Anda di halaman 1dari 2

SULIT

SEKOLAH METHODIST WESLEY KLANG

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN


2611/1
PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 4
Kertas 2
NOVEMBER
3 jam Tiga jam

NAMA : ______________________________
TINGKATAN : 4 ______________

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 6 soalan.

2. Jawab satu soalan sahaja.

3. Kertas soalan ini hendaklah diberikan kepada calon sekurang-kurangnya

seminggu sebelum tarikh peperiksaan kertas ini.

___________________________________________________________________

______

Disediakan oleh: Disemak oleh:

……………………………………… …………………………………….

(Madam Nancy John Doraiseelan) (Pn. Azelina Binti Abdul Rahman)


Guru Subjek Pendidikan Seni Visual Ketua Jabatan Kemanusiaan

1
Kertas soalan ini mengandungi 2 halaman bercetak

[Lihat halaman sebelah

1. Di belakang sebuah rumah papan, terletak sebuah pasu bunga yang ditanam dengan
tumbuhan yang cantik. Di sebelahnya terletak beberapa bekas tembikar besar yang
telah pecah. Lukis gambar tersebut pada pandangan dekat dengan memberi penekanan
kepada, tumbuhan hijau dan bekas bekas tembikar yang telah pecah.

2. Di dalam sebuah bilik, seorang pandai keris sedang membuat ukiran di atas sebilah
keris. Di atas sebuah meja yang terletak berdekatan dengannya, terdapat beberapa
keris yang telah siap dibina. Gambarkan suasana dalam bilik tersebut.

3. Di kawasan luar dewan berlepas sebuah terminal lapangan terbang, kelihatan


penumpang penumpang pesawat sedang bersiap sedia untuk memasuki bilik
pelepasan. Ada antara mereka yang bersalam salaman dan melambai lambaikan
tangan dengan ahli keluarga atau rakan-rakan mereka. Gambarkan suasana ini dengan
memberi perhatian terhadap perspektif yang betul.

4. Anda berada di sebuah kawasan yang ganjil. Terdapat beberapa makhluk asing yang
menyerupai kura-kura sedang sibuk membawa tangkapan lembaga besar di atas
sejenis kenderaan ajaib dan menuju ke arah tempat tinggal mereka. Kelihatan awan
dan habuk berwarna warni berterbangan di hadapan pintu masuk. Langit di atas
hampir ditutupi dengan asap yang berwarna kemerah merahan. Gambarkan suasana
yang sungguh aneh ini.

5. Di satu sudut padang bola yang lapang, seorang penjual sate sedang sibuk mengipas
sambil merenjis sate dengan minyak masak di gerainya yang bertempat di bawah
sepohon pokok besar. Matahari sudah terbenam dan langit kelihatan hampir gelap.
Api menjulang dan asap bakaran naik ke udara. Terdapat beberapa orang pelanggan
berkumpul di keliling gerai, menunggu bungkusan sate yang telah dipesan. Kereta
mereka terletak di tepi jalan. Gambarkan keadaan ini.

6. Sekumpulan wanita sedang berbual bual di hadapan sebuah rumah tradisional Melayu
pada waktu tengah hari. Ada di antara mereka yang duduk di atas tangga dan ada yang
berdiri di sisi tangga itu. Kelihatan beberapa pasang selipar berselerak di keliling kaki
tangga. Di ruang hadapan, dua orang kanak kanak sedang asyik mengejar seekor
ayam jantan. Gambarkan suasana berlengah lengah dan riang gembira ini.

Anda mungkin juga menyukai