Lukiskan dari jarak dekat pemandangan di atas sebuah meja di sudut bilik yang di atasnya terdapat pasu, bedak, minyak wangi dan kotak perhiasan.Berdekatan meja tersebut terdapat lampu tidur. Pastikan komposisi dan ruang yang digunakan adalah menarik. 2. Beberapa ekor ikan sedang bermain-main dicelah daun teratai di dalam sebuah kolam yang jernih. Lukiskan suasana yang mengasyikkan ini dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk,jalinan dan pergerakan. 3. Anda berada di atas puncak bukit sambil menikmati pemandangan sebuah kampong ditepi sungai. Berdasarkan kedudukan anda gambarkan suasana tersebut dengan memberi tumpuan kepada komposisi,ruang,jalinan,bentuk dan warna. 4. Seekor katak sedang beristirehat diatas sehelai daun sambil mendengar radio dan bermain gitar di sebuah tasik. Di sekelilingnya terdapat pelbagai jenis bunga yang berwarna-warni. Berdasarkan imaginasi anda,gambarkan suasana tersebut dengan memberi penekanan kepada ruang, jalinan, warna dan sudut pandangan yang sesuai. 5. Lukiskan gambarajah dari jarak dekat,daun sirih sedang memanjat pagar di tepi rumah. Karya anda hendaklah menampakkan kesan bentuk, jalinan dan pergerakan. 6. Anda bermimpi ke suatu alam yang aneh. Kelihatan kasut yang pelbagai bentuk dijadikan rumah yang amat menarik dan berwarna-warni. Lukiskan suasana tersebut dengan memberi penekanan kepada aspek warna , bentuk dan jalinan . 7. Di belakang sebuah bangsal kelihatan sebatang cangkul, pungkis, baldi, kereta sorong dan beberapa peralatan lain untuk berkebun. Peralatan tersebut berselerak di satu sudut. Fokuskan keadaan peralatan itu dari jarak dekat. 8. Sepasang itik sedang berenang renang di dalam sebuah kolam. Terdapat beberapa pokok teratai terapung di permukaan air dan beberapa kuntum bunga teratai sedang berkembang mekar. Gambarkan suasana indah itu dari jarak dekat. 9. Datuk sedang asyik meraut buluh untuk di buat rangka wau sambil diperhatikan oleh nenek. Kelihatan dua cawan kopi dan sepinggan kuih masih panas terhidang di sisi mereka. Manakala di belakang datuk terdapat beberapa anika wau yang telah siap tersandar di dinding. Gambarkan suasana itu dari jarak dekat. 10. Suatu pemandangan yang indah di atas sebuah planet. Kelihatan satu makhluk ganjil berjalan-jalan di celah-celah batu batan yang beraneka rupa. Lukiskan suasana fantasi ini. 11. Seekor ikan besar terletak di atas papan pemotong. Di tepinya terdapat sebilah pisau dan sebuah besen yang berisi beberapa ekor ikan. Lukiskan keadaan ini dari jarak dekat dengan memberi focus kepada bentuk dan jalinan.

Anda mungkin juga menyukai